Pages

29.10.09

~Sekian lama....~

Sudah sekian lama tuan empunya blog ini tidak meng'update' blognya. Nak kata sibuk sangat sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Cumanya ilham untuk berbicara itu belum muncul tiba. Sekali dapat ilham pulak masa dah dekat dengan exam mid term ni. Ish3.

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu (secara rasmi sepatutnya 3 minggu) aku dan sahabat2 yang lain menjalani kehidupan kami sebagai mahasiswa/siswi tahun 3 perubatan. Tak sangka kan? Mak cakap jiran2 semua tak sangka aku dah masuk tahun 3. Rasa macam baru sahaja aku ke sana. Cikgu2 pun cakap benda yang sama masa aku dan kawan2 saja melawat sekolah dalam musim cuti baru2 ni.

Tahun ke-3 ini dikatakan sebagai tahun persediaan dan penentuan dalam memasuki clinical years untuk lagi 3 tahun. Kiranya dalam tahun ni sebolehnya kami semua perlu bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi clinical years yang dikatakan sangat2 mencabar tapi dalam masa yang sama sangat2 best.

Untuk semester ini, aku akan belajar semua benda yang berkaitan dengan kepala, otak, saraf dan deria. Untuk blok pertama ini aku belajar semua yang berkaitan dengan kepala dan leher secara amnya. Blok yang akan datang (selepas exam mid term ni) aku akan mula belajar segala benda yang berkaitan dengan saraf. Huhu. Katanya blok ni sangat2 mencabar. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Sampai sini sahajalah dulu cot cet ku dalam blog ni. Sekadar meluahkan segala benda yang terfikir dalam ni. Lepas ni nak sambung study balik. All the best dan Rabbuna Yusahhil dalam menghadapi exam ini.

MyEm0.Com

28.10.09

~Selamat Hari Lahir Mak.......~

Mak yang sentiasa manis dengan senyumannya....Love U Mak!!!!

28 Oktober 1961. Tarikh ini merupakan tarikh istimewa bagi insan yang telah menjaga dan membesarkanku dari sekecil tapak tangan sampailah sekarang. Insan itu tidak lain tidak bukan adalah Mak, Puan Norlaila binti Mohd Arshad. Mak dilahirkan di Batu 11, Gambang, Kuantan dan ditakdirkan Mak merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Sesiapa yang mengenali Mak pasti akan berasa selesa dengannya. Mak seorang yang peramah, sentiasa tersenyum, memahami dan juga pendengar yang sangat baik. Mak sentiasa ada dalam mendengar kisah2 kami anak2 nya dari kisah2 lucu, serius mahupun sedih. Boleh dikatakan aku tidak berahsia dengan Mak dalam setiap benda yang berlaku dalam hidupku. Pendapat atau nasihat Mak sangat bermakna bagiku kerana Mak sudahpun terlebih dahulu merasakan asam garam kehidupan ini. Aku pula mungkin boleh dikatakan baru nak belajar tatih dalam menghadapi perjalanan hidup yang masih jauh InsyaAllah.

Di kalangan jiran2 dan kawan2, Mak sangat dikenali dengan kebolehan bab masak memasak ni. Mana taknya, setiap kali tiba musim perayaan, mesti Mak tak menang tangan menyiapkan kek2 lapis yang ditempah jiran, rakan sepejabat Abah dan kawan2 Mak. Tapi memang diakui, siapa yang merasa masakan Mak ni mesti jatuh hati. Dari sekolah lagi sampailah sekarang, setiap kali selepas cuti pasti kawan2 ternanti kuih dan kek lapis Mak. Hehe. Aku hanya sekadar menolong sikit2 je. Dalam hati aku sangat berbangga memiliki seorang Mak yang sangat pandai masak, buat kek dan juga kuih2. Bak kata orang, air tangan ibu merupakan salah satu pengerat kasih sayang dalam keluarga. Dan memang terbukti air tangan Mak merupakan salah satu faktor hubungan kami sekeluarga sangat erat. Walaubagaimanapun, kami semua ni mempunyai minat masakan yang berlainan sehinggakan Mak pun naik pening nak menyediakan lauk untuk kami semua. Hehe.

Mak, pada Hari Lahirmu ini, Tin doakan agar Mak sentiasa diberikan keberkatan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan juga sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang-Nya. Tin nak Mak tahu yang Tin rasa sangat bertuah memiliki Mak seperti Mak. Tin rasa adik2 pun macam tu juga. Maafkan kami seandainya banyak buat salah dan silap. Doakan kejayaan kami semua ye Mak.

~Selamat Hari Lahir yang ke-48 MAK~

p/s-Maaf sebab lambat pos entri untuk hari lahir Mak. Dan rasanya Tin tak banyak cerita sangat sebab Tin rasa Tin dah banyak cerita dalam warkah dulu. Just want Mak to know that we always love U......

9.10.09

~Sem 5 dah nak mula.....~

Pejam celik buka tutup mata semua, tup tup dah hampir 2 bulan lebih aku bercuti. Rupanya esok dah nak mula sesi kuliah di fakulti pengajianku (hakikatnya aku masih bergembira lagi di Malaysia ni). Aku akan pulang semula ke sana hari Rabu minggu hadapan. Gayanya kali ni aku terpaksa tinggal kuliah untuk seminggu. Tapi Alhamdulillah biasanya minggu pertama kuliah tidaklah sepadat mana tambah pula dengan kelas praktikal yang belum mula lagi.

Di kala ada rakan2 akan memulakan sesi PBL esok, aku pula baru mula nak cari dan beli barang yang hendak dibawa balik. Mujur Fiza, Shila dan Zatil dah 'update'kan senarai barang yang perlu untuk keperluan rumah, jadi taklah banyak sangat barang yang hendak dibawa. Bolehlah aku bawa barang2 ku sendiri. Moga2 barangku kali ni tidak lebih had berat yang ditetapkan (kalau lebih sikit2 tu takpe lah kot).

Semalam dapat emel dari AlexMed berkaitan jadual untuk sem baru ni. Alhamdulillah banyak gak yang berubah. Waktu lecture semua dah ditetapkan bermula pukul 8 pagi setiap hari tak seperti tahun lepas. Dan juga sem ni aku tiada kelas sampai pukul 6. Paling lambat pun sampai pukuk 4 petang. Bolehlah nak merancang masa untuk study dan juga mengejar balik lecture yang tertinggal tu.

Di sini aku ingin berkongsi satu video. Mak kata pagi tadi ada keluar sekejap kat TV. Video ni pasal kebolehan seekor kucing yang pandai bermain piano. Walaupun dia asyik menekan kat tempat yang sama, tapi tune dia masuk dengan tune yang dimainkan oleh tuannya. Practise makes perfect right. Kucing berlatih lama2 pun akhirnya pandai, kalau manusia yang dikurniakan akal, berusaha dengan bersungguh-sungguh juga pasti akan membuahkan hasil yang baik.

All the best to all....MyEm0.Com

Ni videonya.

video