Pages

26.7.09

~Seronoknya...Dah ada kat rumah....~

Ohhh, dah lama sungguh aku tak update blog ni. Banyak je benda yang nak dikongsi tapi kadang2 tak dapat nak susun ayatku dengan baik. Alhamdulillah, berakhir sudah exam final sem 4. Bolehlah dikatakan pengakhiran yang baik sebab paper Ethics soalan2 dia direct. Cuma sekarang hanya tinggal doa dan tawakkal sahaja agar semua mendapat kejayaan setimpal dengan usaha masing2.

Sebenarnya aku dah beberapa hari berada di tanah air tercinta. Alhamdulillah perjalanan kami dari Alex ke Cairo, kemudian dari Cairo ke Mumbai dan akhirnya dari Mumbai ke KL lancar dan selamat. Cumanya sedikit cuak masa dalam perjalanan dari Alex ke Cairo sebab pakcik yang bawa coaster kami kelihatannya terlupa arah jalan ke airport. Beberapa kali gak dia berhenti tanya jalan kat orang sekeliling.

Tak dapat nak gambarkan perasaan betapa bersyukur dan gembiranya kami setelah mendaratnya kapal terbang yang membawa kami semua. Sepanjang dalam kapal terbang kerjaku asyik tidur je. Hehe. Mungkin nak gantikan balik semua tenaga yang dihabiskan sejak dari exam, kemudian mengemas barang sampailah ke hari bertolak. Aku terjaga pun bila makan je. Lepas tu tidur balik. Hehe.

Kali ni kepulanganku disambut oleh semua ahli keluargaku kecuali Qila (dia kat asrama, tak dapat balik). Lagilah kecohnya banding tahun lepas, yang adanya cuma Abah, Mak dan Adik. Setelah bersalaman, peluk cium dengan semua ahli keluargaku, kami semua bergerak ke tempat letak kereta. Mak tanya aku nak makan apa. Aku sekadar minta mee goreng basah.

Masuk je rumah, ku lihat susunan perabot semua dah lain sedikit untuk ruang tamu. Susunan kali ni menampakkan rumah lebih luas. Tapi yang lain masih lagi sama. Cakap pasal perubahan, adik2 ku semua nampak lain sikit. Mungkin sebab setahun dah tak jumpa. Arip nampak makin besar, Arah nampak makin kurus dan tinggi, dan Adik lak nampak makin besar, tinggi, dah mula bertudung (walaupun sekadar tudung 'Arini' tu) dan juga dah mula bertukar gigi kepada gigi kekal. Abah dan Mak masih lagi kelihatan sama. Diehard lak kelihatannya banyak kesan gaduh kat badan dia. Ni sekarang kaki dia tengah terhincut sebab kena gigit dengan kucing lain. Ish3.

Walaupun baru 3 hari kat rumah, tapi dah macam2 benda yang aku dah merasa dan buat. Hari Ahad tu, walaupun aku masih lagi 'jet lag' tapi aku bangun awal. Mula2 menemankan Arah buat kerja kursus Lukisan Kejuruteraan. Dapat gak aku merasa Arip drive kereta bawa kami adik beradik pergi kedai dobi dan kedai buku kejap. Petangnya pula hantar Arip ke stesen komuter untuk pulang semula ke KMS. Lepas tu hantar Arah ke sekolah dia. Dalam perjalanan pulang singgah jap kat R n R. Sedap gak merasa sate Kajang. Hehe.

Hari Isnin lak aku masih lagi 'jet lag'. Tapi kali ni aku terbangun lewat lak. Huhu. Turun2 terus tolong Mak goreng sayur kangkung sementara Mak pergi ambil Adik kat sekolah. Ni lah kali pertama aku tengok adik berpakaian sekolah. Comel sangat. Lepas makan tengah hari, aku tengok adik bersiap ke sekolah agama. Teringat zaman sekolah rendahku. Hehe. Petangnya, aku ikut Mak ambil Adik kemudian terus pergi pasar tani. Bestnya pergi jalan2 kat pasar. Macam2 gak aku minta nak makan. Kempunan la katakan. Siap2 makan petang, aku temankan Adik main kat luar. Bila belek2 pokok2 mangga kat depan rumah, rupanya dah banyak buahnya. Cuma tunggu masa untuk dia menguning je.

Hari ni 'jet lag' aku dah boleh dikatakan tak seteruk semalamnya. Aku tolong Mak sikit2 kat dapur. Hari ni aku banyak tengok TV. Macam2 gak rancangan yang best. Hari ni tak banyak beza dengan semalamnya. Petang tadi aku bertanya kat Mak di mana surat khabar lama dan stapler. Mak tanya aku nak buat apa, aku sekadar beritahu yang aku nak bungkus buah2 mangga. Geram lak tengok buahnya banyak. Sambil2 tu aku tengok Adik main basikal. Diehard pun ikut keluar dengan kami. Tapi dia tidur je walaupun dah seharian dia tidur dalam rumah. Ni sekarang Diehard tengah tidur lagi di sebelah menemankan aku online sambil tengok drama kat TV.

Esok aku kena tolong Mak pergi beli barang2 rumah dan juga untuk kenduri hari Jumaat ni kat Giant. Seronok2. K lah, cukuplah sekadar ini sahaja kisahnya untuk beberapa hari ni. Tak sabar nak tunggu Qila balik rumah Jumaat ni. Minggu ni kira minggu 'jet lag' dan rehatku. Mulai minggu depan, aku dah mula kena sibukkan diri. Macam2 rasanya yang aku nak buat.

19.7.09

~Hmmmm...~

Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah paper ke-8, Pathology. InsyaAllah lusa ni habis la final exam sem 4 ni. Kena baca buku Ethics, sedikit nota Skills dan slideshow PBL (hasil kerja ahli section 2) dalam masa mungkin dah tambah tolak waktu makan, rehat semua dalam masa 1 hari. Huhu.

Lepas exam tadi, aku minta Hasanah temankan aku pergi Dar el-Salam kejap. Jiranku pesan kitab. Tahun lepas dia ada pesan tapi rasanya aku tersalah beli. Huhu. Kali ni dia pesan 2 kitab (kitab yang satu lagi ada 4 jilid). Selesai sudah salah satu checklist barang2 untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Tengah hari tadi tiba terasa nak call adikku Arip yang sekarang ni dah sambung belajar kat KMS. Kesian dia kena kacau time dia penat2 baru balik dari Gombak (ada program). Macam2 yang diborakkan dengan dia tadi. Last sekali sebelum dia letak tepon, dia cakap "InsyaAllah kita jumpa ye Sabtu ni". Baru teringat rupanya aku bakal sampai KLIA InsyaAllah Sabtu ni. Alhamdulillah dah tak lama dah. Wahai Fatin, bersabarlah ye..... Ada dua paper lagi tuh..... (semangat untuk diri sendiri).

Lepas Zohor tepon rumah pulak. Ingat nak bagitau Abah yang kitab Ustaz Abu Hashim dah beli. Tapi rasanya dekat berapa kali tepon tak ada orang angkat. Pelik. Ingatkan mungkin perjalanan ke Jempol sesak kot sebab nak hantar Qila balik ke sana. Tapi sebab rasa ngantok yang teramat, dan takut terlambat bangun, jadi aku pun tepon handset Mak. Mak angkat2 tiba rasa dengar macam bising2 je. Mak cakap semua (Abah, Mak, Qila dan Adik) ada kat Alamanda. Lorhh, rupanya Qila balik esok. Huhu. Bagitau lah Mak serba serbi pasal kitab semua. Ayat last Mak tadi "Tin, ni makanan dah sampai. Mee kari. Sedap......". "Wah, bestnya. Huhu, ni yang tak sabar ni...." Mak ni saja je nak usik Tin ye. Hehe.

Sebelum pejam2 mata jap petang tadi, tiba bestfriendku kat UM, Ufairah tegur via YM. Dia betanyakan apa maksud status YM ku "5 days to go... :)". Aku bagitau dia yang tu countdown sebelum aku balik. Dia pun excited, tak sabar tunggu kepulanganku. Tahun ni aku kena tunaikan gak janji untuk keluar 'date' dengan dia ni. Hehe. Cakap pasal kawan2 SEMSASIAN'06 ni, diorang ada nak buat reunion by 'chat conversation' untuk kali kedua. Tapi kali ni aku tak dapat join, sebab, aku mungkin baru sampai Malaysia waktu tu. Sori ye kawan2. Kalau ada yang lain kali punya InsyaAllah aku join ye.

Sekarang ni semua mood tak sabar nak balik Malaysia. Bagi yang tak balik pula, semuanya ada rancangan masing2 yang nak ditunaikan. Hmmm, rasanya bagiku, aku mungkin tidak dapat rehat sangat sampailah bila dah duduk dalam kapal terbang nanti. Macam2 yang perlu dibereskan dan juga aku perlu tunaikan janjiku kepada salah seorang rakanku. Apa2 pun, itu semuanya akan dibereskan selepas exam ye. K, balik semula ke study mode.....

16.7.09

~7 done.... 3 more to go....~

Alhamdulillah, untuk minggu ni selesai sudah 3 subjek menjadikan semua subjek yang telah dijawab semuanya 7 subjek. Untuk minggu depan, ada 3 subjek lagi tapi untuk 2 hari je.

Exam kali ni sangat memenatkan. Seperti yang ku pernah cakap dalam entri sebelum ni, memang terkejar 'banyak' (bak kata Oggy... hehe). Tapi siapa sangka, rupanya dah nak habis dah. Moga kita semua mendapat result yang cemerlang InsyaAllah. Sekarang ni perlu berusaha untuk subjek yang akan datang dan apa pun yang terjadi, serahkanlah semuanya pada yang Maha Mengetahui.

Walaupun minggu ni aku sibuk dengan exam, tapi aku terasa sangat dihargai apabila bestfriend aku yang berada di M'sia tegur YM aku. Rupanya dia sedang dalam masalah. Kalau masa sekolah dulu, bila aku ada masalah, mesti akan cerita kat dia. Tapi dia ni bukan sahaja kawan waktu susah, tapi juga waktu senang. Apa2 yang kami lalui pasti dikongsi bersama.

Seriusly tak sabar nak jumpa. Balik tahun lepas tak sempat langsung nak jumpa dia. Huhu. Tak kira, balik kali ni mesti kena jumpa gak. Lagipun syok sikit bercerita 'face to face'. Hehe. Terfikir gak rancangan2 masa cuti ni. Tapi setakat fikir sambil hilangkan penat menghadap buku2 ni.

Semalam tepon rumah. Banyak benda cakap dengan Mak. Ni perbualan antara aku dengan Mak yang membuatkan aku rasa tak sabar nak balik M'sia :-

Mak : Kita cari barang2 Tin tengah2 minggu ye. Sebab hujung minggu mesti sibuk nak gi lawat adik2 semua. Pastu nak balik kampung lagi.

Aku : Eh, balik kampung?? Wah, seronok2.

Mak : Yelah, Embah dah bising kalau Tin balik suruh balik kampung cepat2. Rambutan tengah banyak kat kampung tu.........

Wah, rupanya musim buah sekarang ni. Bila sebut rambutan, hehe, aku boleh dikatakan jaguh, tapi Mak menang lagi. Ingat lagi, kalau balik kampung, mula2 ramai yang menghadap bakul berisi rambutan ni. Pastu makin lama makin sikit pula orangnya. Sampai last sekali yang tinggal, aku dengan Mak je. Seronoknya.

K lah. Apa2 pun, ada lagi paper yang perlu dibereskan. Lepas tu sama2 lah kita tawakkal semoga usaha kita semua diberkati-Nya. Bagi kawan2 yang pulang ke M'sia, semoga kepulangan kita membawa kegembiraan buat mereka yang tersayang. Bagi yang tidak pulang, semoga masa lapang diisi sebaiknya.






12.7.09

~Selamat Hari Lahir Abah!!!~

12 Julai 1960. Kalau ikutkan aku tak wujud pun lagi kat dunia ni. Tapi pentingnya tarikh ni sebabnya ia merupakan tarikh kelahiran Abah yang diberi nama Dr. Mohd Nasir bin Hj Zainal Abidin. Abah dibesarkan di Kampung Kuala Kenau, Sungai Lembing, Kuantan. Tapi Abah ada gak cerita yang ada masanya dia akan balik ke kampungnya kat Nenasi memandangkan Abah seorang sahaja lelaki dalam adik beradik dia (macam Arip...hehe) sebab kat sana mostly sepupu2 Abah lelaki. Kira ada geng la tu (betul ke ni Abah?? main cerita je..huhu).

Bagi kami adik beradik, Abah seorang yang sangat berprinsip dan yang sangat penting ialah Abah sangat2 menepati masa. Pernah beberapa kali aku dan yang lain terkena dengan Abah sebab terlewat. Huhu. Pernah sekali keluar gak air mata. Huhu. Tapi ye lah, dalam banyak urusan seharian kita memang sepatutnya menepati masa. Alhamdulillah, Abah dah didik kami awal2.

Abah ni jenis yang suka gembirakan hati Mak dan kami adik beradik. Setiap kali ulang tahun kelahiran kami, mesti Abah akan bagi hadiah dan juga kad. Untuk kad, dah jadi tradisi akan dapat 2, satu daripada Abah dan Mak dan satu lagi daripada adik beradik. Abah cakap, Abah 'inspired' daripada sebuah kisah di mana ada satu keluarga ni sangat2 miskin. Tetapi bila tiba hari lahir ahli keluarganya, pasti akan dicari hadiah tak kiralah apa pun, cukup sekadar dapat menggembirakan semua orang.

Hanya kami ahli keluarga je yang tahu betapa tegasnya Abah dalam bab solat, puasa dan mengaji. Huhu. Selalu gak la dulu kami adik beradik kena dengan Abah masa mengaji. Tapi memang silap kami pun, 'ter' main2 masa mengaji. Hehe. Tapi itulah cara Abah mendidik kami semua. Tak delah sepanjang masa tegas, tapi Abah ada cara tersendiri dalam menegur kesilapan kami semua.

Masa cuti tahu lepas, aku berpeluang ikut Abah bagi 'lecture' kat UiTM Kuala Pilah. Hehe, kiranya ni lah 1st time aku tengok aksi Abah bagi 'lecture' di hadapan para pelajar. Terus terang sebenarnya aku tak faham apa yang Abah sampaikan (sebab mostly Abah ajar kaitan dengan Fizik) tapi aku sangat kagum dengan ilmu yang Abah ada.

Kalau bercerita pasal kegemaran Abah, kebanyakan apa yang Abah suka adalah kesukaan aku juga. Hehe. Kalau cakap pasal kumpul barang, sedikit sebanyak aku ikut Abah. Suka kumpul keychain, duit syiling, dll. Pastu suka tangkap gambar, tapi yang ni makin berkurang bila aku dah besar. Suka mengarang dan menulis pun sama macam Abah gak. Hehe.

Rasa macam ada banyak lagi yang ingin dikongsi pasal Abah ni, tapi rasanya cukup la dulu kot. Memang sampai bila2 pun takkan habis kisahnya. Oh ye, ni lah dia 'wira' yang dimaksudkan pada entri ku yang lepas, tak lain dan tak bukan Abah.

Buat Abah yang tersayang, Selamat Hari Lahir ke-49 Tin ucapkan. Moga Abah usia dan rezeki yang dilimpahkan diberkati-Nya. Terima kasih banyak2 kerana sanggup bersabar dengan karenah Tin dan juga Adik2. Kami doakan agar Abah sentiasa sihat dan juga dipermudahkan dalam segala urusan yang Abah hadapi. Doakan kami adik beradik berjaya dalam segala bidang yang diceburi. We are very proud to have a father like YOU............

Gaya Abah bagi 'lecture' kat UiTM... :)

~SELAMAT HARI LAHIR ABAH.......~


9.7.09

~Dah separuh rupanya....~

Dah seminggu rupanya blog ni tak di'update'. Alhamdulillah, rupanya dah berlalu 4 subjek untuk exam final ni. Subjek2 yang bertuah ni ialah Biochemistry, Parasitology, Histology dan Microbiology. Untuk exam kali ni, terasa agak terkejar-kejar sikit sebab jarak antara subjek sehari atau dua hari je. Tak macam sem lepas, sampai 3 hingga 4 hari jaraknya. Apapun, semua ni mesti ada hikmah dan sebab di sebaliknya.

Tak sangka, rupanya dah separuh perjalanan examku ini. Ini juga menandakan ada lagi separuh (6 subjek) yang bakal dihadapi sebelum pulang ke tanah air tercinta. Subjek2 ni ialah (mengikut turutan) Anatomy, Pharmacology, Physiology, Pathology, PBL dan Ethics (dua subjek terakhir digabungkan dalam sehari). Minggu depan ni boleh dikatakan minggu yang agak mencabar sebab untuk Physiology dan Pharmacology akan disekalikan dengan bahagian praktikal.

Tak sabarnya rasa, tak lama lagi aku dan beberapa orang lagi rakanku yang lain akan pulang ke Malaysia. Mak kata Adik dah mula countdown menanti kepulangan 'Aca' dia. InsyaAllah masa aku sampai nanti kemungkinan semua adik2 ku ada kat rumah, cuma Qila je yang tak pasti. Tak pe, siapa yang tak balik masa Aca sampai, tempat dia lah 1st yang Aca akan lawat ye.

Hmm, bulan ni merupakan bulan kelahiran 'wira' hidupku. Tapi macam biasa, akan ku masukkan entrinya pada hari kelahirannya nanti. Setakat ni dulu entri ku untuk kali ni, kepala tengah runsing tak tau nak mula dari mana untuk subjek Anatomy ni. Apa2 pun, nak rehatkan dan lapangkan minda dulu supaya mudah untuk study nanti.