Pages

25.11.09

~I have U, U have Me, We have each other....(Alhamdulillah)~

Semalam terus terang aku menghadapi hari yang sangat menekan jiwa (hyperbolanya ayat). Aku tak tahu kenapa hampir semua benda aku ambil serius sangat sedangkan orang lain semua relax je. Mungkin sebab semua benda tu adalah tanggungjawab aku, jadi sememangnya aku akan pegang tanggungjawab ni dengan serius, tak main2. Sedikit sebanyak benda semua jadi macam kelam kelibut. Air mata berjaya ditahan tapi perasaan yang sangat sakit terus ditahan walaupun terasa sangat perit. Minta maaf kepada sesiapa yang terkena semalam dan hari2 sebelumnya. Aku cuba menahan daripada lepaskan emosiku kepada kalian tapi mungkin masa itu tahap sabar dalam diri tengah diuji kekuatannya dan ternyata aku masih lemah.

Walaupun aku dalam keadaan yang tidak begitu stabil, tapi aku masih cuba untuk tersenyum dan cuba bergelak ketawa macam biasa. Tapi terasa gak sedikit janggal, rasa macam tak ikhlas. Dan dalam semua yang berlaku ini, Allah telah menemukan aku dengan insan2 yang sangat mencuba pulihkan balik keadaan emosiku. Kepada beberapa insan yang ada hampir dekat denganku, aku luahkan masalahku dan juga mereka memberikanku semula kata2 semangat, dan masih lagi ku simpan dalam bekas handsetku (thanks to 'kucing bunga2'). Kepada rakan sectionku, terima kasih kerana berikan aku kekuatan masa PBL. Kalau ikutkan hati, terasa serba salah gak bagi tajuk dan info yang salah kat korang semua. Tapi bila korang kata takpe, relax la Fatin, sabar2 dan semua benda tu, terasa ringan beban yang tertanggung. Jangan risau, aku dah jumpa Prof balik lepas PBL pasal kes group korang.

Balik dari kelas semalam, dalam keadaan terasa macam di awangan, terasa sangat down, terasa seperti nak meluahkan tapi tak tahu kepada siapa, tiba dapat komen 'facebook' daripada adikku Arip. Aku pun balaslah balik. Arip pun balas balik. Balas punya balas last2 aku minta dia buka YM. Semasa tengah chat aku ceritakan semua masalah yang aku alami. Cerita punya cerita, Arip memberikanku kata2 semangat dan juga adalah lawak2 yang dia buat nak bagi aku tergelak semula. Bila dah habis part aku, rupanya Arip pun ada gak masalah berkaitan dengan projek dia (ketua projek untuk karnival kerjaya). Dan aku pula yang bagi kata2 semangat kat Arip. Selepas itu, aku terfikir, di kala aku memerlukan seseorang untuk meluahkan masalahku, akan ada yang memberikan aku kata2 semangat. Dalam masa yang sama, bukan aku sahaja yang merasa itu semua, insan2 lain juga mempunyai perasaan yang sama denganku.

Alhamdulillah, malam tadi emosiku kembali normal. Stabil semula. Segala yang dipesan semua aku simpan dan aku amalkan.

Kisah kelakar pula hari ini, aku saja hendak telefon rumah. Arah pun baru balik hari ni selepas habis paper Add-Math. Seronoknya dapat berborak dengan Arah, Mak, Adik dan Qila (mengikut susunan dengan siapa aku bercakap dulu). Tiba2 semua tanya pasal semalam. Haha, seganlah pulak rasa. Arip ceritakan semula kisah yang aku cerita kepada semua. Arah tanya, Mak tanya, Adik tanya benda lain dan Qila pun pasal lain. Aku ceritakan semula pada Mak dan Arah, dan tiba rasa cam kelakar la pulak aku beria nak emo semalam. Haha. Segannya la. Semua terus menerus bagiku kata2 perangsang penguat semangat. Alhamdulillah aku mempunyai kalian semua yang hadir dalam hidupku.

Tadi masa borak dengan Adik, Adik ada tanya pasal ikan2 ku dua ekor itu, Ryo dan Ranchuu. Alhamdulillah ikan2 tu kelihatannya membesar sedikit daripada masa mula2 aku beli dulu. Aku tak perasan asalnya, tapi ahli bait yang lain perasan. Tapi bila tengok betul2, baru perasan. Hehe. Ikan2 ni tau ye bila tuan dia stress. Ingat lagi masa study untuk mid term baru2 ni, penat menghadap buku, aku tengok sekejap ikan2 tu. Ranchuu dengan mengadanya buat bermacam gaya renang dia, last2 camne entah dia macam terpusing gitu, terhibur tengok. Ryo pulak bila usik sikit, terus berenang lincah. Macam2 la. Kadang2 ikan2 ni tengok je apa yang tuan dia buat. Rasa cam kelakar pun ada gak. Sekarang ni ikan2 ni dah tak segan2 macam dulu. Senang je kalau nak tangkap gambar ikan2 ni.


Ryo dan Ranchuu sedang perhatikan aku study or tak untuk mid term masa tu. Aku lak, peluang keemasan untuk tangkap gambar ikan2 ni. Hehe.

Eh, bermacam segala cerita dah cerita kat sini. InsyaAllah AidilAdha nanti akan disambut dengan penuh kemeriahan di sini. Lampu warna warni dah naik dah. Lembu kambing pun dah beratur kat tepi jalan. Di sini AidilAdha sangat meriah. Hari esok dan lusa aku bakal 'tak duduk diam' memandangkan aku ada tugas yang perlu diselesaikan untuk majlis EQ nanti. InsyaAllah segala benda yang berkaitan dengan Raya Haji nanti akan aku ceritakan selepas majlis ye.

(Sori, entri yang sangat panjang).MyEm0.Com

17.11.09

~A lots of Wish....~

Hanya sekadar sebuah entri yang pendek buat semua adik2 yang sangat ku sayang.......

MyEm0.Com Pertama sekali buat adikku Farah Adibah. Tin tahu yang Arah akan hadapi salah satu peperiksaan yang besar mulai hari esok. Peperiksaan yang menentukan hala tuju hidup Arah lepas ni InsyaAllah. Tin doakan agar segala urusan Arah dipermudahkan daripada subjek pertama esok sehingga subjek yang terakhir. Moga Arah diterangkan hati dan ditajamkan ingatan di kala saat2 terakhir Arah nak review balik semua yang Arah dah belajar dari tingkatan 4 lagi. Pesanan untuk Arah, rehat secukupnya. Jaga makan dan minum (makanan pedas buat sementara ni kawallah sikit, nanti tak pasal2 gastrik). Juga tawakal kepada Allah untuk kertas yang sudahpun lepas. Minta agar proses penandaan semua selamat dan lancar.

MyEm0.Com Kedua pula buat adik jejakaku seorang, Hafiz Arif. Tin minta maaf sebab lambat ucap 'All de best'. Huhu. Tin dapat rasa macam ada sesuatu je masa 12hb hari tu, tapi terlupa langsung yang masa tu Arip mula exam. Memandangkan Arip dah lepas 4 paper, dan Arip cakap petang tadi Alhamdulillah Arip boleh jawab, jadi Tin mendoakan agar paper2 yang selepas ini juga sama seperti 4 paper Arip yang dah lepas. Tak sangka Arip dah final exam sem 1 untuk program A-level Arip. Sama seperti Arah, Tin doakan agar segala urusan Arip dalam menghadapi exam ini dipermudahkan dan mintalah bantuan daripada-Nya. InsyaAllah Tin tahu yang Arip boleh buatnya.

MyEm0.Com Ketiga buat adik bongsuku yang masih di sekolah rendah, Anis Azyyati. Aca nak ucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan akhir tahun darjah 1 Adik. Banyak peningkatan yang Adik dapat berbanding masa peperiksaan pertengahan tahun dulu. Tak kira sekolah kebangsaan atau sekolah agama, keduanya sama2 naik. Tahniah sekali lagi sebab berjaya menghabiskan tahun pertama Adik di alam persekolahan Adik tanpa banyak karenah. Tiba Aca rasa rindu nak dengar Adik cakap, "Rehat tadi makan bihun sup" ...."Kat sekolah tadi cikgu cakap Adik baik"......"Aca, tolong tengok Adik buat homework".......dan macam2 lagilah. Aca tahu Adik seronok sangat pergi sekolah semua. Sekali lagi tahniah Adik. I'm really proud of you (tak sangka adik Aca yang 'baby' ni dah besar).

MyEm0.Com Keempat buat adikku yang sangat manja, Nurul Aqila. Tin nak ucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 yang katanya banyak 'A' (bak kata Mak). It's a good start for your PMR examination next year. Gayanya Qila berjaya mengekalkan keputusan Qila sejak dari mula Qila masuk sekolah menengah. Cuti ni cutilah puas2 ye tapi ingat, study sikit2 untuk PMR. Rindunya lah Tin nak dengar cerita2 pasal sekolah Qila. Oh ye, baru teringat, tahun depan kalau boleh, jangan aktif sangat. Tumpu pada study, tapi kalau setakat nak lepas tension tak pe je. Jangan jaga koop beria sangat (Tin tau Qila Koopian berjaya). Hehe. Tahniah sekali lagi Qila dan teruskan usaha Qila untuk PMR akan datang.

MyEm0.Com As for me, memandangkan adik2 Tin semua kini sedang bertungkus lumus untuk buat yang terbaik, dan ada juga yang sudah bertungkus lumus serta mendapat keputusan yang terbaik, jadi Tin juga mesti berusaha yang terbaik. InsyaAllah Tin akan menghadapi mid term exam kedua hari Sabtu 21hb. Tin mohon doa dan restu daripada Abah, Mak dan Adik2 agar Tin dapat jawab soalan dengan baik dan lancar. Dan juga Tin minta semua doakan Tin berada dalam keadaan yang sihat memandangkan musim sejuk yang dah nak masuk ni membuatkan Tin mudah demam. Buat adik2 Tin semua, marilah kita sama2 menggembirakan hati Abah dan Mak yang sentiasa menggembirakan hati kita sedari kecil lagi.

~One Happy Family Forever...InsyaAllah...~

p/s-Emoticons tu memang padan dengan semua orang....hehe....

15.11.09

~Seandainya....~


Sejak dua menjak ni, hati dan fikiran menerawang kembali semula ke zaman nakalku, ketika aku masih lagi kecil. Tika itu di mana aku tidak mengerti apa itu masalah, cabaran, dan dugaan hidup. Tika itu juga aku tidak mengenali apa itu tanggungjawab, amanah, jujur dan lain2. Apa yang aku tahu, hanyalah main, gembira, sedih (kalau tak dapat apa yang aku nak), seronok, seolah-olah hidup ini selamanya bahagia. Aku tersenyum sendirian, teringat betapa nakalnya aku, sebagai seorang kakak yang selalu sangat buli Arip (adik yang paling dekat jaraknya denganku). Betapa manjanya aku, terutama sekali bila ramai yang melayan. Betapa kuatnya aku main masa kecil, terutama bila dapat lepas pagar rumah main kat taman permainan, dah masuk Maghrib puaslah Abah dan Mak pujuk suruh balik. Betapa mengadanya aku, patutnya dah boleh berjalan tapi nak gak minta Abah dan Mak dukung selalu. Betapa beraninya aku (kot), nak sangat makan ais krim sampaikan aku berjalan seorang ke kedai hujung sana sedangkan Mak dahpun belikan ais krim masa tu. Risaunya la Mak masa tu (Mak, minta maaf ye). Masa tu aku rasa apa yang aku fikirkan adalah untuk kegembiraan diriku sendiri.

Bila teringat balik semua ini, terasa seperti hendak putarkan semula jam dan patah balik ke zaman itu. Zaman yang aku kira paling seronok. Tak perlu fikirkan macam2. Tak perlu susah hati selalu. Tapi, apa yang telah aku lalui ini semuanya hanyalah tinggal kenangan dan pengalaman yang sangat indah. Inilah dia lumrah kehidupan, dan juga fitrah masa. Bila kita sudah melaluinya, maka tiada lagi ruang untuk patah balik, tapi pengalaman dan juga kenangan yang kita dapat biarlah menjadi pengajaran dan juga sebagai penguat semangat untuk meneruskan hidup di masa hadapan.

Dalam hidup ini, tak selamanya kita akan menjadi kanak2. Allah ciptakan fasa hidup ini berperingkat bagi memudahkan hamba2 Nya memahami fitrah kehidupan ini. Tidaklah lahir2 sudah boleh baca buku ataupun boleh berjalan berlari ke. Pasti setiap apa yang diciptakan ada hikmah dan hukum tersendiri. Apabila makin dewasa, pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas sebagai pengalaman dalam menghadapi masa hadapan. Makin lama, hidup ini makin mencabar, kalau tiada cabaran, tak merasalah 'thrill' nya.

Sebenarnya kenangan masa kecil dulu, bila aku teringat balik, sedikit sebanyak dapat mengubat perasaan yang sedikit tertekan. Ada masanya tekanan yang datang, ada pelbagai cara untuk kita ubatinya. Ternyata kenangan yang tinggal ini tiada sia2 nya. Kenangan ini bila ingat balik, memang lucu, malu pun ada gak. Hehe. Alhamdulillah kerana aku berpeluang memiliki kenangan hidup yang indah. Terima kasih Abah dan Mak kerana membesarkan Tin dengan penuh kasih sayang dan juga kesabaran. Kini tibalah giliran Tin untuk menggembirakan hati Abah dan Mak dengan menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya InsyaAllah (doakan ye Abah dan Mak).


Masa minta air gas kat Abah, dan nak minta gula2 kat Pak De. Hehe.
(gambar lama, dah rosak sikit, tapi masih lagi ada nilainya tersendiri)

11.11.09

~Selamat Hari Lahir Arah.....~

Kameraku jadi milik Arah kejap...hehe....

11/11/92. Ketika itu aku dan Arip masih lagi kecil dan baru sahaja nak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang baru nak masuk winter di England. Masa dalam perjalanan ke England Mak dikira beruntung kerana lepas naik kapal terbang sebab kalau ikutkan masa tu Mak dah sarat mengandungkan Arah untuk 7 bulan. Alhamdulillah Mak lepas terbang sekali, kalau tak, huhu, tak tahu la pula ye macam mana. Hehe.

Tarikh ini merupakan tarikh lahir adikku yang ketiga, Farah Adibah binti Mohd Nasir. Aku biasa panggil dia Arah atau Rah je. Kawan2 sekolah dia semua panggil dia Adeeb. Katanya dia yang nak, tapi bagiku sesuai je nama tu dengan perwatakan dia yang sempoi dan selamba gitu. Hehe, kalau nak diikutkan, perwatakan dia masa kecil dahulu sampai sekarang memang berbeza. Tapi, kecerdikan dia tetap sama.

Ingat lagi masa kecil dulu, masa tu Arah baru masuk Nursery kat England dulu, Abah tiap2 hari bertanyakan guru kelas Arah. Dan tiap2 hari itu jugalah guru kelas dia akan beritahu Abah yang Arah langsung tak mengeluarkan satu perkataan dalam kelas. Begitulah senyapnya Arah selama sebulan. Tapi sekarang, kalau dia balik ke rumah setiap kali cuti, alamatnya sakit perut la semua orang asyik gelak dengar cerita dia.

Arah ni sedikit berbeza berbanding aku dan Qila di mana dia ni, tak suka coklat dan bunga. Bukan setakat tak suka, memang anti sangat pun. Hehe. Puas la pujuk dia rasa coklat2 yang sedap tapi janganlah nak rasa, kadang2 pandang sebelah mata pun boleh kira mujur la (hehe, Arah, hiperbola terlebih sikit la). Sejak bila dia jadi tak suka coklat pun tak tahulah sebab rasanya masa kecil2 dulu Arah ni makan je coklat.

Cara Arah fikir sesuatu sangat matang. Ada masanya akan ku ceritakan padanya dan meminta pendapat dia. Walaupun idea Arah gila2 sikit, tapi sangat terkesan di hati. Dalam idea Arah yang selalu gila2 ni, ada maksud nasihat di sebaliknya. Ingat lagi malam sebelum aku terbang ke sini, macam2 yang dia pesan. Dan aku masih lagi ingat semua pesanan dia.

Arah, di hari lahirmu, Tin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-17. Moga diberkati umurmu dan dimurahkan rezeki. Memandangkan tahun ni Arah bakal ambil SPM, Tin ucapkan all de best for ur exam. Keep it up k. I know u can really do it. Tin doakan Arah dipermudahkan urusan sepanjang peperiksaan dijalankan dan juga sepanjang hayat Arah. Love u Sis.....

8.11.09

~Gambar ke Rasheed...~

Alhamdulillah, selesai sudah upload gambar2 ini. Di sini aku upload beberapa gambar yang boleh menceritakan suasana perjalanan kami di Rasheed.

Kawasan Qala'ah Rasheed

Tangga nak naik ke bahagian atas kubu.

Pemandangan dalam kawasan kubu

Dalam kubu ni juga ada masjid.

Dengan Shila..

Pemandangan dari atas kubu.

Bot2 nelayan.

Kepala siapa la pula yang tersesat tu.

Laparnya....baru nak makan sarapan...

Baca novel sementara nak ke Multaqa' Bahrain

Multaqa' Bahrain

Jom ke pantai!!!!

Jauh perjalanan luas pemandangan

Qasrun Najihin bertenggek kat batu pantai...

Pemandangan di Multaqa' Bahrain (di sini dah masuk bahagian air masin)

Mencari dan terus mancari yang cantik dan unik...

"Ni hiasan untuk balang Ryo n Ranchuu..." Fiza pas kulit kerang....

Kawasan berkelah

Jom makan!!!!

Suasana gamat semasa pertandingan bergu lagu.

Kami bertiga dengan gula2 kapas

Menghadap Sungai Nil yang tenang

Pemandangan sebelum pulang semula ke Alex.

Ini sahaja gambar2 yang diupload. Ada banyak je lagi gambar tapi tak kesempatan nak ambil lagi kat kawan2 lain.

6.11.09

~Berjalan, melihat dan menafsir......~

Kalau ikutkan, memang terasa penat yang amat. Tapi dalam hati berkobar-kobar ingin berkongsi pengalaman perjalanan kami ke salah satu tempat yang dikira bagiku sungguh menakjubkan. Terima kasih kepada sahabat2 3rd year yang bertungkus-lumus menguruskan trip ke Rasheed ini. Moga Allah membalas usaha baik kalian semua.

Rasheed, atau nama BI nya Rosetta, merupakan salah satu bandar pelabuhan di laut Mediterranean di negara Mesir. Bandar ini juga terletak 65 km di sebelah timur Alexandria (dekat je).

Kali ini aku ingin menceritakan pengalaman kami semua ke Rasheed, salah satu tempat pertembungan antara air laut (laut Mediterranean) dan air tawar (Sungai Nil). Berikut adalah kronologi perjalanan kami hari ini:-

7.00 pagi

Sepatutnya kami dah patut berada di Gami' Ibrahim. Hehe. Tapi, gayanya semua terlambat sedikit pagi ini. Kami semua keluar dari rumah dalam pukul 7.15. Apabila sudah dipastikan semua barang2 yang perlu dibawa sudah siap, aku, Hasanah, Zatil dan Shila bergerak sekali. Fiza dah keluar awal sedikit memandangkan dia kena jaga bahagian makanan, manakala Alliah keluar lambat sedikit kerana ada hal yang dia selesaikan awal pagi tadi. Sampai sahaja di sana, kebanyakan kawan2 lain dah sampai. Tapi............... coaster yang ditempah sampai............ 2 jam lambat. Waaaa........

9.00 pagi

Akhirnya bertolak juga kami semua ke Rasheed. Aku dan ahli bait semua ditempatkan dalam bas 1. Perjalanan akhirnya bermula diiringi dengan doa perjalanan yang dibaca oleh Ust Isahak (pegawai MARA). Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah ini aku isikan dengan membaca novel 5 Tahun 5 Bulan. Ada masanya aku melihat juga ke arah luar. Tepi2 jalan ke sana penuh dengan ladang Balah (sejenis tamar). Aku juga kagum kerana aku berkesempatan ternampak penduduk tempatan menurunkan buah ini dalam satu tandan yang banyak dan besar.

10.30 lebih pagi

Alhamdulillah, sampai juga kami semua ke destinasi pertama kami, iaitu Qala'ah Rasheed (Kubu Rasheed). Kubu ini merupakan kawasan yang paling strategik sebagai pertahanan, oleh sebab itulah kubu ini juga merupakan rebutan penjajah2 dulu. Antara sebab kawasan ini dikatakan strategik adalah kerana kedudukan kubu ini yang hampir dengan laut, di mana mudah untuk askar2 semua meminta bantuan dari segi makanan dan sebagainya. Apa yang kami dapat lihat di sini hanyalah replika sahaja kerana kebanyakan harta peninggalan di sini telah dibawa ke muzium di London untuk ditayangkan di sana. Ternyata kubu ini menguji kegayatan kami kerana rekaannya yang boleh dikatakan agak tinggi. Di atas kubu ini kami ditunjuk secara amnya pertembungan antara air masin dan air tawar.

Selepas solat Jumaat / Zohor

Kami semua mula bergerak ke destinasi kedua, iaitu Multaqa' Bahrain (pertembungan air laut). Subhanallah, kalau diikutkan memang tiada pemisah zahir antara air masin (Laut Mediterranean) dan air tawar (Sungai Nil) ini. Tapi antara tanda2 pemisah ini menurut Ustaz Isahak adalah dengan melihat gelora air ini. Seandainya air itu berombak maka itu merupakan Laut Mediterranean. Tapi kalau air tu tenang sahaja maka itu ialah Sungai Nil. Dalam perjalanan ke Multaqa' Bahrain ini mulanya air kelihatan tenang je. Tapi bila sampai satu tempat ni, kelihatan air sudah mula berombak, petanda itu adalah air laut. Multaqa' Bahrain ini juga dikatakan sebagai tempat membuat kapal untuk seluruh negara Mesir. Tapi kalau nak diikutkan di Dumyat, pertembungan air tawar dan air masin ini kelihatan lebih jelas berbanding Rasheed. InsyaAllah kalau kesempatan nak juga ke sana.

Selepas ke Multaqa' Bahrain, kami semua berhenti sebentar untuk makan2. Dengan berbekalkan nasi sate Romansa dan juga pot luck yang dibawa, kami semua berkumpul makan sama2. Seronok dan gamat suasana makan berkelah ini. Tikar yang dibawa rupanya tak cukup untuk kami semua. Haha. Aku merupakan salah satu mangsa yang kena duduk atas rumput saja. Hehe, takpe, seronok gak sebenarnya. Selepas makan, trip kami ini diisi dengan sedikit tazkirah berkenaan ukhuwah. Memandangkan ahli keluarga dan sanak saudara jauh di mata, maka ukhuwah antara kami semua perlulah kuat dan erat dalam menempuh kehidupan yang mencabar ini bersama.

Bab ni yang best. Hehe. Ada games untuk kami semua. Game pertama, Siapa Cepat Dia Dapat. Aku dikira tidak bertuah kerana item2 yang dicari tiada padaku. Huhu. Tapi game kedua ni seronok. Hehe, bergu tajuk2 lagu mengikut bas masing2. Di sini aku dapat melihat, perbezaan semua orang sebenarnya di sini saling melengkapi satu sama lain. Yelah, masing2 minat lagu yang lain2. Ada yang minat BI, BM, retro, rock kapak, indon, jiwang karat, nasyid, k-pop, j-pop dan macam2 la. Jadi bila buat bergu lagu ini, ada yang jawab untuk lagu ini, ada yang jawab untuk yang itu pula. Dan akhirnya juaranya ialah...... Bas 1 dengan markah 10.5. Hehe. Point 5 tu kerana kami jawab tajuk separuh dan..... dah habis masa dah.

Selepas Asar

Musyrif semua meminta kami berkumpul masuk bas dan dibawa ke masjid untuk solat Asar. Selesai solat Asar, kami pun mula bertolak pulang ke Alex. Ada tempat yang tak dapat dibawa (maaf semua, musyrif ada sebut nama masjid tapi masa tu aku tak dengar apa nama masjid itu), masjid itu kini sedang dibaiki dan akan dibuka semula tahun depan. Tak ada rezeki kami semua. Tak pe, perjalanan ini cukup menyeronokkan walaupun penat. Dalam 15 minit sebelum Maghrib, Alhamdulillah kami semua selamat tiba semula ke Gami' Ibrahim.


Berjalan, melihat, dan menafsir. Kita berjalan untuk merehatkan minda, melihat kebesaran Allah dan juga menafsir betapa besar kuasa-Nya ini. Meskipun puas kami fikir tentang pemisah antara air masin dan air tawar ini, tapi ternyata jawapannya adalah itu semua bukti kekuasaan-Nya. Alhamdulillah aku masih diberikan masa dan nikmat sihat dalam mengikuti trip ini dan berkongsi trip ini kepada kalian semua. InsyaAllah gambar akan diupload lain waktu ye. MyEm0.Com

1.11.09

~Welcome to my life.....~

Selesai sudah paper mid term semalam. Alhamdulillah boleh dijawab walaupun kepala tengah pening akibat demam selsema. Mana taknya, hawa sejuk hujan yang turun pada hari Jumaat mulanya membuatkan aku terbersin tak berhenti. Kemudian makin lama badan pun naik seram sejuk dan akhirnya demam. Huhu. Walaubagaimanapun, ahli bait semua prihatin dengan membekalkan ubat2 yang berkaitan dengan demam selsema ni. Ramai juga sahabat2 yang turut memberi kata2 semangat dalam melawan sakitku ini. Terima kasih semua. Really appreciate it.

Cutiku pada hari ini aku manfaatkan sebaik-baiknya untuk menguruskan edisi TLOA (The Letters of Avicenna) yang ku tinggalkan sementara nak exam semalam. Hampir kesemua AJK dah pun hantar kerja masing2 pada masanya. Cuma ada sedikit pengecualian kepada satu atau dua orang AJK yang lain. Hari ini juga aku gunakan sebaiknya untuk merehatkan dan menguatkan kesihatan diri yang terjejas untuk beberapa hari sebelumnya. InsyaAllah esok aku bakal memasuki blok baru untuk semester ini iaitu CNS (Central Nervous System / Sistem Saraf Pusat). Blok ini kelihatannya sangat mencabar kerana pada sesi PBL semalam ternyata kes yang kami dapat dikira boleh tahan mencabar. Kepada ahli Section 2 sekalian, buat slide PBL elok2 ye (mandat daripada chairperson ni. Hehe).
MyEm0.Com

Tajuk entriku di atas kali ini merujuk kepada kehadiran ahli baru dalam hidupku. Ahli baru ini bukan insan ye. Hehe. Hmmm, bukan juga kucing walaupun aku ini dikira sangat menyukai kucing dan yang sespesies dengannya. Entah kenapa minggu lepas aku terfikir untuk membela ikan. Pelik kan?? Mungkin terbawa dari kampung kot, seronok tengok Adik dan juga sepupuku main dengan ikan yang Paksu bela. Petang tadi dengan roommateku, Fiza, kami bersama-sama ke Azzarita. Sampai je kat kedai ikan ni, rambang gak mata tengok warna warni sangat ikan2 ni. Setelah tanya pakcik kedai yang mana senang dijaga, akhirnya dapatlah dua ekor ikan yang kecil dan comel.

Sampai sahaja rumah, masa nak letak ikan2 ni dalam bekas dia, ternyata ikan ni malu2. Hehe. Bila dah letak dalam bekas lagilah, main sorok2 kat pokok dia pulak. Sekarang ni barulah dia berani sikit nak tunjuk muka kat orang. Kalau tak, menyorok la dia kat celah2 pokok dia tu. Bak kata Fiza, dia dah mula kenal tuan dia. Itu yang bila tuan dia tengah lipat baju dia tengok je tuan dia ni. Comel betullah diorang ni. Sekarang ni diorang masih lagi aktif bergerak, cuma kadang2 bila tengok balik senyap pulak. Yang comel bila jaga dua ekor ni, dia ada kawan. Bila seekor bergerak ke sini, yang seekor lagi ikut. Begitu juga sebaliknya. Tapi yang aku perasan pasal ikan2 aku ni, rupanya mereka ni penyegan sangat. Haha. Puas nak tangkap gambar diorang dalam semua posisi. Dapat gak la tangkap cuma posisi tak berapa cantik sangatlah. Tak pe la ye. Sekadar nak memperkenalkan ikan2 ni kepada kalian semua.

Tak sebut lagi nama ikan2 ni. Fiza mencadangkan agar salah seekor diberi nama Ranchuu, sempena spesies ikan seolah macam ikan emas di Jepun. Jadi aku bagi nama Ranchuu kepada salah seekor yang saiznya lebih besar. Entah kenapa aku rasa macam nama itu sesuai dengannya. Ranchuu ini fizikalnya besar sedikit, ekornya dua lapis, lebih banyak warna oren daripada putih, dan juga matanya yang lebih hitam. Manakala seekor lagi aku namakan Ryo. Saja aku nak bagi nama dua2 mula dari huruf R. Ryo saiznya lebih kecil, lebih banyak warna putih daripada oren, ekornya selapis je dan matanya lebih galak daripada Ranchuu.

Memandangkan ikan ini adalah hidupan yang juga ada perasaan, maka segala yang berkaitan dengan Ryo dan Ranchuu telah pun menjadi tanggungjawabku. Dari segi makan, kebersihan air semua dan juga keselesaannya perlu aku jaga agar diorang tidak teraniaya. Lagipun, haiwan peliharaan ini seandainya dijaga dengan baik, InsyaAllah diorang akan mendoakan tuannya semula. Dan juga haiwan peliharaan ni kalau kita layan dia sedikit sebanyak menenangkan perasaan.

Cukuplah sekadar di sini aku menceritakan tentang Ranchuu dan Ryo ni. Di sini akanku uploadkan gambar2 diorang yang tak seberapa sekadar memperkenalkan diorang kepada kalian, terutama sekali kepada ahli keluargaku yang sudah dimaklumkan tentang keinginanku membela ikan. Alhamdulillah mereka menerima dan membenarkan. Terima kasih Abah, Mak dan Adik2 semua. Dan juga terima kasih kepada ahli baitku kerana turut memberi sokongan kepadaku membela ikan2 yang sangat comel ini.

Yang nampak kat depan tu namanya Ranchuu. Dia ni lebih penyegan banding dengan Ryo.

Yang pandang ke arah luar itulah Ryo. Galakkan mata dia. Dia ni suka pandang orang sikit. Hehe.