Pages

31.12.09

~Selamat Datang 2010...~

Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kesempatan merasa tahun baru Masihi. Segala yang berlalu pada tahun 2009 biarlah disimpan dalam diari kenangan. Semua pengalaman yang berharga tidak boleh dilupakan begitu sahaja, mana tahu ada yang boleh digunakan nanti.

Sekarang kita semua dah masuk tahun 2010. Bertambah lagi satu angka pada usia kita. Tak kira cepat atau lambat, usia kita tetap akan naik gak InsyaAllah. Hmmm, kiranya makin naik angka menandakan makin naik dewasa la kan. Dan ada juga aku baca di status YM rakan2 ku, sebenarnya makin naik umur kita juga menandakan makin pendek usia kita. Untuk apakah itu? Untuk semua amalan2 kita.

Kita semua tidak tahu bagaimana perjalanan hidup kita sepanjang tahun 2010. Wallahu'alam, adakah kita dapat meneruskan perjalanan pengembaraan kita sampai ke stesen 2011?Mungkinkah juga perjalanan kita akan terhenti separuh jalan, kemudian akan disambung perjalanannya di 'alam' yang lain? Bagaimana pula dengan rupa bentuk jalan yang bakal kita lalui. Adakah sentiasa lurus, luas dan bersih agar mudah untuk kita melaluinya. Ataupun jalan itu sempit, berduri, bersemak sehinggakan untuk melaluinya pun kita merasa sangat susah dan terasa seperti nak patah balik atau berhenti sahaja di situ. Setiap analogi yang aku sampaikan ini di sebaliknya mempunyai makna dan tanda tanya yang sangat mendalam. Biarlah diriku dan juga kalian yang membacanya berfikir dan menjawab sendiri dalam hati.

Aku pasti kita semua mesti ada azam yang dipegang dan yang ingin dicapai dalam tahun ini. Macam2 gak yang aku dengar, yang kelakar2 pun ada. Semoga setiap azam yang dipegang semua dapat dilaksanakan dan dicapai. Aku sendiri juga ada pasang satu azam baru yang aku kira walaupun nampak leceh, tapi bermakna kot. Aku cuba untuk tidak lupa wish birthday semua rakan2 ku. Lagipun sekarang ni majoriti dah ada facebook, jadi akan dapat notification untuk birthday2 yang akan datang. Dan aku juga pasti semua mengharapkan tahun 2010 adalah lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya. Tak kiralah dari segi kematangan diri, pelajaran, pengurusan masa dan lain2.

Hmmm, setakat in sahajalah. Nak gak tengok gaya masyarakat sini sambut tahun baru yang dikatakan sangat extreme tu (baling barang2 fragile dari atas ke bawah, katanya la). Itupun kalau mampu. Rasa macam mata ni dah berat. Hehe. Tak masuk pukul 12 pun rasa macam dah dengar macam2 berdentum dentam kat luar. Lebih aman dan selamat berada dalam rumah menyiapkan assignment yang bakal dibentang Sabtu ini InsyaAllah.

~Selamat Datang Tahun 2010~
MyEm0.Com

28.12.09

~Doktor juga manusia biasa, Adik.....~

Dengan kekuatan yang ada aku post entri ini. Bertemankan secawan mushroom sup dengan chicken biscuits yang dibawa dari Malaysia cukup untuk memberi tenaga buat sementara waktu memandangkan untuk makan aku perlu menahan nausea yang agak tinggi sepanjang demamku kali ini. Hari ini sudah termasuk 3 hari aku tidak ke kuliah dan ada 3 kelas praktikal yang aku tidak hadirkan diri. Bukan sengaja, tapi kekuatan itu tiada. Daripada aku pergi ke kuliah, dalam keadaan pening kepala, kemudian batuk bersin dan mengganggu konsentrasi rakan2 sekuliah yang lain, lebih baik aku 'kuarantin'kan diriku di rumah dan menstabilkan tahap kesihatanku kembali.

Walaupun hanya mengagak, tapi aku dapat merasakan punca aku demam adalah kerana aku menghadapi hari2 yang agak memenatkan sepanjang minggu lepas. Dengan mid-term exam, kelas praktikal, kerja2 tambahan, dan macam2 lagi, akhirnya badanku sudah mencapai satu tahap maximum yang tidak dapat ditampung lagi. Bermulalah episod demam, selsema, batuk dan pening kepala.

Keluargaku di Malaysia sudah sedia maklum dengan keadaanku sekarang. Cumanya untuk hari pertama dan kedua aku demam, kami hanya mengirim SMS. Macam2 yang dipesan untuk aku amalkan sepanjang aku demam. Alhamdulillah ada yang aku amalkan walaupun tak semua. Dan aku akan pastikan yang aku tak miss makan ubat walaupun sebenarnya ubat2 itu diri sendiri yang prescribe kan, (di sini ubat mudah dibeli dan murah, tapi mesti ada ilmu untuk beli ubat ni). Antara ubat yang aku ada dalam usaha menyembuhkan diri sendiri ialah paracetamol (ubat demam yang common untuk semua orang), anti-histaminic (Loratidine, untuk selsema) dan juga anti-emetic (Metaclopramide, ubat bagi tahan muntah dan rasa nak muntah).

Hari ini tiba rasa macam nak telefon ahli keluargaku semua. Memandangkan Arah dah pun ada handphone miliknya sendiri, jadi aku pun saja dial nombor dia. Nak tergelak dengar apabila dia angkat, nada bunyi dia agak pelik. Mungkin ini kali pertama dia menerima panggilan antarabangsa kan. Dengar suara Arip dari belakang cakap, tu dari Atin la tu. Haha, tapi Arah masih lagi macam tercengang. Akhirnya bila aku mula bercakap semua barulah Arah tahu itu dariku. Mereka semua dalam perjalanan pulang dari kampung ke rumah. Bestnya!!!!!!!!

Aku pun bercakap dan bercerita dengan Mak, Arah dan Adik. Then, dapat kata2 semangat yang sangat best daripada Adik yang sekarang ni sangat pandai bersuara :-

"Doktor kena semangat. Doktor kena merawat, tak boleh sakit2."

Haha, semua tergelak dengar Adik cakap gitu. Tapi, sebagai orang yang sakit, aku juga sedikit sebanyak terasa. Yep, itulah tugas doktor, memberi semangat untuk pesakitnya dan juga merawat pesakitnya ke arah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Walaupun mengetahui pesakit tersebut tiada harapan untuk sembuh, tetapi tetap menjadi tugas seorang doktor untuk menyenangkan dan memudahkan keadaan pesakitnya daripada kesakitan itu dalam menghadapi hari2 yang ada.

Walaubagaimanapun, doktor juga, seorang manusia biasa. Doktor juga akan jatuh sakit apabila tidak menjaga kesihatannya dengan sebaiknya. Doktor juga tidak dapat melakukan tugas2 dengan berterusan tanpa rehat memandangkan doktor adalah manusia. Namun, mungkin doktor adalah 'doktor', jadi pesakit juga sedikit sebanyak akan pandang dan menilai doktor tersebut. Betullah kata2 Adik, doktor kena semangat. Sebab dengan semangat seorang doktorlah yang boleh disumbangkan dalam usaha menyembuhkan dan mungkin menyelamatkan pesakit2 nya.

Belum lagi bergelar doktor (bakal, InsyaAllah), akan tetapi telah dianggap sebagai seorang doktor terutama sekali di mata ahli keluarga, jiran2, guru2 dan rakan2 di Malaysia. Sedikit sebanyak diri ini dah mula dapat merasakan tanggungjawab tersebut tergalas di bahuku. Betapa mereka semua mempunyai harapan yang tinggi terhadap insan yang bernama doktor.

Buat Adikku yang makin betah berkata-kata, Aca akui kata2 Adik tadi. Memang doktor kena semangat, doktor kena merawat, tapi Adik, doktor juga manusia biasa. Akan ada masanya doktor juga akan jatuh sakit, tetapi apabila doktor jatuh sakit, itu adalah tanda untuk memberi dirinya lebih kekuatan daripada sebelumnya. Agar selepas daripada menghadapi kesakitan tersebut, diri seorang doktor akan lebih kuat dan kebal (harapnya sesuailah perkataan ni) serta tidak mudah sakit selepas itu. Macam itu gak prinsip untuk sistem pertahanan dalam badan kita Dik. Aca tak nak Adik faham apa yang Aca tulis ni sekarang, sebab Aca tahu satu hari nanti Adik akan faham setiap kata2 Aca di sini. Thanks sebab bagi 'bebelan' kat Aca minta Aca kuat semangat ye Dik. Moga Adik membesar dan jadi seorang yang lebih kuat daripada Aca nya k.

Syukur Alhamdulillah aku dikelilingi oleh semua yang mengambil berat terhadap diriku. Alhamdulillah.

MyEm0.Com

p/s-InsyaAllah esok dah boleh pergi kuliah dah. Dah banyak tertinggal ni. Tapi kalau terbatuk bersin semua minta maaf ye kawan2. (Tanpa sedar berjaya menghabiskan secawan mushroom sup....)


25.12.09

~Rahsia tarikh lahir????~

Dah habis review untuk exam praktikal Parasitology esok, aku saja belek2 update pada Facebook. Tiba ternampak seorang rakanku buat kuiz 'Rahsia tarikh lahir'. Sebagai pelepas tension lah kot, aku pun saja lah buat kuiz ni.

Caranya :-

Tambah tarikh anda dari hari ke tahun. Contoh 01/01/1990 - 1+1+1990 = 1992.

Kemudian tambah setiap angka yang anda dapat tadi. - 1+9+9+2 = 21

Dapatkan jawapan anda sampai ke 'sa' - 2+1 = 3.

Gitulah aku buat pada tarikh lahirku (tarikh di atas hanya contoh ye). Dan jawapanku kebetulan pula sama dengan contoh yang aku bagi ni iaitu 3.

Dan keputusannya....... CERIA.

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Pada point yang kedua, aku tergelak sendiri apabila baca. Yep, ada masanya aku suka memulakan sesuatu, tapi ada masanya aku tak dapat nak habiskan. Selalu gak buat perangai gini kat rumah, pastu, haha, kenalah tegur dengan Mak atau Abah. Pastu teringat masa CPR hari tu, masa berlatih untuk Endotracheal tube, ada ke boleh tinggal endoscopy gitu saja apabila dah masukkan ETT. Kan dah kena tegur dengan doktor kat situ (one point to remember rite?? ;p )

Kebanyakan point ni kena dengan diriku. Tapi, aku dilahirkan memang macam ni, dilatih dan dibesarkan dan juga dengan sendirinya memiliki sifat2 seperti ini. Ada sifatku sedikit menurun daripada Abah dan ada juga sedikit turun daripada Mak. Dan ada juga semulajadi ada (yang tak ada pada Abah dan Mak).

K, dah habis dah fasa2 mengarut. Lepas ni kena fokus untuk study memandangkan secara kasarnya tidak sampai sebulan lagi kami semua akan memasuki exam final. Sekarang ni pun kami dah memasuki alam exam praktikal dan juga fasa nak habiskan presentation assignment. Tapi dia punya momentum untuk final ni masih belum terasa lagi. Huhu. Mungkin sibuk dengan perkara lain. Huhu.

Untuk dua minggu ni, semua akan merasai musim pilihan raya dan mesyuarat agung tahunan PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Dengarnya dah banyak 'Fan club' yang dibuat. Setiap ahli mungkin ada calon pilihan sendiri yang bagi mereka berkaliber dan berwibawa. Ramai yang mengharapkan muka baru akan naik. Dan macam2 la keadaan ahli dalam memilih pemimpin masing2. Apapun, biarlah tanggungjawab yang dapat dipegang dengan amanah dan sebaiknya.

Apapun, sekarang ni, aku nak mengemas balik, merangka, merancang, menyeranaikan prioriti dan menyusun balik apa2 yang aku perlu buat daripada sekarang dengan sebaiknya. Terasa gak macam tak berapa terurus sangat pengurusan waktuku sekarang ni. Lagipun, aku sebolehnya nak mula study dari awal. Walaupun aku mungkin boleh terlupa atau apa, tapi targetku sekarang ni sebolehnya aku ingin faham. Aku dah tak mahu hafal sesuatu tanpa faham. Bila faham memang aku akan mudah ingat.

Ok, Alliah dan Zatil dah menunggu untuk final discussion untuk exam praktikal Parasitology. Alang2 aku update entri, aku ubah sekali settings lagu2 pada blogku. Kali ni aku letak lagu2 Yiruma yang berasaskan rentak piano. Aku tertarik dengan lagu2 ni terutamanya apabila mendengar Kiss the Rain daripada playlist lagu2 kak Zahida semasa aku, kak Zahida dan kak Bibi menguruskan survey untuk Unit Penerbitan dan Penerangan. K, got to go. Selamat dengar ye!!!

23.12.09

~Just for fun....~


video

Isn't it cute???

Have fun.....

p/s-in the process of healing (maybe).......

22.12.09

~no title~

Kadang2 dalam hidup ni semua yang berlaku tak dijangka. Semua perasaan yang hadir tidak pernah dipinta untuk datang menyinggah. Semua yang terdetik tak pernah terfikir pun untuk ada.

Kadang2 akan terasa, seolah seperti diri ini berada dalam dua bilik kaca yang berbeza. Pendapat dan bayangan yang ada pun tidak sama.

Kita akan diuji dengan apa yang kita mampu. Tapi, apabila ujiannya adalah perasaan, adakah sebenarnya aku mampu untuk diuji dengan perasaan, sedangkan perasaan itulah salah satu kekuranganku.

Maybe the time has come. The time that I need to think like an adult, not like a child anymore. And I need to be more stronger and maybe more accurate to my own feelings. To be more stronger, I need to start from the 'inner side' of myself. This 'inner side' in me will guide my way towards the true road of happiness in my life. InsyaAllah.

p/s-Guessing that I need some time for myself to handle this thing in my life. I need some time to be alone, to stablize back my emotions and feelings to a very stabil state. To learn how to control this feelings. MyEm0.Com

19.12.09

~Just for a moment please.... ;) ..~

Eh, Fatin! Sempat lagi berblogging dah dekat nak exam ni??

Hehe, kejap je. Tiba rasa cam nak spill lak.

Monolog aku sendiri dalam berperang nak blogging atau tak. Haha, tapi mungkin aku berhak dapat masa sekejap untuk blogging sebab Alhamdulillah aku dah capai target studyku untuk malam ni (sempat gak tulis untuk entri CPR). Entri kali ni just want to share apa yang aku terbaca hari ini.

Tengah makan sarapan tadi, sebelum nak ambil tenaga untuk study dan pergi kelas hari ni (praktikal dan elektif subjek dari 12-6 pm), aku sempat scroll dan blog-walking dari sana ke sini. Sampai kat satu blog ni, tiba ternampak link blog lain pasal 'kod etika blogger'. Aku pun bukalah blog ni dan baca apa yang ditulis pasal etika blogger ni. Rupanya etika ni ada keluar kat Utusan, jadi aku pun buka dan bacalah Utusan jap (lama gak tak buka Utusan sebenarnya).

Aku tertarik gak untuk baca pasal kod etika blogger ni. Apabila baca satu persatu, semuanya lebih kepada isu2 yang boleh menimbulkan sensitiviti tanpa mengira apa jenis kategorilah. Boleh baca kat sini ye pasal 'kod etika blogger' ni.

Semasa balik Malaysia dulu, memang dengar macam2 masalah puncanya daripada penulis blog yang mengekspresikan pendapatnya dalam blog sendiri. Wallahu'alam aku sendiri tak tahu apa niat penulis blog tersebut. Tapi aku sendiri yang merupakan salah satu blogger ni merasakan tujuan bloggers buat dan menulis di blog masing2 adalah untuk menceritakan dan berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para pembaca. Ada juga yang suka untuk mengekspresikan perasaan dia dalam blog. Ada juga aku pernah terbaca di salah sebuah blog lain sebelum ini yang dengan berblogging ini boleh melatih blogger untuk berkarya dan menulis (mungkin). Ada juga yang mengiklankan dan mempromosikan jualan barang melalui blog. Semua maklum sekarang ini rata2 ramai kini yang celik IT. Bagiku memang tujuan buat blog sebabnya yang aku sebut mula2 sekali kerana hampir semua blog yang aku baca pun semuanya cerita pasal pengalaman, ilmu dan juga ada yang memberi tazkirah sebagai santapan rohani masing2.

Apa2 pun, everyone have their own reasons for them to create their own creative blog. Just that maybe when there is some misused, abused, or overexpressed thoughts in the blog, it may create any sensitive issues no matter how big or small the issues are. Well, thats my 'one piece of mind' about this issue. Not related to anyone specifically.

By the way, all the best to all students from 1st till 4th year for the exams. May Allah always be with us InsyaAllah. MyEm0.Com

p/s - Maaf kalau bahasa bercampur dalam entriku sejak kebelakangan ni. Ada masa memang terasa ikut kesesuaian rasa nak spill in BM or BI. Cuba nak kurangkan selepas ini InsyaAllah.

~CPR Airway Management~

Selepas beberapa hari selesai dua sesi CPR ni, barulah aku berkesempatan nak cerita sedikit pengalaman yang aku dapat sepanjang sesi ni. Sesi yang mula lepas Maghrib (pukul 5 petang) sampailah pukul 9 malam kalau tengok pada waktunya memang terasa penat. Mana taknya, pada sebelah pagi dah ada kelas dan juga praktikal, kemudian terus bersambung dengan sesi ini. Hari Sabtu lah yang paling 'stressful' bagi kami yang dari Section 1 dan Section 2, sebab kelas kami kira deret tanpa henti dari pukul 8 pagi sampailah 9 malam. Cuma waktu senggang yang ada masa lecture ComMed (prof lambat datang, dan akhirnya tak masuk terus), sedikit masa selepas praktikal Para dan juga adalah dalam 1 jam lebih lepas praktikal Pharma. Kira sempatlah nak gi cari makan, rehat, dan lepak kat Masjid Uni.

Ha, tu bahagian yang boleh kira tahanlah penatnya. The best point was, the experience and knowledge that we gained from this sessions. Mungkin selama ini, kalau tengok kat TV atau mana2 cerita, nampak macam senang je nak buat CPR ni. Tapi bila belajar dan praktikkan kat patung2 yang ada kat hospital, rupanya agak susah dan juga banyak langkah2 penting yang perlu dibuat.

Untuk sesi pertama, kami diperkenalkan dengan asas2 teknik dan juga peralatan yang digunakan untuk CPR. Antara peralatan yang diperkenalkan ialah face mask, Ambubag, Combi Tube, Endotracheal tube dan beberapa lagi peralatan yang aku tak ingat apa nama dia. Teknik yang dipelajari pula head tilt-chin lift dan jaw thrust. Kami juga diajar cara memegang, dan menggunakan peralatan2 ini dengan betul.

Seperti biasa, apabila malam masih muda, dalam keadaan penat, memang terasa cepat je mata ni nak terpejam. Tapi apabila doktor minta kami semua mengaplikasikan semua2 ni pada patung, ha, baru tahu susah senang salah betul cara masing2. Memang luculah apabila tengok macam ragam dan gaya. Tapi, apabila semua dapat buat, terasa puas sebab sekurang-kurangnya apa yang kita buat salah diperbetulkan oleh doktor2 yang memantau kami semua. Teringat semasa cuba menggunakan endotracheal tube pada patung, semasa nak tarik keluar tube tersebut, akibat kurang gel yang disapu pada tube, menyebabkan gigi dan lelangit patung tu pun terkeluar sekali. Cuba bayangkan kalau 'ter'berlaku kat pesakit (minta dijauhkan). Doktor pun 'ter'kagum tengok aku dan juga beberapa rakan yang lain menghadapi situasi yang sama.

Sesi kedua pula kami diajar dengan teknik CPR yang sebenar dan lengkap. Rupanya CPR ini terbahagi kepada dua, yang khusus untuk orang awam dan juga untuk staf perubatan. Memandangkan kami dikira bakal staf perubatan, jadi cara CPR kami sedikit berbeza berbanding dengan orang2 awam. Tapi takdelah banyak beza pun. Selepas dengar dan juga tahu perbezaan CPR untuk semua jenis umur, kami ditayangkan dengan beberapa video untuk memahamkan lagi cara2 untuk buat CPR ni. Macam sesi yang lepas, semua diberi peluang untuk melakukan CPR ke atas patung2 tak bernyawa itu. Hehe, macam2 komen yang doktor bagi apabila memantau cara kami melakukan CPR. Antaranya dari segi posture, kiraan, cara menekan (pumping), dan yang aku lak kena, "Ahh, you don't have the energy to pump your patient....". Dan memang masa tu takde tenaga sangat pun, sebab, penat dan lapar. Huhu. Jadi, untuk persediaan sebelum melakukan CPR, aku perlu sediakan pocket mask dan mungkin biskut atau coklat untuk bagi tenaga kot (gurau je..hehe).

Sebelum habis sesi kedua hari tu, doktor yang memantau kami berkongsi pengalaman dengan kami tentang pengalaman CPR nya semasa awal2 jadi doktor dulu. Ada seorang pesakit yang terkena renjatan elektrik, sampai ke hospital dalam keadaan yang agak lambat. Jadi doktor tersebut dan rakannya melakukan CPR secara bergilir tanpa henti untuk lebih 1 jam. Akhirnya denyutan jantung kembali semula selepas itu. Pesakit yang masih muda itu dimasukkan ke ICU dan kalau ikut pada keadaan dia yang lambat menerima bekalan oksigen (yang penting untuk otak kerana tanpa oksigen untuk lebih daripada 7-8 minit, pesakit boleh masuk ke peringkat brain death), harapan dia untuk sedar adalah agak tipis. Namun, mungkin berkat usaha dua orang doktor, kekuatan pesakit itu sendiri, doa restu daripada ahli keluarga si pesakit dan juga kuasa Allah, pesakit itu kembali sedar setelah ibunya menyentuh tangannya dan kembali sihat dan keadaan otaknya hanya terjejas sedikit akibat kurang bekalan oksigen yang lama semasa dalam perjalanan hendak ke hospital. Tapi, Alhamdulillah masih lagi hidup sihat walafiat sampai sekarang.

Apa yang aku dapat daripada ini, untuk menjadi seorang doktor memang memerlukan kekuatan, kesabaran dan juga semangat yang tinggi. Bayangkan untuk melakukan CPR untuk lebih daripada satu jam, dengan 30 pumping diselangi dua kali nafas (satu pusingan) sangat memenatkan walaupun dibuat secara bergilir (5 pusingan seorang, kemudian bergilir sampailah dapat balik denyutan jantung). Tapi apabila pesakit itu dapat menikmati hidupnya sampai sekarang atas usaha gigih para doktor, sedikit sebanyak timbul rasa gembira dan juga lega kerana usaha itu berjaya.

Menurut doktor yang melatih dan memantau kami, mempraktikkan CPR ni ke atas patung memang lagi susah berbanding apabila buat kat pesakit2 yang sebenar. Tapi apapun, ada lesen gak sebenarnya untuk CPR ini. InsyaAllah pada masa akan datang, apabila dah masuk clinical year nanti, kami akan didedahkan lagi tentang CPR dengan lebih mendalam.

Gambar2 akan diupload nanti ye. MyEm0.Com

17.12.09

~'Sanah gadid'....~

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang dipanjangkan usia untuk sekali lagi memasuki tahun baru Hijiriyah, tahun 1431H.

Kini, buku lama (1430) dah pun ditutup dan buku baru (1431) pula dibuka. Kalau diingatkan semula sirah Baginda, detik inilah berlakunya hijrah Baginda ke kota Madinah al-Munawwarah.

Hijrah maksud amnya perpindahan. Tapi kalau diikutkan, hijrah ini ada banyak maksudnya. Salah satunya ialah perubahan ke arah yang lebih baik. Kalau dulu diri bermalas-malasan, kini kena mula merajin-rajinkan diri. Kalau dulu bertangguh, sekarang ni kena segerakan. Kalau dulu apa yang diamalkan hanya setakat wajib2 je, mungkin sekarang ini boleh dipertingkatkan dengan yang sunat.

Apapun, perubahan yang berlaku ini mestilah diiringi dengan ikhlas dan yang paling penting, istiqamah. Berterusan. Bukan setakat separuh jalan atau bak kata pepatah 'hangat2 tahi ayam'. Bagiku, biarlah perubahan yang berlaku itu perlahan2, asalkan meninggalkan kesan kepada diri dan akhirnya timbullah istiqamah tersebut.

Terfikir untuk berubah sangat senang. Untuk mula berubah sangatlah sukar. Apabila dah mula berubah, untuk mengekalkannya juga agak sukar, tetapi apabila dah mula meninggalkan kesan kepada diri, InsyaAllah kekuatan untuk istiqamah akan datang dengan sendirinya.

Salam Ma'al Hijrah buat semua. Semoga masa yang akan datang lebih baik daripada masa yang telah berlalu. Jangan takut untuk berubah dan juga istiqamah lah dalam setiap perubahan yang dilakukan (ingatan untuk diri sendiri gak).

11.12.09

~Addicted~

Tak pernah terfikir terutama sekali masa sekolah dulu untuk memiliki sebuah blog. Manakan tidak, aku boleh dikira 'buta' bab2 komputer ni daripada A sampai Z. Dan aku pun tak tahu dengan apa fungsi blog ini.

Apabila dah habis sekolah, sementara nak tunggu result SPM, pernah gak minta kat Abah nak ambil kelas komputer. Abah tanya balik, apa yang aku nak belajar pasal komputer ni. Aku jawab balik, semua benda yang ada kaitan dengan internet kot. Ye lah, masa tu yang aku pandainya main friendster dan buka emel je. Abah cakap lebih baik aku cuba explore sendiri sebab kalau nak hantar ke kelas biasanya akan mula balik daripada basics komputer ni.

Jadi, sepanjang cuti SPM dulu, aku pun mainlah explore itu dan ini. Daripada A sampailah mungkin M kot. Hehe. Selepas dapat result, dan ditawarkan persediaan di KSP dulu, aku berjumpa dengan beberapa orang kawanku yang mahir bab komputer (Nas, Ulya, Hasanah dan lain2). Dengan diorang aku belajar lagi segala hal2 komputer.

Apabila dah berada di sini, dalam semester keduaku, aku diperkenalkan dengan blog. Masa cuti tahun 1 dulu, aku dah buat pun blog ni, tapi tak diisi dengan apa2 sebab masa tu aku tak tahu macam mana nak gunakan semua benda2 ni. Punca aku boleh teringin nak buat blog ni sebab buka blog Basyir (masa tu dia link blog dia kat YM rasanya). Dan masa duduk menumpang rumah kak Nawwar, dia tunjukkan padaku blog kak Zida atau kak Fariz (tak ingat mana satu atau dua2) yang ada menceritakan tentang kisah kami AJK buat bunga telur kat rumah kak Nawwar. Masa tu terfikir mesti best kalau ada blog, ada tempat untuk spill semua benda yang kita alami.

Apabila dah masuk semester 3 (tahun 2), aku macam terlupa kejap pada hasrat nak buat blog ni. Sampailah masa sehari sebelum raya haji, masa tu aku baru balik dari memantau dewan yang akan digunakan untuk majlis keesokan harinya. Hajar ingin menumpang di rumahku, jadi kami pun pakatlah balik ke rumahku sama2. Jalan untuk ke rumahku sangat2 meriah. Hajar snap beberapa gambar dan bila balik rumah, Hajar minta nak guna internet. Apabila aku tanya Hajar nak buat apa,dia kata nak upload sikit gambar ke dalam blog. Dari situ aku belajar sedikit demi sedikit cara untuk gunakan blog ni.

Mula2 aku tangguhkan dulu hasrat untuk buat blog. Tapi tiba2 entah macam mana, tanganku gatal menyentuh laptop dan mula buka balik pada blog yang aku pernah buat dulu. Dari situ aku edit, ubah settings bagi kemas dan teratur sikit. Dan akhirnya, selamat ber'blogging' to me. Hehe.

Apabila dah mula blogging ni, terasa macam tak percaya dah boleh buat blog. Tapi ada yang pesan kepadaku, apabila dah ada blog ni, satu benda yang susah ialah untuk sentiasa update. Mungkin bagi kita, tak pelah, ini blog kita, suka hati kitalah untuk update ke tak. Tapi apabila ahli keluargaku dah tahu tentang kewujudan blogku, paling kurang seminggu sekali mereka akan buka dan baca entri2 yang ada pada blogku ini. Walaupun entri yang tak ada kaitan dengan apa2 pun mereka akan baca gak. Bagi mereka, dengan membaca entri2 ku, mereka boleh tahu segala benda yang aku rasa dan aku alami sepanjang masa aku duduk berjauhan dengan mereka. Jadi aku setkan target, untuk setiap bulan aku akan memasukkan paling minima 7 entri. Pernah sekali, aku lama tak update blog atas sebab aku baru sampai sini dan masa tu nak cover balik lecture yang tertinggal. Apabila aku telefon family tanya khabar semua, Mak tanya kenapa tak ada entri baru. Mak ternanti-nanti nak baca entri2 baruku. Masa tu terasa bersemangat untuk sentiasa update blogku kerana aku tahu ada yang baca entri2 ku.

Bila dah makin lama dengan blogging ni, aku baru dapat tahu yang blog ni boleh diperibadikan. Dan nak dipendekkan cerita, sebenarnya aku mempunyai 3 blog, 1 yang umum, iaitu yang ini. 2 lagi diperibadikan. Sekadar untuk diriku sendiri to spill out everything that MAYBE i am mad about. Hehe. Sebab itulah bagiku, apabila dah mula ber'blogging', boleh jadi addicted. Sebab semua benda yang dialami akan masuk dalam blog. Cumanya kalau yang rasa private, masuk dalam blog peribadi, yang boleh kongsi akan masuk sini. Tapi kadang2 ada masanya aku tak dapat nak update blog sebab kisahnya ada, cuma mood tu tak de dan bila post gak entri tu, boleh terasa yang entri tu macam kaku.

Betul juga kata Abah, internet ni lebih baik explore sendiri. Hehe. Dan sekarang ni anak Abah yang seorang ni boleh dikira pandai gak la guna semua benda ni TAPI macam manapun aku tidaklah dikira semahir rakan2 yang lain. Mungkin kelebihanku ialah menggunakan blog dan segala macam benda yang lain. Mungkin yang lain pula kelebihan dia pada bahagian lain. Apapun, kita masih lagi boleh belajar dan belajar dan belajar lagi.

Pagi ini sangat tenang dan sejuk. Huhu. Ok, kena siapkan kerja. Dah tak nak bertangguh sebab nanti boleh tumpu pada studyku bukan setakat untuk exam, tapi untuk masa hadapanku sebagai bakal doktor InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa membaca blogku ini walaupun ada masanya aku rasa entri yang aku masukkan ni macam entah apa2. Terima kasih buat ahli keluargaku kerana terus bagiku semangat dan juga sentiasa mengikuti perkembangan blogku. Bak kata Mak, blog itu seolah mencerminkan diriku (dari segi perasaan dan pengalaman). Thanks again.MyEm0.Com

9.12.09

~Kala ini....~

Gayanya untuk masa ini aku kena tangguhkan entri untuk Aidil Adha Winter Escapade (AWE) 2009. Memandangkan untuk membuat satu entri memerlukan konsentrasi yang agak tinggi (kalau nak cepat siaplah), jadi aku akan cari satu masa yang sesuai untuk cerita pasal AWE ni. Cuma sekarang ni saja je aku nak update blogku ini.

Sekarang ni semua tengah sibuk dengan assignment masing2. Alhamdulillah tadi dah lepas satu (Parasitology). Nak pula 20hb ni ada lagi satu midterm exam (this will be the last midterm exam before the real final exam), jadi semua tengah struggle cover balik mana yang tertinggal atau tak faham semua. Untuk mid term kali ni de 6 subjek dalam satu paper, 30 soalan untuk 35 minit (Anatomy, Physiology, Pharmacology, Parasitology, Pathology, Community Medicine). Gayanya mid term kali ni banyak kena baca banding dengan yang sebelum ni. Huhu.

Sekarang ni suasana sangat sejuk. Hujan tengah turun dengan lebat. Untuk seminggu ni dah beberapa kali hujan lebat. Dah mula nak masuk peak musim sejuk. Anginnya pun kuat semacam (mujur tak melayang je...hehe..). Bila masuk musim sejuk, perut cepat terasa lapar dan tidur pun makin lena (ish3.....). Tapi dalam masa yang sama, aku kena kawal semua2 ni. Kalau tak, mulalah tak terstudy nanti.

Ok lah, setakat ini sahaja bercerita. Sekadar saja2. Huhu. I'm in the need to find back all the strength to overcome the very comfortable winter. Hehe. Jom study semua......
MyEm0.Com

4.12.09

~Majlis Sambutan Eid Qurban (EQ'09)~

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku meng'update' blog ini dengan kisah2 Aidil Adha yang penuh dengan pelbagai ragam dan gaya. Aku akan ceritakan satu persatu mengikut susunannya.

Sehari sebelum EQ'09, rasanya kami semua AJK tak dapat nak duduk diam. Ke sana ke mari, mengambil itu, berbincang ini, buat itu, dan segala macam bendalah demi memastikan majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar. Bukan setakat AJK sahaja, semua batch juga bertungkus lumus berlatih untuk pertandingan persembahan yang diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Dan juga wakil setiap rumah yang handal dalam bidang masakan pula sibuk di dapur menyediakan kuih raya untuk dibawa dan dikongsi bersama-sama.

*****
Memandangkan tahun ini, majlis EQ'09 diadakan di Ibrahimiyah, jadi kami tidak ke Gami' Ibrahim untuk solat raya. Cukuplah hanya sekadar di Gami' Nur Islam, berdekatan dengan imarah kami. Jelas kedengaran takbir bersahutan antara masjid2 dekat dengan rumah kami. Ditambah lagi suara kambing dan lembu yang dari dua tiga hari lepas dah mula berkumpul di tepi2 jalan. Di sini, korban dan sembelihan dimulakan sebaik sahaja azan Maghrib pada 9 Zulhijjah dilaungkan. Berbeza dengan Malaysia, di mana sembelihan dan korban diadakan sebaik sahaja solat raya didirikan.

Tengah2 nak bersiap keluar rumah untuk ke tempat majlis, kedengaran macam segerombolan tapak2 kaki berbunyi menaiki tangga menuju ke sutuh imarah kami. Dalam bunyi2 tapak kaki ini, tiba terdengar bunyi mengembek. Alliah yang kebetulan berada hampir dengan pintu intai keluar sikit, beritahu kami semua banyak gak kambing2 yang dibawa naik ke sutuh untuk dikorbankan. Ternganga kejap la bila dengar kambing2 dikorbankan di atas rumah kami.

Keluar dari rumah, huih, bau2 kambing menusuk hidung kami semua. Cepat2 aku turun tangga rumah menuju ke pintu keluar imarah. Keluar2 sahaja dari imarah, jalan2 penuh dengan darah lembu2 dan kambing2 yang dikorbankan. Terdetik dalam hati, berbahagialah semua binatang yang dikorbankan kerana ke syurgalah destinasinya selepas ini. Dalam keadaan nak cepat ke tempat di mana aku dan Sarah dah pakat nak jumpa, tiba banyak la pulak jalan yang kena blok untuk memberi laluan semua menjalankan ibadah korban. Pusing punya pusing akhirnya sampai gak la ke post office Ibrahmiyah. Sarah dah sedia menunggu aku untuk mengambil skrin putih yang ditumpangkan di rumah Aimi.

Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Bolehlah nak cakap terubat rasa rindu kepada suasana beraya di Malaysia. Tak sangka, kuih2 raya sangat banyak dan sedap2. Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan kuih raya untuk dikongsi bersama pada pagi raya. Majlis dimulakan dengan alunan ayat al-Quran yang berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s (bolehlah rujuk tafsir surah as-Saffat ayat 100-110). Kemudian disambung dengan alunan takbir raya secara beramai-ramai. Juga ada sedikit tazkirah sebagai ingatan untuk semua yang hadir.

Yang jadi gamatnya majlis ini bila tiba bab persembahan, cabutan bertuah dan juga games. Hehe, bermacam ragam dan gaya ada. Paling kelakar apabila salah satu nombor yang bertuah sedang dihubungi, boleh pula dia angkat telefon dia dan bersembang dengan Nas yang menguruskan cabutan bertuah ini. Masa permainan games pula, terasa jadi macam kanak2 riang je dengan pelbagai gelagat nak menang. Hehe. Akhir sekali kami ada sediakan games untuk anak2 Puan Zakiah yang masih lagi kecil.

Alhamdulillah, tamat sudah majlis dengan penuh ceria. Tahniah buat rakan2 batch kerana berjaya bolot dua kategori hadiah. Tahniah juga kepada yang lain kerana berjaya mempersembahkan persembahan yang mantap dan juga membuatkan seisi dewan terhibur. Beginilah suasana raya di perantauan ni. Berkumpul beramai-ramai, buat aktiviti sama2, makan sama2 agar kerinduan pada kampung halaman serba sedikit terubat.

*****
Di sini aku ingin mengupas dan memberi pendapatku berkenaan tema untuk majlis EQ'09 ini.

Tadhahhi! Ma'akum al-Hayah --> Berkorbanlah! Bersamamu kehidupan.

Setiap pengorbanan yang dilakukan, pasti ada sebab musabab dan juga hikmah di sebaliknya. Bermula dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, yang berpuluh tahun lamanya menanti kehadiran seorang anak sebagai pewaris keturunan, penuh redha menjalankan perintah Allah s.w.t untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s. Namun, Allah gantikan tempat Nabi Ismail a.s dengan seeokor kibas. Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ini telah meng'hidup'kan iman dan juga kepercayaan yang kuat kepada Allah s.w.t.

Jika kita imbau balik pengorbanan Rasulullah s.a.w, di mana dengan segala kepayahan dan cabaran Baginda dan para sahabat berkorban harta, nyawa, tenaga dan masa dalam menyebarkan agama Islam ini. Namun, jika kita hayati semula sirah Baginda, pengorbanan Baginda dan para sahabatlah yang meng'hidup'kan Islam ke seluruh pelusuk dunia sehingga kini.

Bukan setakat itu saja, cuba kita kaitkan dengan situasi kita sendiri sebagai pelajar. Pengorbanan kita ke sini, jauh daripada keluarga, masa kita digunakan untuk study, ke kuliah belajar semua. Dan akhirnya yang 'hidup' dalam pengorbanan kita, adalah ilmu2 yang kita dapat dan InsyaAllah yang akan diamalkan ini berguna untuk kita semua yang bakal bergelar doktor.

Sebagai hamba Allah pula, setiap masa yang dikorbankan dalam menjalankan ibadah dan suruhan-Nya, sedar atau tidak, telah menghidupkan dan juga mengukuhkan iman kita dalam menempuhi kehidupan kita yang penuh cabaran di dunia ini sebagai persediaan kita menuju ke alam yang kekal abadi.

Rasanya kalian semua dapat mengaitkan tema ini dengan kehidupan kita. Kalau diikutkan, panjang lagi penjelasan dan huraian yang terfikir di dalam akal fikiran, dan akhirnya aku dapat simpulkan semua perkara ini akan 'hidup' seandainya pengorbanan kita ikhlas InsyaAllah. Cukuplah sekadar di sini aku bercerita panjang. InsyaAllah selepas ini akan aku ceritakan pengalaman AWE'09-Aidil Adha Winter Escapade 2009. Di sini aku uploadkan sedikit gambar wajah ceria kami menyambut Aidil Adha bersama-sama.

Qasrun Najihin yang tinggal bersama Hanis, anak bongsu Puan Zakiah (Hasanah, selamat beraya di samping keluarga di Malaysia)

Most of us Batch 0713 dengan 2 biji hamper (Tahniah kepada team Dikir Barat...)

Kami dengan lambang 'thalatha'

Di bawah sinaran lampu..hehe (Adik2 sayang, rasanya ni 1st time Aca wat camni tau...hehe)

p/s - maksud perkataan yang diitalickan-
Gami' - masjid
imarah - bangunan rumah (macam flat)
sutuh - nama senangnya rooftop
thalatha - 3

25.11.09

~I have U, U have Me, We have each other....(Alhamdulillah)~

Semalam terus terang aku menghadapi hari yang sangat menekan jiwa (hyperbolanya ayat). Aku tak tahu kenapa hampir semua benda aku ambil serius sangat sedangkan orang lain semua relax je. Mungkin sebab semua benda tu adalah tanggungjawab aku, jadi sememangnya aku akan pegang tanggungjawab ni dengan serius, tak main2. Sedikit sebanyak benda semua jadi macam kelam kelibut. Air mata berjaya ditahan tapi perasaan yang sangat sakit terus ditahan walaupun terasa sangat perit. Minta maaf kepada sesiapa yang terkena semalam dan hari2 sebelumnya. Aku cuba menahan daripada lepaskan emosiku kepada kalian tapi mungkin masa itu tahap sabar dalam diri tengah diuji kekuatannya dan ternyata aku masih lemah.

Walaupun aku dalam keadaan yang tidak begitu stabil, tapi aku masih cuba untuk tersenyum dan cuba bergelak ketawa macam biasa. Tapi terasa gak sedikit janggal, rasa macam tak ikhlas. Dan dalam semua yang berlaku ini, Allah telah menemukan aku dengan insan2 yang sangat mencuba pulihkan balik keadaan emosiku. Kepada beberapa insan yang ada hampir dekat denganku, aku luahkan masalahku dan juga mereka memberikanku semula kata2 semangat, dan masih lagi ku simpan dalam bekas handsetku (thanks to 'kucing bunga2'). Kepada rakan sectionku, terima kasih kerana berikan aku kekuatan masa PBL. Kalau ikutkan hati, terasa serba salah gak bagi tajuk dan info yang salah kat korang semua. Tapi bila korang kata takpe, relax la Fatin, sabar2 dan semua benda tu, terasa ringan beban yang tertanggung. Jangan risau, aku dah jumpa Prof balik lepas PBL pasal kes group korang.

Balik dari kelas semalam, dalam keadaan terasa macam di awangan, terasa sangat down, terasa seperti nak meluahkan tapi tak tahu kepada siapa, tiba dapat komen 'facebook' daripada adikku Arip. Aku pun balaslah balik. Arip pun balas balik. Balas punya balas last2 aku minta dia buka YM. Semasa tengah chat aku ceritakan semua masalah yang aku alami. Cerita punya cerita, Arip memberikanku kata2 semangat dan juga adalah lawak2 yang dia buat nak bagi aku tergelak semula. Bila dah habis part aku, rupanya Arip pun ada gak masalah berkaitan dengan projek dia (ketua projek untuk karnival kerjaya). Dan aku pula yang bagi kata2 semangat kat Arip. Selepas itu, aku terfikir, di kala aku memerlukan seseorang untuk meluahkan masalahku, akan ada yang memberikan aku kata2 semangat. Dalam masa yang sama, bukan aku sahaja yang merasa itu semua, insan2 lain juga mempunyai perasaan yang sama denganku.

Alhamdulillah, malam tadi emosiku kembali normal. Stabil semula. Segala yang dipesan semua aku simpan dan aku amalkan.

Kisah kelakar pula hari ini, aku saja hendak telefon rumah. Arah pun baru balik hari ni selepas habis paper Add-Math. Seronoknya dapat berborak dengan Arah, Mak, Adik dan Qila (mengikut susunan dengan siapa aku bercakap dulu). Tiba2 semua tanya pasal semalam. Haha, seganlah pulak rasa. Arip ceritakan semula kisah yang aku cerita kepada semua. Arah tanya, Mak tanya, Adik tanya benda lain dan Qila pun pasal lain. Aku ceritakan semula pada Mak dan Arah, dan tiba rasa cam kelakar la pulak aku beria nak emo semalam. Haha. Segannya la. Semua terus menerus bagiku kata2 perangsang penguat semangat. Alhamdulillah aku mempunyai kalian semua yang hadir dalam hidupku.

Tadi masa borak dengan Adik, Adik ada tanya pasal ikan2 ku dua ekor itu, Ryo dan Ranchuu. Alhamdulillah ikan2 tu kelihatannya membesar sedikit daripada masa mula2 aku beli dulu. Aku tak perasan asalnya, tapi ahli bait yang lain perasan. Tapi bila tengok betul2, baru perasan. Hehe. Ikan2 ni tau ye bila tuan dia stress. Ingat lagi masa study untuk mid term baru2 ni, penat menghadap buku, aku tengok sekejap ikan2 tu. Ranchuu dengan mengadanya buat bermacam gaya renang dia, last2 camne entah dia macam terpusing gitu, terhibur tengok. Ryo pulak bila usik sikit, terus berenang lincah. Macam2 la. Kadang2 ikan2 ni tengok je apa yang tuan dia buat. Rasa cam kelakar pun ada gak. Sekarang ni ikan2 ni dah tak segan2 macam dulu. Senang je kalau nak tangkap gambar ikan2 ni.


Ryo dan Ranchuu sedang perhatikan aku study or tak untuk mid term masa tu. Aku lak, peluang keemasan untuk tangkap gambar ikan2 ni. Hehe.

Eh, bermacam segala cerita dah cerita kat sini. InsyaAllah AidilAdha nanti akan disambut dengan penuh kemeriahan di sini. Lampu warna warni dah naik dah. Lembu kambing pun dah beratur kat tepi jalan. Di sini AidilAdha sangat meriah. Hari esok dan lusa aku bakal 'tak duduk diam' memandangkan aku ada tugas yang perlu diselesaikan untuk majlis EQ nanti. InsyaAllah segala benda yang berkaitan dengan Raya Haji nanti akan aku ceritakan selepas majlis ye.

(Sori, entri yang sangat panjang).MyEm0.Com

17.11.09

~A lots of Wish....~

Hanya sekadar sebuah entri yang pendek buat semua adik2 yang sangat ku sayang.......

MyEm0.Com Pertama sekali buat adikku Farah Adibah. Tin tahu yang Arah akan hadapi salah satu peperiksaan yang besar mulai hari esok. Peperiksaan yang menentukan hala tuju hidup Arah lepas ni InsyaAllah. Tin doakan agar segala urusan Arah dipermudahkan daripada subjek pertama esok sehingga subjek yang terakhir. Moga Arah diterangkan hati dan ditajamkan ingatan di kala saat2 terakhir Arah nak review balik semua yang Arah dah belajar dari tingkatan 4 lagi. Pesanan untuk Arah, rehat secukupnya. Jaga makan dan minum (makanan pedas buat sementara ni kawallah sikit, nanti tak pasal2 gastrik). Juga tawakal kepada Allah untuk kertas yang sudahpun lepas. Minta agar proses penandaan semua selamat dan lancar.

MyEm0.Com Kedua pula buat adik jejakaku seorang, Hafiz Arif. Tin minta maaf sebab lambat ucap 'All de best'. Huhu. Tin dapat rasa macam ada sesuatu je masa 12hb hari tu, tapi terlupa langsung yang masa tu Arip mula exam. Memandangkan Arip dah lepas 4 paper, dan Arip cakap petang tadi Alhamdulillah Arip boleh jawab, jadi Tin mendoakan agar paper2 yang selepas ini juga sama seperti 4 paper Arip yang dah lepas. Tak sangka Arip dah final exam sem 1 untuk program A-level Arip. Sama seperti Arah, Tin doakan agar segala urusan Arip dalam menghadapi exam ini dipermudahkan dan mintalah bantuan daripada-Nya. InsyaAllah Tin tahu yang Arip boleh buatnya.

MyEm0.Com Ketiga buat adik bongsuku yang masih di sekolah rendah, Anis Azyyati. Aca nak ucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan akhir tahun darjah 1 Adik. Banyak peningkatan yang Adik dapat berbanding masa peperiksaan pertengahan tahun dulu. Tak kira sekolah kebangsaan atau sekolah agama, keduanya sama2 naik. Tahniah sekali lagi sebab berjaya menghabiskan tahun pertama Adik di alam persekolahan Adik tanpa banyak karenah. Tiba Aca rasa rindu nak dengar Adik cakap, "Rehat tadi makan bihun sup" ...."Kat sekolah tadi cikgu cakap Adik baik"......"Aca, tolong tengok Adik buat homework".......dan macam2 lagilah. Aca tahu Adik seronok sangat pergi sekolah semua. Sekali lagi tahniah Adik. I'm really proud of you (tak sangka adik Aca yang 'baby' ni dah besar).

MyEm0.Com Keempat buat adikku yang sangat manja, Nurul Aqila. Tin nak ucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 yang katanya banyak 'A' (bak kata Mak). It's a good start for your PMR examination next year. Gayanya Qila berjaya mengekalkan keputusan Qila sejak dari mula Qila masuk sekolah menengah. Cuti ni cutilah puas2 ye tapi ingat, study sikit2 untuk PMR. Rindunya lah Tin nak dengar cerita2 pasal sekolah Qila. Oh ye, baru teringat, tahun depan kalau boleh, jangan aktif sangat. Tumpu pada study, tapi kalau setakat nak lepas tension tak pe je. Jangan jaga koop beria sangat (Tin tau Qila Koopian berjaya). Hehe. Tahniah sekali lagi Qila dan teruskan usaha Qila untuk PMR akan datang.

MyEm0.Com As for me, memandangkan adik2 Tin semua kini sedang bertungkus lumus untuk buat yang terbaik, dan ada juga yang sudah bertungkus lumus serta mendapat keputusan yang terbaik, jadi Tin juga mesti berusaha yang terbaik. InsyaAllah Tin akan menghadapi mid term exam kedua hari Sabtu 21hb. Tin mohon doa dan restu daripada Abah, Mak dan Adik2 agar Tin dapat jawab soalan dengan baik dan lancar. Dan juga Tin minta semua doakan Tin berada dalam keadaan yang sihat memandangkan musim sejuk yang dah nak masuk ni membuatkan Tin mudah demam. Buat adik2 Tin semua, marilah kita sama2 menggembirakan hati Abah dan Mak yang sentiasa menggembirakan hati kita sedari kecil lagi.

~One Happy Family Forever...InsyaAllah...~

p/s-Emoticons tu memang padan dengan semua orang....hehe....

15.11.09

~Seandainya....~


Sejak dua menjak ni, hati dan fikiran menerawang kembali semula ke zaman nakalku, ketika aku masih lagi kecil. Tika itu di mana aku tidak mengerti apa itu masalah, cabaran, dan dugaan hidup. Tika itu juga aku tidak mengenali apa itu tanggungjawab, amanah, jujur dan lain2. Apa yang aku tahu, hanyalah main, gembira, sedih (kalau tak dapat apa yang aku nak), seronok, seolah-olah hidup ini selamanya bahagia. Aku tersenyum sendirian, teringat betapa nakalnya aku, sebagai seorang kakak yang selalu sangat buli Arip (adik yang paling dekat jaraknya denganku). Betapa manjanya aku, terutama sekali bila ramai yang melayan. Betapa kuatnya aku main masa kecil, terutama bila dapat lepas pagar rumah main kat taman permainan, dah masuk Maghrib puaslah Abah dan Mak pujuk suruh balik. Betapa mengadanya aku, patutnya dah boleh berjalan tapi nak gak minta Abah dan Mak dukung selalu. Betapa beraninya aku (kot), nak sangat makan ais krim sampaikan aku berjalan seorang ke kedai hujung sana sedangkan Mak dahpun belikan ais krim masa tu. Risaunya la Mak masa tu (Mak, minta maaf ye). Masa tu aku rasa apa yang aku fikirkan adalah untuk kegembiraan diriku sendiri.

Bila teringat balik semua ini, terasa seperti hendak putarkan semula jam dan patah balik ke zaman itu. Zaman yang aku kira paling seronok. Tak perlu fikirkan macam2. Tak perlu susah hati selalu. Tapi, apa yang telah aku lalui ini semuanya hanyalah tinggal kenangan dan pengalaman yang sangat indah. Inilah dia lumrah kehidupan, dan juga fitrah masa. Bila kita sudah melaluinya, maka tiada lagi ruang untuk patah balik, tapi pengalaman dan juga kenangan yang kita dapat biarlah menjadi pengajaran dan juga sebagai penguat semangat untuk meneruskan hidup di masa hadapan.

Dalam hidup ini, tak selamanya kita akan menjadi kanak2. Allah ciptakan fasa hidup ini berperingkat bagi memudahkan hamba2 Nya memahami fitrah kehidupan ini. Tidaklah lahir2 sudah boleh baca buku ataupun boleh berjalan berlari ke. Pasti setiap apa yang diciptakan ada hikmah dan hukum tersendiri. Apabila makin dewasa, pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas sebagai pengalaman dalam menghadapi masa hadapan. Makin lama, hidup ini makin mencabar, kalau tiada cabaran, tak merasalah 'thrill' nya.

Sebenarnya kenangan masa kecil dulu, bila aku teringat balik, sedikit sebanyak dapat mengubat perasaan yang sedikit tertekan. Ada masanya tekanan yang datang, ada pelbagai cara untuk kita ubatinya. Ternyata kenangan yang tinggal ini tiada sia2 nya. Kenangan ini bila ingat balik, memang lucu, malu pun ada gak. Hehe. Alhamdulillah kerana aku berpeluang memiliki kenangan hidup yang indah. Terima kasih Abah dan Mak kerana membesarkan Tin dengan penuh kasih sayang dan juga kesabaran. Kini tibalah giliran Tin untuk menggembirakan hati Abah dan Mak dengan menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya InsyaAllah (doakan ye Abah dan Mak).


Masa minta air gas kat Abah, dan nak minta gula2 kat Pak De. Hehe.
(gambar lama, dah rosak sikit, tapi masih lagi ada nilainya tersendiri)