Pages

29.6.09

~Precious moments~

Dah sejenak lamanya kami tak berkumpul bersama. Mana taknya, masa reunion KSP kat Pantai Shatby dalam 2 minggu lepas, Farhana dan Ulya tak datang Alex sebab nak tumpu pada exam oral mereka. Tak terasa sangat 'best'nya tapi picnic minggu tu masih lagi meriah walaupun aku ke sana sekejap sahaja sebab ada kelas bahasa Arab.

Semalam Farhana dan Ulya sampai Alex. Aku dan Hasanah ke Mahattah Sidi Gabir ambil mereka. Kesian kat diorang dekat dua jam 'tersadai' kat sana. Hehe. Sori ye....

Sebab semua nak jumpa2 ni, terasa ada baiknya kalau buat makan2. Tapi memandangkan sekarang ni masing2 nak struggle untuk exam final (student Cairo Uni dah habis exam final, best gilerrr), jadi macam ambil masa kalau nak kena masak2. Macam2 pilihan yang difikirkan, akhirnya San Stefano gak yang dipilih.

Petang tadi, hehe, hampir 3 meja di'conquer' oleh kami semua. Daripada 24 orang perempuan KSP, yang ada untuk makan2 petang tadi hanya 18 orang. Tapi macam mana pun, keadaannya tetap gempak. Semua memesan makanan yang beraneka jenis dan dikongsi bersama. Bestnya saat ni. Dengan lawak dan kecohnya, memang sangat best lah (mengingatkan semua pada kenangan kat Shahputra). Memang hidup di Shahputra banyak membawa kenangan manis pada kami semua.

Tak sangka kita semua dah berkenalan dan berkawan selama 2 tahun. Hehe. Walaubagaimanapun, InsyaAllah kita semua ada lagi 4 tahun pengajian di sini. Moga kita sama2 menguatkan semangat masing2 dalam meneruskan perjuangan di sini dan pulang ke Malaysia dengan gelaran 'DOKTOR' InsyaAllah.

Sahabat2 KSP yang ku sayang, ni aku upload gambar kita petang tadi. Kredits to Zatil for the pics..... :p....

26.6.09

~Wahai Fatin....kuatkanlah dirimu...~

Gastritis (atau biasa dipanggil gastrik) menyerang lagi. Kali ni lagi teruk daripada biasa yang aku kena. Biasanya gastrik ku menyerang belah kiri dan kali ni dia menyerang belah kanan. Dan juga bila ditekan, sakitnya akan hilang tapi kali ni aku mengerang kesakitan dari pukul 3 pagi (hari Khamis) berterusan sampai pukul 8.00 lebih pagi. Itupun terpaksa ke hospital dan dimasukkan normal saline drip. Huhu.

Terpaksa aku tinggalkan dua kelas praktikalku pada hari semalam. Nak2 pula untuk praktikal Pathology merupakan revision untuk berapa banyak jars untuk exam praktikal.

Sampai sekarang sakitnya datang dan pergi. Bila sakitnya datang, alamatnya kena bersabar dan terpaksa bertahan la untuk seketika. Makan tak kena, kalau tak makan pun tak kena gak. Sampai satu tahap tak tahu nak buat apa lagi ni. Huhu.

Firstly a lot of thanks to my supportive and caring housemates and friends. Terharu gak bila korang semua tanya keadaan aku semalam walaupun sebenarnya masa tu aku dalam keadaan yang sangat lemah dan letih (hampir lima jam tahan sakit) dan sebenarnya tak berapa larat nak balas mesej YM korang. Korang pun tak habis2 bagi support especially untuk exam praktikal patho esok.

To myself, kuatkanlah diri anda, Sakit yang datang tu sesungguhnya penghapus dosa2 kecil, jadi bertahanlah untuk sementara waktu. Untuk exam esok, berusahalah setakat mana yang mampu, selebihnya serahkanlah pada Yang Maha Kuasa. Chaiyok!!!!

p/s - sekadar memberi semangat untuk diri sendiri...... pergilah wahai gastritis ku sayang.....huhuhu.....

24.6.09

~Kisah Fatin dan Farah..~

Seperti biasa, bila tiba hari minggu, mulalah pening Abah dan Mak. Seorang nak ke sana, seorang nak ke sini, seorang lak nak makan tu, seorang lak tak kisah (aku masuk dalam mana agak2??) Hehe. Rindunya suasana ni, InsyaAllah sebulan lagi dapatlah merasa suasana ni....

Minggu tu kami semua sepakat nak jalan2 kat Alamanda. Sudah jadi kebiasaan, bila semua ahli keluarga ada (terutama sekali bila yang duduk asrama cuti), mesti keluar sama2. Tak kisah la nak beli barang atau setakat ronda2 dalam kereta pun, aktiviti ni seolah dah jadi satu kemestian.

Sampai kat Alamanda, masing2 nak gi kedai buku dulu. Aku dan Arah jalan berdua, belakang kami Arip dan Qila jalan sekali, diikuti Abah, Mak dan Adik. Aku dan Arah borak2 sambil tengok2 barang2 yang dipamerkan kat kedai2. Depan kami, ada 2 orang budak perempuan. Mungkin adik dan kakak kot, nampak serupa je muka. Tiba2......

"Fatin....Farah....".......

Aku dan Arah pusing ke belakang. Ahli keluarga kami yang lain tak de pula panggil kami berdua.

"Fatin.....Farah....."

Sekali lagi aku pusing. Aku pandang Arah. Arah buat mimik muka tak tau. Pelik gak sebab yang panggil kami tu lelaki. Pelik2.

Tiba datang seorang lelaki dalam umur awal 30-an ke arah dua orang budak perempuan tu. Dia ada menyebut nama dua orang adik beradik ni 'Fatin dan Farah'.

Rupanya dua orang budak perempuan ni seorang namanya Fatin, dan seorang lagi namanya Farah. Hehe. Macam aku dan Arah, si kakak bernama Fatin Hamiza dan adikku namanya Farah Adibah, dan selalunya aku panggil dia Arah. Ahli keluargaku yang lain hanya tersenyum. Mak cakap ada gak ibu bapa lain letak nama anak mereka sama macam kami, Fatin dan Farah. Kebetulan......

Kisah di atas ni hanya sekadar untuk aku mengisi masa lapang sambil meng'update' entri blog. Teringat sangat2 peristiwa ni. Ini juga menandakan aku sangat rindukan ahli keluargaku dan juga suasana bila semua berkumpul bersama. InsyaAllah dalam masa sebulan dari sekarang aku akan pulang ke Malaysia untuk berkumpul semula bersama ahli keluargaku yang tersayang.

Tapi sebelum pulang ke Malaysia, aku perlu menghadapi exam final semester 4 bagi pengajianku dalam tahun kedua. InsyaAllah ada 10 subjek semuanya (hari last akan disekalikan dua subjek). Bermula dari 2 Julai sampai 21 Julai.

All de best to all my friends, seniors, and also juniors for this coming exam. May all of us will pass this exam with flying colours.......

19.6.09

~Ku bersyukur kerana ada 'mereka'~

Semenjak pindah ke rumah baru ni, Alhamdulillah baru minggu lepas line internet masuk. Sepanjang tempoh ni terasa macam nak cerita macam2 dalam blog ni tapi sebab tumpang online kat rumah jiran Malaysia terdekat, jadi aku terpaksa mengehadkan waktu online khas untuk keluargaku sahaja.

Tapi dapat2 je internet ni, minggu depan aku pula yang akan memasuki fatrah exam praktikal. Sem 4 kali ni memang sangat2 mencabar. Mana taknya, 4 subjek untuk exam praktikal minggu ni (Parasitology-Ahad, Histology dan Anatomy-Isnin, Biochemistry-Selasa). Tengok ahli baitku dah mula bertungkus lumus cover balik subjek yang kurang difahami. Aku pun tak ketinggalan dalam mengejar balik 10 subjek untuk exam final sem yang tinggal 2 MINGGU je lagi. Huhu.

Berkaitan dengan tajuk entri di atas, siapakah gerangan 'mereka' yang aku maksudkan?? Tapi sebelum aku memperkenalkan 'mereka' ni, aku ingin berkongsi beberapa situasi yang pernah aku lihat dan perhati sepanjang hampir dua tahun hidupku di sini.......

*****

Situasi Pertama....

Perkara yang agak 'fobia' sekali ialah balik dari kuliah dalam pukul 1 hingga 3 petang dengan menaiki trump. Waktu ni boleh dikatakan keadaan trump SANGAT zahmah (sesak, padat, terasa macam tak de ruang dalam trump tu....). Dalam keadaan yang panas dan penuh sesak ni, memang tak terasa langsung keselesaannya. Mujur dapat berdiri tepi tingkap, berasa gak la angin dan dapat la udara untuk bernafas.

Nampak seorang ibu memimpin tangan anaknya yang kelihatan kecil lagi (dalam 2-3 tahun kot) menaiki trump. Mungkin si kecil tu terasa lemas (mana taknya, dia kecil dihimpit orang2 besar), mula menangis. Si ibu ni mula memujuk minta si anak senyap. Tapi makin lama makin kuat tangisannya. Si ibu mula memarahi anaknya. Aku perhati je. Si anak masih lagi teresak-esak. Mungkin si ibu dah mula hilang sabar menampar pipi anaknya itu. Bukan sekali, tapi dalam 2-3 kali. Lagi kuat la tangisan (boleh dikatakan teriakan kot) anak kecil itu.

Aku tergamam sekejap. Anak sekecil itu ditampar berkali-kali oleh si ibu hanya kerana tak berhenti menangis. Dan si anak pula bukannya saja nak nangis, tapi memang dah tak selesa. Situasi yang jarang dilihat di Malaysia tapi aku yakin sebenarnya ada je berlaku, cuma tak pernah berlaku kat depan mataku sendiri.

*****

Situasi kedua....

Aku ada SC (smart circle @ usrah) yang terakhir untuk tahun ni kat Taman Syalalat. Aku bertolak dari rumah dengan jiran Melayu terdekatku, Aindah dan Lina. Sampai kat Taman Syalalat, kelihatan Kak Syu (naqibah) dah setia menanti kami anak2 buahnya. Rupanya baru kami yang sampai. Hehe. Aku meletakkan kek batik di atas meja. Lina dan Aindah menyusun air jus dan air gas yang baru dibeli sebelum menaiki teksi.

Datang seorang anak kecil berwajah muram ke arah kami. Tengok pada pakaian dia macam bukan kanak2 yang terbiar, tapi mana ibu bapanya. Kak Syu bagi tau budak kecil tu mungkin anak kepada pasangan yang duduk di bangku bersebelahan dengan meja kami. Tengok pada lagak pasangan tersebut nampak gaya macam tak de anak pun ada. Anak kecil tu perlahan-lahan jalan ke arah kami. Mulanya Lina yang memangku budak tu. Budak tu minta sikit air jus yang kami bawa. Kami pun bagilah sikit.

Tengok balik ibu bapanya, tak cara langsung apa anak kecil mereka buat. Terfikir gak kalau dibuatnya orang bagi air terletak racun ke, bawa lari budak tu ke, entah apa agaknya reaksi mereka (ni just terfikir, minta dijauhkan). Aku panggil budak tu, kemudian budak tu berjalan ke arahku. Giliran aku pula memangku budak ni.

Tengok ada kesan menangis pada budak ni. Kak Syu cerita, sementara nak tunggu kami, budak ni kena marah teruk dengan ibu bapanya. Entah apa silapnya, tapi menurut Kak Syu cara mereka marah anak mereka sangat kasar sedangkan budak ini masih lagi kecil.

*****
Semua peristiwa di atas ini mengingatkan aku pada cara didikan Abah dan Mak terhadap kami adik beradik. Terus terang aku tak pernah melihat situasi ini dari aku kecil sampai sekarang dalam keluargaku. Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah kena marah dengan Abah dan Mak, tapi cara dan pendekatan yang digunakan oleh Abah dan Mak dalam mendidik kami sangat aku kagumi. Cukup lembut dan bermakna, tapi dalam masa yang sama terselit ketegasannya yang membuatkan kami adik beradik takkan ulang balik kesilapan yang sama.

Kadang2 Abah dan Mak pun geram gak kalau adik2 menangis tak tentu pasal, perkara biasalah kena marah sikit2, tapi tak perlulah rasanya sampai menampar pipi. Cara Mak cukup senang, mula2 Mak marah gak la kalau Adik (masa dalam umur 1 atau 2 tahun) menangis tak tentu pasal, tapi last2 Mak biarkan je Adik menangis. Tak lama lepas tu (memang kejap je), Adik berhenti menangis. Baru Mak pujuk tanya kenapa Adik menangis lepas tu.

Cuba bayangkan perasaan anak kecil yang menangis (mungkin inginkan perhatian lebih sikit daripada ibu bapa) tiba diperlakukan dengan kasar oleh ibu bapa sendiri. Seandainya perkara ini berlaku dengan lebih kerap lagi, rasanya akan meninggalkan satu bekas perasaan yang rasanya mungkin menghampiri ke arah dendam. Sampai satu tahap, hilang perasaan hormat si anak kepada kedua-dua ibu bapanya.

Wallahu'alam. Ku bersyukur kerana ada 'mereka' iaitu ABAH dan MAK. Mempunyai mereka yang mendidikku dari kecil hingga kini, memberiku sepenuh perhatian dan kasih sayang, menjaga dan merawat sakit demamku, disisiku di kala diri ini tertekan (nak2 bab belajar), menjadi pendengar yang setia di kala diriku ingin meluahkan dan berkongsi cerita dan sangat bersabar dengan kenakalan dan juga kedegilanku.

Baru aku sedar satu perkara, makin aku meningkat dewasa, rasanya semakin kuat aku bergantung pada mereka. Mungkin faktor aku di perantauan membuatkanku sangat rindukan mereka. Tapi bila berjauhan ni sebenarnya membuatkan kita makin menghargai 'permata bernilai' yang pada mulanya dah berada di depan mata kita. Tapi disebabkan kita nak yang lebih bernilai lagi, kita tinggalkan apa yang sudah sedia ada di depan mata kita. Dan akhirnya barulah kita sedar yang kita tinggalkan itulah yang paling bernilai sekali.

Wah, panjang juga entri kali ini. Sekarang ini, siang dah mula makin panjang. Seharian di kuliah sangat memenatkan badan. Nak study lepas Asar, rasanya diri ini memerlukan rehat. Tidur lepas Asar pula tak baik. Jadi dengan post entri ke blog ku ini sedikit sebanyak dapat melapangkan fikiran sambil mengasah bakatku menulis (bak kata Mak). Sekadar berkongsi apa yang ada dalam benak fikiran ini berdasarkan pengalaman yang ku kutip hari demi hari.

Lastly, ku bersyukur kerana ada 'mereka', Abah dan Mak. Love you Abah dan Mak.


15.6.09

~Warkah Cinta buat Abah..~

Assalamualaikum w.b.t,

Moga Abah sihat walafiat sentiasa di bawah naungan rahmat kasih-Nya dan juga dipermudahkan segala urusan dalam mencari nafkah untuk Mak dan kami adik-beradik. Di sini Tin nak ucapkan 'Selamat Hari Abah'. Maafkan Tin sebab Tin tak pasti bila sebenarnya Hari Abah ni. Tapi Tin tahu sambutannya dalam bulan Jun ni. Macam Mak, kali ni giliran Abah lak dapat warkah daripada Tin yang jauh daripada keluarga kita.

Setiap hari yang dilalui sejak Tin mula kenal dunia ni merupakan Hari Abah bagi Tin. Sebabnya ialah nama Abah tak lekang dari doa Tin. Tin doakan agar Abah bersama-sama dengan Mak sentiasa diberikan rahmat dan kasih sayang-Nya sebagaimana Abah dan Mak yang tak pernah putus2 memberikan kasih sayang kepada kami adik beradik.

Tin sangat bersyukur kerana mempunyai Abah seperti Abah. Tin akui masa Tin kecil dulu Tin sangat nakal. Kadang2 Abah pun naik geram dengan perangai Tin. Tapi Abah didik Tin dengan sabar tapi tegas. Didikan Abah sedikit sebanyak menyedarkan Tin kepada tanggungjawab Tin terutamanya tanggungjawab Tin sebagai anak sulung dalam keluarga. Abah pernah cakap kat Tin yang Tin ni pemberi semangat di kala semua insan di sekeliling Tin mula pudar semangatnya. Terus terang dulu Tin tak berapa faham ayat ni tapi sekarang Tin dah cuba faham sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, harapan Abah dan Mak semua merupakan sumber kekuatan Tin dalam meneruskan perjuangan Tin di sini.

Mesti Abah rasa bangga kan bila Mak cakap kat Abah yang salah satu bakat Abah mengalir dalam darah Tin, iaitu bakat mengarang dan menulis. Buktinya Tin suka bercerita pengalaman dan kisah2 yang berlaku dalam hidup Tin kat blog Tin yang sederhana ni. Tapi Abah lebih suka menulis dalam diari.

Sampai di sini dahulu warkah Tin untuk Abah. Banyak kisah yang terasa ingin diluahkan dalam warkah ini, tapi rasanya sampai bila pun takkan habis. Walaubagaimanapun, Tin akan terus mendoakan kesejahteraan Abah dan juga Mak serta akan berusaha yang terbaik demi menggembirakan Abah dan Mak. Doakan Tin ye Abah.

Akhir kalam, Tin nak ucapkan SELAMAT HARI ABAH sedunia. Maafkan segala kesilapan dan kenakalan Tin. Tin rindu sangat kat Abah dan yang lain. Moga setiap urusan kerja Abah dalam mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Abah jaga kesihatan Abah baik2 ye.

Salam sayang dan rindu dari Tin di sini untuk Abah sempena Hari Abah sedunia.

Wassalam.


Yang sentiasa menyayangimu,

Fatin Hamiza binti Mohd Nasir.

13.6.09

~Happy Anniversary SHAHPUTRA~

Dah genap 2 tahun pertemuan kita semua. Mula2 aku rasa cam takut2 gak. Ye lah, kat Shahputra ni aku kena mula balik hidup macam kat asrama dulu. Huhu. Cuak gak tengok rakan2 baru masa daftar dulu. Nampak muka semua matured banding aku ni. Hehe (gaya macam ayat perasan je). Sebenarnya masa interview dan ambil surat tawaran dulu, aku dah berkenalan dengan beberapa orang rakan baru antaranya Ulya, Nurul, Wan, Asif, Basyir (setakat kenal muka je sebab dua kali jumpa), Lina dan Gmah (diorang dua lak tak sempat nak kenal, cuma sempat bersalaman je).

Masa pendaftaran dan taklimat, aku berkenalan dengan beberapa orang lagi rakan baru (Hasanah, Nas antara yang aku ingat). Lepas tu semua dipecahkan ikut rumah masing2. Aku diletakkan kat rumah K4E. Sampai2 je kat rumah baru ni, Hasanah terus beritahuku yang bilik dia ada lagi satu kosong. Aku terus angkut barang2 aku ke bilik tingkat bawah. Alamak, kecilnya bilik ni. Huhu. Tapi bilik ni lah semua orang buat port nak lepak2.

Malam tu semua berkenalan dan dalam masa yang sama kami serumah sama2 sambut birthday Gmah. Aku dipilih untuk menjadi Penghuluwati bagi student perempuan. Ni Gig la yang cadangkan nama (Gig, aku ingat lagi ko jerit nama aku).

Banyaknya la kenangan kita semua. Nak cerita semua dari A-Z... alamatnya sampai bila tak habis. Walaupun tak sampai 3 bulan kehidupan kita kat Shahputra, tapi banyak pengalaman yang kita kongsi bersama. Antara kenangan yang masih lagi lekat dalam ingatan, masa kita semua berjalan sama2 kat MegaMall untuk tangkap gambar saiz passport. Dari MegaMall lak, kita jalan sama2 ke terminal nak beli tiket balik. Dahlah malam masa tu, kereta yang lalu lalang 'kepelikan' tengok rombongan Shahputra ke terminal. Hehe.

Apa2 pun, moga ukhuwah antara kita kekal InsyaAllah. Moga kita ber-44 orang berjaya menggapai kejayaan dan pulang ke Malaysia dengan gelaran 'Doktor' InsyaAllah.

Kesempatan ini nak ucap Sanah Helwah ya Gamilah buat Lina dan Gmah (kebetulan birthday korang sama dengan hari Anniversary ni)........

Ni ada la beberapa gambar kenangan kita bersama...............

Mereka ni lah roommate ku kat Shahputra (Me, Hasanah, Farhana, Shila)

Roommates lepas jamuan....

My housemates.... K4E

1st trip bersama ke Muzium Pekan, Pahang

Dalam perjalanan ke kem BTN....

Habis dah kem BTN kami.... Tak lama lagi nak fly dah.... (Sarah penghuluwati berjaya...hehe)

Suka kat gambar ni sebab suka warna ungu...hehehe.... (Gmah, me, Nas)

Table dinner ikut AJK untuk jamuan...

Our last day at Shahputra

All 44 members of Pre Medic SPC'07....

7.6.09

~Cholelithiasis~

Antara sebab Tin post entri ni sebab nak sampaikan kat Mak pasal penyakit batu hempedu yang menyerang Mak dalam 4 tahun yang lalu (boleh tengok entri di bawah ni).

Cholelithiasis atau Gallstones atau Batu hempedu biasanya menyerang 10-20% penduduk dewasa di negara2 membangun.
Ada 2 jenis batu hempedu, tapi rasanya di sini aku akan bagitau dengan lebih lanjut pasal batu hempedu yang menghuni badan Mak, manakala yang sejenis lagi tu aku terangkan secara rawak je.

Jenis yang pertama - Batu kolestrol

Batu kolestrol ni lak ada dua jenis, samada batu kolestrol asli ataupun batu kolestrol campur. Batu ni terhasil akibat tahap kolestrol dalam badan yang tinggi ataupun tahap garam hempedu yang menurun (garam hempedu ni membantu proses pencernaan lemak dan kolestrol dalam badan).

Antara faktor yang boleh meninggikan risiko seseorang menghidap penyakit ni ialah :-


- Lebih menyerang kaum wanita dalam lingkungan usia 40-an dan ke atas.
- Populasi etnik orang asli Amerika lebih tinggi risikonya (faktor genetik)
- Terdedah kepada hormon estrogen semasa hamil atau mungkin kesan daripada pil pencegah kehamilan (menyebabkan tahap kolestrol dalam badan meningkat).

- Obesiti, turun berat dengan mendadak, dan mereka yang mengambil ubat yang menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

Dalam bidang perubatan, penyakit ni dipanggil 'Disease of 5 F' iaitu fatty (gemuk), fertile (subur), female (wanita) dalam usia 40-an (forty) atau 50-an (fifty).


Rupa bentuk batu2 hempedu ni :-


Batu kolestrol asli:-

*biasanya ada satu je, berbentuk bujur, warna kuning pucat dan dalam 2-3 cm.
*ada kaitan dengan tahap kolestrol yang tinggi

Batu kolestrol campur:-

*biasanya ada banyak dan berlekuk sebab batu2 ni bergumpal antara satu sama lain.

*dia jadi campur sebab ada campuran kolestrol, kalsium karbonat, kalsium fosfat dan bilirubin.

Jenis yang kedua - Batu pigmen

Batu ni terjadi sebab kadar bilirubin (dalam istilah medic, unconjugated bilirubin) yang tinggi terutama sekali bagi pesakit 'chronic hemolytic anaemia'.

Jadi, di sini Tin nak bagi tau Mak yang jenis batu hempedu yang Mak kena tu adalah jenis batu kolestrol campur (kalau tengok pada rupa batu tu lah). Rawatan untuk penyakit ini hanyalah dengan kaedah Cholecystectomy (mengeluarkan pundi hempedu dari dalam badan).

Ni lah dia sedikit sebanyak pasal penyakit ni. Masa belajar pasal ni, memang semua peristiwa yang berlaku masa Mak sakit ni berputar dalam ingatan Tin.

Maaflah kalau ayat tunggang terbalik sikit. Ni kes translate istilah medic dari BI ke BM. Tu yang rasa macam pelik sikit.


~Kisah batu hempedu dengan Mak..~

Kisah ni berlaku masa cuti akhir tahun tingkatan 4, dalam bulan Syawal.

*****
~Kisah lemang~

Malam tu aku, Arip, Arah dengan Qila duduk kat rumah. Abah, Mak dengan Adik lak pergi rumah M.Cik Anna, ada 'openhouse' sempena raya Aidilfitri. Memandangkan tahun depannya dah nak masuk tingkatan 5, banyak gak la 'duit raya' yang cikgu2 bagi untuk isi masa cuti ni, nak2 pulak subjek Add Math. Huhu. Rancang nak siapkan 'duit raya' yang cikgu bagi, tu yang tak ikut Abah, Mak dengan Adik. Tapi last2, hehe, TV memanggil suruh tengok cerita.

Dalam pukul 10.00 lebih malam, Abah, Mak dan Adik balik rumah kekenyangan. Hehe. Ni antara perbualan antara aku dengan Mak (yang aku ingat la) :-

Aku : Tadi kat rumah M.Cik Anna, Mak makan apa?

Mak : Banyak gak la. Ada la Mak makan kuih2 raya yang ada. Ada gak Mak makan lemang beberapa ketul.

Aku : Lemang??? (mode pelik). Bukan Mak tak makan sangat ke lemang?

Mak : Entahlah, tiba tengok rasa nak makan. Banyak gak la Mak makan lemang tadi....

Aku : (masih lagi dalam mode pelik..... Tapi kalau Mak terasa nak makan lemang tak boleh gak nak halang.... Nanti kempunan la pulak..)

*****
~Sekitar pukul 4 pagi keesokannya~

Aku terjaga dari tidur. Terkejut dengar Mak muntah2 dengan 'dahsyatnya'. Dengar suara Abah memujuk Mak yang tengah kesakitan. Aku hanya dengar je masa tu sebab takut kalau aku bergerak dari tempat tidur nanti adik2 aku yang lain akan bangun sekali (padahal semuanya terjaga tapi tak berani nak bangun). Dalam fikiran dah terfikir macam2 kemungkinan (kelakar gak bila fikir
balik, semua kemungkinan tak kena langsung dengan penyakit Mak yang sebenarnya).

Pagi tu, Abah bawa semua ke hospital yang dekat dengan rumah kami. Mulanya Abah tinggalkan aku dengan Mak kat bahagian kecemasan. Cuak gak tengok Mak dalam keadaan camni. Dahi Mak berkerut tahan sakit. Akhirnya tiba giliran Mak. Aku temankan Mak jumpa kerani kat situ, kena isi borang itu dan ini. Siap isi borang semua, tunggu kejap, Abah datang dengan adik2 semua. Jadi sekarang ni tukar tugasannya, aku jaga semua adik2 ku manakala Abah uruskan hal Mak.

Dah siap cek semua, doktor kat situ mengesahkan yang ada batu dalam pundi hempedu Mak (masa ni doktor cakap ada 3 biji semua berukuran dalam 3-4 cm) dengan guna 'ultrasound'. Mak kena tahan wad gak la sebagai untuk persediaan pembedahan. Tapi disebabkan sedikit masalah dengan pihak hospital, Abah tukarkan Mak ke hospital lain.

*****
~Kat salah sebuah hospital kat Subang Jaya (tak ingat la pulak apa nama dia..)~

Menurut Mak, doktor kat situ pelik macam mana kes Mak boleh ditangguhkan sedangkan menurut doktor tu pundi hempedu Mak dah kira menanti masa je untuk pecah. Gerun gak dengar. Huhu. Malam tu aku, Abah dan Adik balik ke rumah.

Esoknya, Abah cakap Mak nak masuk O.T (operation theatre) dah. Kelam kabut aku dengan adik2 yang lain bersiap. Abah dah pesan siap2 kat aku bawa barang2 yang boleh hilangkan bosan sebab kemungkinan besar aku akan jaga Mak nanti.

Sampai2 kat hospital, dalam sejam dua jam lepas tu, Mak keluar dari O.T dengan selamat. Alhamdulillah, cumanya masa tu Mak tengah 'dizzy' kesan daripada ubat bius tu.

Tak pernah aku tengok Mak tidur lama sangat. Masa jaga Mak, terasa gak bosan, tapi di sini bosannya sebab kalau sebelum ni macam2 kisah boleh cerita dengan Mak. Tapi bila Mak tak sihat camni, dalam hati terasa lain sangat. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, lepas ni Mak dah tak sakit teruk lagi dah InsyaAllah.

Sehari kemudian, Mak dah mula bertenaga. Dah boleh makan makanan yang lembut, dah boleh bercakap dengan riangnya (seronok Mak dah mula nak sihat). Mak ada cakap, doktor ada bagi gambar pundi hempedu yang dibuang dengan satu botol kecil berisi batu2 hempedu yang menghuni pundi hempedu Mak. Ni perbualan antara aku dengan Mak pasal batu ni:-

Aku : Tadi doktor cakap ada berapa biji ek batu2 ni Mak??

Mak : Entahlah. Tadi doktor cakap ada dalam 25 biji.

Aku : Ye ke. Nampak banyak semacam je ni. Boleh buka tak bekas ni?

Mak : Boleh je kot. Tadi doktor cakap ada 25 and miss count (maknanya ada banyak lagi la tu).

Aku : Oh ye. Tin nak kira balik boleh??? (dengan muka penuh berminat...hehehe)

Mak : Kiralah.

(Mula kira semua batu2 yang ada)...

Aku : Logik la pun doktor kata miss count. Ada 87 biji. Tak masuk lagi yang pecah dua ni.

Mak : (Speechless)......

*****

Tu lah dia kisah Mak dengan batu hempedu. Ni sebenarnya teringat sebab minggu lepas, masa lecture Pathlogy, Prof Mona ajar pasal Cholelithiasis (Gallstones @ batu dalam hempedu). Untuk penerangan lanjut berkaitan penyakit ni, bolehlah rujuk kat entri di atas ni ye.....

p/s - Entri ni didedikasikan khas untuk Mak. Semoga Mak sentiasa sihat walafiat di bawah rahmat-Nya... InsyaAllah.....

Lemang tu hanya stimulator untuk penyakit Mak ni..... hehe....