Pages

29.9.09

~Pics of the year.....~

Alhamdulillah, tercapai hasrat Abah untuk bergambar sekeluarga tahun ni. Tapi, kali ini ada kelainan sedikit, di mana tema kami pada tahun ini ialah ringkas dan kasual. Mana taknya, masing2 semua malas nak gosok baju kurung. Kebetulan pula lepas bergambar ini, kami semua nak berjalan sama2. Gambar2 ini semua ditangkap pada 26 dan 28 September.

Hitam dan putih (nampak nostalgic sikit). Di depan itulah Abah, wiraku dan Mak, permaisuri hatiku.

Kami 5 beradik (Famous Five). Di depan tu aku sendiri. Di sebelahku Adik yang penuh dengan keletah manjanya dan juga Qila yang tak kalah manjanya dengan Adik. Maklumlah, bongsu tak jadi. Hehe. Di belakang pula Arip, my only brother dan Arah, adik yang pandai 'goreng' orang (jangan marah Tin ye Arah..hehe)

Ni pulak 'lost in action'. Hehe. He is still a part of the family even he is just a cat.

Ini pula gambar2 'behind the scene'.

Meja yang penuh dengan kerepek raya sebelum dialih ke depan sedikit.

Abah siap menyusun 'settings' dan test pencahayaan semua.

Test pertama. Adik seorang je yang dah siap. Kakak2 dan Mak semua tengah bersiap itu dan ini.

Aku dan Arah pula menunggu yang lain bersiap. Huhu.

Ada ke Qila merendahkan dirinya hanya kerana tak nak bagi dia nampak lagi tinggi dari kakaknya yang seorang tu (dengan aku pun kalah ketinggian dengan Qila ni). Tapi tiada siapa yang dapat kalahkan ketinggian Mak kecuali Abah dan Arip. Hehe.

p/s - Sepatutnya kami adik-beradik kecuali Adik memakai cermin mata. Tapi ke manakah menghilangnya cermin mata aku, Arah dan Qila?? Hehe, yang pasti cermin mataku tak 'disidai' macam cermin mata Arah dan Qila. (Jangan marah adik-adikku sayang. ;p)

25.9.09

~Kemaafan 'dendam' yang terindah....~

6 Syawal 1430H, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat2 dan juga kenalan. Mohon seribu kemaafan seandainya diriku ini pernah tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah bicara dan semua yang seumpamanya. Tiada insan yang sempurna sangat sehinggakan langsung tiada salah dan silap kan???

Hmm, berkaitan dengan tajuk entri ni, terasa macam bunyi tajuk novel je kan?? Sebenarnya ni adalah tajuk karangan Qila masa cuti bulan 8 baru ni. Pening kepala dia nak mengarang cerita apa yang nak direka. Alhamdulillah siap sudah karangan dia tu.

Tapi bila aku mendengar tajuk karangan Qila ni, aku terfikir sesuatu tentang kemaafan ni. Apabila masuk musim Raya Aidillfitri, lazimnya semua orang akan minta maaf sesama kita. Seolah menjadi adat, apabila Syawal menjelang, semua beria hendak memohon maaf. Bukannya aku tidak suka dengan situasi ini, tapi mengapa hanya di AIDILFITRI?? Bagiku, memohon maaf di atas segala kesilapan kita sepatutnya diamalkan sepanjang masa kerana kita sebagai insan biasa, tak pernah terlepas melakukan salah dan silap. Tapi mungkin juga semuanya nak minta maaf masa raya sebab waktu ni sahaja yang semua orang berkumpul bersama kan??

Apa yang aku lihat sendiri, seolah seperti orang 'mengumpul' salah dan silap selama hampir setahun, dan kemudian apabila menjelang Aidilfitri barulah sibuk hendak memohon maaf. Entahlah, aku sendiri tidak faham mengapa semua orang nak tunggu Aidilfitri sedangkan nyawa insan bila2 masa sahaja boleh ditarik. Dan apabila orang yang kita hendak memohon maaf itu sudah kaku tidak bernyawa, adakah masa itu baru rasa hendak menyesal?? Wallahu'alam.

Ada masanya memanglah sukar untuk meminta maaf, tambahan lagi apabila ego yang menggunung itu menguasai diri. Tetapi selagi maaf itu belum dihulur, selagi itulah terasa diri ini memikul satu beban yang sangat berat. Dan juga ada masanya ada orang buat silap dengan kita sehinggakan amat sukar untuk kita memaafkan kesalahan insan tersebut. Malah membuatkan kita menjadi seorang yang berdendam pula. Tapi setelah masing2 minta maaf dan juga memaafkan, hilang segala beban yang dipikul selama ini. Itulah sebabnya bagiku kemaafan ini merupakan 'dendam' yang terindah. Entahlah, mungkin aku pernah merasainya, jadi aku tahu bagaimana rasanya kemaafan itu boleh menjadi sesuatu perkara yang paling indah.

Sudah terlalu panjang aku menaip pendapatku tentang kemaafan ini, terutama sekali di sambutan Aidilfitri ini. Marilah sama2 kita meraikan Aidilfitri ini dengan 1001 kemenangan selepas sebulan mengharungi bulan Ramadhan Kareem. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Kredit untuk salah seorang sahabat atas mesej rayanya, ni dia pantun yang direka sendiri kot. Hehehe.

Kucing mana tercekik tulang,
Ikan siakap Sg. Merab,
Salah dan silap selalu berulang,
Sebab tu minta maaf kerap2...

MyEm0.Com

15.9.09

~Wajah baru..~

Dalam masa lebih kurang satu jam lebih, aku telah berjaya mengubahsuai blogku ini. Kini, tema blogku berwarna ungu tapi masih lagi ada unsur2 buku nota. Rasanya aku lebih menyukai templat kali ni yang kelihatan lebih ringkas dan sistematik tapi yang lebih penting sedap mata memandang dan mudah dibaca.

Sebenarnya tak terfikir pun nak ubah templat ni tapi bila lihat ramai sahabat2 yang aktif 'blogging' ni ubah templat, terasa gak nak tukar. Setelah survey2 dan tengok banyak templat, akhirnya hati terpaut kat templat yang ini.

Kalau dulu masa ubah templat, aku mengambil masa hampir 2 hingga 3 jam nak ubahsuai semua. Tapi mungkin dah biasa, bak kata pepatah Inggeris, 'Practise makes perfect', aku dapat mengubahsuai blogku ini dalam masa yang lebih singkat.

Mungkin jika ada yang nak baca entri2 sebelum ini, mungkin kena tahan sikitlah mata kerana entri sebelum ini tulisannya berwarna oren sesuai dengan templat lama. InsyaAllah seandainya aku punya waktu, mungkin aku akan mengubah warna entri2 ku yang lain sesuai dengan templat ini.

Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Manfaatkan waktu sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu seandaianya kita masih lagi ada peluang atau tidak untuk menjalani ibadah ini pada tahun berikutnya. Wallahu'Alam.

~Ada apa dengan '20' tahun??~

Alhamdulillah, 12 September baru2 ni genaplah 20 tahun usiaku. Sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh lahirku ini. Ada yang bagi SMS, dan ada juga yang bagi komen kat FB. Bagi ahli keluargaku pula, terima kasih sebab dah bagi hadiahnya seminggu awal (kes terkantoi...hehe..). Dan juga terima kasih kerana telefon dari asrama untuk wish birthday.

Mulanya, bila aku mendengar usia di angka 20 ni, aku membayangkan yang diri ini dah cukup besar dan juga dewasa, jadi perangai semua mestilah kena ikut usia ni kan. Tapi bila dah masuk 20 tahun, baru aku sedar yang tiada apapun bezanya antara belasan dan puluhan. Walaubagaimanapun, sebenarnya usia dan pemikiran ni perlu bergerak seiring kan? However, just be ourself, but try to improve more from time to time, right??

Setiap kali menjelang hari lahir, mesti Mak akan cerita saat2 nak melahirkan aku, tempoh nak membesarkan aku, cara nak melayan keletahku sampailah habis. Kadang2 aku pun dah hafal dah jalan cerita Mak ni. Tapi aku tak pernah bosan mendengarnya kerana serba sedikit ia akan mengingatkan aku pada besarnya jasa Mak dan Abah dalam mendidik dan membesarkanku.

Ingat lagi masa sekolah rendah, kalau tak silap masa darjah 2, Mak buat sambutan hari lahirku di kampung. Masa tu seronok sangat sepupu2 dan juga dua pupu datang meraikan hari lahirku bersama-sama. Lepas makan semua, kami semua main kejar2 kat laman rumah Embah. Tengah main, Paksu panggilku dan pesan jangan seronok sangat main kejar2. Takut nanti jatuh. Hehe, mana taknya, aku pakai baju kurung masa tu, dibuatnya aku tersangkut kain, memang sakit la. Rupanya di sebalik pesan Paksu, dia takut kalau aku jatuh nanti aku akan nangis dan katanya tak elok 'birthday girl' nangis di hari lahirnya.

Di alam sekolah menengah pula, masa tingkatan 4, masa tu hari lahirku jatuh pada hari Israk Mikraj. Sekolahku menganjurkan ceramah perdana sempena Israk Mikraj. Aku dan kawan2 yang dilantik sebagai AJK bersama dengan kumpulan nasyid sekolah sedang berkumpul kat dewan. AJK semua tengah kemas dan hias dewan manakala kumpulan nasyid tengah berlatih untuk persembahan malamnya. Cikgu2 mengarahkan kami 'take five' sekejap. Masa tengah tengok2 sekeliling dewan, tiba2 kumpulan nasyid menyanyikan lagu birthday untukku. Kemudian disambut oleh kawan2 lain yang berada di dewan tu. Terima kasih korang sebab bagi surprise yang aku takkan lupa, especially to Syaza yang bagitau pasal birthdayku kat kumpulan nasyid tuh.

Ini antara sambutan hari lahirku yang aku boleh kongsi. Banyak je lagi sambutannya tapi yelah, nanti panjang la pulak kan. Hehe. Untuk tahun ni, mungkin aku nak tangguhkan sambutan hari lahirku. Nak tunggu adik2 ku yang kat asrama balik dan boleh diraikan bersama biarpun lewat 2 minggu. Terima kasih Abah, Mak, Arip, Arah, Qila dan Adik atas hadiah yang berupa sehelai tuala yang disulam corak bunga dan nama. Rasanya Tin sayang kot nak guna tuala tu. Ada sentimental value. Hehe.

Biarpun simple, tapi ada nilai kasih sayang dan penghargaan daripada ahli keluargaku. Terima kasih banyak2 and love U all.....

14.9.09

~Di sebalik ucapan 'Terima kasih'..~

Ringtone mesej handsetku berbunyi. Alamak, malasnya nak ambil handset nih kat kerusi tu. Minta tolong Adik la. Hehe.

"Dik, tolong ambilkan handset Aca kat situ..."

"Aca ni, Adik tengah main la."

"Ala, dekat je dengan Adik. Tolonglah..."

Terdengar bebelan Adik kecilku seorang ni (pandai la pulak dia membebel).

"Nah, ni dia.."

Aku ambil handset yang dihulur oleh Adik. Tanpa fikir apa, aku terus cek mesej yang baru sampai sebentar tadi.

"Aca... Aca lupa nak cakap sesuatu..."

Ha?? Apa ye??

"Eh, oh ye... Terima kasih Adik...."

Aku dapat melihat sekuntum senyuman yang ikhlas terukir di wajah Adik sebaik sahaja aku mengucapkan 'terima kasih' kepadanya.

***
Bukan sekali dua situasi atas ni terjadi, malah sudah berkali-kali. Silap diriku juga yang selalu 'ter'lupa untuk mengucapkan 'terima kasih'. Tapi selepas situasi di atas ni, di mana adikku yang bongsu (darjah 1) mengingatkan aku tentang ucapan ini, aku jadi tersedar dan termalu sendiri. Adik sekecil ini amat menghargai seandainya setiap pertolongan daripadanya disusuli dengan ucapan 'terima kasih' walaupun hanya sekadar bantuan yang sangat ringan.

Pada mulanya aku menganggap ucapan 'terima kasih' ini dianggap sebagai ucapan biasa bagi penerimanya. Tapi dengan Adik, baru aku tahu ianya satu ucapan yang mengandungi seribu satu makna. Makna di mana si penerima terasa bantuan atau pujiannya diambil perhatian dan dihargai. Makna di mana si penerima itu juga berasa dihormati. Dan juga makna di mana si pengucap itu masih lagi mengekalkan adab dan sopan dalam hidupnya.

Terima kasih Adik kerana telah mengajar Aca makna di sebalik ucapan 'terima kasih' ini. InsyaAllah lepas ni Aca akan sentiasa ingat untuk mengucapkan ucapan ini dalam setiap situasi yang memerlukan Aca ucapkan 'terima kasih'. InsyaAllah untuk entri ini aku akan sambung lagi. Kali ni aku akan cuba berkongsi apa yang aku dapat kaitkan antara 'terima kasih' dan 'syukur'. Rasanya aku perlu mengundur diri daripada laptop ini. Ingin mengambil istirehat yang cukup.

5.9.09

~Kenapa kita semua lain??~

Cuti sekolah yang sangat gamat dengan suara kami adik beradik. Mana taknya, semua ada kisah masing2. Huhu. Mak dan Abah sangat bersyukur kerana tahun ni kami semua dapat berpuasa di rumah lebih lama berbanding tahun2 sebelumnya. Tapi kan, ada sesuatu yang menarik yang ku pelajari sepanjang cuti ni.......

***
Situasi pertama...

Kami semua berbuka dengan lauk sup tulang. Alhamdulillah sedap sangat. Tapi, tiba di sudut sini, Adik makan nasi berlaukkan sardin (lauk kegemaran dia).

***
Situasi kedua....

Mak merancang nak masak pajeri terung. Tapi, tiba2 adalah satu suara ni tanya Mak tiba2 nak makan pajeri nenas. Last2 Mak campurkan nenas dan terung dalam satu pajeri nih. Hehe.

***
Macam2 lagilah situasi2 yang menunjukkan selera kami adik beradik yang berbeza. Kelakar2. Cuba bayangkan, kami adik beradik semua berasal daripada perut ibu yang sama. Sepanjang tempoh sembilan bulan 'menetap' dalam perut Mak, kami disuapkan dengan makanan yang sama. Tapi bila dah lahir dan besar panjang macam ni, semuanya lain2. Kadang tu Mak kena buat lauk lain2 supaya kami semua makan. Betapa bersabarnya Mak melayan kelainan kami semua.

Sepanjang cuti dan tolong Mak menyediakan juadah berbuka untuk kami sekeluarga, memang persoalan ini yang akan timbul. Tapi akhir sekali aku membuat kesimpulanku sendiri, bahawa semua ini adalah takdir yang Allah tentukan untuk kami semua. Dan kami semua dicipta dengan kelainan masing2 agar kami satu keluarga saling melengkapi antara satu sama lain. Seandainya kami semua sama je selera dan perangai, maka tidak terasalah 'thrill' nya dan juga hidup akan terasa hambar. Sesungguhnya Allah telah mencipta insan ini dengan sebaik-baik kejadian. Maha Kuasa Allah yang mencipta, menghidupkan dan mematikan setiap ciptaan-Nya.

Hmm, sekarang ni kita semua berada betul2 di pertengahan bulan Ramadhan. Pejam celik je rupanya berlalu sudah 15 hari. Bagaimanakah dengan amalan2 kita sepanjang bulan ni? Apakah puasa kita semua betul2 menahan diri kita daripada hawa nafsu atau sekadar menahan lapar dan dahaga?? Semua persoalan ni biarlah menjadi urusan antara kita dan Pencipta kita.