Pages

30.1.09

Buku ibarat mutiara, manusia ibarat lautan...

Begitulah perumpamaan yang aku boleh taip untuk menggambarkan suasana di Ma'arad Kutub (karnival buku) di Kaherah semalam. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam (tak tau la apa masalah coaster yang kami naiki) dari Iskandariah terasa amat berbaloi apabila semua buku2 yang dikehendaki berjaya dimiliki.

Masuk je Ma'arad Kutub, apa yang aku nampak lautan manusia berpusu-pusu membeli buku2 yang dijual. Pening gak la kepala apabila melihat situasi sebegini. Mujur Alliah pernah pergi tahun lepas (dia la tourguide aku, Hasanah, dan Zatil), jadi takde la tersesat atau terbuang masa mencari di mana booth yang menjual buku2 medik.

Walaupun dah malam, masih ramai lagi yang mencari buku yang dikehendaki.
(mungkin gambar tak berapa jelas sangat)

Rambang mata kami apabila melihat buku2 medik yang dijual. Target nak cari buku Atlas Anatomy dan Pathology, Alhamdulillah dapat la dua buku ni plus 3 buku medik lain dan juga sebuah buku yang ku kira boleh dibaca sebagai 'santapan rohani' jiwa kita. Berapa yang dihabiskan untuk buku2 ni, hehehe, kalo nak tau tanya la sendiri. Tapi memang rasa puas sangat kerana dapat memiliki buku2 medik koleksi sendiri. Kalo nak buat assignment tak yah la nak pinjam orang atau yang library punya. Selain itu, buku2 ni boleh dijadikan rujukan kalo tak faham buku2 kuliah.

5 buah buku Medik yang ku beli semalam. (Kalo tengok tajuk macam lebih kurang je tapi isinya semua lain)

Inilah buku pertama yang ku beli kat Ma'arad semalam dan inilah buku yang ku gelarkan sebagai 'santapan rohani'.

Perjalanan yang panjang ni berakhir apabila kami sampai Iskandariah dalam pukul 2 pagi. Penatnya memang tak terkata la. Tak sabar rasanya nak tunggu Ma'arad kat Iskandariah lak lepas ni. Kalo ada rezeki, rasa macam nak beli lagi buku.

Study leave dah pun bermula minggu lepas. InsyaAllah 8/2/2009 bermulalah perjuangan untuk subjek pertama (Biochemistry) sehinggalah ke subjek yang terakhir pada 4/3/2009 (Community Medicine). Buat sahabat2 satu batch, seniors and also juniors, sama2 la kita berusaha menggapai kejayaan bukan sekadar untuk peperiksaan ini semata-mata, tetapi juga untuk bekalan akhirat kita InsyaAllah.

(Tengah fikir kat mana nak letak buku2 ni memandangkan rak buku semua dah penuh....hmmmm.....)

27.1.09

~Careless~

I've just taken my practical exam for Anatomy today, and I've presented my last assignment (also Anatomy). What a relieve that my group has finished all the assignmnents for this semester. And today's assignment was the most relax one compared to other subjects.

During my practical exam, I've done one mistake. I thought question number 6 was upper limb (so I've answered the pointed structure as brachial artery at first). Then came to my last question (question number 9 because I've started my exam with question number 10), I saw the REAL brachial artery. So, if this the real brachial artery (an artery in the arm above the elbow joint), I wondered what was the pointed structure at question number 6.

There was no 'going back' in this exam. So, I've changed my answer on question number 6 (the answer was also one of the stucture of upper limb). After passing my answer sheet to the professor in charge, I've gone back to that question. At the same time Lina was there, I asked her what was the pointed structure, she said it may be popliteal artery or vein. Wait a minute, this was the structure of lower limb (present behind the knee joint). I looked at the specimen from the upper end until the lower end, then I've noticed that this specimen have foot (for sure this is lower limb).

This reminds me about 'careless'. Sometimes we are careless mainly in simple questions. My story for today is one of the example. It happens when we are over confident, or answering the question in such a hurry, or maybe we just read some part of the question (in my case, I've just looked at the pointed structure without seeing this structure either from the upper limb or lower limb).

As Lina said to me, maybe it is one kind of lesson that I've got today. It will remind me to be more carefull in answering my exams and also maybe Allah have prepared a better chance for me in other exams InsyaAllah (thank you Lina for your beautiful advise).

For my family and friends who've read this post, try to avoid this 'careless syndrome'. It may affect your marks (if it is an exam) or may affect your work. I've experienced it a lot of time, and I'm trying to minimize this 'syndrome' as minimal as I can from time to time.

Now I have 3 subjects to go for this week (Arabic Ammiah on Wednesday, practical exam for Pathology and Physiology on Thursday).

~All the best to all my friends, seniors and juniors for this final semester examination. Rabbuna Yusahhil wa Rabbuna Yunnajah fil Imtihan.~

~The picture of upper limb (from the shoulder until the hand). I don't have the picture for lower limb (from the gluteal until the foot)~

~I think you all can see or imagine the DIFFERENCE between the upper limb and lower limb~

23.1.09

~Seronoknya~

Boleh tahan gak la penat hari ni. Kelas dari pukul 8 pagi sampai 3 petang (mujur ada gap 2 jam). Namun semua kepenatan ni hilang bila dapat dengar suara keluarga tercinta (call guna eVoip..hehehe).

Bercerita panjang dengan Mak. Macam2 kisah yang dibualkan. Lama tak borak selama itu dengan Mak, Adik, Arah dengan Abah (ikut turutan siapa yang bercakap kat telefon tadi). Yelah, line internet sedikit bermasalah sebelum ni.

Seronoknya semua ahli keluargaku sedang berkumpul kat rumah sebab sekarang ni cuti Raya Cina kat Malaysia. Semua ada kat rumah kecuali aku. Rasa seronok dengar Mak bagi tau tadi yang Arah dengan Qila tengah buat kerja sekolah, Adik tengah main komputer, Abah, Mak dengan Arip lak tengah tengok tv. Kucing kesayangan keluargaku Diehard lak tengah nak mencari jari siapa untuk dihisap (rindunya suasana ni).

Seronok datang lagi bila dengar Adik bercerita tentang sekolah kebangsaan dan sekolah agamanya (walaupun dah masuk darjah 1, tapi aku masih lagi anggap dia 'baby'). Tahniah Adik kerana berjaya khatam Iqra' 1. Jangan nakal2 tau belajar mengaji dengan Abah, Mak atau Abg Arip ye.

Seronok lagi sebab dapat berborak dengan Arah. Kesian dia, naik tingkatan 5, banyak kerja sekolah yang cikgu2 bagi (adat la tu). Aku pun bagi tau la serba sedikit pasal jadual peperiksaan pada hal aku baru je cerita benda yang sama kat Mak tadi.

Seronok dapat borak dengan Abah. Lama gak la tak dengar suara Abah. Abah bertanyakan macam2 perihal kuliah. Aku pun banyak gak tanya Abah pasal kerja Abah. Akhir kalam di telefon tadi, seperti biasa Abah minta supaya aku jaga diriku baik2 (dari segi kesihatan, kebajikan, keselamatan). InsyaAllah akan ku pegang amanat dari Abah, Mak dan juga Adik2.

Yang pasti aku rasa SERONOK sangat dapat melepaskan rindu terhadap ahli keluargaku yang tersayang.

(Harapnya tercapai gak la hasrat Qila supaya watak adik2 ku dikeluarkan dalam blog ku ini. Tapi dalam post ni watak Qila sikit la pulak. Tak pe la ye Qila, lain kali Aca taip lagi)

Mulakan la setiap amalan harianmu dengan niat....


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

InsyaAllah kali ni inginku kongsi apa yang ku pelajari dalam kelas Tafaqquh ketiga bertarikh 20 November 2008 berkenaan Hadis 1 yang bermaksud :-


Daripada Amirul Mukminin, Umar al-Khattab Radhiallahu 'anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : (Sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat, dan sesungguhnya setiap individu itu akan mendapat setiap apa yang diniatkan, Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan Barangsiapa yang berhijrah kerana ingin mendapatkan hajatnya di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang diniatkan".


Penerangan hadis ini (apa yang sempat ku catat sepanjang Ust Azam mengajar) :-

1) Sentiasa memperbaiki dan elokkan niat dalam amalan seharian kita walaupun hanyalah perkara yang kita yang anggap kecil.
Contoh-memberus gigi, mandi, memasak
, belajar etc....

2) Bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam niat kita.
InsyaAllah bila niat kita ikhlas dan bersungguh, amalan yang kita buat tu pun dapat dilakukan dengan ikhlas dan sempurna.


3) Dengan niat ini la yang dapat membezakan antara ibadat dan adat
Contoh-memberus gigi setiap kali bangun tidur sudah menjadi adat, tapi seandainya kita niat semasa berus gigi supaya kita selesa ketika beribadat kepada Allah, maka memberus gigi ini akan dikira sebagai ibadat. Simple je kan.


4) Niat sebenarnya boleh dipelbagaikan (satu amalan kita boleh disertakan dengan pelbagai niat dan akan diterangkan dalam bahagian2 niat).


5) InsyaAllah kita akan dapat setiap apa yang kita niatkan (nak pula sekarang ni kita berada di Ardhul Kinanah).
Contoh- Seandainya amalan itu dilaksanakan hanya kerana Allah S.W.T, maka InsyaAllah ganjaran pahala menantinya. Seandainya pula amalan yang ingin dilaksanakan itu kerana duniawi (sebagai contoh dalam hadis tadi untuk menikahi gadis), maka apabila dia melaksanakan amalan tersebut, dapatlah dia menikahi gadis itu.

6) Niat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian (bab ni catatan ku tunggang langgang sikit, jadi sesiapa yang lebih arif minta komen la nanti, tapi apa yang akan aku taipkan ini adalah berdasarkan catatan yang ditulis dalam buku catatan tafaqquhku. Ada gak point yang tertinggal tu).

  • Niat semata-mata kerana ingin mendapatkan redha Allah dan untuk menunaikan perintah-Nya.
  • Niat kerana Allah dan juga ditambah dengan niat2 yang lain. Inilah yang dinamakan sebagai pelbagaikan niat. Antaranya niat yang boleh ditambah seperti membalas jasa kedua-dua ibubapa, ingin mendapatkan rezeki yang halal, dan apa2 lagi niat yang lain asalkan tidak bertentangan dengan syara'.
  • Niat semata-mata untuk mendapat ganjaran.
7) Seandainya niat kita itu, 'ter'sertakan atau disertakan dengan perasaan riak, ujub, dan yang sama waktu dengannya, maka rosak la amalan kita itu dan tidak akan mendapat apa2 ganjaran malah akan mendapat dosa kerana sifat mazmumah tersebut. Wallahu'alam.

Terus terang apa yang dikongsi ini mungkin ada silapnya kerana aku sendiri tidak la begitu arif dalam bidang agama. Masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Takut gak kalo ada kesilapan. Namun sekali lagi aku ingin sampaikan setiap apa yang ku taip ini semuanya berdasarkan apa yang aku dengar dan yang aku catat sepanjang kelas. Jadi, kemungkinan2 untuk salah dengar dan salah catat tu ada.

Memandangkan tak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan final semester bulan Februari ni, jadi ingin ku pesan pada diriku sendiri dan juga kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa melawat blog ini agar membetulkan semula niat kita dalam belajar dan juga menghadapi peperiksaan ini. Semoga dengan niat kita itu dapatlah kita kecapi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Amiin.


22.1.09

~Kenangan~

Selesai sudah tempoh seminggu kuliah untuk minggu ni (minggu kedua terakhir sebelum study leave). Terasa penat sangat. Manakan tidak, exam praktikal Microb dah lepas, 2 assignments dah hantar, dan yang paling best, 1 buku teks Physiology dah berjaya dikhatamkan untuk semester ni. Terasa gak la kepadatannya. Namun dalam kesibukan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah, anak dan juga pelajar dalam menuntut ilmu perubatan ni, ingatan terhadap arwah Embah Wedha' (gelaran untuk nenek dalam bahasa Jawa, kalo tak silap ejaannya) menyinggah kembali. Hari ni la rasa kerap sangat teringat arwah.

Kalo ingat balik, masa kecil2 dulu, tak pernah terlintas dalam benak fikiranku untuk memilih bidang perubatan (doktor) sebagai kerjaya pilihanku. Cita-cita yang pernah disebut masa sekolah rendah dulu antaranya cikgu, pensyarah, peguam, dan yang last sekali aku ingat sebelum aku berubah fikiran ke arah bidang perubatan ialah doktor veterinar (doktor gak tu). Aku teringat ada sekali aku berborak dengan Mak masa tingkatan 3 dulu. Mak tanya apa cita-cita aku yang sebenarnya, aku menjawab nak jadi doktor veterinar (sebab aku memang suka haiwan terutama sekali binatang peliharaan). Mak tanya kenapa aku nak jadi doktor vet dan macam2 lagi soalan.

Sampai la Mak tanya, "Tin suka budak-budak kan?", aku jawab ye sebab aku memang suka layan kanak-kanak. Mak sambung lagi "Kalo Tin suka budak-budak kecil, kenapa Tin tak nak jadi doktor pediatrik (doktor kanak-kanak)? Kalo jadi doktor pediatriks kan boleh layan budak-budak yang bayanya cam adik (masa tu adik bongsuku 2 tahun)". Ye tak ye gak, apa yang Mak cakap ada benarnya. Sejak dari saat itu la aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pediatrik. Alhamdulillah kini aku sedang menuntut pengajian dalam bidang perubatan dalam mencapai cita-citaku ini.

Semasa balik cuti habis tahun satu, masa tengah tolong Mak sediakan makanan tengahari, Mak tanya susah tak belajar medik. Aku sekadar menjawab, mencabar, sebab bagi aku, tak de yang susah senang dalam medik ni. Mak tanya lagi ada tak rasa 'down' belajar medik ni, jawapan aku ketika itu, "Tin tak de la sampai rasa 'down' sangat amik medik ni. Ada masanya memang rasa susah sangat belajar medik, tapi sebab Tin suka Tin tak rasa berat pun". Masa tu la baru Mak buka cerita, "Bagus la kalo Tin fikir gitu. Sebenarnya arwah Embah Wedha' dulu nak sangat tengok salah seorang cucunya bekerja kat hospital, pakai kot putih, merawat pesakit dengan tenang dan sabar (yang dimaksudkan oleh arwah ialah doktor). Dan masa tu Mak rasa cucu yang dimaksudkan ialah Tin. Mak rasa Tin yang dapat sambung harapan arwah Embah untuk menjadi seorang doktor.......".

Bila fikir balik, agaknya masa Mak pujuk aku untuk menjadi seorang doktor, rupanya Mak cuba menunaikan harapan arwah Embah Wedha' yang menginginkan cucunya ini menjadi seorang doktor. Mak sendiri pun ada cakap, aku antara cucu arwah yang paling rapat dengannya. Yelah, dulu masa aku sekolah menengah, aku dapat sekolah asrama yang dekat dengan kampungku. Jadi bila cuti, kalo aku balik kampung, mesti arwah masakkan mee goreng basah (antara makanan kegemaran), tidur dengan arwah dan aku pula akan bercerita macam2 la pasal sekolah kat arwah dan yang pasti arwah sangat terhibur setiap kali aku berborak dengan dia.

Arwah selamat pulang ke Rahmatullah semasa aku dalam tingkatan 4 (tarikh 1/10/2005) sebab sakit kencing manis (diabetes mellitus). Masa tu dah sampai tahap komplikasi. Sehari sebelum arwah meninggal, masa pergi melawat arwah kat hospital, aku tak tahan tengok arwah sakit. Dalam hati aku terdetik "Ya Allah, aku sayang nenekku. Aku tak sanggup melihat nenekku sakit sebegini, seandainya Kau mengambil nyawa nenekku ini, sesungguhnya aku redha dengan takdir-Mu kerana aku tak larat melihat nenekku menderita sakit".

Ini la serba sedikit kenangan aku dengan arwah Embah Wedha'. Kalo nak diceritakan semua kenangan aku dengan arwah, sampai bila tak habis sebab banyak sangat kenangan bersama arwah. Yang aku jadi teringat sangat dengan arwah sebabnya sekarang ni aku rasa susah sangat blok CVS ni.

Bila aku rasa medik ni susah, mesti teringat arwah Embah Wedha'. Bukan apa, tapi teringat harapan arwah yang nak tengok cucunya berkhidmat untuk para pesakit sepertinya di hospital. Dan ini bukan harapan arwah sahaja, semua ahli keluargaku tak kira yang dekat atau pun yang jauh, semua menyimpan harapan yang sama. Jadi, rasa susah yang ku hadapi ini dapat diatasi sedikit demi sedikit apabila mengenangkan harapan semua orang yang aku sayangi dan juga yang menyayangi aku. Tetapi harapan arwah Embah Wedha' yang disampaikan melalui Mak la yang mendorong aku untuk terus berusaha yang terbaik dalam mencapai cita-cita sebagai seorang doktor pedriatik.

Ini saja kisah yang ingin aku kongsi bersama. Buat Abah, Mak, Arip, Arah, Qila dan Anis, Tin sekarang ni sedang berusaha sedaya upaya untuk buat yang terbaik sepanjang Tin belajar dalam bidang perubatan di sini jauh dari pandangan keluarga. Namun Tin tau, doa restu Abah, Mak dan Adik2 semua mengiringi perjalanan musafir Tin di sini.

Dan buat arwah Embah Wedha', arwah abang Badi'uzzaman, arwah Tok, arwah To'ki dan juga ahli keluarga ku yang lain yang sudah pulang ke Rahmatullah, semoga Allah menempatkan kalian bersama para mukmin, mukminah dan serta mereka yang sentiasa dalam redha-Nya. ~Al-Fatihah~

21.1.09

~Assignments Vs Oral Exam~



Selesai sudah dua assignment serentak hari ini. Satu dibentangkan di hadapan para profesor dan satu lagi dihantar dalam bentuk bertaip. Tinggal lagi satu assignment untuk dibentangkan minggu depan lepas exam praktikal Anatomy. Sebenarnya sistem assginment ni baru diperkenalkan naik tahun dua ni menggantikan oral exam.


Dalam banyak2 assignment yang dah lepas, stat sebelum raya Aidiladha sampai hari ni (kira2 dalam 10 assignments), assignment hari ni benar2 menguji kesabaran diri. Mungkin silap diriku yang kurang membuat persiapan untuk assignment hari ni, atau memang helah profesor untuk menguji pelajarnya, aku terasa sangat 'down' lepas selesai ku menyebut 'thank you' sebagai tanda bahagianku dah selesai. Memang dalam lecture tadi tak berapa nak tumpu mengenangkan nasib assignment tu. Tak sangka lak ahli bait ngan kawan yang sama section perasan perubahanku lepas bentang assignment tu.

Balik rumah tadi, seperti biasa bertukar cerita tentang peristiwa yang berlaku sepanjang kuliah memandangkan kami semua dalam section yang berbeza (2 orang sect. 1, aku sorang sect. 2, sorang sect. 3, 2 orang sect.4). Bila aku bercerita tentang assignment pagi tadi, ahli baitku meluahkan "Fair la tu, dulu masa Microb dulu kitorang dah kena teruk ngan prof, ni Pharma ko la pulak yang kena."

Bila fikir2 balik, ada logiknya. Siang takkan selamanya panas, pasti ada waktunya hujan akan turun. Begitu juga dengan assignments ni, tak semua assignment kita boleh bentang seperti yang kita harapkan, mesti ada gak 1 or 2 assignment yang mencabar kesabaran kita. Terima kasih Hasanah ngan Fiza sebab mengingatkan aku pada situasi korang masa bentang assignment Microb dulu.

Apa pulak kaitannya ngan oral exam tu?? Disebabkan sistem assignment ni menggantikan oral exam yang membawa 15 markah keseluruhan untuk final exam semester, ini bermakna assignment yang semua hantar ngan bentang membawa 15 markah untuk FINAL exam. Bila dah ada sistem assignment ni, mula dengar ramai yang nak oral exam semula.

Hmm, oral exam ngan sistem assignment ni bila fikir balik, masing2 ada pro dan kontra nya. Antara yang aku fikir, dengar dan bincang ngan sahabat2 yang lain :-

1. Kelebihan Assignments :-
  • Dapat membina self confidence untuk berhadapan ngan orang ramai
  • Melatih diri mencari maklumat secara research (sama ada internet or reference books)
  • Membina semangat kerjasama dalam kumpulan (sebabnya assignment ni kena wat in grup)
2. Kekurangan Assignments :-
  • Mengambil masa study kerana kena wat research, pastu kadang2 kena wat powerpointnya lagi, so ada masa waktu belajar pun terganggu
  • Ada grup dapat tajuk yang senang sangat, ada lak yang dapat tajuk susah sangat (yang perasannya grup belakang2 selalu dapat tajuk susah tapi tak tau la kan)
  • Bila bentang assignment tu, kita akan bentang tajuk n bahagian yang kita dapat (kita akan tumpu pada satu part je).
3. Kelebihan Oral Exam :-
  • Membina self confidence (walaupun jawab sorang2 kat depan prof, tapi kita stil kena jawab dengan yakin kan??)
  • Kita akan study secara menyeluruh sebab prof akan randomly pilih soalan mana yang dia suka
  • Tak mengambil masa yang banyak (beres dalam masa paling lama pun satu jam, tu pun sebab nak tunggu giliran)
4. Kekurangan Oral Exam :-
  • Ikut pada nasib masing2 dapat prof baik or prof yang tegas
(seriusly, tak dapat lak nak fikir pe kekurangan oral exam, sahabat2 yang ada pendapat nanti bagila komen ek).

Cukup la sampai disini dulu. Malam ni buku systemic Pathology lak sedang menanti untuk dibaca dan ditelaah.


20.1.09

Akhirnya...

Alhamdulillah...
Akhirnya tercapai gak hasrat hati untuk membina sebuah blog...
Walaupun dalam keadaan sedikit 'tertekan' memandangkan sudah hampir tiba musim peperiksaan (dah lepas beberapa subjek untuk bahagian praktikal) ngan assignment Pharma yang kena present esok...
Tapi ku curi gak waktu ini untuk membina blog yang serba sederhana...

Terasa seronok bila membaca blog kawan2...
Walaupun sekadar catatan kehidupan harian biasa, tapi bila baca terdetik dalam hati kadang2 ade je perkara yang berlaku dalam hidupku yang ku rasa ingin dikongsi bersama...
Jadi terasa ini la medium yang sesuai untuk ku luahkan dan kongsi pengalaman serta ilmu yang ada...

Mungkin ni saje yang ingin disampaikan kepada ahli keluarga dan sahabat2 yang sudi melawat blog yang terasa sangat simple...
Maybe kena berguru ngan mereka yang lebih pakar...
Pe pun, harapnya setiap ape yang akan disampaikan dalam blog ini dapat memberi manfaat dan seandainya terdapat sebarang khilaf dalam blog ku ini harap tegur la daripada diri ini terus melakukan kesilapan yang sama...

Cukup la sampai sini dulu, memandangkan presentation Pharma dah sedia menanti untuk dibaca kat desktop laptopku ini....