Pages

25.2.09

~One more week to go!!~

Alhamdulillah, minggu ni lepas dah lagi 2 subjek, Pharmacology dan Microbiology. Agak mencabar gak dua2 subjek ni tapi Alhamdulillah boleh dijawab.

Tak sabarnya nak tunggu habis exam ni. Terasa cukup lama exam kali ni (mana taknya, dekat sebulan). Minggu depan tinggal lagi 3 subjek, Pathology, Problem Based Learning (PBL) and Skills, dan Community Medicine.

Walaupun exam habis minggu depan, tapi ramai sahabat2 ku dah memikirkan aktiviti yang bakal diisi untuk cuti seminggu lepas exam ni. Kalau macam tahun lepas, pihak universiti ada anjurkan trip tapi tahun ini tak dengar la pulak apa2 khabar berkenaan trip. Jadi kami semua assume as tak de trip untuk tahun ni.

Ada yang nak balik ke Malaysia. Ada lak yang nak ke luar negara memandangkan masa cuti Hari Raya Haji dulu tak ke mana2 (Turki, UK, Spain dll). Ada yang nak keluar jalan2 dari Alex (Cairo, Mansoura dll). Ada juga yang nak lepak2 duduk rumah sambil tengok cerita.

Hmm, mungkin aku termasuk dalam bahagian last sekali kot. Hehe. Sebenarnya tak de la 24 jam nak tengok cerita atau apa tapi ada je rancangan lain sekali. Ni antara aktiviti2 yang aku nak buat selepas exam ni (mantap gilerr, exam tak habis lagi dah fikir dah...hehehe). :-

1. Berjalan ke arah Manshiyah dengan Hasanah untuk mencari barang yang masing2 nak (nak cari kasut, kasutku dah bocor..huhuhu).

2. Malam habis exam, bersama ahli bait Qasrun Najihin, nak makan kat luar (tapi tempat masih dalam pertimbangan).

3. Masih lagi bersama ahli bait Qasrun Najihin, saja2 berjalan ke San Stefano.

4. Nak melayan cerita2 yang ada dalam external hard diskku (ambil cerita kat sahabatku seorang ni sampai dah hampir penuh external hard disk tu..hehe).

5. Mengemas dan mempersiapkan buku2 dan juga barang2 untuk sem 4 ni (sebab ada buku yang digunakan masa sem 3 dah tak digunakan untuk sem 4).

6. Nak survey printer yang ada scanner sekali (naik sem 4 ni kompem ada banyak assignment untuk dibereskan, jadi kalau ada printer ni tak yah keluar gi CC untuk print).

7. Bersama ahli bait Qasrun Najihin, nak survey rumah baru (InsyaAllah akan berpindah atas alasan2 tertentu dan proses nak cari rumah ni bukannya senang).

Tu je kot yang dapat disenaraikan setakat ni. InsyaAllah lepas exam ni, dalam waktu cuti ni aku akan postkan entri berkaitan Post-mortem sepanjang sem 3 ni.

Rabbuna Yusahhil untuk 3 subjek yang akan datang. Bagi subjek yang dah lepas tu, sama2 la kita berdoa dan tawakkal kepada-Nya. InsyaAllah segala usaha kita yang dah dicurahkan untuk exam ni ada ganjarannya.

18.2.09

~Aktiviti sampingan lepas exam Anatomy~

Alhamdulillah, lepas sudah subjek keempat hari ni (Anatomy). Lepas ni ada lagi 5 subjek lak dan yang akan datang ni ialah subjek Pharmacology (yang ni banyak kena baca sebab nanti akan ada paper untuk praktikal sekali). Alhamdulillah exam hari ni boleh dijawab walaupun ada gak la yang terpaksa dihentam. Hehe.

Habis exam hari ni, tibalah giliranku dan rakan2 ku (dalam 20 orang) menjalani pemeriksaan 'screen test' untuk TB (tuberculosis). Pemeriksaan ini diadakan setelah beberapa orang student 2nd year disahkan menghidap penyakit ini (batchku sendiri). Kini kami semua diberikan 'mask' untuk dipakai sebagai langkah berjaga-jaga ketika exam diadakan (rimas gak pakai tapi untuk kebaikan masing2).

Berbalik semula ke pemeriksaan tadi, ada 3 test semuanya bermula dengan X-ray, kemudian ujian darah dan seterusnya Tuberculin test. Ternyata masing2 semua kepenatan setelah 2 jam memerah otak untuk exam tadi, tapi sebolehnya semua nak bereskan pemeriksaan ni secepatnya dan tak nak tangguh (macam kumpulan sebelumku kena tangguh Tuberculin test). Alhamdulillah, walaupun kebosanan, kelaparan, kepenatan dan macam2 lagi, selesai sudah 3 test ni. Cuma untuk Tuberculin test je kena ke hospital semula Sabtu ni untuk pengesahan keputusannya.

Kami yang tengah kebosanan menunggu...hehehe...

Kami dicandid....(sape yang candid tu? cam kenal... hehehe)

Salah seorang rakan sebatch tengah kena 'inject' untuk Tuberculin test.

Tu kisah masa buat pemeriksaan 'screen test' TB. Lepas selesai semua ni (dan memandangkan aku dah solat Zohor sementara nak buat ujian darah dan Tuberculin test), aku menunaikan janjiku pada Lina, iaitu belanja dia makan sebab dia menemankan aku mengambil parcelku dari Malaysia di Mahattah Misr (dahlah jauh, pastu kitorang tersesat lak).

Selesai beli Syawarma Firah (kebab ayam), ingat nak makan kat stesen trump. Tengok kerusi semua penuh, dengan trumpnya tak ada. Lina cadangkan balik ke rumah naik tremco. Memandangkan kalau nak tahan tremco kena ke arah pantai, jadi aku cadangkan pada Lina nak makan kat tepi pantai (dah lama tak tengok pantai).

Sampai kat pantai Iskandariah, seakan tenang perasaan dapat melihat ombak yang beralun tenang, menghirup udara dan merasa angin pantai. Tengah makan Syawarma Firah, nampak beberapa ekor burung camar berterbangan dan akhirnya menapak kat atas laut. Ini merupakan kali pertama aku menengok burung camar (sebelum ni pernah tengok kat TV). Ni lah burung camar yang selalu dijadikan tajuk lagu (Camar yang pulang dendangan Aisyah dan Camar kelukaan dendangan Saff One).

Kalo ikutkan nampak je burung camar dalam bulatan tu tapi mungkin diupload size dia dikecilkan.

Dalam perjalanan balik ke rumah lak, Lina teringin nak minum tamar hind (asam jawa) kat kedai asir (jus). Kali ni Lina yang nak belanja aku lak. Aku minta asir faraulah sebab kes kempunan. Hehe. Akhirnya, aku dan Lina berpisah sebab dia dah sampai lorong ke rumah dia.

Dari dewan exam, ke hospital, ke masjid (solat Zohor), ke hospital semula, ke kedai beli makanan, ke pantai, ke kedai asir dan akhirnya sampai gak ke Qasrun Najihin (nama rumahku). Best gak berjalan sekali sekala nak2 lak lepas jawab exam kan. Aktiviti untuk malam ni, nak rehat2 sambil merancang study untuk Pharmacology esok dan hari seterusnya sampai la hari Ahad nanti.


Kredits to Enoll Carpet and Lynamyza for the pics....

16.2.09

~Di kala terasa nak bercerita~

Waaaa...... Tinggal lagi 6 subjek lepas ni. Exam semua setiap hari Ahad dan Rabu kecuali subjek PBL (Problem Based Learning) hari Isnin. Sekarang ni aku dan sahabat2 yang lain sedang berhempas pulas mentelaah, mengkaji dan menghafal struktur2 untuk Anatomy.

Hmm, teringat masa chat dengan Mak hari Sabtu baru ni. Dah lama gak tak chat dengan Mak. Biasanya aku call family ku guna dialer yang ku download dari internet (dipromote oleh sahabat satu batch). Dan memang kali ni lama gak la aku chat dengan Mak aku.

Apa yang pasti, perbualan antara aku dan Mak pada hari itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan di hatiku ini. Ku sedar betapa kasih dan sayangnya kedua-dua ibu bapaku terhadap kami anak2 mereka. Ya Allah, Kau kasihi dan sayangilah kedua-dua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami.

Memandangkan aku semakin menghampiri alam dewasa (tak lama lagi aku akan masuk usia 20 tahun), jadi macam2 la yang dipesan oleh kedua-dua ibu bapaku. Tak lain dan tak bukan untuk kebaikanku sendiri. Di kala usia inilah segala jenis perasaan, ujian dan dugaan mendatang dari aspek sebagai seorang anak, pelajar, gadis, dan hamba Allah di muka bumi ini.

Abah dan Mak, Tin akan sentiasa ingat dan ikut segala pesan dan nasihatmu sebab Tin tau pasti ada sebab dan hikmah di sebalik nasihat dan pesanan kalian. Doakan Tin dan Adik2 yang lain tabah menghadapi segala dugaan dan ujian hidup ini.

K lah, setakat ni dulu. Malam ni giliran untuk mentelaah upper limb, lower limb dan kalau sempat, sekali dengan head and neck.

(Tak sabar rasanya menanti saat exam ni habis....hehe)

13.2.09

~Kenali sahabat2 sekeliling anda~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.


11.2.09

~Hujan Batu~

Walaupun peristiwa ni berlaku semalam, terasa nak taip dan diceritakan dalam blogku ini.

Petang semalam, lepas solat Asar, memandangkan seharian masa digunakan untuk menelaah subjek Histology, aku mengambil ruang waktu ni untuk rehat jap. Rupanya adikku yang sedang tungu result SPM, Arip tengah online. Seronok gak dapat sembang panjang dengan dia.

Tengah2 citer pasal macam2 kisah, rasa cam pelik sangat dengar bunyi hujan yang teramat kuat. Disebabkan rumahku di tingkat bawah skali (sya'ah ardhiyah), bila hujan biasanya tak perasan sangat. Setakat dengar bunyi titik2 air kena plastik jelah. Tapi petang semalam, terasa cam ada 'benda keras' menghentam tingkap (mujur tingkap kayu, kalo tingkap kaca mau pecah hentam dek 'benda keras' tu.

Bila buka tingkap, terkejutnya tengok masa tu hujan batu mencurah-curah ke bumi. Ada gak la beberapa butir yang termasuk ke bilik. Ahli bait yang lain (masa ni Alliah ngan Fiza takde) semua berkumpul kat tingkap bilik. Terasa cam budak2 la pulak bila masing2 cuba tangkap hujan batu ni.


Bila hujan batu turun, teringat zaman kanak2 ku di Bradford, England dulu (masa tu satu keluarga ikut Abah sambung belajar untuk Master dan PhD). Ada masa bila salji dah berhenti, kadang2 hujan batu yang turun. Jadi jalan masa tu memang licin la. Aku dan adikku yang lain (masa tu Arip dan Arah yang lebih kurang sebaya denganku) kuat main masa kecil, jadi setiap kali keluar rumah memang Mak dah pesan supaya jangan 'lasak' sangat kat luar (rindunya zaman kanak2 dulu). Nanti ada pulak yang jatuh.

Saja je nak cerita pasal hujan batu. Hmm, Alhamdulillah subjek Histology tadi boleh dijawab dengan lancar. Habis jawab Histo, bersama ngan Fiza berjalan ke Manshiyah hari ni. Hehe, masing2 ada barang yang nak dibeli. Lepas tu, balik rumah jap, letak barang, tambah sorang lagi geng berjalan (berjaya pengaruh Zatil...hehehe) ke Fathalla pulak. Kali ni lagi la sakan, masing2 nak beli makanan (bila cuti, rasa lapar tu makin menjadi-jadi). Ni barulah dapat duduk menghadap laptop.

Exam seterusnya, subjek Physiology lak. Banyak gak benda yang kena baca tu. Rabbuna Yusahhil fil Imtihan.

9.2.09

~Perjuangan yang tidak pernah selesai~

Alhamdulillah, lepas sudah subjek 1st kami, Biochemistry. Terus terang bagiku exam untuk Biochemistry kali ni memang sangat mencabar. Dengar pelbagai jenis keluhan daripada sahabat2 berkenaan exam semalam (diriku sendiri juga tidak terlepas dari situasi ini).

Namun apa yang kita boleh buat sekarang ni hanya bertawakkal kepada-Nya. Pasti masing2 mengetahui sejauh mana usaha masing2 dalam menghadapi exam kali ni. Bersyukurlah dengan setiap ujian dan dugaan yang dihadapi.

Ketika ramai sahabat2 yang mengeluh ataupun 'frustrated' dengan exam semalam, terdengar seorang sahabat dengan tenang sahaja memujuk salah seorang sahabat saya ni, "InsyaAllah ada la rezeki dan peluang yang lebih baik di tempat lain". Hmm, InsyaAllah, detik hatiku sendiri. Kita dah buat sedaya upaya kita, jadi sekarang ni kita perlu bertawakkal sahaja untuk Biochemistry yang dah lepas. Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu memperbaiki dan meningkatkan usaha kita untuk subjek2 akan datang. Alhamdulillah bila dimansuhkan 'oral exam' dan digantikan dengan sistem assignment ni, jarak antara exam setiap subjek bertambah. Manfaatkanlah masa yang diberikan ini dengan sebaiknya.


Begitulah lumrah kita sebagai khalifah di bumi ini, tidak lain adalah untuk menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah dan juga untuk menuntut ilmu. Lahir saja kita ke dunia ini, kita sudah diajar untuk menangis (antara cara untuk membantu pernafasan bagi bayi yang baru lahir) supaya sistem pernafasan dan juga sistem peredaran darah kita dapat berjalan dengan normal kerana 2 sistem ini berfungsi secara berbeza dalam rahim ibu dan selepas dilahirkan ke dunia ini. Kemudian secara berperingkat kita diajar untuk menghisap susu ibu yang mempunyai pelbagai zat nutrient yang tiada pada susu2 lain. Subhanallah.

Semakin meningkat umur kita, semakin bertambah peringkat2 dalam menuntut ilmu. Inilah yang dinamakan perjuangan yang tidak pernah selesai. Ada masa diriku pernah terfikir, alangkah seronok berada di alam kanak2, tidak perlu belajar benda yang susah2. Tetapi apabila rasionalku datang semula, semasa kita berada di alam itu, bagi kita apa yang kita sedang belajar ketika itu pun susah gak.

Walaubagaimanapun, harapnya subjek Biochemistry yang mencabar itu tidak mematahkan semangat sahabat2 dalam menghadapi subjek2 lain. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian yang kita hadapi. Hmm, rasanya sampai di sini dahulu luahan dariku. Sekarang ni buku Histology dah tak sabar2 menungguku untuk ditelaah.



4.2.09

~'Feverish'......'Studies'.......'Exam'......Tolong!!!!!~

Hari ini merupakan hari ke-6 cuti untuk final exam semester ini. Gayanya tinggal 3 hari lagi sebelum masuk bulan peperiksaan. Terus terang aku katakan masih banyak lagi yang belum ditelaah. Namun aku bersyukur kerana aku telah merancang perjalanan studyku, sekurang-kurangnya dapatlah jadi 'guideline' kepadaku untuk study subjek apa dan bab mana. Walaupun ada masanya aku tidak dapat ikuti perancangan studyku ini, tapi sekurang-kurangnya tidaklah aku terasa terumbang-ambing memikirkan nak study apalah untuk hari ini.

Hmm, kenapa aku tulis 'feverish' dalam tajuk post ku kali ini? Kalo nak tau, bila masuk musim nak exam ni macam2 la aral melintang yang mendatang. Inilah yang dinamakan ujian dan dugaan. Semalam resdungku menyerang kembali mencuri segala konsentrasiku untuk study. Dalam keadaan terbersin-bersin, hidung gatal, mata berair dan bila kepala dah mula berdenyut serta badan dah mula rasa nak demam, aku memang tiada pilihan lain selain daripada menelan ubat dan tidur. Jadi, tidak dapatlah aku study untuk malam tadi.



Kadang2 exam ini (bila dengar nama je pun), terasa seperti ada beban kerana mungkin dah 'mindset' bahawa setiap peperiksaan yang dihadapi mesti susah. Tapi dengan usaha yang mantap dan istiqamah, doa serta tawakkal kepada-Nya, InsyaAllah pasti rasa susah ini dapat dihadapi dengan sebaiknya. Sudah menjadi lumrah sebagai pelajar, untuk diuji dengan peperiksaan. Saat inilah segala kefahaman kita dalam kuliah dan usaha kita akan dinilai. Bersyukurlah kerana kita diberikan ujian seperti ini supaya kita tidak terlalai daripada matlamat asal kita dihantar ke sini untuk menuntut ilmu. Rasanya kalo tak de exam, entah macam mana agaknya diriku memanfaatkan ilmu yang ku terima.

Namun janganlah pula kita study ni semata-mata untuk exam je. Niatkanlah bahawa kita sekarang ni berada di gelanggang perjuangan jihad dalam menghadapi peperiksaan, lebih lagi kita kini sedang menuntut ilmu jauh dari tanah air dan juga keluarga. Selain itu, niatkanlah juga bahawa ilmu yang kita terima ini dapat dimanfaatkan apabila kita sudah memulakan kerjaya kita (dalam konteks aku, sebagai seorang doktor). Seandainya kita study ni semata-mata kerana exam, memang ilmu yang kita dapat ni bertahan sampai exam je lah, bukan untuk masa akan datang.

Rasanya dah banyak yang kuluahkan dalam catatan kali ini. Rasanya dah tiba masanya untuk sambung semula study ku ini (resdungku pun dah mula reda). Bila dah diluahkan idea dalam catatan blogku ini, terasa kelegaannya. Terasa naik semula semangat untuk meneruskan perjuangan ini.


Semoga sahabat2 dapat menghayati ayat yang ada dalam gambar di atas ini.