Pages

29.3.09

~Cat lovers~

Selesai solat Isya' tadi, sebelum nak study nota kuliah hari ni, aku menyempatkan diri tengok emel. Bila cek, ada 2 emel baru sampai. Satu dari Friendster (seperti biasa akan didelete) dan satu lagi lak daripada kawan aku sama sekolah dari darjah 4 sampai tingkatan 5. Sekarang ni dia ikut family dia ke US sebab ayah dia kena kerja kat sana. Yang menariknya emel ni tajuk dia 'Kucing'. Aku yang boleh dikategorikan sebagai 'Crazy Cat Lovers' ni cepat2 la buka emel tu nak tengok apa isi dia. Rupanya ada link untuk 2 video yang dua2nya tunjuk pasal kucing.


video


video

To Anis, arigatto gozaimasu for this vids. Serius, comel sangat nak2 yang kucing besar tu. Ingat lagi ko ek yang aku ni suka gilerrr kat kucing. Hehe.

Opsss, nak sambung study dan cari bahan untuk assignments. Semoga semua terhibur dengan video2 ni. :p

~Hakikat~

Dah lama tak bercerita kat blog ni. Nak kata sibuk, takde la sesibuk mana, tapi sebenarnya banyak gak la perkara yang dibuat sepanjang minggu lepas. Hal kuliah, memang direct la dari hari Sabtu sampai Khamis ada 3 lectures setiap hari. Bila praktikal ni dah stat, lama la kami duduk kat kuliah. Setakat ni dah 2 subjek dapat tajuk untuk assignments, Physiology dan Histology. Exam mid term yang pertama dalam 2 minggu lagi, jadi kena sentiasa istiqamah dalam study InsyaAllah.

Sepanjang belajar dalam bidang perubatan ni, subjek Anatomy banyak membawa kami berfikir betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t. Even lecturer Anatomy sendiri, Prof Wafaa ada menyebut tentang hal ni. Memang dalam Anatomy ni belajar pasal struktur2 yang ada pada badan manusia ni, macam mana proses organ mula muncul dalam janin dan rasanya setakat itu sahaja. Tak lebih dari itu kerana yang lainnya adalah dalam bidang ilmu-Nya yang tidak tercapai oleh akal manusia. Kadang2 kami ada gak tanya soalan kat Prof macam mana boleh jadi macam tu dan macam ni, jawapan daripada Prof, "Itu semua kamu serahkanlah pada kuasa Allah". Jawapan yang ringkas tapi cukup memberi kesan.

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(8, at-Tin)


Hmm, apa yang aku buat sampai terasa sibuk sangat minggu lepas?? Ha, Khamis malam Jumaat minggu lepas Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menganjurkan malam al-Quds. Tujuannya adalah untuk memastikan kami di sini terus sedar dan peka akan penderitaan saudara se Islam kami yang dianiaya. Aku dan kawan2 ku beberapa orang terlibat mewakili student tahun 2 untuk persembahan. Lakonan yang bertajuk 'Peluang, Harapan dan Impian' ini Alhamdulillah berjaya menarik perhatian semua orang. Aku yang diberi watak sebagai pekerja di rumah warga emas dikehendaki membacakan diari dan menceritakan pengalaman seorang doktor yang terkorban dalam misi kemanusiaan di Palestin kepada neneknya yang ingatannya sudah dimamah usia. Walaupun lakonan ini sedikit lucu dengan gaya kami tersendiri namun endingnya bagiku amat mengharukan. Tak sangka lak ada barang props yang tertinggal dan salah pasang lagu. Huhu. Terima kasih dan tahniah kepada semua rakan2 yang terlibat untuk persembahan ini. Big Tahniah to our director (my roommate), hehe, walaupun dalam keadaan tak sihat tapi stil berusaha memastikan lakonan ni berjalan lancar.

Di bawah ni akan diaattach gambar2 suasana malam al-Quds yang diadakan di Asrama MARA :-

Signature "Yes, we care about Palestine".. Diorang langsung tak perasan aku candid gambar ni.

Salah satu replika masjid. Bergambar sambil menderma.

Hakikat Tanah Palestin yang dirampas dengan kejamnya oleh Israel.

Hakikat kehidupan saudara2 kita di sana..

Marilah kita sama2 doakan agar saudara2 kita ini diberikan kekuatan dan ketabahan dalam perjuangan mereka.

Hmm, rasa macam banyak dah yang diceritakan. Inilah antara sebab aku sibuk sangat sampai tak sempat nak contact family ku. Minta maaf sangat2 Abah dan Mak sebab buat kalian risau kat Tin. Hari2 yang mendatang ni menyaksikan bahawa ada banyak lagi tanggungjawabku yang perlu dilaksanakan. Moga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah.

21.3.09

~Perjalanan seminggu pertama Sem 4~

Pejam celik pejam celik, dah seminggu berlalu rupanya. Kadang2 bila diberi cuti yang lama, terasa susah la pulak nak start balik 'enjin' nak kuliah ni. Tapi Alhamdulillah, kuliah untuk seminggu ni berjalan dengan lancar walaupun sedikit 'tak puas hati' dengan tindakan staf pekerja di situ.

Sem ni dimulakan dengan sesi PBL (Problem Based Learning). Kes yang kami dapat kali ni pasal seorang kanak2 lelaki yang menghidap penyakit Pneumonia atau dalam BM nya ialah Radang Paru2. Sesuailah dengan blok kami kali ni iaitu Respiratory System (Sistem Pernafasan). Dua minggu akan datang nanti akan dibentangkan semua fakta berkaitan penyakit ini mengikut kumpulan masing2 (kumpulan aku dapat tajuk Differential Diagnosis and Complication).

Kuliah lak, subjek yang baru belajar ada 3 iaitu Anatomy, Physiology dan Histology. Walaupun berbeza subjek, tapi apa yang dipelajari semua lebih kurang sama dan saling berkait. Contoh, dalam Anatomy belajar struktur hidung yang boleh dilihat pada Cadaver (mayat). Histology pula kena tengok struktur hidung by microskop. Physiology lak dia lebih kepada fungsi dan mekanisma camne kita boleh bernafas. Untuk minggu ni praktikal tak start lagi, jadi relax sikit la.

~All the best untuk semua~

18.3.09

~Selamat Hari Lahir Adik!!!~

18 Mac 2002. Genap sebulan aku kat SEMSAS. Huhu. Ni lah 1st time aku duduk berjauhan daripada family ku. Eh jap, hehe, aku sebenarnya bukan nak cerita pasal ni. Apa yang sebenarnya terjadi pada tarikh ni? Yang aku ingat, petang tu lepas riadah, aku curi masa sikit untuk telefon Abah sebab dua hari sebelum tu Mak cakap yang dia akan mula masuk wad sebagai persediaan. Bila Abah angkat telefon, aku terus bertanyakan keadaan Mak kat Abah. Alhamdulillah Mak dan 'baby girl' dua2 nya selamat dan sihat walafiat. Bermula saat itu, bilangan kami adik beradik bertambah kepada 5 orang.

Hari ni merupakan hari lahir adik bongsuku yang diberi nama Anis Azyyati binti Mohd Nasir. Dah genap 7 tahun dah. Terasa cam kecik sangat je lagi dia ni, tapi rupanya dah darjah 1. Huhu. Cepatnya la masa berlalu. 1st time aku jumpa Adik masa umur dia genap sebulan. Dah lama tak main dengan adik baby. Masa Mak tengah mengandungkan dia, kami adik beradik sibuk fikir nak suruh dia panggil kami apa, nak2 pulak atas dia ada 3 orang kakak dan seorang abang. Yang abang dia tak de la teruk sangat nak fikir nak panggil apa. Yang jadi peningnya kami kakak dia tiga orang. Last2 Mak mencadangkan kakak besar (aku), kakak tengah (Arah) dan kakak kecil (Qila). Bila diringkaskan, dapatlah nama Aca (aku), Angah (Arah) dan Acik (Qila).

Adik dengan Diehard

Disebabkan aku dah duduk asrama masa dia lahir dulu, jadi bila setiap kali aku balik umah sempena cuti, pasti aku menjadi 'mangsa' dia. Hehe, kejap nak itu, kejap nak ini, kiranya cuti aku banyak dihabiskan melayan karenah dia. Cutiku yang paling lama pernah ku luangkan dengan Adik masa cuti nak tunggu result SPM dulu. Time tu lah, asyik berkepit je dengan Adik. Tahun lepas masa cuti habis tahun satu lagilah kuat dia bermanja dengan aku. Mana taknya, aku seorang je kakak dia yang ada kat umah. Yang lain semua kat asrama. Mak panggil kitorang adik beradik SUSU (SUlung bongSU).

Ada satu petang ni, lepas kuliah, aku telefon umahku kat Malaysia. Lepas aku cakap dengan Mak, Adik minta nak cakap denganku. Adik tanya bila aku akan balik Malaysia sebab dia cakap dia rindu sangat kat Aca dia. Kadang2 dia masuk ke bilikku belek koleksi gambarku masa sekolah sambil ditemani kucing kami Diehard. Aku terharu sangat bila dengar Adik cakap gitu. Sabar ye Dik, InsyaAllah 1 Ogos ni Aca sampai Malaysia.

Memandangkan Adik dah masuk darjah 1, Alhamdulillah perjalanan sekolahnya lancar. Walaupun bersekolah pagi dan petang, ternyata setiap kali tanya pasal sekolah dia, macam2 kisah dengar dari mulut dia. Dari kisah sukaneka, kisah kena marah dengan cikgu sebab kelas kotor dan kisah yang last sekali dia cerita kat aku pasal lebah masuk kelas dia. Tanya dia, takut tak dengan lebah tu. Dia jawab Mimi (kawan dia yang juga jiran kami) lagi takut. Aku tanya balik soalan yang sama, katanya takut sikit je. Aku tergelak mendengar jawapannya. Adik, Adik, pointnya Adik takut gak la kan. Hehe.

Menurut Mak, Adik sangat mudah belajar Iqra'. Last tanya Adik, katanya dah hampir nak masuk Iqra' 3. Itupun Mak cakap, mula2 main2 gak belajarnya. Tapi, dengan method yang sama Mak Abah pernah buat masa aku dan adik2 ku yang lain mula nak belajar baca Iqra', iaitu diberi sedikit 'denda dan pengajaran', barulah kami serius belajar Iqra'. Hehe, gayanya adikku yang bongsu pun tak terlepas daripada method yang sama itu.

Adik, Aca doakan Adik tabah menghadapi perjalanan hidup Adik yang masih jauh lagi. Timbalah ilmu sebanyak yang boleh. Jangan terasa terbeban dengan setiap apa yang pernah dicapai oleh abang dan kakak2 mu, tapi capailah kejayaan Adik atas usaha dan cara Adik yang tersendiri kerana Aca tau Adik ada kelebihan Adik sendiri. Adik jangan nakal2, sentiasa dengar dan patuh segala kata2 Abah Mak dan Cikgu2. Untuk pengetahuan Adik, Aca kat sini pun sangat2 RINDU kat Adik. Bersabar la ye Dik.

~HAPPY BIRTHDAY ADIKKU ANIS~


14.3.09

~Pengalaman Rehlah ke Matrouh~

Pada 12 Mac lalu (tarikh result SPM keluar), aku mengikuti rehlah ke Matrouh sekali dengan 24 rakanku yang lain. Dari tahun lepas lagi kami semua nak ke sana. Alhamdulillah, atas usaha bersama Lina dan Oggy, perjalanan rehlah kami berjaya diatur.

Kalau ikut rancangan, sepatutnya kami bertolak dari Gami' Ibrahim pada pukul 6.00 pagi. Tapi atas sedikit masalah teknikal, kami bertolak dari Alex dalam pukul 7.00 pagi. Dengan diiringi 2 orang Musyrif, kami semua diberi sedikit taklimat tentang perjalanan kami dan juga destinasi yang bakal dituju. Tak sabarnya nak sampai sana tapi macam mana pun kena la bersabar sebab perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3-4 jam.

Destinasi pertama kami, Rommel Museum. Museum ni menyimpan sedikit tinggalan seorang askar German yang bernama Rommel. Reka bentuk museum ni bercirikan terowong bawah tanah. Sayangnya kami tak dapat nak explore satu museum sebab sebahagiannya ditutup dan akan dibuka sewaktu cuti musim panas (masa ni ramai pelancong datang ke Matrouh untuk bercuti). Sekejap je waktu kami kat sini.

Ke destinasi kedua, Hamam Cleopatra. Hamam di sini membawa maksud bilik mandi. Kami semua ingatkan yang Hamam ni macam bilik mandi yang eksklusif, seramik yang cantik, shower yang unik ke. Hehe. Pada mulanya Musyrif minta kami jalan sampai habis laluan yang dah disediakan. Sampai di hujung jalan ni, kami bertemu dengan batu2 besar dan juga pantai. Pelik dan tercari-cari di mana Hamam yang dimaksudkan. Rupa2 nya kami kena meredah air laut ni (paras lutut) untuk sampai ke Hamam Cleopatra. Subhanallah, di sebalik rekahan batu yang besar, terdapat kolam air dan juga 2 lubang kecil (tempat air laut keluar masuk), rupanya inilah tempat mandian Cleopatra. Uniknya rekaan dia. Sepanjang meredah air laut pergi balik Hamam, airnya sangat jernih dan nampak dasarnya. Disebabkan terpijak batu tajam, ada gak la luka2 kecil kat tapak kaki. Padanlah pedih semacam, nak2 pulak terkena air masin.

Destinasi seterusnya, Pantai Ajiba (kalo kat sini sebutannya Agiba) yang membawa maksud menakjubkan. Kat pantai ni lah yang dikatakan ada masanya (dengarnya samada masa matahari terbit atau terbenam) dapat dilihat 7 warna yang berbeza. Tapi waktu kami pergi, kami semua dapat melihat dalam 3-4 warna yang berbeza. Walaubagaimanapun, Subhanallah pemandangannya sangat indah sekali. Dengan airnya yang tersangat jernih, memang terserlah lagi keindahan pantai ini. Puas gak kami bergambar kat sini. Hehe. Rugi tau sebab tempatnya memang cantik.

Destinasi keempat pulak, Pantai Matrouh. Kat sini kami semua berhenti untuk solat, makan, dan main. Setelah semua siap solat, kami semua menghidang juadah yang dibawa oleh setiap rumah. Ada yang bawa nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, dan juga bihun goreng. Ada gak la snek2 sampingan. Bila semua dah kenyang, macam2 ragam aktiviti yang kami buat. Ada yang berjalan kat tepi pantai, ada yang main game, dan tak ketinggalan yang asyik bergambar je. Hehe. Dah lama tak rasa suasana berkelah. Pemandangan di sini masih lagi cantik cuma airnya tak sejernih destinasi yang kami pergi sebelum ni (tapi masih lagi jernih gak la).

Destinasi terakhir, Souk Libya. Souk di sini membawa maksud pasar. Di sinilah tempat nak beli kurma yang ada isi kacang atau coklat di dalamnya. Kat sini aku dan Hasanah sangat2 penat, kami cuma turun untuk dengar sedikit penerangan dan kemudian naik semula ke dalam coaster memandangkan kami tiada niat untuk membeli apa2 di sini.

Dalam perjalanan kami dari Pantai Matrouh ke Souk Libya, kami ada melalui satu masjid yang diberi nama Masjid al-Awwam. Menurut Musyrif, sejarah masjid ini diberikan nama al-Awwam bersempena orang tempatan di situ terjumpa mayat yang dikatakan hanyut dari Libya. Bila diselidik, mayat yang hanyut ini merupakan antara keturunan keluarga al-Awwam. Wallahu'alam.

Dalam pukul 7 lebih petang, kami bertolak balik ke Alex. Walaupun kepenatan, tapi pengalaman yang kami dapat sangat berharga. Berjalan, melihat dan menafsir. Perjalanan kami bukan hanya untuk seronok semata-mata, tapi juga dapat kenal serba sedikit tinggalan sejarah terdahulu di samping dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan-Nya. Alhamdulillah kami selamat tiba semula ke Alex dalam pukul 11 lebih malam.

P/S - Gambar2 diattach dalam entri di bawah ini...
Petunjuk gambar2 mengikut destinasi (ikut font dan warna) :-

Destinasi ke-1 : Museum Rommel

Destinasi ke-2 : Hamam Cleopatra

Destinasi ke-3 : Pantai Ajiba

Destinasi ke-4 : Pantai Matrouh

~Gambar Rehlah ke Matrouh~

Nas, Gmah dan aku kat depan pintu museum.

Serba sedikit tentang diri Rommel ni..

Antara barang tinggalannya...

Kami semua yang pergi..

Dalam terowong museum ni..

Kami masih lagi dalam terowong ni..

Kami dah keluar dah dari museum tu..

____________________________________________________________________

Hamam Cleopatra ni terletak kat Pantai Cleopatra

Beramai-ramai memeriahkan suasana..hehe...

Kak Roha, Hasanah, Aku, Gmah, Nadwa, Sarah Sufian...

Bayangkan kena redah air sejauh ini... Ha, batu besar tu lah Hamam Cleopatra ek..

Berehat sebentar setelah meredah ombak nak sampai ke Hamam ni..

Keadaan kat dalam Hamam. Masuk2 ni terus kolam air..

Salah satu lubang air laut keluar masuk

Sekumpulan kambing2 di belakangku...

Kambing2 mengiringi kepulangan kami ke coaster...Hehe.. :p

____________________________________________________________________

Pemandangan Pantai Ajiba dari banyak sudut....




Gambarku dari atas (thanks Zatil atas gambarnya)

Celahan batu2..

Berlatarbelakangkan pantai yang indah

Terasa hampir dengan air laut tu (padahal sebenarnya jauh gak la)

Kat sini memang banyak batu..

Zatil, Ain, Aku, Alliah, Shila kat atas batu..

____________________________________________________________________

Kami sedang bersuka ria main game.... :p

Ahli Qasrun Najihin yang ada (Fiza tak de sebab dia ke Sinai..)

Semoga Ukhuwah ini kekal selamanya.....

13.3.09

~Post Mortem Semester 3 Part 4 - Exam~

Untuk exam written ni, kami diberikan masa seminggu cuti sebelum exam. Antara subjek lak, ada jarak dalam 2 atau 3 hari. Sepanjang exam ni, bermula daripada subjek Histology, kami digalakkan untuk memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga kerana dalam batchku, 3 hingga 4 orang rakanku disahkan menghidap TB. Macam entri sebelum ni, aku akan bagi komen pasal examku mengikut subjek (mengikut turutan) :-

1) Biochemistry - Sangat2 mencabar. Untuk MCQ nya dah terasa mencabar soalannya. Alhamdulillah dah cuba dijawab dengan sebaiknya. Tapi bila dapat soalan esei, dekat 5 hingga 6 kali belek kertas soalannya. Ada yang boleh dijawab, tapi ada gak yang puas fikir apa jawapannya. Ada 4 soalan yang minta formula dan persamaannya. Ada antara soalan ni, aku jawab separuh jalan sebab aku ingat separuh formula je. Huhu. Gayanya naik sem 4 nanti kena berusaha lebih lagi lah kan.

2) Histology - Alhamdulillah, boleh dijawab walaupun mungkin ada gak la yang dihentam dan mungkin juga yang salah. Tapi untuk Histo kali ni, terasa pelik sebab tak de soalan untuk melukis struktur. Untuk sem 1 dan sem 2 dulu ada.

3) Physiology - Agak mencabar sebab sangat banyak fakta yang kena ingat. Macam Histo gak, ada yang boleh dijawab dengan baik dan ada yang kena tembak gak.

4) Anatomy - Rasanya sama gak macam subjek2 yang lain.

5) Pharmacology - Nama2 ubat berpusing-pusing di kepalaku sampai ada yang tertukar-tukar. Untuk subjek ni ada tambahan paper untuk exam praktikal. Alhamdulillah, lancar perjalanan jawab examnya. Kalo tak silap rasanya masa exam ni hujan lebat. Sejuk sangat masa tu.

6) Microbiology - Untuk bahagian Bacteriology, Alhamdulillah ok. Tapi untuk bahagian Virology, ada virus yang tertukar-tukar sikit. Tapi Alhamdulillah, boleh dijawab dengan baik.

7) Pathology - Ada tambahan paper yang dipanggil 'Oral written paper'. Dan kalo tak silap, subjek ni kena jawab esei dulu baru MCQ. Tapi Alhamdulillah, boleh la dijawab.

8) PBL Paper - Disekalikan dengan subjek Skills. Walaupun untuk subjek2 lain kami dapat soalan problem gak, tapi untuk kali ni kami kena jawab problem yang diberi dari perspektif semua subjek. Boleh tahan mencabar gak, tapi Alhamdulillah dah cuba buat yang terbaik.

9) Community Medicine - Sedih sebab ada satu soalan tak sempat dijawab. Baru je sampai kat soalan tu, pekerja yang jaga periksa bagi tau masa dah habis. Alamak, baru tersedar tersalah bajet timing. Huhu. Tapi bila fikir balik, kalo aku jawab soalan tu pun, aku akan hentam (sebab tu soalan tu aku biarkan dulu).Alhamdulillah, dengan habisnya paper ni, habis lah exam SEM 3 selama sebulan.

Esok bermulalah lembaran baru, iaitu aku bakal masuk sem 4. Untuk sem ni, ada 3 blok gak iaitu Respiratory, Digestive dan Hepatobiliary. Moga aku boleh buat yang lebih baik berbanding sem 3 InsyaAllah.

~Tahniah Arip~

Arip : Assalamualaikum...

Aku : Waalaikumussalam. Arip, dah dapat belum resultnya? Tadi Tin tepon Abah. Abah suruh Tin tepon Arip.

Arip : Dah dapat dah.

Aku : Dah. Camne??

Arip : Tekalah.

Aku : Kalo nak suruh teka, logiklah orang teka yang best2. 12 A1. Betul tak??

Arip : Orang amik 11 subjek je lah.

Aku : Oh, 11 je ek. Hmm, kalo gitu 11 A1.

Arip : Betullah tu.

Aku : Ha!! Ye ke??

Arip : Yelah. Saya dapat 11 A1.

Aku : Wah!!! Alhamdulillah. Tahniah Arip........

Ni lah antara perbualan aku dan Arip pukul 5.45 pagi semalam (waktu Mesir). Menurut Mak, sejak sehari sebelum result SPM keluar, semua ahli keluargaku rasa serba tak kena. Masing2 debar memikirkan result Arip (termasuk aku yang jauh di perantauan). Hehe, tapi Mak de cakap, Arip debar2 pun, bihun goreng sepinggan penuh boleh dihabiskan. Tak macam aku, kalo dah cuak, bagilah apa pun, makan sikit je. Tapi bila dah hilang cuak, boleh siap menambah lagi.

InsyaAllah Arip nak minta sambung untuk Sains Fizik. Kepada Arip, Tin doakan agar setiap langkah yang Arip ambil untuk masa depan Arip diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Tin di sini sangat berbangga di atas kejayaan Arip. Sekali lagi, TAHNIAH adikku Hafiz Arif.


10.3.09

~Post Mortem Semester 3 Part 3 - Exam Praktikal~

Exam praktikal sem ni, sama gak cam sem lepas. Kena wat eksperimen, identify, jawab soalan itu ini dan macam2 la. Macam entriku yang sebelum ni, aku akan ceritakan camne aku jawab exam praktikal ikut subjek :-

1) Histology - Yang ni cuma kena kenalpasti gambar dan slaid. Daripada berbelas slaid dan beberapa keping gambar, yang masuk cuma 10 soalan (slaid dan gambar sekali). Alhamdulillah, boleh dijawab. Ada gak yang confuse, tapi harapnya betul la pe yang dijawab.

2) Biochemistry - Yang ni ada 10 soalan spot dan 2 eksperimen. Untuk soalan spot, soalannya ringkas, tapi jawapannya panjang dan masa yang diberikan sangat tak cukup. Huhu. Tergesa-gesa gak la jawab soalan2 nya. Habis soalan spot, kami kena buat 2 eksperimen ('Estimation of free acidity and total acidity in a gastric juice sample' dan 'Determination of Haemoglobin in blood by Colorimetry'). Kali ni untuk eksperimen, langkah2 nya diberikan. Cuma tinggal buat dan kira je. Alhamdulillah semuanya lancar. Masa tengah jawab soalan spot, sesiapa yang puasa dapat kurma daripada Prof untuk berbuka. Kebetulan aku dan Ainul Farahin puasa (dalam group kami), jadi dapatlah sebiji seorang. Kalo ikutkan aku dah prepare gula2 dalam poket labcoat, tapi Alhamdulillah Prof bagi kurma. Kami berbuka puasa masa tengah buat eksperimen (sebab waktu jawab exam antara pukul 4-6 petang, Maghrib lak masa tu pukul 5 lebih).

3) Microbiology - Yang ni kena kenalpasti dan jawab soalan2 yang diberikan. Alhamdulillah, boleh dijawab tapi cam Histo, ada gak yang confuse sikit. Yang ni kelakar sikit, habis je jawab exam, kami kena kumpul kat belakang makmal dan kiranya kena kuarantin la. Mula2 sikit je orang yang kumpul kat belakang. Tapi makin lama, bila dah ramai siap, makin ramailah yang berkumpul dan last2 kami 'ter'buat bising. Hehe. Alasannya supaya kami tak bagitau apa2 pasal exam ni kepada kawan2 yang tengah tunggu kat luar. Bila hampir semua dah masuk makmal, barulah kami yang kena kuarantin ni boleh keluar.

4) Anatomy - Ada 10 soalan spot untuk kenalpasti struktur pada mayat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kecuali pada satu soalan ni, aku ter'careless'. Rasanya aku dah cerita dalam entriku yang bertajuk 'Careless'. Kelakar gak la bila ingat balik.Hehe.

5) Pathology - Yang ni ada 10 soalan spot (5 jar dan 5 gambar). Pada jar kami kena kenalpasti apa penyakit tu dan kena gambarkan ciri2 yang tak normal pada organ tu. Untuk gambar lak, kena diagnose apa penyakitnya dan kena jawab beberapa soalan yang berkaitan. Untuk subjek ni, terasa sedikit susah gak la tapi Alhamdulillah dapat dijawab walaupun ada gak yang terhentam.

6) Physiology - Ada 5 spot dan 1 ekperimen. Untuk eksperimen, aku kena ukur 'Blood pressure' kawan group aku, Ainulfadila. Gitu gak sebaliknya. Dah habis buat eksperimen, kami kena soal serba sedikit dan akhirnya selesai.

Untuk subjek Pharmacology, examnya sekali dengan written exam. Soalannya cuma MCQ dan sedikit esei. Masa yang diberikan cukup2 je. Hehe. Alhamdulillah ok.

Keseluruhannya, exam praktikal ni boleh la dijawab dengan baik walaupun ada kes careless semua kan. Habis exam praktikal Physio, kami mula cuti untuk exam selama seminggu. Masa tu cuaknya la, sebab dah tak lama lagi exam written pulak.


9.3.09

~Post Mortem Semester 3 Part 2 - Assignments~

Dalam entriku sebelum ni, aku ada cakap yang assignments diwujudkan untuk menggantikan oral exam. Mula2 memang terasa terbeban gak dengan assignments ni tapi ada hikmahnya bila jarak exam antara subjek bertambah sebab dah tak de oral exam. Aku akan ceritakan serba sedikit pengalamanku ikut subjek :-

1) Physiology - Ni assignment 1st aku dan group aku. Kami dapat tajuk 'Blood group and transfusion'. Alhamdulillah, masing2 dapat bentangkan dengan baik walaupun kena soalan 'tricky' daripada Profesor. Ada yang dapat jawab, ada yang dapat talian hayat daripada kawan2. Ada gak yang tak dapat jawab, tapi Alhamdulillah Prof terang balik serba serbi.

2) Histology - 2nd assignment. Ada sedikit masalah masa pembentangan assignment ni. Mungkin tak sempat nak berbincang sama2. Tapi Alhamdulillah, dapat dibentangkan dengan lancar dan seingat aku, rasanya tak de soalan yang diajukan. Assigenment ni memberi kesan kepada kami satu group dan lepas dari assignment ni kami pastikan yang kami dapat bahagikan bahagian masing2 sebaiknya.

3) Microbiology - Sebenarnya lepas subjek Histo aku tak ingat susunan assignments. Aku teruskan dengan subjek Microb. Kami dapat tajuk 'Major Histocompatibility (MHC)'. Pening gak bila dapat tajuk ni sebab bendanya sikit sangat untuk dibentang oleh 10 orang ahli groupku. Alhamdulillah, kami dapat Profesor yang baik. Beliau just suruh kami BACA setiap apa yang kami letak kat dalam powerpoint kami (bukan menerangkan). Seronok la kami. Cepatlah kami siap. Tapi masa bentang ni, aku selsema. Mujur masa tengah bentang aku tak terbersin. Elok2 siap bentang, datang la bersin aku bertubi-tubi.

4) Biochemistry - Ni bukan group aku je, tapi satu section aku dapat tajuk yang sama, iaitu 'Types of normal and abnormal Haemoglobin'. Masa kami bentang pun, Prof yang ada berapa kali gak la minta kami bentang secepatnya. Mana taknya, ada lagi 3 group lepas group aku akan bentang benda yang sama. Mesti Prof bosan dengar benda yang sama kan. Alhamdulillah, kami semua dapat bentang bahagian masing2 dengan baik.

5) Pharmacology - Assignment ni buat aku rasa 'down' sikit. Tensionnya. Mungkin sebab aku kurang persiapan. Tapi mungkin gak aku 'terkejut' dengan soalan2 Prof. Alhamdulillah ahli group aku yang lain dapat bentang dengan lancar, dapat cover kekurangan aku. Tajuk yang kami dapat pasal 'Drugs for hypertension'. Aku dapat bahagian 'Diuretics'. Takpe, Dah lepas dah kan. Huhu.

6) Community Medicine - Ni just hantar printed copy je. Tak perlu bentang. Lagipun assignment ni just nak melatih kami buat research untuk 'Evidence-Based Medicine'. Jadi just buat research, sedikit kira2 dan penerangan. Siap.

7) Anatomy - Assignment yang PALING relax. Group aku dapat tajuk 'Heart and its blood supply'. Aku bentang bahagian 'Arterial supply of the heart'. Baru je duduk depan Prof, terang satu dua ayat, pastu prof tanya satu soalan, "What is the branches of the right coronary artery?". Jawapannya "Posterior inter-ventricular artery and right marginal artery". "Ok, off you go", Prof cakap. Eh, setakat tu je, Alhamdulillah. Assignment ni merupakan assignment yang terakhir untuk semester ni.

Pathology je yang tak de assignment. Tapi masa exam written hari tu, digantikan dengan 'Oral-written paper'. Alhamdulillah boleh dijawab.

Itulah semua assignmentku untuk sem ni. Sekarang ni kena bersedia especially dari segi mental untuk menerima lagi assignments for sem 4 lak.

6.3.09

~Selamat Hari Lahir Arip!!!~

6 Mac 1991. Pada tarikh ni menurut Mak Abah aku dah mula boleh berjalan dengan lancar. Tapi apa yang lagi penting pada tarikh ni ialah aku dah mula menjadi seorang kakak. Hari ni merupakan hari lahir adikku yang juga merupakan anak kedua Mak Abah selepasku.

Nama diberi oleh Mak Abah ialah Hafiz Arif bin Mohd Nasir. Kalo kat rumah, kami semua panggil dia Arip. Kawan2 dia kat sekolah lak panggil dia Hafiz. Arip ni lah satu2 nya adik beradik lelaki yang aku ada kat dunia ni. Memandangkan hari ni hari istimewa Arip, jadi dalam entri ni aku nak cerita kisah kami dari kecil sampai sekarang. Hehe.

Ni lah Arip (sori, Qila dan Tin termasuk sekali dalam gambar ni..hehe..)

Daripada cerita2 Mak Abah dulu, masa aku kecil, aku ni kira kuat gak cemburu dengan Arip ni. Mungkin sebab sebelum ni aku seorang je anak Mak Abah, jadi bila dapat adik ni dah lain la sikit peranan aku dalam keluarga kan (daripada anak tunggal kepada kakak). Mak cakap jaga aku lagi teruk daripada jaga Arip gara2 cemburu aku kat dia.

(Kisah masa kami sekeluarga ikut Abah sambung belajar Masters dan PhD kat Bradford, England).

Mungkin sebab Arip tak tahan dengan perangai aku ni, hehe, dia pun balas la dendam dia. Yang pasti, bergema satu rumah dengan jeritan dan tangisan aku masa tu. Mana taknya, aku kena gigit dengan Arip sampai luka dan kesan kena gigit tu ada lagi sampai sekarang. Mana la tak meraung aku.

Tak de la sepanjang masa aku gaduh dengan Arip. Dialah kawan bermain sama2 masa kecil dulu. Ingat lagi ada sekali ni, masa tu Mak tengah sarat mengandungkan Arah, Abah lak masa tu tengah siapkan assingmentnya. Aku dan Arip kesnya lak tak leh tidur. Jadi malam tu kami masuk ke bilik kerja Abah. Masa tu Mak pun ada sekali. Nampak la bekas tab untuk baby mandi (persiapan untuk dapat adik lagi) kat bilik tu. Aku dan Arip pun masuk dalam tu, duduk dalam tu, pastu main kononnya tengah tangkap ikan. Dengan besen kecilnya semua, hehe, seronok Mak Abah tengok kami main masa tu. Ada Abah tangkap gambar kami main. Lepas puas 'menangkap ikan' dan dipujuk oleh Mak Abah, barulah kami boleh tidur.

Masa musim salji lak (kalo tak silap masa 1st or 2nd time merasa musim salji), aku dan Arah (masa ni Arah dah besar sikit) excited dapat main salji kat depan rumah. Tapi yang peliknya Arip ni, teragak-agak nak keluar dari rumah (cam takut je, hehe). Puas semua orang pujuk dia keluar. Last2, dia menapak gak sikit2, bila dah mula jejak salji tu, dia yang main beria mengalahkan kami yang keluar awal2. Habis main salji, kami bertiga beradik (yang ada masa tu) pakat duduk depan heater untuk memanaskan badan. Bila tanya Arip kenapa lambat keluar dari rumah tadi, dia jawab takut salji tu jerlus ke camne (tak ingat sangat apa sebabnya) tapi yang pasti ada kaitan dengan pengaruh cerita yang dia tengok (padanlah pun).

Bila dah masuk sekolah lak, kami berdua selalu main sama2 pada waktu rehat. Lagipun masa tu student Melayu kat sekolah tu berapa orang je, jadi kami selalu berkumpul sekali untuk main sama2. Ada sekali ni, kami semua main kat padang. Bebas la nak main apa2. Masa tu aku dengan Arip berjalan kat padang sama2. Aku tak ingat camne kami boleh terpisah tapi yang pastinya puas gak la aku nak cari Arip kat padang yang luas dan dalam keadaan yang ramai sangat orang. Sekali aku jumpa dia dalam keadaan menangis dan dia mengadu kena tumbuk kat perut dia oleh kelompok budak Negro. Aku tanya adik aku siapa yang buat, kat mana orang tu. Bila adik aku tunjuk, rupanya ketua geng tu kawan sekelas aku. Aku bersemuka dengan dia, marah dia sebab belasah adik aku masa tu. Budak tu lak buat tak tahu je. Bengangnya rasa. Last2 Arip tarik aku ke tempat lain risau aku pulak yang kena belasah nanti. Tak sangka lak lepas tu budak Negro tu takut dengan aku sebab aku 'garang'. Hehe. Padahal aku pun masa tu kecut perut takut aku lak yang kena.

(Kisah bila dah balik dari England sampai la sekarang).

Terus terang masa dari aku kecil sampai sekarang, banyak perkara yang aku belajar daripada Arip. Bermula dengan belajar bawa basikal, Arip yang ajar aku dulu. Pastu dengan cara nak guna komputer pun Arip yang ajar. Aku sebenarnya penakut sikit nak belajar bawa basikal masa tu. Takut jatuh dan luka. Tapi Arip la yang banyak pujuk aku belajar bawa basikal. Akhirnya dengan usaha bersama aku dan Arip, aku boleh bawa basikal ke sana sini. Bab komputer lak, rasanya aku memang banyak belajar daripada dia dan sekarang ni pun memang dia yang lagi pakar bab komputer ni banding aku.

Kalo dulu masa kecil2 aku selalu melindungi Arip dan adik2 ku yang lain, sekarang ni Arip lak yang selalu melindungi kami adik beradiknya yang semuanya perempuan. Kalo ke mana2, dia takkan bagi kami jalan seorang2. Kadang2 kalo pergi berjalan, kami akan berpecah jap. Ada yang ikut Abah, ada yang ikut Mak, tapi kalo yang tak ikut Mak Abah, Arip akan ikut yang tu.Kadang2 aku rasa aku yang jadi adik dia sebab apa yang aku nak buat biasanya aku akan tanya dia dulu.

Arip ni orangnya pendiam dan sangat pemalu dengan perempuan sedangkan adik beradik dia yang lain semua perempuan. Kami yang kakak dan adik2 nya yang lain suka sangat sakat dan usik dia. Kadang2 Mak pun join sekali. Kesian dia. Tapi dia ni tegas sangat. Pernah gak jadi mangsa ketegasan dia, tapi yang pasti tegasnya tu berasas. Tapi kalo sekali datang angin dia nak buat lawak, sampai sakit perut kitorang dibuatnya gara2 lawak2 dia.

Sekarang ni Arip tengah tunggu result SPM nya yang akan keluar tak lama lagi (dalam bulan ni gak). Bila ditanya dia nak amik bidang apa lepas ni, dia kata dia pun tak berapa pasti lagi tapi InsyaAllah mungkin nak sambung untuk Pure Physics dan InsyaAllah nak jadi pensyarah. Alhamdulillah akan ada salah seorang daripada kami adik beradik akan menurun kemahiran Abah dan Mak (Abah kalo bab Add Math dan Fizik memang terer la, Mak lak dulu pernah mengajar).

Buat Arip, Selamat Hari Lahir ke- 18. Semoga diberkati umurmu dan dimurahkan rezeki. Semoga dengan pertambahan usiamu menambahkan lagi kematanganmu menghadapi realiti dunia kini. Tin bersyukur mempunyai Arip sebagai salah seorang adik Tin. Banyak benda yang Tin belajar daripada Arip. Apa yang Tin ceritakan dalam entri ni antara kenangan yang Tin ingat. Banyak je lagi kenangannya tapi kalo nak taip semua, hehe, alamatnya tak habis2 la sampai bila2 kan.

Dalam bulan Mac ni, ada 2 orang insan istimewa yang hadir dalam hidupku yang menyambut hari istimewanya. Salah satunya Arip. Seorang lagi nanti akan ada entri khas untuk dia.

(Arip, habis baca entri ni mesti kena tinggalkan komen tau. Hehe.... :p)

5.3.09

~Post Mortem Semester 3 Part 1 - Kuliah~

Semester 3 tahun ni bermula pada 18/10/2008. Dalam sem ni kami diperkenalkan 3 blok sistem baru. Blok pertama Sistem Imuniti dan Pertahanan, blok kedua Sistem Darah dan blok ketiga pulak pasal Sistem Peredaran Darah (beza tau sistem untuk blok kedua dan blok ketiga).

Subjek2 yang diambil lak lebih kurang sama cam tahun lepas. Rasanya tak de subjek baru untuk sem ni. Cuma untuk praktikal ada tambahan satu subjek iaitu Bahasa Arab Ammiah. T
erasa gak la padat jadual tahun ni banding tahun satu dulu. Pastu, perubahan yang telah dibuat oleh pihak universiti pada tahun ini ialah Oral exam telah digantikan dengan Assignments. Terasa sedikit terbeban gak la, nak2 pulak bila kena hantar 2 atau 3 assignments dalam satu minggu. Bukan setakat hantar 'printed copy', tapi kena bentangkan sekali mengikut topik yang setiap kumpulan dapat untuk setiap subjek.

Untuk blok pertama dulu, terus terang aku sangat suka sistem ni. Dalam blok ni belajar pasal sistem pertahanan badan kita, pasal imuniti, camne orang boleh ada alergik terhadap sesuatu benda (tak kira ubat, makanan, habuk dll). Kebetulan aku ada alergik terhadap Penicillin (antibiotik), jadi rasa kagum dan seronok bila dah belajar camne aku boleh ada alergik tu. Boleh diaplikasikan terus apa yang dipelajari. Hehe. Lagipun tak banyak subjek untuk blok ni (kalo tak silap ada 4 subjek je, Biochem, Histo, Microb dengan Patho), jadi boleh tumpu lebih la. Lagipun untuk blok ni kelas praktikal banyak tak mula lagi.Dalam blok ni tak terasa sangat la sibuk dan padat.

Masuk blok kedua belajar segala benda pasal darah je. Dari A-Z pasal darah tu, darah ni. Eksperimen untuk subjek Physio lak, tiap2 minggu kena cucuk ibu jari masing2. Hehe, entah berapa banyak kesan kena cucuk semata-mata nak tau pasal darah ni. Blok ni pun bagi aku menarik tapi banyak sangat benda kena hafal (kiraan normal, struktur, penyakit, jenis dll). Untuk blok ni ada 7 subjek iaitu Biochem, Histo, Patho, Anat, Pharma, Physio dan Community Medicine (tak berkaitan pun dengan blok ni). Blok ni boleh dikira sederhana padat la. Hehe.

Blok ketiga, terus terang aku sedikit 'lost' untuk blok ni. Mungkin banyak sangat bendanya, campur mostly semua assignment kena siapkan dalam blok ni. Tapi camne pun, aku dah berusaha sedaya upaya untuk cover balik bahagian yang aku lost ni. Hehe. Alhamdulillah, lepas gak la untuk cover balik. Blok ni pun banyak gak benda yang kena hafal. Untuk blok ni subjek yang belajarnya Biochem, Histo, Patho, Microb, Anat, Pharma dan Physio.

Overall sem 3 ni bagiku mencabar sangat. Lagipun dah mula masuk bahagian sistem2 dalam badan. Walaupun mencabar, tapi sebenarnya menarik sangat bila dapat tau dengan lebih mendalam pasal badan manusia ciptaan Ilahi.

~Story after exam~

Semalam kami student tahun 2 habis exam. Macam2 gelagat ada. Ramai yang berjalan ke sana sini, ada yang balik rumah terus nak tengok cerita atau main game atau tidur. Hehe. Yang pasti semua orang ada rancangan masing2 la.

Aku pun camtu gak. Habis je exam, terus gi Manshiyah dengan Hasanah. Masing2 dapat la beli barang yang dihajatkan. Pastu singgah kedai Falaky beli ais krim (sedapnya ais krim tu).

Malam lak, semua ahli Qasrun Najihin plus Oggy sepakat nak ke Green Plaza. Saja nak berjalan sambil makan2. Lagipun dah jadi kebiasaan kami lepas exam untuk keluar berjalan bersama-sama. Sampai sana, terus gi Restoran Syami untuk makan (lapar sangat sebab tak makan apa2 kecuali ais krim lepas exam tadi).

Oggy, Fiza, Me, Alliah

Hasanah, Zatil, Shila

Kami ahli Qasrun Najihin

Lepas masing2 dah kenyang, hehe, kami semua pakat nak main 'go cart'. Dapat la main 3 pusingan seorang. Lepas gak tensionnya bawa 'go cart' tu. Tapi yang pasti rasanya aku dah serik kot nak main 'go cart' lepas ni (ada kisah tapi aku tak nak cerita dalam entri ni. Biar dia menjadi kenangan yang 'manis'. Hehe).

Last sekali, kami semua singgah jap kat Alfa Market. Semua tertarik kat anak2 patung yang ada kat kedai tu. Aku pada asalnya tak de rancangan pun nak beli anak patung ni. Tapi tiba rasa tertarik kat anak patung berupa kucing. Mula2 belek je. Pastu datang la rindu nak main dengan kucing. Memandangkan aku kat sini mungkin sedikit susah untuk membela kucing, akhirnya aku beli patung kucing ni buat ganti kucing betul. Hehe. Patung kucing ni aku bagi nama dia Simba (sebab kalo aku ada kucing sendiri pun aku memang nak bagi nama tu). Yang lain pun ada gak beli anak patung untuk dibuat koleksi.

Simba yang comel.. hehe...

Esok merupakan hari istimewa bagi salah seorang insan istimewa yang hadir dalam hidupku. Tengah fikir idea nak cerita pasal apa agaknya untuk entri yang aku khaskan untuk dia ni.



2.3.09

~"Urgent"~

navyblue_blossom: urgent!!
mieza_faha89: nape
navyblue_blossom: brnfs dlm umh kuar asap..
navyblue_blossom: he2
mieza_faha89: ha
mieza_faha89: seyes
navyblue_blossom: sejok sgt kot..
navyblue_blossom: aah..
navyblue_blossom: btol..
mieza_faha89: kat blk korg ke
navyblue_blossom: mule2 xcaye..
navyblue_blossom: tp btbyk kali mmg btol..
mieza_faha89: hahaha
mieza_faha89: :))
navyblue_blossom: kat blk kitorg la..
navyblue_blossom: hu3..
navyblue_blossom: berasap dlm umh...........

(Antara mesej YM aku dengan Shila guna YM Zatil)

Ingatkan benda la yang 'urgent' sangat tu. Rupanya ada asap keluar bila bernafas dalam rumah ni. Di kala semua tengah duduk kat bilik masing2 dan menghadap laptop untuk study Skills, dapatlah YM mesej daripada Shila dan Zatil. Punyalah sejuk bilik diorang sampai gitu skali. Bilik lain pun sejuk gak tapi tak pernah la pulak keluar asap bila bernafas.

Sekarang ni semua tengah menghadap laptop masing2 sebab bahan untuk study Skills semua kat dalam laptop. Lepas exam ni, tinggal la lagi 1 subjek Rabu ni, iaitu Community Medicine. Tak sabar rasanya nak habis exam ni. Lagi best tak sabarnya rasa nak balik Malaysia (tiket untuk balik dah tempah). Ish,sem 4 tak lepas lagi ni, dah fikir nak balik Malaysia. Bertahan. Aja aja hwaiting.....