Pages

27.4.09

~Video KATAK~

Dalam entri bawah ini aku ada katakan yang aku akan masukkan video katak dalam ni (siapa yang baca tau la ceritanya). Jadi selepas dapat sedikit ruang masa, dan juga lepas 'bluetooth' dengan Ainul Farahin, hari ni dapatlah aku masukkan video ini.

Amaran awal, bagi mereka yang rasa geli ke, memang tak boleh tengok katak atau darah ke, lebih baik la jangan tengok. Tapi bagi sesiapa yang memang tak kisah ke, ataupun eager nak tengok aksi gimnastik katak ni, bolehlah tekan button play ye nanti.

K, selamat menonton.

video

P/S - Video tu senget la. Jadi pandai2 la nak tengok ye.... :p

22.4.09

~Praktikal Pharma yang kecoh~

"Ok, now we can start our experiments on demulcents........". Apabila Profesor berkata begitu, tanpa disuruh atau diingatkan kami semua berpecah menuju ke meja kumpulan masing2.

"Alamak, aku tak bawa labcoat la....."

"Alah, sape ada glove lebih ek? Dahlah kena pegang katak hari ni. Huhu...."

"Malaslah nak buat eksperimen. Ko buat, aku tengok. Boleh?????"

Macam2 lagilah ayat yang keluar dari mulut masing2. Kami semua tak menyangka ada eksperimen dan juga eksperimen ni pula menggunakan katak sebagai bahan uji kaji. Ada 5 eksperimen yang perlu dijalankan dan 2 daripadanya kena guna katak. Gayanya Izo, Ainul Amira, Fatinah, dan Ainul Farahin menjadi mangsa kumpulanku hari ni kerana mereka sahaja yang ada bawa gloves, jadi bolehlah diorang pegang katak. Hehe. Aku, Ainulfadila, Aainaa, Faiq, Aizat dan Afif buat eksperimen yang lain.

Sebelum memulakan eksperimen, mak cik yang menjaga makmal datang ke meja kumpulanku dengan membawa baldi. Dengan relaxnya mak cik tu mengeluarkan......KATAK.....dan dengan lagi relaxnya mak cik tu potong leher katak tu. Jadilah katak tu tak berkepala, lalu digantungkan pada kaki retort. Sementara kami semua tengah baca balik prosedur eksperimen semua, tiba katak yang tak berkepala ni meronta-ronta. Punya la kuat merontanya, sampai terjatuh dari tempat dia kena gantung.

KECOH la kami satu kumpulan. Masing2 terkejut tengok katak tak berkepala tu duduk elok. Tutor kumpulan kami panggil semula mak cik tu memandangkan kami semua masih lagi dalam keadaan terkejut. Mak cik tu pun gantung balik katak tu kat tempat dia semula. Kami semua ragu2 nak buat eksperimen ke tak sebab katak ni sangat2 kuat semangat. Satu kumpulan dapat 4 ekor katak, 2 tak berkepala dan 2 lagi sempurna fizikalnya. Yang tak berkepala seekor lagi ni lak buat lagak gimnastik kat tempat dia kena gantung. Huhu.

Dalam tengah fikir2 siapa yang akan buat eksperimen mana, katak yang jatuh tadi sekali lagi jatuh. Kali ni lagi hebat, dia siap melompat sekali. Bertambah kecoh la suasana meja kumpulan kami. Mak cik yang sama, mungkin tak larat kena panggil dengan Tutor kumpulan kami, last2 tukarkan katak. Dapatlah katak lain, tapi masih lagi kuat semangat sebab macam2 gaya gimnastik dia buat. Akhirnya barulah kami semua dapat menjalankan eksperimen dengan tenang.

Tu kisah katak yang tak berkepala. Kali ni nak cerita kisah katak yang sempurna fizikal lak. Katak2 ni perlu disuntik dengan ubat untuk lihat kesannya. Disebabkan aku tak de glove (so tak boleh pegang katak), jadi aku menyediakan ubat untuk disuntik ke katak yang dua ekor itu. Dah siap sediakan ubat dia dalam 2 test tube berbeza, giliran Aizat lak untuk letak ubat2 ni dalam dua syringe yang berlainan. Masa sediakan ubat yang pertama Alhamdulillah ok. Masa nak bagi ubat yang kedua kepada geng2 pakai gloves ni, tiba ada beberapa orang jerit nama aku. Pelik gak. Tiba rasa berat kat belakang aku. Rupanya layar skrin tu jatuh kat kepalaku. Wahhh.... Mana la tak kecoh praktikal Pharma hari ni. Hehe.

InsyaAllah nanti akan aku letakkan gambar dan video yang ada pada Ainul Farahin. Manalah tak kecoh kami semua hari ni. Tapi ni kisah katak untuk kumpulan aku la. Kumpulan lain lak aku tak tau la camne, sebab rasanya kumpulan kami je yang kecoh sangat2 tadi. Kebetulan dapat katak kuat sangat semangatnya. Hehe. Pengalaman istimewa dengan katak2. Heeeeeeee....

21.4.09

~Terasa ingin meluahkan....~

Terasa dah lama tak update blog ni. Segala yang berlaku kini memerlukan komitmen yang padu sehinggakan ruang masa untuk diri sendiri sedikit terabai. Perjalanan minggu ni begitu padat, dengan MKKI yang berjalan dengan penuh jayanya (tahniah kepada Lecture B 2nd year, persembahan korang sangat mantap, walaupun aku tak dapat nak pergi, tapi aku tau korang buat yang terbaik). Bagi pertandingan lain, walaupun tidak dapat tempat, tapi aku still bangga dengan semua orang sebab kita sama2 dah berusaha dengan kuatnya. Dan kita pun dah cakap awal2 yang kita buat semua ni untuk berseronok dan lepaskan tension. Seandainya tidak menang tidak mengapa kan??? We all have try our best.

Berkenaan dengan B.O.O.M lak, hari Ahad baru ni ada pertandingan debat saringan pertama. Aku antara yang mewakili kumpulanku, Esprite de Corps sebagai pembahas kedua. Sebenarnya hari Ahad adalah hari yang SANGAT memenatkan kerana aku perlu mengharungi kelas dan praktikal dari pukul 8 pagi sampai 6 petang (dengan hanya ada jangka masa sejam break). Tapi bila fikir ni baru pengalaman kelas selama 10 jam, belum lagi mengharungi dunia housemanship yang dikatakan sangat 'hectic' itu. Nasib tidak menyebelahi kumpulan kami kerana kami tewas di tangan kumpulan pembangkang (kumpulan 4). Tapi aku bersyukur kerana mempunyai pengalaman ini dan sebenarnya dalam masa yang sama aku sangat lega kerana aku dah tak perlu berdebat lagi lepas ni. Tapi pada hari Jumaat ni, kami akan mempersembahkan persembahan bertemakan 'self motivation'. InsyaAllah aku diberikan tugas sebagai suara latar. Kita tunggu dan lihat kehadiran hari Jumaat nanti ye.

Tak sabarnya nak tunggu B.O.O.M ni habis. Dan juga tak sabar nak tunggu cuti hari Sabtu depan. Nak merehatkan diri yang sebenarnya terasa sangat penat. Aku juga memerlukan ruang masa untuk catch up balik study yang tertinggal untuk beberapa hari ini. Mungkin aku kena ubah jadual harianku memandangkan musim di sini tak lama lagi akan berubah.

Sebenarnya habisnya program B.O.O.M ini bukan bermakna aku boleh berehat sepuas hatiku. Tapi sebenarnya aku perlu bayar balik hutang tanggungjawabku yang telah terabai. Antaranya tanggungjawab kepada rumah dan seluruh isinya (memandangkan aku ditaklifkan sebagai ketua rumah). Aku dan ahli baitku kini sedang berusaha untuk mencari rumah yang lebih selesa sebelum tempoh akad kami yang akan habis pada bulan 6 ni.

Tanggungjawabku terhadap majalah The Letters of Avicenna (TLOA) keluaran PERUBATAN Cawangan Iskandariah pun perlu ditunaikan agar majalah ini dapat dikeluarkan dalam tempoh waktunya (untuk yang ini lak aku ditaklifkan sebagai Timbalan Ketua Sidang TLOA).

Tanggungjawabku kepada ahli kumpulanku untuk assignment pun aku tidak boleh pandang ringan kerana ini adalah kerja bersama. Jadi aku perlu pastikan aku menyiapkan assignmentku dan hantar kepada mereka yang dipertanggungjawabkan untuk setiap subjek (aku sendiri dipertanggungjawabkan untuk subjek Biochemistry).

Tanggungjawabku sebagai anak untuk menggembirakan hati kedua ibu bapaku juga TIDAK BOLEH SEKALI-KALI diabaikan. Aku perlu menggandakan usahaku berlipat kali ganda supaya aku dapat membuat hati mereka yang tersayang gembira atas kejayaanku. Tin minta maaf seandainya Tin tidak dapat kejayaan yang Abah, Mak dan Adik2 harapkan sebelum ni. Tin dah cuba sebaiknya tapi sebenarnya Tin sedar ada je ruang untuk Tin buat lebih baik lagi. I will always try my very best to make all of you happy.

Tanggungjawab sebagai muslimah pula, aku perlu pastikan yang ibadahku terutama sekali yang wajib tidak akan terabai walaupun sesibuk mana tugasku. Aku akan cuba meningkatkan usaha memperbaiki dan memantapkan setiap ibadah dan amalanku. Dan di sini aku sangat berharap agar sahabat2 sekalian dapat mengingatkan aku, menyedarkan aku seandainya aku terleka dalam kesibukan duniawi ni. Ya Allah, Kau teguhkan hati hamba-Mu yang lemah dan rapuh ini dalam menghadapi dunia ciptaan-Mu yang penuh dengan rahmat ujian-Mu. Amiin.

Bila dah senaraikan tanggungjawab2 ku di sini, baru aku sedar, dah banyak benda yang aku abaikan. Jadi, lepas ni, aku perlu kuatkan hatiku dalam menjalankan semua tanggungjawab yang diberikan kepadaku. Semua tanggungjawab yang sebenarnya telah dianugerahkan oleh Sang Pencipta yang Maha Kuasa ini adalah bersepadanan dengan kemampuanku, cuma aku sendiri yang tidak menyedarinya.

Rasanya cukuplah sampai di sini dahulu semua coretanku untuk kali ni. Lapar pulak perut ku ini. Nak makan jap, pastu nak kumpul tenaga untuk mengharungi hari2 mendatang yang pastinya mempunyai cabaran dan ujiannya yang tersendiri.



14.4.09

~My first tag....~

Wah, baru je bagi post tadi, tiba baru perasan ada dapat tagged daripada kak nas. Memandangkan aku tengah nak melapangkan mindaku sebelum study ni, boleh la aku ambil masa sikit jawab tag daripada kak nas ni. Hehe (tahniah nas, the 1st one to tag me).

1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" at my blog.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberi award ni kepada anda.

Nama dia Nas Arina binti Ismail. Orang ke-4 yang aku kenal masa mula masuk Shahputra dulu. Nas ni anak 1st, suka kucing, dan ada banyak koleksi lagu dan cerita korea dan jepun. Very friendly and talkative person. Kalau masa kat Shahputra dulu kami serumah, kat asrama masa 1st year kat sini tahun lepas kami sebelah bilik je, tapi sekarang ni kami terpisah oleh satu stesen trump (Nas duk kat Gamaah). Oh ye, Nas ni antara AJK perumahan berjaya... Orang 1st bagi aku tagged ni.. :p.....

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).Fakta dan hobi :
  1. Nama yang diberikan kepadaku : Penuh-Fatin Hamiza binti Mohd Nasir; Panggilan-Fatin (umum), Tin/Aca (family), Teyn (very closed frens), Faha (masa form 2 klasmate yang bagi nama ni dan sekarang ni jadi nama untuk alam maya), Miza (nama panggilan masa kecil dulu dan ada je yang panggil aku dengan nama ni...)
2. Anak pertama daripada 5 orang adik beradik

3. Sangat suka dengan haiwan yang berasal dari spesies 'kucing'

4. Berminat membaca blog orang

5. Suka membaca novel especially BM punya novel (tapi sekarang ni lebih suka baca buku2 medik kot...hehe)

6. Masa kecil2 suka kumpul key chain sampai ada key chain koleksi Abah yang aku ambil.. (maaf Abah...)

7. Suka mencatat pengalaman dalam diari (untuk kisah peribadi) dan dalam blog (untuk kisah yang boleh dikongsi)

8. Ni kesepakatan satu family, pantang jumpa kedai buku. Kalau jumpa kedai buku, mesti masuk ramai2 tengok2 buku, pastu mesti semua orang ada beli paling minima satu buku.

9. Warna kegemaranku....ungu violet...

10. Suka mencari pengalaman dalam hidup.....

4) Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Dari Uni Alex (nak tag yang lain tapi dah kena tag ngan Nas):-

~Enoll Carpet~
~Syimah~

Dari SEMSASIANS 0206 :-

~Ayuni~

~Dijah~
~Dina~

5) Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

Pe lagi, yang kena tagged ni, jawablah soalan ni dengan jujur ye. InsyaAllah, bila kesempatan nanti aku akan lawat blog korang lak k...


~Exam datang lagi......~

Debaran makin terasa. Lusa ni aku bakal menghadapi mid term exam pertama untuk sem ni. Semalam selesai sudah blok Respiratory system ni. Untuk pengetahuan semua, exam kali ni merangkumi 6 subjek dan setakat ni ada 2 subjek yang akan ditanya tidak berasaskan problem atau case. Berikut adalah senarai subjek untuk exam kali ni :-

  1. Physiology : Ada 10 soalan MCQ yang tidak berasaskan problem. (Cuba bayangkan kena baca 120 muka untuk 10 soalan MCQ....)
  2. Biochemistry : Yang ni pun tidak berasaskan problem. Tapi tak tau la pulak berapa soalan yang akan ditanya nanti.
  3. Pathology
  4. Histology
  5. Anatomy
  6. Pharmacology
(Soalan untuk subjek Pathology sampai Pharmacology mungkin akan digabungkan dalam bentuk problem. Subjek Ethics dan Parasitology, walaupun dah mula belajar, tapi dikecualikan daripada exam kali ni... Alhamdulillah, kalau masuk gak, alamatnya bertukar ke sana sini la nama cacing2 yang dah dipelajari dalam subjek Parasitology).

Kat atas ni semua pasal exam. Lepas habis exam ni, wahhh... tidak!!!!!! Aku bakal melalui saat2 yang aku rasakan SANGAT padat. Ini antara rancangan perjalanan masaku untuk lusa ni. Exam akan bermula pukul 8 pagi. Habis exam, ada praktikal Gross Pathology diikuti dengan sesi PBL untuk blok baru (Digestive System). Lepas tu, ada praktikal Physiology lak. Kira2 dalam pukul 4 petang selesai sudah urusan kat kuliah. Sebelum balik rumah, singgah rumah Oggy dulu, nak survey baju untuk pertandingan pada sebelah malamnya bersempena dengan Malam Kesenian Kebudayaan Islam untuk pelajar akhawat. Anggaran dalam pukul 11 malam, selesai acara malam tu, aku akan bermalam kat rumah Oggy. Kali ni kena praktis dengan Gig untuk pertandingan pada Jumaat pagi lak (aerobik). Esoknya, dalam pukul 7.45 sampai 10 pagi, aku ada pertandingan senam robik lak, antara yang mewakili kuliahku. Selepas selesai pertandingan ni nanti, barulah aku ada masa rehat sekejap sebelum masuk fasa sibuk kedua lak.

Fasa sibuk yang kedua, aku kena prepare bahan untuk debat nanti. Oh ye, hari Ahad baru ni ada perjumpaan dengan fasilitator kumpulan LDK untuk kali pertama bagi program B.O.O.M (ada aku nyatakan dalam entri ku sebelum ni). Faci kumpulan aku ialah Abg Din dengan Kak Mai. Untuk LDK kali ni hanya diadakan ta'aruf, pemilihan AJK kumpulan, nama kumpulan dan juga moto kumpulan. Aku dilantik memegang S/U untuk kumpulan ni. Nama kumpulan, setelah fikir lama2, akhirnya sepakat pilih Esprite de Corps (Amalina punya cadangan). Moto lak, ni ikhwah punya idea, Realistik, Fantastik, Bombastik...BOOM. Kumpulan ni boleh dikategorikan sebagai kumpulan yang kecoh la. Kesian kat kumpulan lain, sampai kumpulan ni kena warning minta senyap sikit. Aku juga dipilih untuk mewakili kumpulan ni bagi pertandingan debat. Sebenarnya aku tak de pengalaman debat, kalau pengalaman menjadi pengerusi untuk debat tu adalah. Tapi camne pun, bila sudah diberi peluang untuk mencuba, tak salah untuk kita terima. Tapi serius, tak tau la camne agaknya aku debat nanti.

Jadi, balik semula ke fasa kedua sibuk ni, habis je MKKI, aku kena bersedia untuk B.O.O.M lak. Program B.O.O.M dijangka tamat akhir bulan 4 ni, jadi dalam jangka masa waktu ni akan ada banyak aktiviti dan juga LDK (semalam dah selesai LDK pertama kat asrama). Lepas ni nanti kena nantikan panggilan daripada penolong ketua kumpulanku (Cik Hanun berjasa... :p) untuk LDK seterusnya.

Apapun sekarang, prioriti utamaku, exam mid term pertama untuk sem ni. Ok, rasanya nak baca sambung baca Histology yang terhenti pagi tadi. Pastu kalau larat nak baca Physiology lak. Kepada semua yang bakal menghadapi exam, all the best dan buat betul2 masa exam nanti.



Pesanan khas untuk adikku Hafiz Arif :-

Arip, 1stly Tin nak minta maaf. Tin sibuk sangat sampai Tin hampir terlupa yang Arip pun ada ujian gak hari Khamis ni. Tapi ujian Arip ni versinya lain sikit, iaitu interview dengan pihak MARA. Arip nanti jawab soalan2 interview tu baik2. Dengar betul2 soalannya, jangan panik, tenang, ambil masa untuk fikir (tapi jangan lama sangat, nanti bosan lak interviewer tu nanti). Rasanya dah macam2 Tin cerita kat Arip setiap kali Tin tepon rumah pasal interview ni kan? Arip ikutlah semua yang Tin dah bagitau sebelum ni. Tin doakan agar adik Tin yang sorang ni (punyalah ramai adikku) dipermudahkan urusan sebelum dan selepas interview ni nanti. Ha, Arip jangan lupa minta doa restu daripada Mak Abah nanti (berkat tau). Semua urusan lepas ni akan terserah pada tangan Arip, Arip yang bakal mengurus kehidupan Arip sendiri. All de best Arip. May Allah always be with you.


9.4.09

~Bila lidah terkelu kejap nak fikir apa sebenarnya yang nak disampaikan????~

Haha, kelakarnya bila ingat balik pembentangan assignment 1st aku untuk sem ni, Physio petang tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampailah.......... ke slideshow yang terakhir bagiku. Perkataan dan ayat yang dah siap dibina sebelum bentang assignment ni tiba2 hilang. Waaaa....
Puas aku fikir balik ayatnya, dengan gerak tangan semua, last2 bentang je la apa yang ada kat slideshow tu. Elok2 habis, sampai je kat tempat dudukku, blink.... ingat dah apa ayatnya. Sebuah ayat yang simple je tapi puas nak fikir balik. Huhu.

Mid term exam yang ku khabarkan sebelum ni pada hari Selasa ditangguhkan ke hari Khamis dan terus ada sesi PBL lepas tu. Malam kemuncak MKKI pun ubah dari hari Jumaat ke Sabtu (18/4). Takpe2, ada hikmah di sebalik semua benda yang berubah ni kan. Mungkin Allah bagi kita ruang waktu untuk bersedia lebih lagi kan?? Jadi janganlah disia-siakan ruang waktu yang diberikan kepada kita.

Oh ye, keputusan mid term exam 1 dan mid term exam 2 bagi SEM 3 dah dilepaskan semalam. Alhamdulillah, keputusanku boleh dikategorikan sebagai sederhana. Dan ini maknanya aku kena berusaha LEBIH lagi dari sebelumnya. Tapi terfikir camne agaknya keputusan mid term exam 3 dan keseluruhan untuk exam final SEM 3?? Apa2 pun, serahkanlah semua urusan kepada-Nya. InsyaAllah, setiap kejayaan yang dikecapi ini adalah daripada hasil usaha dan juga tawakkal kita. Dan sekali lagi, semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya.

~Rabbuna Yusahhil semua..~

6.4.09

~Al-kisah.......~

Wahhh..... Lamanya tak update blog ni. Rasa rindu lak kat blog ni. Walaupun tak seberapa tapi inilah tempat nak luahkan macam2 rasa dan cerita. Bergantung pada individu untuk meluahkan kisah hidupnya kat mana2, dan aku sendiri kalau ada kisah yang boleh dikongsi memang akan ku ceritakan dan luahkan kat blog.

Apa agaknya yang berlaku sepanjang minggu lepas??

Kisah pertama, jangan terkejut kalau aku cakap yang bilik air rumahku 'tenggelam'. Camne boleh tenggelam? Kalau tengok pada keadaan lantai bilik air tu, macam simen dia tak berapa kukuh (terasa ada ruang udara kat bawah lantainya). Masa baru masuk rumah tu dah terasa dah tak kukuhnya lantai tu. Tapi sejak kebelakangan ni, lantai bilik air tu semacam jadi 'tangga' lak. Yang pasti bila pijak berbunyi la. Kemuncaknya, lantai yang semacam tangga tu jatuh dan 'tenggelam'. Kebetulan dah dekat waktu Baba nak kutip duit sewa, alang2 tu mengadu terus. Alhamdulillah, cepat gak la Baba bertindak. Cuma kena bertahan la sikit sebab pekerja2 dia buat kerja baik pulih kat rumah, jadi kami semua kena sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka dengan tingkah laku mereka. Sepanjang mereka buat kerja ni, kami semua kena ulang alik ke rumah jiran terdekat (Syuk dan Nami) setiap kali nak guna bilik air. Leceh gak la rasa. Tapi Alhamdulillah, Jumaat yang lepas kami dah boleh guna balik bilik air rumah kami.

Kisah kedua, dengan tak rasminya aku menjadi Personal Assistant Student Representative kuliah aku, Lina. Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Alex menganjurkan program B.O.O.M (Blooming out of Mediocrity). Program ni lebih ke arah untuk mengasah bakat kepemimpinan yang ada dalam diri masing2. Lina yang merupakan AJK Promosi untuk program ni, sama2 meminta bantuanku menyiapkan pamplet untuk pengenalan program ni. Memandangkan kuliah habis agak awal, dan aku pun ada pengalaman membuat pamplet (walaupun tak seberapa), jadi aku pun tak keberatan. Bertempat di rumahku, mulalah kerja kami. Dengan fikir isi pamplet, susunan semua, akhirnya dalam pukul 10 lebih malam siap sudah pamplet itu. Kalau ikutkan boleh je nak siap cepat pamplet ni, tapi disebabkan keadaan rumahku yang dalam proses baik pulih, Lina pula yang ada janji dengan akak dirasat kat Mandarah dan juga SC kami (minta maaf ahli SC ku sebab tak dapat join SC kali ni), jadi kerja pamplet tu bertangguh kejap. Tu lah siapnya pun lambat. Dah dekat pukul 11 malam, ada ke CC yang buka (ni proses nak print la pulak)? Jadi kami pun keluar la 'kejap' malam tu. Bermula dengan CC di sebelah imarah ku, ada printer semua tapi takde Microsoft Publisher la pulak. Jadi kami pun jalan ke CC Nur Islam. Yang ni lak ada Microsoft Publisher tapi dah tutup semua2 dah. Huhu, singgah rumah Lina jap ambil barang dia (Alhamdulillah berjaya pujuk dia bermalam kat rumahku). Dari rumah Lina, balik semula ke rumahku dan keluar balik ke CC sebelah imarah dengan membawa laptopku (hasil kerja pampletnya ada kat dalam tu). Alhamdulillah, dapat la print pampletnya. Kerja kedua terakhir, Lina nak fotostat sebanyak 150 helai (jam dah hampir or lebih dari pukul 12 malam). Mujur la kedai yang Lina selalu hantar nota untuk difotostat (juga sebelah imarahku) masih lagi terang. Tunggu la untuk beberapa minit sambil minum air kotak. Balik rumah, masing2 letih tapi lega sebab beres gak kerjanya. Esoknya, siap solat Subuh, kerja melipat pamplet lak. Tak sangka pampletnya banyak. Akhirnya kami sambung lipat masa kelas praktikal Pharmacology. Kali ni kerjanya cepat la siap dengan bantuan rakan2 section ku yang lain. Yang pasti, aku dan Lina masing2 dah agak mesti akan tertidur kat kuliah hari tu. Hehe.

Nota kecil untuk Abah dan Mak - Mesti masa Abah Mak baca kisah kedua ni akan risau sebab anak kalian yang sorang ni keluar malam2. Alhamdulillah kawasan rumah Tin meriah dan terang, masa kami keluar malam tu ramai lagi orang tengah berjalan dan menjual barang. Tin takkan keluar rumah malam2 selagi takde urusan penting. Abah Mak pun tau kan Tin ni camne. Minta maaf kalau kisah ni buat Abah Mak risau. Oh ye, SC tu stands for 'Smart circle' atau masa sekolah dulu panggil Usrah. Imarah lak maksudnya bangunan rumah (lebih kurang macam flat la).

Kisah ketiga, hari Isnin, tengah nak tunggu lecturer masuk kelas, Ruziyati a.k.a Oggy datang jumpa aku bagi 4 helai kertas bertulis. Bila ditanya, rupanya aku diberi tugasan menyampaikan tazkirah ringkas untuk junior kat asrama (aras 4). Terkejut gak bila dapat tugasan ni, tapi Alhamdulillah bahan dah siap. Tinggal baca, fahamkan dan mungkin boleh ditambah atau difikirkan cara untuk disampaikan. Tiba hari untuk ku sampaikan tazkirah ni (hari Rabu), aku sedikit cuak. Huhu, dah lama aku tinggalkan zaman sekolah, jadi terasa dah lama tak menyampaikan 'sesuatu' kepada junior. Bermula dengan ucapan maaf kerana tak dapat nak bersedia sebaiknya, Alhamdulillah juniors aras 4 memahami situasi ku. Bersyukur kerana perjalanan tazkirah berjalan dengan lancar dan terasa hilang gak cuak sebab Lina temankan aku sekali. Lega bila tugasan ni dah siap akhirnya. Alhamdulillah.

Untuk minggu ni, sibuk gak tapi berkenaan dengan assignment la. InsyaAllah Khamis ni giliran kumpulanku lak bentangkan assignment untuk subjek Physiology dan tajuk yang kami dapat kali ni ialah Oxygen transport in blood. Pastu, kena 'catch up' balik subjek2 yang dah belajar memandangkan minggu depan ada mid term exam.

Untuk minggu depan lak, InsyaAllah hari Selasa tu kami semua pelajar tahun 2 akan berhadapan dengan mid term exam untuk blok Respiratory System. Selepas tu, khususnya kami akhawat (perempuan) dah boleh mula buat persediaan untuk Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam (MKKI) anjuran Unit Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Alex. Disebabkan kuliah ku kurang pelajar akhawat berbanding kuliah satu lagi, jadi kebanyakan dari kami masuk samada satu atau dua pertandingan (aku sendiri masuk dua acara). Mujur gak acara kemuncaknya lepas exam mid term, jadi boleh nak 'release tension' la katakan. Hehe.

Panjang la pulak al-kisahnya. Seronok dapat bercerita kat blogku yang tersenyap untuk seminggu. Setiap hari yang dilalui sebenarnya ada kisah yang tersendiri. Itulah yang dinamakan pengalaman, guru kita dari kecil sampailah akhir hayat. Tanpa pengalaman, kita takkan dapat merasa apa itu kehidupan. Pengalaman la yang mengajar kita erti kedewasaan, kematangan, dan rasanya semua dapat menafsirkan pengalaman mengikut own point of view.