Pages

30.12.10

~Hypoglycaemia..~

P/S : Entri kali ni, entri yang paling panjang aku tulis. Dan ini lebih kepada pengalaman diriku sendiri. 


*******
Hari yang agak lapang hari ni. Cuma ada sesi ILA dan assignment. Tapi, minggu depan ada exam OSCE (Long Case). Terus terang, not well prepared lagi. Tapi, masih belum terlambat. Chaiyok2.


Hypoglycaemia, bukan ke ni tajuk assignment tadi??


Ni lah tajuk untuk assignment tadi, presented by Unit 1 @ Diabetic. Tajuk nampak simple, tapi, banyak gak implikasinya. Dan yang sebenarnya.....


*******
Pertengahan tahun 2005 (form 4).


"Mak, balik bermalam kali ni Tin balik umah Embah......"


"Ha, yelah. Nanti gitau Embah lanang (atuk) atau Paksu minta tolong amikkan nanti..."


Sebenarnya, sejak masuk form 3, kalau balik bermalam pendek, aku stay kat sekolah je. Dengan kawan2 yang tak balik dan masa tu lah nak conquer satu blok aspuri kan (termasuk DeMa aka dewan makan sekali). Tapi, cuti kali ni, aku teringin nak balik.


*******
Jumaat (Hari balik bermalam)


Beg dah siap bawa ke balai menanti. Embah cakap lepas solat Jumaat dia terus ambil. Embah lanang dulu tentera, jadi, punctuality tu sangat penting. Aku awal2 dah siap tunggu. Tak nak 'benda' lain pulak jadi.


Tiba nampak Abah dan Embah datang ambil. Abah??? Bila masa pulak Abah balik kampung? Dalam hati dah ada bunga2 excited. Seronoknya, Mak, Qila dan Adik pun mesti ikut sekali (Arip dan Arah lak masa tu kat asrama). 


Setelah masuk dalam kereta, Abah bagi tahu yang mereka semua dah ada kat kampung sejak semalam. Keadaan Embah wedak (nenek) tak menentu. Sekejap ok dan sekejap tak.


Sampai je umah Embah, semua menyambut kepulanganku. Cuma, Mak je ada kat bilik Embah wedak. Aku ke bilik Embah wedak. Salam dan peluk cium Mak dan Embah. Embah wedak nampak lemah. Mak kata, keadaan semalam lagi teruk berbanding hari ni, sebab semalam Embah tak sedarkan diri untuk beberapa lama jugalah.


*******
Sabtu, 3.00 pagi.


Aku terjaga dari tidur. Dengar suara Mak, Abah dan Embah lanang. Pastu dengar pulak suara Pak Ngah. Aku tengok adik2 ku dua orang, mujur diorang tidur lena. Aku keluar dari bilik, tiba dengar bunyi siren ambulans. Embah wedak tak sedarkan diri lagi. 


Mak dan Embah wedak naik ambulans. Aku lak ikut Pak Ngah. Cayalah Pak Ngah. Speed bawa Kancil entah berapa km/j. Yang pasti memang drift la (mujur tak de polis trafik). Abah dan Embah lanang stay kat umah, memandangkan ada dua orang budak kecil tengah tidur lagi. 


Sampai kat hospital, Embah wedak terus masuk Wad Kecemasan, dan tak lama lepas tu pindah masuk CCU. Masa ni, Mak balik dulu dengan Pak Ngah. Aku jaga Embah wedak. Mula2 duduk sebelah Embah, aku tengok, Embah tengah drip dengan botol label merah tulis 'GLUCOSE'. Mengantuk tetap rasa. Mata pejam celik sampailah ada nurse masuk. Dia nak ambil bacaan gula dalam darah Embah. Muka nurse berubah. Lepas tu dia keluar, masuk balik bawa botol label biru tulis 'INSULIN'. Tukar drip.


Tinggal aku dan Embah berdua semula. Aku dah nak tersengguk, tiba2 aku nampak Embah macam menggigil. Dahi Embah berpeluh. Aku pegang tangan Embah, sejuk, basah dan menggigil. Ni bukan sesuatu yang biasa terjadi. Aku pun keluar dari bilik CCU nak cari nurse. Jalan2 nampak nurse kat tepi..


"Nurse, nenek saya....."


Aku minta nurse ikutku ke bilik CCU. Nurse ambil lagi bacaan gula dalam darah Embah. Pastu, nurse tukar balik, botol 'INSULIN' tadi dengan botol 'GLUCOSE'. Dan lepas tu, nurse pun pesan...


"Adik, nanti kalau ada apa2 tekan butang ni ye. Nanti akan ada nurse datang..."


Haha. Baruku tahu ada butang sebegitu. Aku pun sambung jaga Embah. Nak terlelap lagi, nurse datang ambil bacaan gula dalam darah. Macam tadi, botol 'GLUCOSE' tukar semula kepada 'INSULIN'. Dan ini yang aku kena tengok, takut jadi macam tadi. Dan memang ye, tak lama lepas tu, benda yang sama jadi semula. Kali ni aku panggil nurse dengan tekan butang kat tepi katil tu. 


Untuk beberapa kali botol 'GLUCOSE' dan 'INSULIN' tukar2. Sampailah dekat nak Subuh barulah keadaan Embah mula stabil. Badan Embah dah boleh tolerate dengan 'INSULIN'. Aku pun lelapkan mata sekejap. Mengantuk gak rasa. Tapi, dalam nak terlelap, aku terfikir, apa kesan botol 'GLUCOSE' dengan 'INSULIN' tadi. Kenapa asyik kena tukar je dua botol ni. Kenapa keadaan Embah masih lagi tak sedarkan diri dari tadi. Aku cuma dapat lihat Embah menggigil je.


Dalam pukul 7 lebih pagi, aku baru nak terlelap .Tiba Embah lanang datang dengan Pak Ngah. Mak tak sampai lagi. Mungkin dalam pukul 8 lebih kot. Embah lanang suruh Pak Ngah bawa aku balik. Embah lanang akan jaga Embah wedak sementara Mak datang nanti. Aku ikut Pak Ngah, tapi sebelum tu, Pak Ngah bawa aku sarapan kat kedai tepi hospital.



********
Sabtu, 3.00 petang


Dah tidur semua kat rumah. Baru rasa segar sikit. Kerja sekolah? Memang aku tak tengok pun. Aku melayan adik2 ku. Tidur. Borak dengan Abah. Sampailah tiba giliran aku jaga Embah wedak.


Sampai kat hospital, Embah dah pindah masuk wad biasa. Masuk je wad dia, rasa seronok sangat. Embah dah sedar. Dia tersenyum ke arahku. Aku salam peluk cium semua macam biasa. Pastu macam2 benda yang kami borakkan. Embah tanya pasal kerja sekolah. Aku sekadar senyum je. Fahamlah Embah yang aku tak buat pun kerja sekolahku. Embah pesan...


"Atin nanti belajar rajin2. Jangan malas. Atin contoh untuk adik2 Atin. Nanti Atin belajar rajin2, jaga Mak dan Abah masa diorang dah tua. Jadi orang yang berguna......"


Macam2 lagi yang Embah pesan. Aku angguk dan berjanji dalam hati. Embah kelihatan sangat penat. Aku jaga Embah sampailah Mak datang dengan Pak Long sekeluarga. Lepas tu, aku ikut Pak Long sekeluarga makan, sementara Mak sambung balik jaga Embah.


********
Ahad


Aku dah kena balik asrama. Dengan berbaju batik, aku melawat Embah wedak. Dan siapa sangka, itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya dalam keadaan sihat walafiat.


Embah tersenyum tengok aku pakai baju batik. Setelah salam, aku peluk dan cium Embah. Dan pelukan itu, yang paling lama dan paling erat aku rasakan dalam hidupku.


*******
Hujung bulan September 2005


Penat. Masa kokurikulum tadi, aku rasa rindu lak kat Mak. Aku pun telefon rumah. Tapi pelik. Mak tak angkat. Aku telefon handset Abah. Rupanya semua ada kat kampung. Keadaan Embah wedak tenat. Aku menangis di telefon. Mak mintaku bertenang. Aku cakap kat Mak, aku akan usahakan untuk balik bermalam (walaupun dah tahu yang mungkin takkan dapat).


Aku balik ke dorm. Aku menangis semahu-mahunya. Aku teringat kali terakhir aku peluk Embah. Dalam fikiranku, tak mungkin... Tapi siapa aku yang boleh menolak takdir. Puas juga  kawan sedorm ku memujukku. Kakak2 dorm pun tolong pujuk sekali. Terima kasih Ayuni, Dina, dan Naa sebab tolong tenangkan keadaanku.


Aku jumpa Bonda (HEM) untuk meminta kebenaran balik bermalam. Tapi, Bonda kata, dia hanya boleh bagiku kebenaran outing lepas sekolah hari Jumaat sampai pukul 5 petang. Aku pun terima jelah walaupun hati berat nak balik bermalam juga.


********
Jumaat, 30 September 2005.


Pada mulanya, aku dapat kebenaran sampai pukul 5. Tapi bila terserempak dengan Bonda, aku dapat anjak sampai pukul 6. Alhamdulillah.


Sampai HTAA. Mak terus bawaku dulu naik ke wad Embah. Disebabkan lif sesak, aku nyaris tersepit kat pintu lif. Huhu. Cuak gak.


Sampai je kat wad Embah, aku seperti tak kenal, itulah dia nenekku. Betapa lainnya Embah. Makin cengkung. Makin kurus. Bercakap pun tak faham sebutir apa pun. Bernafas pakai mask. Kat buah pinggangnya disambung mesin haemodialysis. Segala jenis wayar berselirat pada badan dan tangannya. Betapa seksanya aku tengok keadaan Embah masa tu. Air mata dah bertakung.


Aku lari ke tandas sambil tarik Syifa, sepupuku ikut sekali. Aku menangis lagi. Keluar dari tandas, aku tak masuk terus wad. Aku tunggu sampai aku rasa betul2 bersedia.


Masuk semula, aku tahu Embah pelik tengok aku larikan diri macam tu tadi. Aku cuba tersenyum. Embah pegang tanganku. Dia cuba nak cakap atau tanya sesuatu, aku dekatkan telingaku. Tapi aku tak faham. Tapi aku nampak isyarat tangan Embah tunjuk ke arah Adik. Aku rasa macam aku dapat tangkap sesuatu....


"Oh, Arip dan Arah tak dapat balik. Diorang kat asrama. Sekolah lagi. Diorang kirim salam kat Embah. Embah kenalah kuat, nanti Embah boleh jumpa diorang..."


Muka Embah nampak lega. Betullah tekaanku. Embah tanyakan pasal Arip dan Arah. Memang dua orang adikku ni antara yang paling lama tak jumpa Embah.


Dah dekat pukul 5.30. Aku dah kena bergerak balik semula ke sekolah. Aku salam Embah, cium tangannya, cium pipinya, cium dahinya. Aku genggam tangan Embah erat. Aku tak nak berpisah dengannya.


Dalam kereta, aku menangis lagi. Mak dan Abah senyap je. Qila dan Adik pun senyap. Dalam hati, aku akui, daripada Embah terseksa sebegitu sekali, aku lebih rela kalau Embah pergi dengan aman. Aku tak nak Embah sakit sebegitu gaya sekali. Aku tak nak Embah berselirat dengan wayar tube semua. Tapi, itu semua, kuasa ALLAH.


**********
Sabtu, 1 Oktober 2005, Lepas Maghrib (tarikh yang aku takkan lupa)


Ceramah lepas Maghrib setiap hari Sabtu. Tetap diadakan macam biasa. Aku hanya duduk dan mendengar. Perasaan rasa sedikit lain. Aku tidak dapat tumpu dengan apa yang Ustaz sampaikan. Hinggalah ada suara junior panggil......


"Kak Fatin. Ada orang panggil."


Aku pusing belakang. Aku nampak kawan2 ku tunjuk ke arah luar surau.


"Fatin, ayah awak kot kat luar.."


Abah??? Adakah.....


"Tin, Embah dah tak de. Embah pulang petang tadi sebelum Maghrib. Gi ambil barang, minta kebenaran balik."


Tenang Abah tuturkan satu persatu kata2 nya. Embah......


Masa tu, aku rasa macam....Entah, aku pun tak reti nak gambarkan, apa yang aku rasa. Aku terus balik ke dorm, ambil semua yang patut. Aku minta kebenaran daripada warden asrama. Kad balik bermalam ada kat kelas, jadi aku hanya gunakan kertas kosong sahaja. Sampai kat kereta, surat kebenaran tercicir (padahal sebenarnya, ada dalam kereta, tersorok bawah beg). Aku masuk semula ke asrama, minta semula kebenaran. 


Sampai kat rumah Embah, jenazah Embah wedak tak sampai lagi. Bergema surah Yaasin yang dibacakan ketika itu. Aku ambil semula wudhu', solat Isya' dulu, kemudian baru ikut sekali saudara maraku yang lain baca Yaasin.


Dalam dekat pukul 10, baru jenazah Embah sampai. Aku meneruskan bacaanku macam biasa.  Kemudian, Mak mintaku baca al-Quran, mula dari surah al-Baqarah. Dalam keadaan teresak, aku mulakan bacaan al-Quranku. Kemudian, Tok Cik Amir (adik Embah), mintaku bertadarus dengannya. Dan kami bergilir membaca, sampailah pukul berapa, tapi yang pasti, dah lewat malam.


Mak menyuruhku tidur. Tapi, aku rasa macam tak boleh tidur. Mak pujuk juga sebab esoknya macam2 benda nak kena buat. Aku pun bergerak. Aku pandang wajah Embah, rindunya. 


"Biasanya, Atin akan tidur sebelah Embah. Tapi lepas ni, Atin dah tak de lagi peluang untuk tidur sebelah Embah lagi...."


Dan akhirnya, aku tertidur. 


Esoknya, Embah selamat dikebumikan. Satu kawasan dengan kubur Abang, Nyang (moyang), Pak Andak (adik Mak), dan saudara maraku yang lain.


*******
Hypoglycaemia.


Anti-diabetic drugs, one of its long term side effects, is hypoglycaemia. (Embah memang bergantung pada ubat2 ni dari aku sekolah rendah lagi)...


Tingling of the hands, palpitatation, sweating, fainting......some of the signs and symptoms for hypoglycaemia (apa yang berlaku pada Embah, aku takkan lupa sampai bila2)...


People with long-standing severe diabetes are particularly prone to severe hypoglycemia.


********
Khamis, 30 Disember 2010


Kalau 5 tahun dulu, aku tertanya kenapa Embah asyik kena tukar 'GLUCOSE' dan 'INSULIN', kini aku dah tahu sebabnya.


Kalau dulu, aku tertanya, kenapa kaki Embah yang sebelah tu kena potong, kini, aku dah dapat jawapannya.


Kalau dulu aku asyik main picit2 pada kakinya yang bengkak (soft pitting oedema), kini, aku dah tahu apa puncanya.


Kalau dulu, aku rasa, penyakit kencing manis (diabetes) penyakit yang biasa orang kena (sebab biasa dengar), baru kini aku tahu yang penyakit ini sangat kronik, memberi kesan dalam jangka masa yang sangat lama.


Oleh sebab aku dah tahu, jadi kini, aku perlu berperanan untuk mencegah, dan mengawal. Aku tak mahu perkara sebegini berulang lagi. Aku tak sanggup berhadapan dengan situasi ni lagi, terutamanya pada insan yang amat aku sayang. 


*******
Rindu...


Aku rindu pada senyum manisnya.


Aku rindu pada kata2 semangatnya


Aku rindu cara dia mengambil hatiku.


Aku rindu untuk tidur di sebelahnya.


Aku rindu untuk mendengar kisah2 nya.


Aku rindu pada kekuatan semangatnya, dalam meneruskan hidup. Kekentalannya hadapi penyakit ini. Ketabahannya berhadapan dengan situasi ni. 


********


"Ya ALLAH, ku mohon, agar KAU memberi keberkatan pada roh nenekku, dan KAU tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang soleh, beriman dan yang KAU redhai....Amiin.."


*******
p/s - Maaf, tak translate ayat BI tu ke BM. Rasa macam pelik untuk mem 'BM' kan medical terms. Tapi try juga untuk belajar translate nanti.

25.12.10

~Entri express...~

Walaupun dari tadi asyik bunyi cakap nak tidur je, tapi terasa dalam hati ingin meluahkan sesuatu. Cuma kelainan untuk kali ni, aku ingin dedikasikan lirik sebuah lagu khas kepada......


Semua sahabat2 yang sentiasa berada di sekelilingku. 


Buat sahabat2 dan kawan2 sekolah rendah (Sek Keb dan Sek Ren Agama Seksyen 19, Shah Alam). 


Buat sahabat2 SEMSAS, yang sentiasa di sisi, di kala susah senang. Di kala suka dan duka. Semasa belajar bersama-sama. Semasa gotong royong bersama. Semasa bermain bersama. Semasa makan sama2. Semasa semua2 bersama lah. Serius sangat rindu suasana tu semua. Kenangan lima tahun bersama tu, sangat2 bermakna walaupun macam2 jenis ragam keletah.


Buat sahabat2 LORD SAPPHIRE. Terima kasih kerana sentiasa di sisi, memberikan sokongan. Terutama sekali sahabat2 yang terapat, ahli baitku sayang dan juga ahli group. Tapi tak bermakna ahli batch yang lain tak rapat. Semua ada di sisi di kala aku inginkan pertolongan dan sokongan. Semua ada di sisi yang sentiasa mengingatkan dan menasihatiku di kala aku lalai dan leka. Meskipun semua berasal dari latar belakang yang berbeza, tapi kita semua berada di sini untuk merealisasikan cita2 yang sama.


Sahabat semua, 


Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang baik. Maafkan aku sekiranya tutur kata dan tingkah lakuku mengguris perasaan kalian semua. Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat membantu kalian di kala kalian kesusahan. Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat menunaikan hak2 kalian sebagai sahabatku.


Ku bersyukur kerana ALLAH telah pertemukan aku dengan sahabat2 semua. Sahabat2 yang di mana, dapat membantu diriku menampung dan memperbaiki kelemahanku. Sahabat2 yang tidak pernah lokek membantu. Sahabat2 yang mampu bertahan dengan ragam dan emosiku. 


Kata2 dan tulisan ini sebenarnya, masih tidak mampu untuk mengungkapkan betapa aku menghargai sahabat semua. Tapi seperti yang aku sudah tuliskan di atas tadi, ingin aku dedikasikan sebuah lirik lagu. Walaupun dah biasa dengar, tapi, setiap bait kata2 dalam lagu ni, sedikit sebanyak, menggambarkan perasaan dan luahan rasa.


Terima kasih, sahabatku semua ;)



Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

UNIC : Sahabat Sejati

24.12.10

~Tahniah Acik.. ;) ~

"Salam. Alhamdulillah. Qila dpt 9A.."

Mesej ringkas yang aku dapat daripada Arip pagi semalam, membuatku tersenyum gembira. Alhamdulillah, dalam cuak2 Qila nak ambil PMR dulu, akhirnya membuahkan hasil.

(Apa agaknya yang Acik, Mak, Abah cakap dalam gambar tu? Reaksi muka semua beza sampaikan tak dapat nak agak apa yang jadi. Hehe.)

To dear Acik Qila (hehe, gabung terus).

Setinggi-tinggi tahniah Aca ucapkan. Aca tahu yang Acik boleh buat, cuma Acik kena yakin pada diri Acik sendiri.

Kejayaan Acik dalam PMR merupakan langkah pertama Acik masuk fasa kedua pula. Belajar masa zaman lower form tak macam upper form. Tapi, pada Aca dulu, Aca lagi suka belajar masa upper form. Sangat mencabar dan best la. Hehe. Aca percaya yang Acik boleh buat yang lagi baik daripada kami semua.

Selamat melangkah ke alam upper form. Moga setiap langkah Acik diiringi dengan keberkatan dari-Nya dalam usaha Acik menuntut ilmu. ;)

p/s - Nape bukan Acik yang mesej Aca semalam??? Hehe ;p

13.12.10

~Terima kasih Mak cik :) ~

SEJUK!!!! Mungkin dengan rasminya, dah masuk musim sejuk. Sejuk sangat sampaikan kena pakai sarung tangan nih. Huhu.

*****
Dulu masa posting Unit Head and Neck, Surgery, round yang sepatutnya habis pukul 4, biasanya habis 3.15 hingga 3.30 ke, jarang la balik pukul 4. Jadi, boleh balik rumah awal. Hehe.

Tapi sejak masuk posting baru, Unit Endocrinology, Internal Medicine, jarang2 dapat balik awal. Habis pun biasanya dalam pukul 3.45 hingga 4. Nak pulak sekarang siang makin pendek, tak sampai pukul 5 dah masuk Maghrib. Jadi, nak elak balik dalam keadaan tergesa-gesa, aku solat dulu kat masjid kuliah.

Sampai2, ada seorang mak cik ni. Duduk sambil tengok gelagat kami beberapa orang student Malaysia yang baru habis kelas masa tu. Tiba mak cik tu panggil tanya2 soalan. Mulanya dia tanya aku belajar apa sekarang. Lepas tu ada berapa tahun lagi kat sini dan semua2 benda sampailah dia tanya, adakah kami semua muslimin?

Soalan yang selalu ditanya walaupun pada zahirnya mereka dah tahu kami semua beragama Islam. Kemudian mak cik ni pun cakap, yang kita semua muslimin adalah satu. Kita semua ada satu Tuhan. Kita semua solat 5 waktu. Kita semua membaca al-Quran. Lepas tu mak cik ni pesan,

"Setiap kali kamu sujud, kamu berdoa, kamu doakanlah semua kaum muslimin. Doakan semua muslimin dari Nabi Adam sampai sekarang. Doakan ibu bapa kamu, adik beradik kamu, ahli keluarga kamu. Doa setiap kali sujud dan juga lepas solat. Doakan semua muslimin, sentiasa berpandukan dengan agama Islam, di dunia dan juga di akhirat."

Ada hikmah aku jumpa mak cik ni. Dapat juga sedikit peringatan, untuk diriku sendiri dan juga aku kongsikan kepada semua yang baca ni. Doakan semua muslimin, kerana semua muslimin adalah SATU. Terima kasih mak cik, dan ALHAMDULILLAH.

********
Ribut, hujan lebat, hujan batu, dan angin kuat, melanda Alex untuk 2 hari (Sabtu dan Ahad) baru2 ni, memang yang paling buruk dalam 4 kali aku merasa musim sejuk kat sini. Bermula dengan angin kuat Jumaat malam Sabtu hari tu, berterusan dengan hujan lebat, hujan batu, angin kuat, dan ribut. Jalan pun rasa cam nak melayang je. Dengan meredah hujannya, melawan anginnya, dalam hati hanya mampu berdoa agar terus sihat dan tak jatuh sakit je.

Cuaca buruk ni, macam2 gak benda berlaku. Pokok tumbang, jalan banjir, papan tanda pun tumbang gak. Ada bangunan yang runtuh, bumbung tercabut dan macam2 lagilah.

Alhamdulillah, hari ni dah mula reda sikit, cumanya, sejuk sangat2. Mungkin memang dah masuk musim sejuknya. Terasa macam lambat sedikit banding sebelum ni.

Macam manapun, tetap ke kelas macam biasa. Tetap ke hospital macam biasa. Tetap juga buat aktiviti2 semua macam biasa. Walaupun ribut teruk. Walaupun kena redah hujan lebat. Walaupun payung terbengkok sebab angin kuat. Walaupun terbasah lencun sampai kelas. Tapi semuanya bergerak macam biasa. Semalam jalan kaki je lepas hantar fotostat dari Gamaah ke Camp Chezar, sebab nak tunggu trump macam lama. Sampai rumah, rasa macam 'hilang' hidung dengan jari.

Rupanya cuaca ribut ni masuk berita kat Malaysia. Pagi tadi dapat mesej Mak. Ada nada risau. Tapi Alhamdulillah, kami semua di sini baik2.

*******
Banyak dan panjang pula ceritanya. Ada banyak lagi nak tulis kat sini, tapi kena stop dulu. Posting Internal Medicine setakat ni, boleh tahanlah. Tapi tak selepak Surgery.

ILA menanti. Kena ulang balik baca Biochem yang dah lama tinggal. :)

4.12.10

~Selendang Mak..~

Apabila bayangan wajah keluarga sentiasa bertandang di minda.....

********
Cuti akhir tahun 3 (masa bulan puasa, dah dekat nak raya).

"Tin, amik bakul tudung2 kat bilik belakang.."

"Ok.."

"Pastu amik plastik yang ada baju raya sekali..."

"Ohh. Kat mana?"

"De kat bilik belakang gak.."

Aku ke bilik belakang, ambil semua yang Mak minta. Dah letak semua ni kat lantai ruang tamu..

"Cuba Tin tengok tudung2 semua. Yang tak elok letak tepi. Pastu kalau ada yang elok lagi, padankan dengan baju raya tu. Tahun ni kita cari tudung untuk baju yang tak padan dengan tudung2 kat sini."

Maka bermulalah eksplorasi tudung2. Mula2 tengok dulu yang elok atau tak. Mana taknya, dalam bakul tu, tudung yang aku dan adik2 pakai masa sekolah rendah dulu ada lagi. Setelah diasingkan, satu2 baju dipadankan dengan tudung2 yang ada. Rezeki Mak, mempunyai 4 orang anak perempuan, yang semuanya nak tudung padan dengan baju (termasuklah Adik). Puas jugalah nak cari. Kami 4 beradik perempuan, semuanya berbeza gaya dan cara pemakaian tudung. Maka, bermacam jenislah warna dan corak tudung yang ada.

Setelah siap diasing, baju yang ada tudungnya diletakkan setempat. Manakala baju yang tak ada tudung lagi masuk balik dalam plastik.

"Tak adalah kita nak cari tudung banyak sangat. Karang nanti banyak sangat tudung yang lebih kurang je warna."

Betul juga kata Mak. Selagi elok lagi, boleh dipakai, pakai sajelah. Tak semestinya kena beli yang baru. Kalau tak membazir je.

Satu2 tudung yang dah dikeluarkan dari bakul dilipat dan disimpan semula. Yang tak elok diletakkan asing. Yang nak dipakai diletakkan sekali dengan baju raya untuk dibasuh. Tengah nak simpan semua tudung2 ni..

"Mak, ni selendang siapa?"

"Oh, ada orang bagi. Tapi Mak tak sesuai la nak guna."

"Tapi ni tak semestinya pakai lilit ni. Kalau pakai untuk sejuk2 ni sesuai. Kain dia tebal. Letak dan balut kat bahu je."

"Malaysia ni mana la sejuk."

"Hehe."

"Tin nak ke?"

"Eh, tak pe ke Mak?"

"Amiklah Tin. Kalau simpan pun tak ada siapa nak guna."

*********
Sekarang ni kalau duduk rumah memang sejuk. Dah mula perubahan musim. Kalau kat luar, tengahari kebiasaannya panas. Tapi kalau dari pagi sampai petang duduk rumah, memang sejuk. Cumanya aku masih lagi boleh tahan sejuknya. Dan aku tak suka guna heater. Mudah rasa terhidrat.

Semalam, masa study untuk exam pagi tadi, sejuk sangat. Tapi, nak balut dengan lihaf, rasa macam tebal sangat. Nanti dari nak study, jadi stydo lak. Hehe. Terpandang birai katil. Ada...selendang Mak. Aku pun balut badanku dengan selendang Mak. Hangat dan selesa. Rasa macam....pelukan Mak yang hangat dan selesa. Dan Alhamdulillah, aku sambung semula study ku tanpa rasa sejuk menggigil.

Selendang Mak yang ku pakai sekarang, terasa seperti ku dipeluk oleh Mak, dan juga oleh ahli keluargaku yang lain. Hangat, selesa, tenang, aman, dan selamat. Seronoknya berada bersama mereka.

Alhamdulillah, Abah dan Mak dah selamat sampai rumah. Berkumpul bersama dengan yang adik2 semua. Sangat jeles sebab tak ada sekali dengan mereka semua. Tadi telefon kejap, kecohnya suasana. Rindu. Sangat2 rindu.

Mungkinkah aku berubah fikiran dan rancangan? Terdetik juga dalam hati untuk berubah fikiran dan rancangan ni. Dan makin lama, terasa makin kuat dan kukuh pula. Tak apa, mungkin ambil masa untuk berfikir dahulu. Tapi rasanya nak minta izin kat Abah dan Mak juga esok (InsyaAllah nak telefon lagi).

Ada lagi dua exam akan datang. Dan, bakal posting ke Internal Medicine untuk dalam sebulan lebih. Teruskan berusaha dan berusaha dan berusaha dan akhirnya sandarkan semua usaha itu pada-Nya. InsyaAllah. Bismillahi tawakkaltu a3l ALLAH. :)

17.11.10

~Di sebalik soalan2 'history taking' daripada pesakit..~

Puas rasa hati, dapat buat 3 entri dalam masa sehari. Sementara diberi kesempatan untuk menulis, baik dimanfaatkan sebaiknya.

*******
Pernah ambil history daripada patient?? Bagi siapa yang tak pernah, cubalah ambil sekali (rasa semuanya pernah ambil kan?). Pernah tak, semasa ambil history daripada patient, mereka doakan kita dengan ucapan doa Rabbuna Yunnagahtu (moga Tuhan berikanmu kejayaan, doa yang paling common aku dengar). Ada banyak lagi ucapan doa, tapi yang ni yang aku paling dapat tangkap.

Orang Mesir, salah satu kebaikannya, mereka sentiasa memberikan ucapan doa. Dengan penjual kat pasar, dalam teksi, (kalau pak cik teksi ajak borak), dengan mak cik yang duduk dekat dengan kita dalam trump, lepas borak, pasti akan bagi ucapan doa. Begitu juga dengan pesakit2 yang kami jumpa. Selepas ambil history, adakalanya dengar ucapan doa daripada mulut mereka.

Pernah sekali, masa aku dan Ainulfadila ambil history daripada seorang mak cik, aku tanyakan soalan,

"a3ndek kem sanah?" (Berapa umur anda?)

"khomseen." (50 tahun)

"Enti metgawwezah?" (Anda sudah berkahwin?)

Dan dengan spontannya mak cik ni tergelak. Err, ni first time aku dapat pesakit yang tergelak apabila aku tanya soalan ni. Wanita dalam usia 20-an yang berada di sebelahnya turut sama tergelak. Barulah aku faham, mak cik ni ada anak, sudah tentulah dia ni dah kahwin (sebab wanita tu anaknya). Kemudian mak cik ni cakap (apa yang aku dapat tangkap),

"Kan umur mak cik dah tua. Ada anak di sebelah mak cik pun. Mestilah mak cik dah kahwin. Manalah ada orang yang umur tua2 yang tak kahwin lagi (khususnya perempuan)."

Aku tersenyum. Malu juga rasanya. Aku pandang Ainul, dia layan aje. Betul juga apa yang mak cik tu cakap. Namun, dengan bahasa Ammi ku yang tunggang langgang, ku harap mak cik ni faham apa yang aku bakal katakan.

"Mak cik, kami tahu yang mak cik dah kahwin. Cumanya, ni soalan yang mesti ditanya kepada pesakit dalam periksa nanti. Ada markah untuk soalan ni." (aku translate terus ke BM)

Dan Alhamdulillah, mak cik tu pun dapat tangkap mesej yang aku ingin sampaikan. Mak cik tu memberikan ucapan doa, membuatkan aku rasa sangat terharu, begitu juga dengan Ainul.

Tapi, ketika itu, aku tak tahu nak bagi ucapan doa apa yang sesuai untuk mak cik ni. Rasa macam tak adil pula, mak cik ni doakan kita, tapi kita tak doakan dia balik, meskipun mak cik ni tak terfikir untuk mengharapkan doa daripada kami.

Alhamdulillah, dalam kelas Arab yang lepas, Mudarrisah (cikgu) Asma' tanya kami, apa soalan yang selalu ditanya kepada pesakit. Dan rupanya di sebalik setiap soalan Personal data, ada ucapan doanya.

Soalan 1 :-

Ismek / Ismik eh ? (Siapa nama kamu?)

Setelah dia beritahu namanya, ucapkanlah semula..

a3shet al-esami (secara kasarnya, membawa maksud, cantiknya nama anda)

Soalan 2 :-

a3ndek / a3ndik kem sanah ? (Berapa umur anda?)

Macam soalan satu, selepas diberitahu umurnya, ucapkanlah semula..

Bagi yang sudah tua --> Rabbuna yeddik / yeddiki sehhah (moga Tuhan memberikanmu kesihatan)

Bagi yang muda --> Rabbuna yeddik / yeddiki tholah al-u3mr (moga Tuhan memberikanmu usia yang panjang)

Soalan 3 :-

Enta sakin / enti saknah fiin? (Anda tinggal di mana?)

Seperti tadi juga, ucapkanlah semula..

Ahsan nas (Sebaik-baik insan). Ucapan ni memang sentiasa di sebut apabila ditanya kamu dari mana. Contoh kalau cakap dari Camp Chezar pun, akan diucap Ahsan nas.

Soalan 4 :-

Enta metgawwez /enti metagawwezah? (Anda sudah berkahwin?)

Bagi yang sudah --> Rabbuna yusallemek (moga Tuhan memberikan kesejahteraan).

Bagi yang belum --> Rabbuna yusahhelek (moga Tuhan permudahkan - dalam urusan cari jodoh)

Soalan 5 :-

a3ndek / a3ndik aulad? (Ada anak?)

Sekiranya dia ada menyebut pasal anaknya yang dah meninggal --> Rabbuna yekhelli (moga Tuhan menjaga mereka untuk kamu)

Ada anak --> Rabbuna yubarek lek fiihim (moga Tuhan memberkati mereka)

Soalan 6 :-

Enta / enti fi mustashfa min emta ? (Sejak bila kamu berada di hospital)

Ada dua ucapan doa --> Rabbuna yeshfik / yeshfiki (moga Tuhan menyembuhkanmu)
--> Rabbuna yu addimek bissalamah (moga Tuhan dirikanmu dengan
kesihatan / kesejahteraan)

Untuk soalan berkenaan pekerjaan mereka, mungkin boleh berikan ucapan doa Rabbuna yubarek lek (moga Tuhan memberkatimu).

Kalau secara umumnya (untuk keseluruhannya), boleh juga kita ucapkan doa Alfun Salamah (secara kasarnya membawa maksud seribu kesejahteraan).

Kalau dahulu, kita belajar dengan cikgu sahaja, sekarang kita sudah ada pesakit. Keberkatan ilmu kita juga terletak pada cara kita melayan pesakit itu. Layanlah mereka sebaiknya dan berikanlah ucapan doa ni semasa anda bertemu dengan mereka, ambil history mereka, ataupun mungkin masa buat OSCE ke ataupun bila2 masa sahaja. InsyaALLAH, dengan ucapan2 doa ini, cukup membuatkan mereka seronok, kerana mereka memang kaya dengan ucapan2 doa dan juga mereka sangat menghargai sekiranya ada yang mendoakan mereka.

~Catatan buat si Ibu yang kehilangan anak ~

Cuti yang seronok (Alhamdulillah). Permulaan cuti dengan Seminar Ibadah Pesakit 2 (Perbidanan dan sakit puan) untuk dua hari berturut (sangat best..). Kemudian ziarah sahabat di Kaherah untuk dua hari satu malam. Hari Selasa pula Hari Raya Aidiladha. Pagi2 dah bergerak ke asrama untuk solat raya dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Ishak.

Lepas tu ada makan2. Dan untuk hari tu, banyak sangat jemputan openhouse sampaikan perut dah "se'eh" (betul ke eja?). Hari ni pun ada jemputan dan juga ada yang dijemput. Dan esok, hehe, jiran bawah pula buat makan2. Alhamdulillah, murah rezeki. Nak pula raya haji kali ni Baba bagi kami nasi dan juga daging kambing yang dah siap dimasak (kalau tahun lepas Baba bagi daging kambing mentah).

********
Dalam cuti ni, aku ambil kesempatan untuk merehatkan mindaku dengan membaca novel. Kali ni aku lepas bawa sebiji novel denganku. Novel ni sangat dekat denganku, sebab dia menceritakan tentang pengalaman seorang houseman. Bagi yang nak baca dan mungkin dah tahu pasal novel ni, tajuknya Denyut Kasih Medik tulisan Dr Farhan Hadi keluaran Telaga Biru.

Setakat yang aku baca, aku dapat membayangkan situasi2 yang bakal aku hadapi kelak (InsyaALLAH). Cabaran, jerih perih, dan karenah pesakit. Dan ada satu bahagian ni, di mana Dr Muslih (watak utama) dihantar posting ke unit Gynaecology. Pesakit dalam wad ni, kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang mengalami keguguran.

Di sini, aku ingin kongsikan sebahagian catatan seorang bakal ibu, yang kali kedua kehilangan permatanya yang disayangi ketika masih dalam kandungan.

"Alhamdulillah, aku mempunyai seorang suami yang amat memahami. Dialah yang banyak memberikan semangat dan harapan kepadaku. Dia menenangkanku dengan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t sangat sayang pada kita dengan memberikan ujian sedemikian rupa. Dia makin menghiburkan aku dengan menyebut satu hadis Nabi s.a.w ;

ALLAH s.w.t berfirman pada hari kiamat kepada anak2 : "Masuklah kalian ke dalam syurga!" Anak2 itu berkata : " Ya RABBI (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk. Lalu mereka mendekati pintu syurga! Tapi tidak masuk ke dalamnya.

ALLAH berfirman lagi : "Mengapa AKU lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!" Mereka menjawab : "Tetapi bagaimana orang tua kami?"

ALLAH berfirman : "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."

(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad daripada Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber daripada sahabat Nabi s.a.w)

Tika ini, pada saat kandunganku keguguran lagi, aku masih mampu tersenyum. Aku seakan-akan dapat mendengar bisikan anakku saban waktu.

Wahai ibu yang kucintai,

Terima kasih kerana bersusah payah cuba melahirkanku. Namun, ALLAH tidak memberikanmu peluang untuk mencurahkan kasih sayangmu untukku. Kau tangisi pemergianku saat aku baru sahaja kau lahirkan. Ketahuilah ibuku, kasih sayang-Nya jauh lebih luas. Anakmu ini sedang bahagia di sisi-Nya. Hapuskanlah air matamu dan ceriakanlah hidupmu.

Ketahuilah duhai ibuku,

Walaupun harapanmu musnah untuk memilikiku di dunia, namun kau akan beruntung di negeri akhirat sana. Tersenyumlah duhai ibuku. Anakmu ini sedang ternanti-nanti kehadiranmu dan juga ayah untuk bertemu di taman syurga.

Ya, aku yakin! Aku yakin bahawa ALLAH s.w.t akan mengalungkan aku dengan mahkota ketabahan di akhirat nanti jika aku terus memilih untuk bersabar dan redha. Di kala ini, aku sedang ternanti-nanti suatu saat. Saat di mana aku akan berkumpul semula bersama anak-anakku yang kurindu. Biarlah mereka pergi dahulu kerana mereka sedang menungguku dan suamiku di pintu syurga."

******
Catatan ni khas bagi yang pernah merasai kehilangan anak (mungkin ibu kita atau saudara mara kita), samada keguguran atau meninggal ketika masih lagi kecil.

Dan aku dedikasikan catatan ini buat Mak dan Abah yang tabah. Mak dan Abah pernah kehilangan Abang tak lama selepas dia dilahirkan. Pasti Mak dan Abah tahu perasaan kehilangan itu. Meskipun ALLAH kurniakan 5 orang permata selepas itu, tapi kehilangan Abang tetap terasa. Walaupun Tin sendiri tak pernah dan tiada kesempatan bertemu dengan Abang, jauh di sudut hati Tin pun adakalanya terasa kehilangannya.

Andai bisikan hati Tin sampai ke Abang, Tin mohon, dengan izin ALLAH, agar Abang tunggu dan tariklah Mak Abah ke syurga. Mereka berdua melaksanakan tanggungjawab sebagai Mak dan Abah dengan sebaiknya. Tin dan adik2 sayang kat Mak Abah. Dan pasti Abang pun begitu juga.

Ya ALLAH, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.

16.11.10

~L.O.V.E = C.I.N.T.A (Part 2) ~

Kalau sebelum ni dah ada Part 1, dalam entri kali ni aku akan sambung untuk Part 2 pula. Mungkin cakap secara random. Main pilih topik untuk dikongsi bersama.

*Kasih sayang anak buat ibu bapa*

Yang lepas, dah sebut daripada ibu bapa terhadap anak. Jadi, untuk yang ini, kita terbalikkan aje. Hehe. Lahir2, orang pertama yang kita lihat sebaik sahaja mata ni celik, ibu bapa kita. Suara pertama yang kita dengar (azan dan iqamah di telinga) ialah bapa kita. Titisan susu pertama yang kita minum pula datangnya daripada ibu kita.

Kebiasaannya kita selalu dengar ayat ini, "Nanti apabila dah besar, saya akan jaga dan balas jasa Mak dan Abah..". Mengapa perlu tunggu sampai ke besar? Sebenarnya dalam tidak sedar, kita boleh membalas jasa mereka. Tidak semestinya tunggu wang ringgit sebagainya. Untuk memudahkan keadaan mereka kelak, mungkin ye, tapi itu semua bukan alasan yang utama. Cara yang paling mudah, berdoalah.

Doakan kesejahteraan mereka. Doakan kesihatan mereka. Doakan agar mereka dikasihi dan berada di bawah rahmat-Nya. Sebab kita sayang mereka, kita nak mereka masuk syurga. InsyaALLAH, doa2 tu semua, akan sentiasa didengari-Nya.

Dan yang penting, ialah jaga diri, tingkah laku, akhlak dan peribadi kita. Jangan kerana kesilapan kita, menjadi penghalang buat mereka untuk masuk ke syurga. Mungkin kita tak sedar, mungkin pada kita itu adalah trend masa kini, dan mungkin juga, ibu bapa kita tidak pernah menegur. Namun, dengan menjaga peribadi diri, adalah salah satu cara untuk kita menyayangi mereka. Wallahu'alam.

Bahagiakanlah ibu bapa kita. Ceriakanlah hidup mereka. Ringankanlah bebanan perasaan mereka kerana tak pernah satu detik pun mereka akan berhenti memikirkan keadaan diri kita (bagi yang berjauhan). Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa. Mudahkanlah urusan mereka jua. Dan rasanya ada banyak lagi cara lain, yang pada aku, bergantung pada indivdu masing2, untuk ekspresikan kasih sayang terhadap ibu bapa masing2.

***********
Ingatkan nak buat dalam 2 atau 3 point untuk satu entri. Tapi rasa nanti akan jadi terlalu panjang pula. Tak pe, biar sikit2 dulu. Buat part yang awal2 ni, rasanya banyak berkisar pasal keluarga. Tapi dari aspek lain juga, akan disebut kemudian. Dan untuk part yang terakhir, nantikanlah suatu masa nanti InsyaALLAH.

p/s - Sekadar pendapat sendiri. Mungkin tidak semua sama situasinya. Tapi, apapun, itu sudah menjadi tanggungjawab semua sebagai anak dan juga sebagai hamba ALLAH kan?

11.11.10

~Its Ur Special Day Arah... ;) ~

Hari ni, bangun2, agak kelam kabut juga. Memandangkan hari ni kelas pukul 8, rushing gak la rasa tadi. Huhu. Dan yang paling teruk, aku tak sempat nak kirimkan SMS buat adikku, Arah. Hari ni hari istimewa dia. Dan sehingga kini, aku tidak kesempatan nak kirimkan satu SMS pun kepadanya, kerana baki kredit aku pun hanya cukup untuk aku buat panggilan di sini. Nak call, takut juga kalau Arah ada kelas, sebab aku faham, yang kelas dia cukup padat.

*******
To my dear sister,

Today is your very special day. Remember that most of the time when we were kids (at that time), we spend our time playing together, the three of us (including Arip). Remember that if you had that toy, I also want one too. If I want this kind of dress, you will ask Mak that you also will have the same as me. And we do have the same dress, but for sure different colour. Remember one day, there were two little sisters, walking in front of us together. We heard that someone called our names. We looked back, we found that nobody called us. Until this men (maybe the two little sister's father), called them in front of us. It was a coincidence that their share the same name as us.

Happy 18th Birthday dear Farah Adibah. May ALLAH always bless and be with you. Hope you will reach your ambition as an aviation engineer one day, and hope that all of your wishes wiil come true. Live your life full of happiness, and in HIS blessings too. Wish you have a strong mind and heart, in overcome your future life. And, Abah, Mak, me, Arip, Qila and Adik (maybe Wuji too..hehe), will always love you, as the way you are, yourself, now and forever.

Have a blast dear :D

p/s- it was the 1st time we experienced winter in UK by the time you were born ;)

May your dreams will come true ;)

7.11.10

~L.O.V.E = C.I.N.T.A (Part 1) ~

Kebiasaanku meng'update' blog makin lama makin pudar. Mungkin perkara lain lebih penting dan perlukan lebih perhatian, jadi aku tolak ke tepi dulu segala hal yang berkaitan dengan blog. Tapi terus terang, dalam hati, meronta-ronta untuk meng'update' blog. Macam2 yang ingin diceritakan. Macam2 yang ingin diluahkan. Tetapi, pendam sajalah dulu. InsyaAllah di lain masa boleh cerita.

LOVE = CINTA = SAYANG = KASIH = sama waktu dengannya. Ni kira tindakan berani mati untuk aku tulis perkara sebegini. Apabila dengar je perkataan ni, macam2 yang timbul di fikiran masing2. Bunga2, happy, indah, perasaan yang dibuai, semua yang best2 lah kiranya. Kalau dulu2, selalu dengar ayat "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah". Semuanya serba tak kena kerana apabila ada perasaan kasih sayang dan cinta, pasti akan disusuli dengan rindu.

Kenapa secara tiba2, kali ni aku ingin menulis tentang ini? Adakah kerana.....jeng3. Tak delah, sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku selalu sangat nampak, link kawan2 di facebook, artikel2 yang berkaitan dengan CINTA. Apabila baca, ada yang menginsafkan, menyentuh hati, dan tak kurang juga yang sweet, comel dan macam2 la. Tapi, apabila banyak sangat, aku terfikir, kenapa dalam banyak2 topik, topik ni paling digemari orang ramai.

Cinta, kasih sayang. Perasaan yang mempunyai seribu satu makna. Dari perasaan ni, kita tahu juga rasa rindu, benci, sedih, gembira, dan sebagainya. Dan di sebalik perasaan yang 'indah' ini, lahir juga tanggungjawab, prihatin, kesungguhan, ketabahan dan kekuatan. Cuba kita renungkan satu persatu aplikasi LOVE = CINTA = KASIH SAYANG dalam kehidupan kita :-

*Kasih sayang ibu bapa buat anaknya*

Gema tangisan si anak yang baru lahir ke dunia barunya, bisa membuatkan perasaan ibu bapa cair. Cair dengan penuh kasih sayang. Kerana sayang, ibu bapa, berusaha sebaik mungkin untuk sentiasa berikan yang terbaik buat anak mereka. Si bapa, gigih membanting tulang empat keratnya dalam mencari rezeki yang halal, pastikan anaknya selesa, mendapat pendidikan yang terbaik, sentiasa sihat dan sebagainya.

Si ibu pula, kalau boleh, sebatang gigi nyamuk pun (err, nyamuk ada gigi ke?) tak akan dibenarkan untuk menghinggap ke kulit mulus anak mereka. Apabila menyediakan hidangan pula, dipastikan hidangan tersebut berkhasiat dan sedap. Sebab, tak nak anak jatuh sakit. Pernah tak jatuh sakit dulu (err, semestinyalah pernahkan). Pernah tak tengok macam mana wajah ibu kita semasa kita sakit? Itu boleh jawab sendiri. Apabila anak jatuh sakit, risaunya tak terkata, apabila melihat anak lemah tidak berdaya. Biasanya ceria bermain, tiba2 senyap lesu. Mana tak terusik hati sang ibu dan juga sang bapa.

Sayangnya mereka pada anak, maka, lahirlah rasa tanggungjawab, kerana anak adalah amanah. Lahirlah kesungguhan, terutamanya dalam menyediakan kelengkapan seharian anak. Lahirlah ketabahan, sebab anak2 ni, macam2 ragamnya. Ada yang susah tidur (ni macam tau je siapa..hehe), ada yang memilih makan, ada yang terlebih 'adventurous' dan etc.

Jadi, kasih sayang ni, bukanlah sesuatu yang main2. Cuba bayangkan kalau perkara ni dibuat main2, macam mana agaknya dengan si anak ni?? Rasanya, boleh difikirkan sendiri akibatnya.

*******
Opppsssss. Esok ada TBL. Ni 1st time aku tulis entri, yang akan ada sambungannya. InsyaAllah di kesempatan waktu lain, aku akan ceritakan CINTA = KASIH SAYANG = etc dari aspek lain pula. Namun, ini semua, hanyalah pendapat kasarku, yang aku dapat melalui pemerhatianku, dan juga mungkin diselitkan dengan pengalamanku sendiri.

28.10.10

~Kelainan di hari lahirmu Mak..~

"Bila Mak Abah ke sana?"

"Katanya mungkin dalam bulan 11. Mungkin antara yang akhir gak la..."

"Ohhh"

"Gayanya Mak tak dapat la nak sambut Birthday Mak kat sana."

"Takpelah. Leh sambut dengan Adik2. Tin jelah yang tak ada pun..."

Itulah antara perbualanku dengan Mak masa bulan Ramadhan baru2 ni. Masa tu Abah dan Mak baru dapat keputusan yang mereka dapat mengerjakan ibadah haji tahun ni (Alhamdulillah). Satu penantian dan usaha yang lama, dalam mengumpulkan duit dan juga mencari masa yang sesuai ke Tanah Suci.

Jelas terpancar kegembiraan dan kesyukuran pada wajah Abah(walaupun masa ni Abah kat pejabat, tapi boleh dibayangkan) dan Mak masa dapat panggilan telefon daripada pihak Tabung Haji sehari sebelum kepulanganku ke sini. Masa tu aku tengah membantu Mak masak untuk jamuan kecil-kecilan sesama jiran yang kebanyakannya suri rumah juga.

Sehari selepas aku sampai sini (hari Jumaat), pada mulanya aku tak ada pun terfikir nak telefon rumah, sebab masa tu aku dah maklumkan yang aku dah selamat sampai sini. Tapi, tiba2 rasa saja nak telefon. Dan...

"Mak....."

"Tin, Mak dapat gi haji 19hb ni. Ni Mak nak telefon Mak Cik Jaki. Tadi Mak baru telefon Embah. Banyak benda nak kena bereskan lagi ni..."

"Ohhh. Hmm, takpelah, nanti Tin telefon lain kali."

Masa tu, cepatnya. Aku tengok semula kalendar. Oh, masa tu, Aqila dah habis PMR. Tapi, rasanya Adik periksa akhir tahun, belum mula lagi masa ni.

Pada malam Abah dan Mak bertolak dari rumah ke Kelana Jaya, aku telefon handset Abah. Masa tu jiran kami yang hantar Abah dan Mak ke sana. Alhamdulillah, banyak urusan Abah dan Mak yang dipermudahkan-Nya. Tapi masa tu Abah dan Mak minta aku tunggu SMS daripada Abah. Dan lepas dapat SMS, aku telefon Abah dan Mak.

"Mak, lepas gak kan hajat Mak nak sambut Birthday kat sana..."

"Ha, tulah. Mak pun tak sangka gak..."

"Tapi, adik2 tak dapatlah nak sambut birthday Mak..."

"Takpe, Abah kan ada."

"Haha. Ohhh, sambut berdua je ye.."

"Hehe....."

********
Mak, SELAMAT HARI LAHIR. Moga usia dan rezeki Mak sentiasa diberkati-Nya. Tambahan tahun ni, moga Mak dan Abah peroleh haji yang mabrur. Moga semua urusan ibadah Mak dan Abah dipermudahkan-Nya.

Jarak masa dan tempat kita dah dekat, cuma tak dapat nak jumpa je. Doakan kami adik beradik sentiasa sihat, dan berada dibawah lembayung rahmat-Nya.

(Walaupun tahu yang mungkin Abah dan Mak tidak dapat buka blog Tin untuk sementara waktu ni, tapi Tin tetap akan menulis dan bercerita. Mungkin masa Abah dan Mak dah habis tunaikan ibadah haji, agaknya dah banyak dah yang Tin tulis.)

Abah dan Mak. Lepas makan2 sempena birthday ku pada raya ke 3, resultku dapat masuk clinical year, Arah dapat tawaran pre-Russia (aviation kat MIAT), result 1st year exam A-level Arip kat KMS, result percubaan PMR Qila, result ujian bulanan Adik, dan juga sempena Abah dan Mak dapat tawaran tunaikan ibadah haji tahun ni. Alhamdulillah.

20.10.10

~The eyes and the mind..~

"The eyes cannot see what the mind doesn't know.."

Ni kali kedua dengar quote ni daripada mulut Professor. Realitinya, memang ye, kita takkan melihat sesuatu itu kalau minda kita tak tahu apa2.

Aku bagi contoh, yang pernah diberi oleh Prof Tarek Qaritim masa kelas Skills 3rd year dulu. Dalam satu slideshow, beliau masukkan gambar sebiji buah limau. Dan beliau tanya kami sekelas apa yang kami nampak pada buah limau tersebut. Jawapannya,

"It's orange in colour."

"It's shape is round."

"It's surface are a bit rough."

Bla3 etc.....

Macam2 yang kami jawab masa tu. Dan semuanya memang ciri2 yang paling jelas dan yang semua orang tahu tentang buah limau. Tapi, menurut Prof Tarek, mereka yang tahu pasal limau ni, boleh tahu rasanya melalui pusatnya (umblicus) samada manis atau masam. Tak semua orang tahu macam mana nak tahu pasal rasa limau ni.

******
Begitu juga buat yang bakal bergelar DOKTOR. Ataupun gelaran yang lebih sesuai, as a medical students. Setiap kali dapat pesakit, sejak dari langkah kakinya yang pertama masuk ke kelas kami, kami perlu melihat dari atas sampailah ke bawah, kalau pesakit ni ada apa2 kelainan (ini yang dinamakan general look). Dari general look ni, macam2 yang sepatutnya boleh dikumpulkan. Tapi, mata tidak akan melihat apa yang minda tidak tahu. Kita tak akan dapat melihat sesuatu kelainan itu jika kita tidak tahu apa yang patutnya dilihat. Apabila Prof mula terangkan satu per satu apa yang sepatutnya kita tengok, masa tu rasa.. oohhhh camni ke. Hehe.

Masa buat abdominal inspection pun, kami diminta untuk tengok dari kaki pesakit (dalam keadaan berbaring). Dan kena bagi komen apa yang kami lihat pada ketika itu. Dan antara item yang perlu disebut (ni antara contoh kes yang unit aku pernah dapat) :-

By abdominal inspection, the patient abdominal contour is normal. The subcostal angle is also normal. The flank is empty (normal). The suprapubic area shows no bulky distension. There is normal hair distribution (male patient). For the umbilicus, it is inverted (normal) at its normal position. There is no discharge or nodules at the patient's umbilicus. The skin surface is smooth (no scars or burns).

Kalau ikutkan, memang kelihatannya abdomen pesakit ni normal. Ni hanyalah latihan kami supaya kami dapat biasakan diri untuk mengisi examination sheets. Sebenarnya pesakit ni sakitnya di kelangkang (Inguinoscrotal hernia).

Kalaulah aku tak tahu apa yang sepatutnya perlu ditengok pada badan pesakit ni, terus terang, aku rasa aku dah cakap merapu merapek je. Tapi apabila sudah diberi guidelines, secara teratur dan sistematik daripada Prof, barulah mindaku tahu, yang sepatutnya mataku perlu melihat aspek2 tertentu, untuk mengesan sebarang kelainan pada badan pesakit itu.

******
Sebenarnya, minda dan mata kita, biasanya selari. Memang mata kita tidak akan tengok, apa yang minda kita tak tahu atau tak kenal. Pengalaman masa dalam tahun 1 dulu :-

Pertama kali masuk kelas, oh, ramainya orang dalam kelas aku (80 orang). Tapi masa tu aku hanya duduk dekat2 dengan kawan2 yang sama prep dari Shahputra dulu, sebab hanya diorang sahaja yang aku KENAL (jadi hanya diorang sahaja yang aku NAMPAK). Seolah-olah orang lain yang aku TAK KENAL tidak wujud dalam kelas itu.

Tapi bila dah makin lama, apabila dah bertaaruf dengan mereka semua, kenal nama dan wajah mereka, barulah aku tahu, mereka wujud dalam kuliahku. Ini kerana mindaku sudah tahu, siapa yang aku nampak atau lihat itu. Mata sudah melihat apa yang minda kita kenal.

Dan apabila dah tahun 4, dah jadi kenal sangat2. Yelah, kadang2 sampai perangai atau habit kawan2 pun dah boleh tahu. Hehe.

*******
Sebenarnya banyak perkara menarik sejak masuk tahun klinikal. Dan banyak perkara baru yang dipelajari dan dihadapi. Cara belajar pun berubah, tak macam masa tiga tahun pertama dulu. Kematangan dan kekuatan mental sangat penting dalam menghadapi situasi2 di hospital. Untuk kami di sini, language barrier perlu diatasi dengan bijak. Bergantung pada individu nak ambil inisiatif macam mana.


Alhamdulillah, berkesempatan juga nak update blog ni. Dah lama rasanya aku tinggalkan. Ada masa idea ada, ayat tak ada. Kadang2 ayat ada, tapi, ada perkara lain yang lagi penting perlu diutamakan. Alhamdulillah malam ni ada sedikit kelapangan waktu untukku berkongsi dan bercerita di sini. Mungkin lega kerana assignment pertama untuk tahun ni dah pun lepas tadi. Dan esok pula kelas sampai pukul 12 sahaja. Tapi, apapun, perlu mencari cara yang efektif untuk study. Moga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.. ;)

7.10.10

~Clinical year...pheeuuwwww..~

Sebulan tak update blog. Errrr, sekarang dah mula nak masuk sindrom mengabaikan blog. Hehe.

Clinical year yang sangat mencabar, best, menarik, dan penat. Dengan rutin setiap hari balik pukul 4 (kecuali hari Khamis...yeahh), pelbagai ilmu dan pengalaman ditimba. Walaupun baru mula seminggu, tapi sudah berhadapan hampir 8 kes pesakit (kebanyakannnya kes hernia dan juga yang berkaitan dengan thyroid). Untuk minggu ni baru belajar ambil history dan complain daripada pesakit. InsyaAllah minggu yang akan datang ni pula, akan mula belajar untuk buat general examinations.

Baru terasa macam student medik. Kalau sebelum ni, belajar teori dan juga praktikal yang 'disuap' oleh para professor, kali ni, kena banyak buat self-learning dan juga jumpa pesakit tiap2 hari. Lectures sekarang ni professor banyak bagi heading points je. Yang selebihnya, cari sendiri kalau nak lagi faham.

Kalau clinical pula, diterangkan oleh Dr dahulu serba sedikit dan bergantung pada Dr untuk memberi kami peluang samada untuk inspect, palpate, percuss (pernah diminta percuss pesakit thyroid goiter). Ada seorang pesakit ni kami jumpa, esoknya kena operate. Dan kebetulan pagi tu kami tiada apa2 dalam jadual. Jadi dapatlah peluang masuk operation theater (OT). Sempatlah kami tengok proses anaesthesia (bius), dan juga persiapan Dr dan jururawat bertugas. Rasa macam kagum sebab salah satu Dr yang pernah ajar kami dalam round yang buat operation ni. Tapi kami sempat tengok sekejap sahaja sebab ada lecture pula selepas tu.

Setakat jumpa pesakit ni, sangat2 diakui masalah penguasaan bahasa Ammi masih lagi lemah. Kalau setakat nak beli barang kat pasar atau urusan dengan Baba, Alhamdulillah ok walaupun ada juga yang tak faham. Tapi bila masuk nak ambil history pesakit, dan yang paling utama complain pesakit, ni yang bermasalah. Macam status kawan kat FB baru2 ni, 'Macam itik cakap dengan ayam'. Tapi terima kasih kepada Dr resident kami, sebab, dia ni berstrategi sikit. Biasanya bila nak masuk sesi kedua (pukul 2-4), pesakit akan masuk dulu, Dr akan masuk kemudian. Dan dah dipesan untuk ambil apa2 yang boleh diambil. Mujur salah seorang dari kami boleh dikatakan fasih. Dan dapatlah kami ambil history dan sedikit sahaja complain pesakit. Dua tiga kali juga kena buat camni. Apabila Dr masuk, Dr betulkan balik apa yang salah dan juga tambah lagi point2 tambahan yang penting dan berguna.

Kelas Anaesthesia pagi tadi pula, best. Hehe. Masuk OT yang kosong, dan berta'aruf suai kenal dengan mesin2 dan juga segala benda yang digunakan untuk anaesthesia. Dan juga diberi peluang untuk menghidu dua jenis anaesthesia di situ. Cumanya kepenatan kena berdiri dua jam. Tapi fikir balik, kalau operation panjang, ada ke peluang nak duduk? Hrmmmm.

Overall seminggu ni, semuanya best2. Cuma yang tak tahan, memang sangat2 penat la. Kena cuba adapt semua ni. Tapi lepas ni Internal Med lagi sibuk dari Surgery. Huhu.

Terasa begitu cepat masa berlalu kerana tanpa disedari, sudah separuh perjalanan ini ditempuhi. Tinggal lagi separuh je. InsyaAllah dah tak lama dah. InsyaAllah. ;)

15.9.10

~Penangan anak saudara...~

"Aku dapat anak buah lagi...."

"Ni gambar anak saudara aku....."

"Yeahh, aku dapat anak saudara 1st........"

Inilah antara yang selalu aku terdengar daripada mulut kawan2 ku sepanjang belajar di sana. Kebanyakan rakan satu batchku sudahpun bergelar 'pakcik' dan 'makcik'. Kalau dulu masa aku sekolah, kebanyakan rakan2 ku anak pertama atau kedua. Jadi, tak selalu dengar pasal dapat anak saudara. Kalau dapat adik tu banyak la (termasuk aku). Tapi apabila aku masuk uni, baru aku perasan, yang kebanyakan kawan2 ku di sini merupakan anak tengah dan juga kebanyakannya dah pun ada anak saudara (anak abang atau kakak mereka).

Kadang2, aku tengok kawan2 aku excitednya seperti mereka pula yang dapat anak. Hehe. Jangan marah. Maksud aku, mungkin masing2 menunggu kehadiran orang baru dalam family. Siapa tak suka ada baby yang comel dalam family. Apabila besar sikit, boleh dilayan, diagah, bermain bersama. Tapi yelah, aku manalah ada anak saudara. Anak kepada sepupu tu adalah. Tapi mereka tak rapat dengan aku sebab jumpa aku pun sekali tak sekala (dulu lah). Jadi aku pun kurang memahami perasaan ada anak saudara macam mana.

Raya kali ni, semuanya seperti biasa. Solat raya beramai-ramai, berkumpul sama2 dan makan sama2. Anak sepupu pun dah besar sikit. Sepupu yang sebaya pula ada yang bakal jadi ibu dan sorang lagi bakal jadi isteri (aku pula, jangan ditanya..hehehe..). Ingat nak main dengan anak sepupu yang comel2 tu, tapi, alahai, diorang malu2 la pulak. Haha.

Raya kedua, seperti biasa, beraya di rumah Pak Ngah. Kalau ikutkan, mood aku tidak berapa baik pagi tu. Sampai di rumah Pak Ngah, sebelum makan2, aku meletakkan beg di ruang tamu. Tiba2, 'pap'. Ok, siapa punya kerja tepuk belakang aku ni? Pusing belakang, anak sepupu yang semalam malu2, tiba2 ajak main pula. Apa lagi, kejar la balik.

Anak sepupuku yang malu2 semalam ajak aku main. Seronoknya. Tengah2 main dengan diorang ni, aku terfikir, oh, rupanya ni rasanya ada anak saudara. Haha. Padanlah ada kawan2 aku yang sampai 'angau' rindu ke anak saudara.

Betullah jangkaan adikku, raya kali ni ramai anak2 kecil. Ramai sangat sampai tak terlayan. Tapi anak sepupuku (cucu Pak Ngah) yang sangat2 mencuit hati. Rasa cair pulak hati apabila Ilman yang paling omeh mulutnya panggil aku "Acik..Acik...tengoklah Ilman ni...". Cair dengan Adif yang suka gelak apabila digeletek. Cair juga dengan gelagat Damia yang manja. (Ok, aku dah rindu balik dengan diorang).

Aku dengan Adif (si baju biru), adiknya Damia dan sepupu mereka Ilman (Adif dan Ilman sama2 umur 3 tahun, Damia pula umur 2 tahun).

Ok, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Moga sambutan Syawal tahun ni mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. ;)

3.9.10

~Kisah seorang Pakcik~

Biasanya familyku menunggu kepulanganku, tapi kali ni aku yang menunggu diorang balik ke rumah. Keseorangan pada mulanya, hinggalah Adik balik dari sekolah. Dan sekarang tunggu dua orang lagi adikku balik dengan Abah dan Mak. Dan dalam menunggu mereka semua, terasa seperti nak update blog.

Rupanya, dah masuk minggu terakhir Ramadhan. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dan ada yang kata, ni merupakan salah satu tanda. Wallahu'alam, ini semua adalah dalam kuasa-Nya. Kita hanya mampu menyediakan diri dengan semua amalan dan keredhaan-Nya.

Masa kat sekolah dulu, apabila tiba bulan Ramadhan, sudah menjadi kebiasaan, dalam 20-30 orang pelajar tingkatan 3 (yang dah habis PMR) atau tingkatan 4 akan diajak berbuka puasa di masjid sebelah sekolah dulu. Dalam sekali dua gak la. Biasanya malam Ahad la kami akan diajak ke sana sebab malam tu tak ada prep malam.

Seronok gak dapat peluang buka puasa kat masjid. Sekali sekala 'lari' dari menu dewan makan. Hehe. Dalam pukul 5.30 petang, semua yang join akan mula kumpul kat dataran asrama. Dah cukup semua, barulah semua jalan kaki sama2 sebab masjid ni memang dekat je.

Sampai kat masjid, kami semua disambut ceria oleh pakcik2 dan makcik2 yang memang dah biasa berbuka di masjid. Memandangkan diorang pun tahu yang kami nak datang, maka hidangan buka puasa dimasak lebih cukup untuk semua. Yang lelaki tolong pakcik2 angkat periuk2 yang berat, kami yang perempuan pula tolong makcik2 sediakan tempat dan juga hidangkan makanan.

Tengah2 menolong nak hidangkan makanan untuk buka atas kain saprah, aku ternampak sesuatu yang menyebabkan aku terhenti seketika. Masa tu aku berdiri di beranda masjid, tepi tiang, tunggu kawanku hulur hidangan. Dan bukan aku seorang sahaja yang terhenti, kawan2 ku beberapa orang juga buat perkara yang sama,

Mata kami terpaku pada seorang pakcik, yang kelihatan agak selekeh, kurang terurus dan juga kurus. Dia seolah sedang solat, tapi solatnya, lain daripada yang lain. Pelik juga dengan pergerakannya. Kami saling tertanya, apa yang pakcik ni buat sampailah.........

"Anak2 tengok pakcik tu ye????"

Opppss terkejut. Huh. Tengah leka tengok pakcik tu, tiba kena tegur dengan seorang makcik ni dari belakang. Kami baru saja nak buka mulut tanya, tiba......

"Pakcik ni dia kurang sihat sikit (masalah mental). Tapi tiap2 petang, memang dia akan ke sini, dan solat cara dia. Mungkin dalam tak sihat, dia teringat tanggungjawab dia. Jangan risau, pakcik ni tak kacau orang, dan kejap lagi pergilah dia dari sini..."

Terjawab persoalan2 kami. Dan kami pun teruskan menghidang dan menyusun hidangan di atas saprah. Tapi ada masanya mata aku tengok lagi pakcik tu sampailah pakcik tu pergi.

Dalam keadaan dia yang kurang sihat, dan juga kurang waras, dia seolah-olah masih lagi ingat tanggungjawabnya. Meskipun sebenarnya dalam keadaan itu, dia tidak diwajibkan untuk melakukan semua ini. Antara yang mendapat pengecualian dan salah satu jenis keuzuran juga. Sedangkan yang waras dan sihat akal fikiran, adakalanya ambil tidak endah dengan suruhan2 yang diwajibkan ke atas kita.

Pengalaman berbuka yang berharga tahun itu. Selain dapat merasa makan ramai2 dengan makcik2 di masjid, dapat juga menyaksikan sesuatu yang memberi pengajaran buat diri dan kawan2. Setelah siap kemas2 masjid selepas terawih malam tu, ada sedikit makanan yang lebih. Alhamdulillah rezeki. Kami diminta bawa pulang makanan yang sudah siap dibungkus ke asrama. Setelah dibahagikan dua untuk lelaki dan perempuan, masuk je aspuri, wat announcement pasal makanan free ni, dalam sekelip mata habis. Mereka yang tak berpeluang ke masjid masing2 berebut nak makanan free. Bukan senang nak dapat. Hehe.

Sekarang ni adik2 dah mula cuti untuk 2 minggu. Seronok apabila semua dapat berkumpul sama2.

Selamat beramal semua... ;)