Pages

16.5.09

~Selamat Hari Lahir Qila..~

17 Mei 1995, daripada kami bertiga beradik (Tin, Arip, Arah) bertambah kepada 4 orang. Hehe, istimewanya adikku yang sorang ni ialah, dia ni salah seorang adik yang dilahirkan di Bradford, England UK sebab masa ni Abah sambung belajar untuk Masters dan PhD.

Nama yang diberikan oleh Abah dan Mak ialah Nurul Aqila binti Mohd Nasir. Kadang2 aku panggil dia Qila dan kadang2 aku panggil dia Acik. Dia pun, kadang2 panggil aku Atin dan kadang2 dia panggil aku Aca. Hehe, banyak benar panggilannya. Kalau nak tau, Qila ni kalau kat sekolah ramai yang panggil dia Diana Naim (even cikgu2 dia pun panggil dia gitu) sebab keningnya yang tebal. Hehe.

Seingatku, masa menjaga Qila ketika dia baby dulu, aku boleh katakan dia lah adikku yang PALING tak de perasaan. Ye lah, orang semua dah puas mengacah, mengusik dan macam2 la, tapi tak senyum atau gelak pun. Dia ni masa baby punya la susah nak senyum, ada sekali masa jaga dia tidur, tiba nampak Qila senyum (mengigau kot). Excitednya aku dapat tengok senyuman comel dia, tapi sekejap je. Huh. Tapi, Qila ni, walaupun masa kecil tak de perasaan sangat, bila dah besar, kalau buat lawak, tak sah kalau tak gelak sampai sakit perut orang semua dibuatnya.

Masa Qila lahir, kalau tak silap masa tu aku 6 tahun, dan masa Qila lahirlah aku mula kenal tanggungjawab menjaga adik ni. Setiap kali lepas balik dari sekolah dengan dua orang adikku yang lain, Mak mintaku duduk sebelah tempat Qila tidur kat sofa, takut Qila pusing dan jatuh. Aku pun ikut kata2 Mak aku. Aku duduk la kat sebelah dia sambil tengok kartun kat TV. Ada sekali ni, Mak panggil minta tolong aku kat dapur. Aku minta Arah dan Arip duduk sebelah Qila, tapi rasanya diorang tak dengar pun aku cakap (masing2 khusyuk gilerr tengok kartun). Siap je tolong Mak kat dapur, bila pergi balik kat sofa tu, terkejut aku tengok Qila dah meniarap kat lantai (bila masa pulak la Qila jatuh sofa ni). Yang bestnya, Arip dan Arah tak perasan lak Qila jatuh padahal semua masa tu kat ruang tamu. Kelakar betul la. Hehe.

Dalam banyak2 adik2 ku, Qila la yang aku rasakan paling 'adventurous' sekali. Dia ni banyak kali buat orang kecut perut fikirkan dia. Ingat lagi, masa umur dia dalam 2 atau 3 tahun, kami semua berjalan kat Kompleks PKNS. Tiba sampai kat satu kedai ni, semua baru perasan si kecil sorang ni 'tercicir'. Mak pesan kat aku supaya aku, Arip dan Arah duduk kat depan kedai ni sampai lah Abah dan Mak jumpa Qila. Puas dicari, rupanya Qila ni tertinggal kat kedai jagung manis (rupanya tengah ralit tengok orang buat jagung manis tu). Kat kampung lak, pernah Qila menguncikan diri dia sendiri kat bilik. Semua bagi arahan buka selak tu camtu, camni. Last2 Embah Lanang (panggilan untuk datuk dalam bahasa Jawa) ambil galah panjang kat pokok jambu belakang rumah. Atas usaha Embah Lanang, akhirnya pintu tu berjaya dibuka. Elok je pintu tu buka, aku lak yang menyorok ke tempat lain (nak cover nangis sebab risau kat Qila).

Sekarang ni Qila dah form 2 dan belajar kat SBPI Jempol. Haha, rezeki dia kat sana, jadi bila ke sekolah dia dalam musim buah, memang sakan la kami sekeluarga beli buah kat sana (kat Jempol buahnya murah). Qila ni setiap kali balik ke rumah, mesti ada vocab baru loghat Negeri sembilan yang dia ajar kat kami semua.

Qila ni kalau tengok dia sekali imbas, memang ramai yang akan cakap dia ni garang. Tapi sebenarnya dia ni sangat2 periang dan manja. Sebenarnya rasa tak percaya gak, rupanya adikku yang kedua bongsu ni dah umur 14 tahun dah.

Qila, pada hari lahirmu yang ke-14, Tin nak ucapkan semoga Qila diberkati umur dan juga dimurahkan rezeki. Semoga Qila mudah menerima ilmu yang disampaikan dan juga berjaya dalam setiap apa yang Qila kerjakan. Sememangnya Tin rasa tak percaya yang Qila dah 14 tahun. Mungkin sebab Tin masuk asrama masa Qila kecil lagi, jadi bila setiap kali balik, mesti ada je yang berubah (terutama sekali ketinggian). Perjalanan hidup Qila masih panjang lagi, jadi manfaatkan masa yang diberikan dengan sebaiknya. Timbalah pengalaman di sekolah sebanyaknya kerana bila Qila dah berjaya menamatkan zaman persekolahan Qila, semua pengalaman yang Qila dapat ada gunanya. Tin sangat rindukan Qila dan tak sabar rasanya nak tunggu cuti. Nak jumpa Qila dan juga yang lain.

Pagi 1st raya... Qila (baju coklat) posing kat depan kamera...hehehe...

~SELAMAT HARI LAHIR QILA!!!~

~Selamat Hari Guru~

Dah 3 tahun rupanya aku meninggalkan alam persekolahan. Kalau dulu, tanggal 16 Mei mesti akan ada sambutan Hari Guru. Macam2 la acara yang dibuat. Pertandingan, persembahan, jamuan, pemberian cenderamata dan macam2 lagi lah. Kalau ada sambutan hari guru ni, biasanya semua orang seronok sebab, tiada kelas. Hehe.

Buat semua guru2, dan juga warga pendidik, Selamat Hari Guru. Terima kasih atas jasa kalian memberikan kami ilmu dan juga terima kasih kerana sanggup melayan karenah kami (terutama sekali guru2 ku di SEMSAS). Kadang2 kami ni sangat2 nakal dan banyak buat hal sampaikan ramai guru2 yang 'meletup'. Hehe. Kenangan2.

Warga pendidik SEMSAS bersemangat menyanyikan lagu bersempena Hari Guru (alamak, tak ingat la pulak pe tajuk dia..)

Kad ucapan 'Selamat Hari Guru' oleh semua pelajar SEMSAS yang disampaikan oleh Azan (Ketua Pelajar) kepada Ayahanda Tuan Hj Abas..

Aku dan Suzairin (Ai) diberi tugasan menyampaikan kad ucapan 'Selamat Hari Guru' kepada Guru HEP, Bonda Cik Norliza....

(Gambar Sambutan Hari Guru Tahun 2006. Semua berpakaian sukan sebab kena gotong royong untuk acara Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh peringkat Kebangsaan yang diadakan di sekolahku)

Di sini, Tin nak ucapkan Selamat Hari Pendidik buat Dr. Mohd Nasir bin Haji Zainal Abidin dan juga Cikgu Norlaila binti Haji Mohd Arshad. Walaupun tarikh ini khas untuk warga pendidik, sebenarnya tak boleh dilupakan bahawa kedua-dua ibu bapa kita pun adalah warga pendidik. Nak2 pula Abah kadang2 dipanggil sebagai pensyarah jemputan di universiti (masa cuti tahun lepas Tin ikut tengok Abah bagi lecture kat UiTM Jempol) dan juga Mak yang merupakan guru Bahasa Malaysia saat sebelum Mak berhenti kerja. Walaubagaimanapun, Abah dan Mak masih lagi cikgu, pensyarah, pengasuh dan pendidik kami adik beradik. Terima kasih Abah dan Mak.

~SELAMAT HARI GURU~

~Tahniah sekali lagi Arip..~

Habis kelas Arab hari Jumaat minggu lepas, aku terus membelek handset. Ingat nak call Lina, nak tanya pasal perjumpaan dengan pegawai MARA untuk semua student tahun 2. Tiba nampak ada satu mesej daripada Arip.

"Salam. Saya dpt buat a-level tajaan MARA kat kolej MARA seremban."

Alhamdulillah, Arip berjaya mendapat tawaran kursus kejuruteraan dan InsyaAllah akan menjalani kursus A-level kat Kolej MARA Seremban. Tak percaya lak, seorang lagi anak Abah dan Mak bakal masuk alam pengajian tinggi.

Arip, Tin di sini nak ucapkan TAHNIAH atas tawaran yang Arip dapat ni. Jadi, mulai sekarang, Arip kena bersedia untuk menghadapi kehidupan dan juga pembelajaran dalam pengajian tinggi ni sebab Tin dengar citer yang A-level ni sangat mencabar. Tapi Tin tahu Arip mesti boleh buatnya la.

Tin doakan yang terbaik agar Arip berjaya mencapai cita2 yang Arip impikan.

p/s - Kawan2 Tin yang adiknya minta MARA hari tu pun dapat gak tawaran.

11.5.09

~Apa yang penting.... KERJASAMA....~

Alhamdulillah, semalam selesai sudah urusan memunggah barang2 kami ke rumah baru. Sebelum aku cerita banyak lagi, aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang membantu proses pindah 'Qasrun Najihin' kami. Walaupun setakat mengangkut bantal je pun, itupun dah dikira sangat2 membantu kami.

Seperti yang dirancang, semua sepakat nak angkut barang lepas Asar. Aku, Hasanah dan Diyana bergerak dulu ke rumah baru sebab Baba Amru (tuan rumah kami) dah sedia menunggu kami dengan lori kecilnya. Baru je keluar dari rumah lama kami, Baba Amru telepon. Ni antara perbualan kami :-

Aku : Salam 'Alaik Baba.

Baba : 'Alaikum Salam. Enti Fiin? (Awak di mana?)

Aku : Ahhh, ehna gai InsyaAllah. (Kami nak datang ni InsyaAllah). Istanna ya Baba. (Tunggu Baba)

Baba : Ok2.

Wah, semangatnya Baba. Sampai sahaja kat rumah baru, Baba Amru dah ada kat dalam lori kecil dia. Hasanah dan Diyana terus naik lori dengan Baba sementara aku terus stay kat rumah baru untuk tunggu musyrif2 yang telah dicari oleh Basyir (Ketua Unit Perumahan). Dapatlah 7 orang musyrif (asalnya 4 orang, tapi terpaksa ditambah 3 orang lagi memandangkan rasanya barang berat dan banyak).

Sebelum musyrif bertujuh ni sampai, Hasanah call minta tolong beberapa orang daripada mereka ke sana. Tenaga kerja untuk mengangkat tak cukup (yang kat sana semua perempuan, walaupun dah ramai tapi tak terlarat gak kerana masing2 sebenarnya dah kepenatan kat kuliah). Huhu. Sampai sahaja musyrif bertujuh ni, masing2 berpecah, sekumpulan tunggu kat rumah baru dengan Alliah dan Ezura, sekumpulan lagi ke rumah lama kami denganku.

Sampai kat rumah lama kami, aku sangat kagum dengan pertolongan sahabat2 serta senior2 kami yang datang menolong. Dalam masa sekejap dan juga sekuat tenaga mereka, banyak beg2 kami dah berada di luar imarah. Jadi tinggal tugas musyrif2 ni dan juga Am Mahmud (pekerja Baba) mengangkat barang ke lori. Hmm, Baba dah nak start enjin, Alliah pula call, tak dapat nak buka pintu rumah (memandangkan kunci masternya denganku). Berlari aku dengan Nadzirah, takut lori sampai dulu sebelum kami. Dalam perjalanan, terserempak Farhana, Hanis dan Nana. Farhana terus ke rumah lama kami sementara Hanis dan Nana mengikut kami ke rumah baru kami.

Alhamdulillah, lori tak sampai lagi. Aku terus ke rumah untuk buka kunci dan sediakan ruang dan laluan untuk masuk barang2. Jadi, untuk bahagian rumah baru pula (aku, Alliah, Ezura, Zira, Nana dan Hanis) akan tunggu dan menyusun barang2 dalam rumah. Sampai je lori tu, musyrif pun mula bergerak mengangkat barang2 kami ke tingkat 3. Tapi, di sini aku kagum dengan diorang. Tak pasti siapa tapi salah seorang daripada mereka mencadangkan agar seorang tunggu kat setengah tingkat dan pass2 barang2 nya sampai ke atas. Kami yang di atas pula mengambil port masing2 untuk memasukkan dan menyusun barang2 di ruang tamu.

Itu di rumah baru. Di rumah lama pula, aku serahkan tanggungjawab finalize keadaan rumah pada Hasanah, Zatil, Shila dan Fiza. Kebanyakan sahabat2 perempuan dan juga beberapa orang musyrif berusaha keras di sana. Mana taknya, nak angkat mesin basuh lagi, rak rempah ratus kami, beg buku kami dan banyak lagilah barang2 lain. Barang2 yang kecil dan ringan pula, sedikit demi sedikit dibawa oleh sahabat2 perempuan ke sini berjalan kaki.

Begitulah rutin angkut barang2 nya sampai la 3 kali trip lori tu ulang alik. Terasa sangat bersyukur kerana ramai sangat yang membantu. Alhamdulillah, tengok pada barangnya, menyangka macam akan selesai semua2 ni dalam waktu Maghrib (lagipun startnya pun lambat). Tapi bila adanya KERJASAMA, semua perkara jadi mudah.

Wonder pets, wonder pets,
Kami datang,
Membantu kawan yang dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Tapi bila berKERJASAMA semua jadi mudah...

(lirik lagu tema Wonder Pets...hehe.. Ni kes slalu nyanyi ngan Adik, tu yang ingat...)

Situasi kami ni juga boleh dikaitkan dengan lagu ni. Kami ahli Qasrun Najihin dikira sebagai 'kawan yang dalam kesusahan' manakala sahabat2, senior2 dan juga musyrif2 ni adalah 'wonder pets'. Semua kerja dilakukan bersama dan Alhamdulillah, selesai proses mengangkut dan pindah masuk barang2 semua dalam 10-15 minit sebelum Maghrib. Seriusly, sangat terharu dengan bantuan semua.

A lot of thanks (Jazakallahu khairan kathira) to :-

1. Semua ahli Qasrun Najihin kerana masih lagi berdaya untuk mengangkat barang walaupun malam sebelumnya kita stay up sampai dekat pukul 2 pagi untuk packing barang2 (especially barang2 dapur..hehe)

2. Semua sahabat2 yang datang membantu (kalau nak disenaraikan semua yang membantu sebenarnya sangat ramai dan takut ada pula yang tercicir nama). Even korang just tolong angkut bantal ke sini pun kitorang dah sangat2 berterima kasih. Walaupun ada kelas mengaji, tapi datang gak join kejap. Sayang korang. Hehe.

3. Akak2 senior yang datang menolong. Walaupun ada antaranya yang tak sihat (kena food poisoning), tapi digagahkan diri untuk datang membantu. Semua ini sangat2 dihargai.

4. Musyrif2 yang dihantar oleh Basyir (Farabi, Syafiq, Zulhilmi, Danial, Pp, Hazim dan Hanif). Thanks atas tenaga korang tolong angkat barang2 kami. Bila kami unpack barang2 kami lepas semua tetamu pulang, memang terasa kagumlah korang boleh angkat barang2 kami dari rumah lama sampailah ke tingkat tiga rumah baru kami.

5. Tak lupa pada tuan rumah kami, Baba Amru dan pekerjanya, Am Mahmud, kerana menyediakan lori kecil dan juga membantu kami berpindah ke sini. Tak sunyi dah imarah lepas ni sebab dah ada penghuni baru.

Alhamdulillah, sekarang ni pun barang2 dah siap dikemas. Tinggal beberapa bahagian je lagi. Takpelah, ahli Qasrun Najihin, nanti kita kemas sama2 ye.

Ni ada satu gambar yang Hasanah tangkap. Rasanya aksi ni tak pernah nampak kat Malaysia, tapi kalau buat gak kat Malaysia rasanya memang kena saman la. Hehe, pengalaman baru musyrif2 naik lori kecil ikut gaya orang Arab Mesir. Rasanya kalau parents korang tengok ni, entah apa perasaan diorang. Apa pun, ni kira pengalaman baru la ye naik lori stail orang Arab Mesir. Hehe.

Ada 2 orang musyrif kat belakang tu (dua2 pakai tshirt hijau). Hasanah cakap ada sorang lagi kat belah sana dan 2 orang lagi duduk dengan Baba kat dalam. Yang pakai serban tu Am Mahmud.

Terasa penatnya bila pindah rumah ni. Alhamdulillah kepenatan ni berbaloi bila dah jumpa rumah yang lebih selesa banding dengan rumah lama kami. And for the last time........

Terima kasih banyak2 @ A lot of thanks @ Jazakumullahu khairan kathira @ Mutasyakirin awi2 kepada semua yang membantu.........



10.5.09

~Warkah Cinta buat Mak..~

Assalamu'alaikum Emak...

Tin doakan agar Mak sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan kasih sayang Nya. Emak, hari ini merupakan hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Di sini Tin nak ucapkan SELAMAT HARI EMAK. Mesti rasa kelakar kan bila gantikan perkataan IBU dengan EMAK. Tapi Tin nak letak gak EMAK sebab itulah gelaran yang telah diajar kepada Tin sejak Tin boleh bertutur.

Mak, Tin nak minta maaf kalau tahun ni Tin terlupa tentang kehadiran Hari Emak ini. Bukan Tin sengaja terlupa, tapi Tin 'confuse' sikit samada hari Sabtu atau Ahad harinya. Lepas Tin telefon Mak, Tin tengok status kawan2 Tin semua tulis pasal Hari Emak. Walaubagaimanapun, tiap2 hari yang dilalui ini merupakan Hari Emak, kerana dalam setiap doa Tin, Tin akan mendoakan kesejahteraan Mak dan juga Abah. Itu juga merupakan ucapan Hari Emak daripada Tin. Walaupun tak sampai ke pendengaran Mak, tapi InsyaAllah sampai kepada Tuhan Yang Maha Pengasih agar hari2 yang dilalui Mak sentiasa dalam keberkatan.

Tin nak berterima kasih kepada Mak, kerana sanggup menghadapi segala karenah Tin dan juga adik2 yang lain. Memberi kasih sayang kepada kami semua sejak dari kami duduk dalam 'rumah' pertama kami selama 9 bulan. Terima kasih kerana sentiasa memberikan kami semangat untuk menghadapi kehidupan yang penuh onak duri. Tin tak tahu nak berterima atas apa lagi sebab, semua yang Mak buat demi kami semua sangat besar dan terasa lebih besar dan luas daripada lautan di dunia ini. Itulah dia jasa seorang insan dalam hidup Tin yang bergelar Emak.

Tin teringat, masa Tin sekolah rendah (tak ingat darjah berapa), dan juga masa hari Emak, Tin pakat dengan Arip dan Arah, nak buat Mak gembira. Masa tu tiap2 pagi Mak kemaskan bilik tidur kami memandangkan kami semua kecil lagi (jauh lebih kecil daripada selimut kami). Cadangan Tin, kami semua kemas katil sebelum Mak masuk ke bilik kami. Hehe, 1st time lipat selimut, yang kelakarnya sampai dua tiga orang lipat sekali. Memang sedaya habis la kemas katil tu. Bila Mak masuk bilik kami, Mak terkejut kami semua jerit "Selamat Hari Ibu". Hehe, pastu Mak cakap "La, kenapa tak kemas bilik Mak sekali?", pastu semua tergelak dengar soalan Mak. Tapi, lepas daripada tu, kami semua dah boleh kemas katil sendiri (walaupun kena lipat selimut sampai dua tiga orang).

Mak nak tau tak, setiap kali Tin duduk jauh daripada keluarga kita, ada satu gambar ni, Tin mesti akan bawa sekali. Nak tau gambar apa? Gambar Mak angkat Tin selepas beberapa bulan Tin dilahirkan (Mak pernah bagitau Tin berapa bulan masa tu tapi Tin tak ingat). Nak tau kenapa? Sebab dalam gambar tu, terpancar kegembiraan, kasih sayang Mak memandangkan Tin anak sulung hidup. Tak tau la kenapa, Tin dapat merasakan seolah-olah ada satu mesej yang tergambar kat wajah Mak dalam gambar tu yang Tin tak dapat nak ungkap dengan kata2 atau tulisan. Tapi Tin tau, Mak memang mempunyai senyuman yang sangat manis dan ikhlas sentiasa.

Mak, walaupun sekarang ni zaman ibu ramai keluar bekerja, tapi Tin SANGAT bersyukur mempunyai Mak yang sentiasa menjaga dan mengasuh kami adik beradik. Bagi Tin, Mak adalah cikgu, kaunselor, jurutera dan juga 'Doktor' kepada kami semua. Mak sebenarnya insan yang terhebat kat dunia ni, sebab semua pekerjaan ni Mak boleh buat. Itulah lahirnya anak2 Mak yang InsyaAllah bakal doktor, bakal jurutera, bakal arkitek dan mungkin ada lagi yang lebih hebat.

Mak, Tin bersyukur kerana banyak ciri2 yang ada pada Mak diturunkan kepada Tin. Menurut kawan2 masa sekolah dulu, kita mempunyai senyuman yang sama. Hmm, Tin juga menurun kemahiran 'kesetiausahaan' Mak. Minat terhadap cerita Korea pun sama gak. Hehe. Pada ingatan Tin, sepanjang Tin cuti sebelum dapat tawaran ke sini dan juga masa cuti tahun 1 dulu, masa itulah kita banyak luangkan masa bersama. Tapi mungkin Tin banyak menjaga Adik, untuk memberi Mak ruang ikut Abah ke kelas agama semua.

Mak, usia Tin kini hampir menginjak angka 20 tahun. Dah besar dah Tin, tapi Mak selalu cakap, rasa macam baru saja lepas merasa 'kesusahan' menjaga Tin masa baby yang menurut Mak, sangat kuat mengakas, susah tidur, degil, kuat cemburu (kat Arip) dan macam2 lagilah. Tapi di akhir ayat Mak ni, Mak selalu cakap "Tapi siapa sangka, InsyaAllah bakal jadi doktor. Hilang rasa susah menjaga Tin."

Mak, rasanya kalau nak bercerita lagi, sampai bila warkah ini tiada penghujungnya. Sebabnya, hubungan kasih sayang antara Mak dan Tin tidak akan TERPUTUS walaupun maut yang mungkin akan jadi pemisah zahir antara kita. Ini kerana doa seorang anak yang soleh ataupun solehah antara salah satu warisan yang akan mengiringi Mak Abah di alam barzakh. Doakan Tin dan adik2 agar menjadi permata hati Mak Abah yang soleh dan solehah supaya doa2 kami sentiasa mengiringi Mak Abah di mana jua alamnya.

Mak, rasanya sampai di sini dahulu warkah Tin. Terasa macam banyak yang nak ditaipkan, tapi semuanya tak dapat nak dizahirkan dengan tulisan atau kata2. Mak, Tin di sini sangat rindukan Mak. Tin nak minta maaf seandainya Tin banyak kali mengguris hati Mak. Tin sayang sangat kat Mak. Mak jaga diri dan kesihatan Mak ye, sebab bila Mak sakit, satu keluarga akan ikut sakit sekali. Macam2 lagi yang Tin terasa nak taip untuk Mak, tapi semuanya dibisik dalam hati dan moga bisikan ini sampai ke hati Mak.

Salam sayang, rindu, peluk dan cium daripada Tin untuk Mak bersempena HARI EMAK sedunia.

Wassalam.........


Yang sentiasa menyayangimu,

Fatin Hamiza binti Mohd Nasir.

~Qasrun Najihin dah berpindah ke 'Qasr' baru~

Sekarang ni terasa sedih bila dah tengok rumah ni mula kosong. Hmm, teringat pengalaman pindah2 rumah masa kecil2 dulu. Tapi masa tu tak terasa sangat sebab kecil lagi (masa zaman sekolah rendah dulu).

Sekarang ni diri sendiri pula yang merasa pengalaman mencari rumah baru, urus akad rumah, sewa semua, bayar bil, dan juga pindah rumah. Tak sangka rupanya diri ini dah cukup 'besar' untuk menguruskan semua2 ni. Hehe. Kalau tak dulu buat tak tahu je.

Alhamdulillah, setelah berusaha selama dua bulan kot, kami ahli Qasrun Najihin dah jumpa 'Qasr' baru kami. Kali ini rumah kami terletak di tingkat 3, lebih hampir dengan stesen trump, lebih dekat dengan pasar dan juga lebih luas serta selesa untuk kami berenam. Cuma kawasan masih lagi sama, iaitu di Camp Shezar dan juga rumah kami betul2 sebelah Masjid dan Hospital Nur Islam.

InsyaAllah, esok, lepas Asar, kami semua akan mula mengangkut sedikit demi sedikit barang2 kami. Boleh tahan gak banyak dan berat barang masing2. Jadi, mungkin lepas ni aktiviti berblog aku mungkin tertangguh sedikit memandangkan rumah baru kami belum pasang lagi internetnya.

Boleh tahan penat gak pindah2 rumah ni. Harapnya kami semua dapat kekal kat rumah tu sampai habis belajar di sini InsyaAllah. Tak larat dah nak angkut barang2 ni. Huhu...

Ahli Qasrun Najihin yang aku sayang, sama2 kita menjaga 'Qasr' baru kita dan moga semua mempunyai kekuatan nak angkut barang2 esok. Hehe...........


4.5.09

~Senyumlah wahai diri agar hilang segala gusar di hati~

Hmm, macam tengah dalam kesedihan je kan tajuk entri kali ini (sebenarnya tajuk entri ni sama dengan status YM ku buat masa ni). Aku sendiri tak tahu nak gambarkan apa sebenarnya yang tengah terbuku dalam benak hati ini. Apa yang mampu aku lakukan sekarang ni hanyalah dengan cuba untuk mengukir sebuah senyuman yang ku harapkan ikhlas untuk menenangkan segala ribut yang terbit dalam hatiku ini.

Teringat masa exam final semester 3 pada bulan Februari baru2 ni. Walaupun terasa SUSAH SANGAT paper untuk subjek2 tertentu, aku akan cuba untuk senyum dan meriangkan diri ini untuk menenangkan perasaan risau, cuak, geram dan macam2 lagi la. Pernah seseorang ni perasan dan memberitahuku yang aku kelihatan 'happy' setiap kali lepas jawab exam. Aku sekadar memberitahu itulah salah satu caranya untuk menenangkan jiwa yang dah bercampur aduk dengan 1001 perasaan.

Berbalik kepada topik yang aku ingin sampaikan sebenar-benarnya ialah, tengah hari tadi, result exam final semester 3 bagi palajar Tahun 2 telahpun ditampal di hadapan kelasku. Lepas kelas praktikal Anatomy tadi, Lina mengajakku membeli makanan untuk alas perut memandangkan kelas kami sampai pukul 6 hari ini. Sambil berjalan menuju Convention Centre, Lina memberitahuku yang result dah keluar. Alhamdulillah, berakhir sudah penantian kami. Tapi yang menjadi tanda tanya, apakah hasil usaha kami sepanjang semester yang lepas. Ingatkan nak tengok result dulu baru makan, tapi bila tengok student lelaki memenuhi ruang tempat result ditampal, kami pun menuju ke cafe dulu untuk makan (padahal masa tu selera dah hilang risau fikirkan result).

Dah habis makan, dengan perasaan curious yang TERAMAT, aku dan Lina cepat2 ke ruang tempat result ditampal. Masa tu adalah dalam beberapa orang student lelaki, tapi nampak kami, mereka beri kami sedikit ruang untuk tengok result masing2. Mataku melilau dari atas ke bawah mencari nombor id ku (47). Oh, jumpa dah. Sekarang ni mataku mula melilau pula dari kiri ke kanan cari mana tau kalau tiba2 ada gred yang dihitamkan (gred yang dihitamkan menandakan kena repeat untuk subjek tu). ALHAMDULILLAH, tak ada. Kali ni aku tengok sekali lagi dari kiri ke kanan untuk tengok bilangan gred yang aku dapat. Aku sekadar mampu mengucapkan Hamdalah kerana aku tahu itulah dia hasil usahaku selama ini. Tapi terus terang exam final semester 3 sangat2 mencabar sehingga aku sendiri dah terbayang kalau2 aku kena repeat paper.

TAHNIAH diucapkan kepada semua sahabat Tahun 2 atas kejayaan yang dicapai masing2. Terimalah result ini dengan hati yang redha dan terbuka kerana semua yang kita dapat ini pasti ada hikmahnya.

Tu cerita pasal exam. Biarkan kisah itu berlalu dan buka lembaran baru untuk exam yang akan datang. Sekarang ni satu lagi kisah yang betul2 buat perasaan aku bercampur baur ialah handset ku yang tidak pasti apa punca masalahnya, tiba2 hitam dan tak boleh on langsung.

Semalam, aku terasa pelik sebab tak dengar langsung alarm handsetku. Disangkakan habis bateri (tapi rasanya ada lagi bateri masa tu), jadi aku pun cas lah. Masih lagi tak boleh on. Hmm, dipendekkan cerita, aku minta tolong Wan hantarkan ke servis centre kat Carefour. Pagi tadi, kat kelas praktikal Histology, Wan cakap yang handset aku tak boleh dibaiki. Ada masalah dengan hardwarenya. Ohh, aku tak dapat nak gambarkan apa yang aku rasa masa tu. Tiba teringat masa nak beli handset ni. Abah, Mak dan Adik ikut aku ke kedai handset. Aku cakap yang aku nak tukar handset dan aku akan gunakan duit simpananku untuk beli handset yang aku berkenan (sebenarnya teringat yang Abah, Mak dan Adik sama2 tolong pilihkan handset yang sesuai untukku).

Sekarang ni handsetku ada kat servis centre kat Rushdi (roommateku pernah hantar handset dia ke situ untuk dibaiki). Kalau handset tu memang rezekiku, InsyaAllah dapatlah dibaiki. Kalau tak, mungkin aku kena cari yang lain untuk memudahkan urusanku sebab ada kalanya macam2 urusan la pulak yang memerlukan handset. Takkan nak bergantung kat handset orang lain.

Bila dah lama tak post entri, dan kebetulan banyak benda berlaku, panjanglah entrinya. Sekarang ni aku tengah berusaha untuk membuka lembaran usaha baru untuk exam ku yang akan datang. Tak sabarnya nak balik Malaysia. Nak balik rumah. Rindu sangat2 kat Abah, Mak, Arip, Arah, Qila dan Adik. Tak lupa gak kat si comel kucing kami sekeluarga. Apapun, kena berusaha untuk exam final semester 4 mulai SEKARANG. Chaiyok!!!!!!! Dan jangan lupa untuk senyum kerana sedikit sebanyak keresahan dalam hati akan hilang dan juga boleh menenangkan insan yang berada di sekeliling kita.