Pages

25.8.09

~Kucing pun pandai cemburu....~

Sekarang ni Diehard tengah lena di pangkuan Adik. Manjanya jangan nak cakap la. Pantang ada yang melayan lebih, mesti dia menyendeng nak bermanja lebih lagi. Begitulah dia dari kecil sampai besar, tapi bila besar makin mengada pula jadinya. Tapi sayang punya pasal, tak kisahlah apa dia nak buat asalkan tidak menyakitkan hati sudah.

Tengok Diehard, tiba teringat satu hari ni, tengah tolong Mak kat dapur, tiba datang 3 ekor anak kucing yang sangat2 comel. Aku bagi nama Merah, Putih dengan Tompok. Rancangan asal nak tolong Mak jadi lain pula bila Mak minta aku tengokkan anak2 kucing yang sangat2 lincah dan suka bermain. Puas la aku main kejar2 dengan anak2 kucing ni, ada yang menyorok, memanjat, berlari. Huh. Nak keluarkan masing2 pun susah. Keluar seekor, masuk balik. Begitulah dekat beberapa kali. Tapi aku sangat seronok melayan mereka ni.

Nak dijadikan cerita, bila Diehard tengok aku melayan kucing lain beria, dia mula buat perangai pelik. Mulanya dia keluar duduk lepak kat luar rumah. Lepas tu bila dipanggil ajak masuk rumah, dia buat tak tahu je. Puas panggil nama dia semua, buat tak tahu je. Last2 Mak cakap agaknya dia merajuk kot sebab aku melayan anak2 kucing sebelumnya, Aik, kucing pun pandai merajuk dan cemburu gak. Huhu.

Ada masanya kita tidak menyedari, yang haiwan di sekeliling kita juga ada perasaan. Cuma yang membuatkan insan berbeza dengan haiwan ialah akal. Dengan adanya akal, manusia boleh berfikir dengan rasional dan juga sepatutnya boleh membezakan segala yang baik dan buruk. Manusia boleh membuat keputusan daripada pilihan2 yang diberikan. Manusia juga boleh menafsirkan gembira, sedih, sakit dan pelbagai lagi perasaan dengan adanya akal.

Jadi, janganlah disakiti perasaan haiwan2 ini. Memang mereka tiada akal, tapi jangan terkejut seandainya perasaan yang mereka ada ni lebih hebat daripada manusia. Bila kita sayang kat haiwan, sebagai contoh kucing, sedikit sebanyak mereka sayang balik kat tuannya dan mana tahu seandainya mereka juga menjaga balik tuannya. Banyak kisah yang kita dengar berkaitan haiwan peliharaan ni. Apa pun, pasti ada hikmah di sebalik ciptaan Allah s.w.t.

23.8.09

~Teringat kenangan bergelar 'budak sekolah'...~

Adik dah darjah 1. Pagi2 tengok Adik bersiap nak ke sekolah kebangsaan. Kemudian balik tengahari dan bersiap pula nak ke sekolah agama. Situasi yang tak ubah tapi sedikit berbeza jika dibandingkan aku dan Adik.

Masa aku sekolah rendah dulu, sesi persekolahanku sama dengan Arip. Manakala Arah pula terbalik dengan kami berdua (kalau aku dan Arip sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang, Arah pula sebaliknya). Nak ke sekolah pula naik bas, Cuma balik dari sekolah agama aku akan balik jalan kaki dengan kawan2 sekelas. Bila jalan2 balik, mesti tak lupa beli air cincau kat tepi jalan, pastu lalu kat tepi padang, tengok orang main bola. Hehe. Yang aku ingat, hari last aku dalam alam sekolah rendah ni, aku dan yang lain menangis teruk gak la. Kenangan2.

Minggu lepas, aku, Ufairah, dengan Peh sama2 pakat nak pergi bermalam kat sekolah (ni sekolah menengah lak). Walaupun berkumpul bertiga, tapi macam2 cerita yang dikongsi bersama. Kisah dari form 1 sampailah form 5. Tak sangka rupanya banyak sangat kenangan yang dilalui bersama selama 5 tahun kami semua duduk 'sebumbung'.

Esoknya, berjumpa dengan cikgu2 yang mengajar kami sejak dari form 1 sampailah form 5. Puas gak la kena usik dengan cikgu2 ni. Kebanyakan cikgu2 cakap yang kami ni pun umur hampir sama je dengan cikgu, jadi bila berborak macam kawan je. Tapi rasa hormat masih lagi ada sebab macam manapun, mereka masih lagi cikgu2 kami.

Begitulah serba serbi sebab yang membuatkan aku asyik teringat kat zaman sekolahku. Hmm, aku dah besar untuk itu semua. Yang perlu aku lakukan sekarang ni adalah terus pandang ke hadapan dan juga meneruskan perjuangan dalam sesi pembelajaranku di alam universiti. Kenangan di alam sekolah boleh dijadikan semangat meneruskan perjuangan untuk terus ke hadapan. InsyaAllah....

Sangat2 sukakan gambar ni. Teringat waktu ni form 5 dah tak perlu ikut perhimpunan pagi dan boleh la study... Hehe...

22.8.09

~Ramadhan kembali semula...~

Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur dan juga diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Aku pasti kehadiran bulan yang penuh dengan rahmah dan barakah ini sangat dinanti-nantikan bagi semua hamba-Nya yang sentiasa rindukan keberkatan-Nya.

Jika dahulu masa baru belajar puasa, yang aku rasa penat, lapar dan dahaga. Mungkin masa tu tak memahami tujuan sebenar Ramadhan ni. Yang aku ingat, Mak sentiasa akan bertanyakan keadaan kami adik beradik yang baru nak mula belajar puasa adakah kami larat nak meneruskan atau tidak. Mak Abah sangat bersyukur kerana kami tidak banyak ragam dan tidak pernah menyebut untuk berbuka.

Kini, apabila Ramadhan menjelma, rasa seronok kerana masih lagi diberi peluang. Merasa kelazatan ibadat puasa, kemanisan ibadat tarawikh, dan juga keseronokan menjalani ibadat2 yang lain.

Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Dan juga semoga ibadah2 yang dijalankan dapat di'istiqamah'kan bukan hanya untuk Ramadhan tapi juga sepanjang hayat kita semua. InsyaAllah....