Pages

31.1.10

~Diehard again????~

Dalam entri yang lepas, aku ceritakan pasal Diehard sakit. Tapi Alhamdulillah sekarang dah sihat. Dah boleh makan dan minum dengan senangnya. Doktor kata dia kena infection.

Dan pagi tadi pula, alkisahnya, semua ahli Qasrun Najihin duk senyap je dalam bilik masing2. Macam2 gaya ada. Menghadap buku, menghafal, membelek dan macam2 lagilah. Sunyi je suasana pagi tadi. Aku pula tengah bersiap sambil2 hantar mesej mohon doa restu daripada Abah dan Mak. Dan Abah balas balik tanya ingat tak hari ni hari apa untuk Diehard.

31 Januari????? Diehard????? Diehard lahir pada..........

"Ha'a!!!!! Hari ni birthday Diehard!!!!!" (Bila terjerit di tengah2 kesunyian ni, maka........)

Opppsss.... Gayanya aku 'ter'ganggu ketenteraman awam roommateku yang sedang tekun dengan buku Physio. Gomenne........

Hari ni usia Diehard dah masuk 2 tahun. Masa dia lahir aku dalam tahun 1 di sini. Setiap kali tepon rumah, mesti Mak atau Adik akan cerita pasal Diehard. Dan ada kisah di sebalik nama 'Diehard' (Abah dan Mak, kalau ada salah nanti betulkan ye...)

Kepada sesiapa yang baca status YM ku, inilah 'dia' yang aku maksudkan.... hehe..

Doraemon, Sizuka dan Giant merupakan 'kumpulan kedua' anak kepada Cobi. 'Kumpulan pertama' pun 3 ekor gak, tapi dua mati sebab sakit cacing. Doraemon bulu dia putih, dengan tompok belang hitam kelabu. Sizuka tak pasti camne warna bulu dia, tapi kalau Giant bulu dia hitam putih.

Doraemon ni antara yang 'kurang bernasib baik' sebab tak pasti apa puncanya, Cobi macam tak cara langsung ke dia ni. Sampaikan Doraemon sakit teruk juga. Rasanya sakit yang ni kot yang Mak cakap dia lumpuh. Mak ambil dia, asingkan dia kat tempat lain, dan Mak bagi dia susu awal lembu (supaya dia cepat sihat). Hehe. Dan Alhamdulillah, Doraemon makin sihat dan cerdas, macam anak2 kucing yang lain. Lepas tu Mak pun letak balik Doraemon ke Cobi dengan adik beradik dia yang lain. Dan lepas tu, tak pasti ilham siapa, semua menamakan Doraemon ni Diehard.

Di suatu pagi yang lain pula, Diehard hilang, tapi Sizuka, Giant dan Cobi elok ada. Kalau tak silap gak, Mak ada kelas pagi tu. Lepas daripada kelas tu, Mak terus mencari Diehard. Kebetulan jiran belakang rumah ada borak2 dengan Mak. Mak ada tanya kalau2 dia ada nampak anak kucing kat mana2. Dan tak lama lepas tu..........
Terdengar bunyi anak kucing dari dalam longkang. Diehard!!!!!!!! Rupanya Cobi 'buang' Diehard dalam longkang. Betapa basah berjeruknya Diehard dalam tu. Mujur hari tak hujan, kalau hujan, mahu hanyut entah ke mana. Dan mungkin sebab Diehard kenal suara Mak, tu yang dia berbunyi bila tahu Mak cari dia. Mak pun ambillah Diehard, bawa balik rumah, mandikan dia, bagi susu suam, lepas tu balutkan badan dia dengan tuala dan panaskan badan dia dengan bantal kecil bagi dia hangat. Dan lenalah Diehard kat kerusi ruang tamu hari tu. Adik balik2 je dari tadika, terus excited bila nampak Diehard lena kat kerusi.

Tak lama lepas tu, tinggallah Giant dan Diehard je (Cobi dan Sizuka....lain punya cerita). Memandangkan dua2 jantan, dan sedang membesar, memang aktif sangat2 la. Kejar sana sini, ada je benda mainnya. Dalam beberapa minggu kemudian, kucing2 kat sekitar rumah banyak yang mati tiba2. Diehard dan Giant pun infected sekali. Dan kali ni sakit sangat teruklah. Bawa ke Vet pun tak leh buat apa2. Giant 'pergi' dulu. Diehard masih lagi melawan kesakitannya. Entah daripada mana Mak dapat idea, dan juga Mak yakin bahawa madu boleh jadi penawar kepada setiap penyakit, Mak pun bertindak sebagai 'Vet'. Mak bagi Diehard minum air madu. Dan.......
Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu, Diehard mula menunjukkan tanda2 makin sihat.

Tu lah sejarah Diehard dapat nama dia. Diehard merupakan kucing pertama yang kami sekeluarga bela dari dia kecil sampailah sekarang. Alhamdulillah. Memang sayang sangat2. Diehard ni, dia akan bermanja dengan sesiapa yang tengah bercuti (lainlah dengan Abah, Mak dan Adik...hehe). Dah dua tahun umur Diehard (besar bagi seekor kucing).

*****
Alhamdulillah, tadi dah lepas paper yang pertama iaitu Physiology. Alhamdulillah, boleh dijawab walaupun ada gak la yang sangkut. Dalam essay, apa yang terfikir berkaitan semua tulis je. Moga ada jawapan yang dalam skema prof InsyaAllah.

Ok lah, lepas ni Microb lak menanti. Selang sehari pula tu. Chaiyok2............

24.1.10

~Dear Diehard...hope you will get well soon..~


Baru chat dengan Arah (tengah lagi ni sebenarnya). Huhu. Arah cakap esok Mak dan dia nak bawa Diehard ke klinik. Hari tu Mak ada cakap yang dia kurang makan dan minum, tapi rupa2 nya hari ni dah masuk hari ketiga Diehard tak nak makan dan minum. Risaunya. Tapi Arah cakap doakan jelah Diehard ok lepas bawa jumpa Vet nanti.

Tiba rasa rindu pulak pada si comel seekor ni.......

Dear Diehard, hope you will get well soon.... (Ni yang rasa nak peluk cium je Diehard...)....Rindunya kat Diehard.....

19.1.10

~More than just a friend...~

Dapat sajak ni daripada sahabatku Ufairah dalam facebook. Sangat2 terharu dapat sajak ni. A lots of thanks and love from me to you Faira........

my dear fatin..my sista..
just read this..

they love u..but they r not ur loverr

they care for uu but they r not from ur family

they r ready to share ur pain but they r not in ur blood relation

they r FRIENDS

TRUE FREN scolds like DAD

cares like MOM

teases like SISTA

irritates like BROTHER

n finally love u more than a lover

im so glad we r fren..my shabat..keep me in ur heart..we r fren dunia wa akhrt.

n if u need me..u cud fine me..i dun promise i cud be everytime u need me..but insya ALLAH...if u need me..i'll be there,,,

may ALLAH always wif uu
thxx a lot for jz now.
takecare
my pray is always wif u
insya ALLAH

MyEm0.Com

~Basikal....~

There are some of the days, when you wake up in the morning, you can see that the scene surrounding you is very comforting and beautiful. And everything that happens make you happy, and calm. You feel like if all the days are like this, you will the most happiest person in the world.....

However, there are also some of the days, when you wake up, you feel like there is something wrong with you. You feel like there is a sort of tantrum in yourself. Anything you do seems to be wrong. You try to solve the problem, unexpectedly you make it more worse. And you just feel like want to runaway from others, to find the calmness you need for yourself.....

******
Tiba sahaja aku teringat kisah masa mula2 nak belajar bawa basikal dulu. Petang tu aku tengah main dengan Qila dan Arah. Arip dengan seronoknya beritahu kami yang dia dah boleh bawa basikal. Aku yang kakak ni pun, tak pandai lagi bawa masa tu. Aku tanya Arip, tak jatuh ke kalau bawa basikal tu. Arip kata best je. Huhu. Jealous gak tengok Arip bawa basikal ke sana ke mari. Aku minta Arip ajarkan. Tapi Arip kata minta jiran sebelah yang ajar.

Dan di suatu petang yang lain, aku duduk kat basikal tu. Cuba bawa sendiri mula2, tapi asyik nak jatuh je. Lepas tu, datanglah jiran sebelah rumahku. Dia pegang basikal yang aku naik, dan minta aku letak dua2 kaki aku atas pedal dia, dan dia cakap dia akan tolak basikal ni laju2, dan dalam masa yang sama aku diminta untuk kayuh laju2 gak. Apabila dah stabil dia akan lepaskan dan aku diminta untuk terus mengayuh.

Dalam kiraan 3, basikalku mula ditolak. Aku mengayuh mengikut kelajuan tolakan jiranku. Dan sebenarnya bila masa basikalku dah dilepaskan, aku pun tak sedar, apa yang aku tahu masa tu untuk kayuh dan terus mengayuh basikalku dan....... aku dah boleh bawa basikal dah. Seronoknya.

******
Kalau tengok roda basikal ni, sekejap di atas, sekejap di bawah. Sama juga bila kita mengayuh basikal, kita akan mengayuh ke atas dan ke bawah. Dan tak ada pula basikal di kayuh ke kiri atau ke kanan (tapi tak tahulah pula pada masa hadapan ada basikal versi baru pula ke). Apabila kita mengayuh basikal kita, basikal ini dengan automatiknya akan bergerak ke hadapan mengikut kelajuan kayuhan kita. Mungkin kayuhan itu juga akan dipengaruhi oleh daya geseran atau apa2 yang sama waktu dengannya, tapi macam manapun, basikal ni tetap bergerak ke hadapan.

Gambar hanya sekadar hiasan.....

Kalau ingat balik, mula2 kita naik basikal yang ada dua roda di tepi sebagai sokongan untuk mengelakkan kanak2 yang menaikinya daripada jatuh. Kemudian up kepada dua roda sahaja. Kemudian up lagi dengan basikal besar sikit. Dan seterusnya......

Begitu jugalah dalam hidup kita. Pada mulanya kita tidak dapat untuk menguruskan diri kita tanpa jagaan kedua orang ibu bapa kita (umpama basikal tiga roda). Ketika itu, kita belajar untuk menguruskan diri kita tapi dengan adanya perhatian daripada mereka berdua. Kemudian, kita sudah mula belajar untuk berdikari (umpama basikal dua roda pula). Dengan meningkatnya usia ini, tanpa sedar 'basikal' yang kita tunggangi semakin jauh bergerak ke hadapan. Cuba kayuh ke belakang, bergerak tak basikal kita? Tidak kan. Begitulah juga dengan usia ini, kita tidak boleh patah balik semula. Yang tinggal hanya kesan roda di jalan yang kita lalui, sama seperti pengalaman dan kenangan yang terpahat dalam memori kita.

Balik semula ke roda basikal ini, dalam usaha nak menggerakkan basikal ni, dia akan ke atas dan ke bawah. Seandainya roda ini ada perasaan, apabila sebahagian dirinya berada di atas, dia akan merasa lega, selesa dan tidak sakit. Tetapi apabila sebahagian daripada dirinya berada di bawah, dia akan terasa sakit, berat, dihempap, sesak dan sebagainya. Nak pula kalau tiba ada duri, kaca atau benda2 yang boleh menyakitkan roda ni.

Ada masanya dalam hidup ini, kita merasa gembira, ceria, tenang dan selesa, seolah-olah tiada masalah. Umpamanya seperti bahagian roda yang berada di atas. Ada masa juga, kita rasa seperti moody, rasa nak marah, sedih, sensitif, dan nak pula suasana di sekeliling kita turut 'menyumbang' ke arah perasaan2 sebegini. Terasa hidup ini sentiasa ada saja masalah, dan entah kenapa susah untuk berhadapan dengan masalah2 sebegini. Samalah seperti bahagian roda yang berada di bawah, dan mungkin ditambah pula dengan jalan yang tidak rata, duri, kaca, batu tajam dan macam2 lagi yang mungkin boleh pancitkan tayar basikal.

Dalam berhadapan dengan pelbagai gula kopi (gula=manis, kopi=pahit) dalam hidup ini, tanpa kita sedar, kita tetap membesar. Membesar dan belajar untuk menjadi seorang dewasa. Walaupun 'roda basikal' kita sekejap pancit, sekejap ok, tetap boleh bergerak. Kita juga selalu dengar, yang hidup ini ibaratnya seperti roda, sekejap di atas dan sekejap pula di bawah. Berpusing bergerak mengikut hukum alam.

Berhati-hatilah membawa 'basikal' yang ditunggangi. Tetapkan hala tuju perjalanan ini dan peka lah dengan setiap apa yang terjadi. Rasional dalam memilih cabang jalan yang ingin dilalui. Bawalah sebarang bekalan atau persediaan seandainya terjadi apa2 sepanjang dalam perjalanan yang jauh ini. Berehatlah untuk sementara waktu, tapi pastikan rehat itu tidak melalaikan diri.

Selamat 'berbasikal'.
MyEm0.Com

16.1.10

~Dan ianya berlaku lagi……~

*****

12.10 am, 16 Januari 2010………

Tanpa sedar, lama juga aku study malam ni. Memang aku ada rasa mengantuk, tapi aku teruskan usaha membaca dan akhirnya, mungkin kerana melepasi zon amaran tidurku, aku tidak terasa mengantuk lagi. Namun, badan tetap terasa penat. Aku pun balik semula ke bilikku. Sunyinya rumah. Ternyata semua dah pun terlena (dah lewat malam ni mana ada yang berjaga lagi).

Perkara biasa sebelum tidur, salah satunya aku akan memastikan jam locengku dah diset. Tiba baruku perasan ada dua mesej yang entah bila masuk. Tapi salah satu mesej ni membuatkan aku sangat terharu.

“Assalamualaikum, Tin. Abh ucpkan slmt menutup Sem 5 dgn sebaik2nya. Abh dn sumer d sn doakan Tin dn kwn2 Tin sumernya brjy. Slmt.”

Terima kasih Abah, Mak dan adik2 semua kerana sentiasa mendoakan Tin dan juga kawan2 Tin di sini. Tapi, dengan dapatnya mesej ini, entah macam mana aku terimbau kembali kenangan zaman sekolah dulu.

*****

Sekitar bulan 10 2006 (sebelum SPM)…….

“Fatin, camne markah awak lebih rendah berbanding anak2 buah awak ni? Awak kan PRA kumpulan ni.”

Aku hanya senyap dan tersenyum plaster mendengar soalan cikgu (PRA-pembimbing rakan akademik @ tutor). Yep. Ketika itu, kami baru sahaja selesai semak jawapan untuk salah satu subjek yang saja dibuat ujian penilaian. Sepatutnya, makin dibuat latihan dan ujian, markah makin meningkat. Tapi, aku pula, makin lama makin menurun dan sampai satu tahap, rakan2 yang dipertanggungjawabkan kepadaku mendapat markah yang lebih tinggi daripadaku.

“Cikgu, saya sangat2 tak tahan dengan ujian2 ni semua. Saya sangat2 tension. Kalau dibuat latihan ok juga. Tapi asyik2 ujian je memanjang, saya dah tak larat dah cikgu………” . Aku sekadar monolog dalam hati. Ketika itu, aku menghadapi tahap ketensionan yang teramat sehinggakan aku terkena gastrik untuk pertama kali. Mana taknya, tiap2 hari ada je ujian. Kadang2, sampai 2 hingga 3 subjek. Prep petang aku ada kelas intensif khas untuk anak jati Pahang (yang kadang2 pun ada buat ujian gak). Masa prep malam pula, dah cuba sebaiknya digunakan akan tetapi masih lagi tak terhabis. Betapa bertimbun buku2 atas meja, sehinggakan tak ada ruang untuk menulis kot (hyperbolanya).

Dulu, masa sekolah, aku akui, yang aku study semua hanyalah kerana ada peperiksaan besar. Aku sentiasa memastikan yang aku akan capai target2 yang sudah aku setkan. Aku akan cuba lawan balik rakan2 yang resultnya sentiasa di atasku. Aku menginginkan result yang terbaik. Dan memang ye, Alhamdulillah aku antara yang disenaraikan dalam top *5 dalam batch.

Yang aku kenal tentang diriku, aku tidak larat menghadapi peperiksaan yang berderet. Apabila exam berderet je, aku mudah tertekan dan juga mudah rasa cuak. Sepatutnya dah boleh immune dengan periksa ni, tapi lain pula jadinya pada diriku. Tapi Alhamdulillah, dalam 2-3 minggu sebelum SPM, kami tidak lagi diberi ujian2. Cuma sekadar buat latih tubi dalam kumpulan. Skema jawapan pun setiap kumpulan akan dapat 1. Jadi, apabila tak faham sahaja baru rujuk cikgu. Pada ketika ini, aku bersyukur kerana diberi kelapangan untuk diriku ‘regain’ balik semangat menghadapi peperiksaan ini.

*****

16 Januari 2010

Ianya berlaku lagi. Aku dan yang lain kini menghadapi exam2 berderetan. Semua ini membuatkan aku mengalami cuak yang teramat sangat. Dan sekali lagi, aku mula merasa keadaannya sama seperti zaman sekolahku dulu. Cuma bezanya di sini, examnya pelbagai jenis.

Hari ini sahaja, ada dua exam. Satu formative exam untuk HR dan satu lagi exam praktikal untuk Pharmacology. Alhamdulillah, yang lepas biarlah lepas. Apa yang terjadi tadi biarlah dijadikan pengajaran. Apa yang berlaku tadi sebenarnya menarik separuh daripada semangatku untuk menjawab exam. Yep, memang salahnya datang daripada kami pada mulanya. Entahlah, mungkin aku kena belajar untuk ‘memanipulasikan’ keadaan selepas ini seandainya perkara2 sebegini berlaku lagi. Dan mungkin ketika aku sudah masuk alam housemanship dan kerja nanti.

Berbalik kepada exam yang berderetan ni, bukan hanya tahun ni sahaja aku merasa gini. Masa tahun 2 dulu aku dah mula dapat merasainya. Sehinggakan pernah terdetik yang aku sangat2 tak larat dan hilang mood untuk semua ini. Exam…exam…exam. Tak habis2 exam je. Entah berapa kali aku merungut (kadang2 terlepas juga walaupun sedaya upaya ditahan).

Namun, di sini jugalah aku belajar satu perkara. Di sinilah aku belajar, yang targetku sebenarnya bukan terletak pada exam sahaja. Aku belajar di sini untuk mengaplikasikan ilmu perubatan yang aku dapat untuk bakal2 pesakitku (InsyaAllah), membalas jasa kedua ibu bapaku, menyempurnakan hajat semua ahli keluargaku terutamanya arwah nenekku, dan juga untuk mencapai redha-Nya.

Tidak semestinya kerana hendak mencapai redha-Nya kita pun berusaha ala kadar. Tidak. Tapi dengan ingin mencapai redha-Nya, kita berusaha sedaya yang mampu, dan yang lain hanyalah doa dan tawakkal. Dan dalam masa yang sama, hubungan antara kita dengan manusia juga perlu dijaga. Kita ingin mencapai redha-Nya, tapi dalam masa yang sama, kita mengungkit sesetengah perkara berkenaan para pensyarah kita. Sedangkan, melalui merekalah kita mendapat ilmu2 ni. Kita tidak tahu, dengan mengungkit ini, Allah tarik balik barakah ilmu yang kita dapat (Na’uzubillah). Wallahu’alam. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

Sejak datang ke sini, aku tidak begitu berkira tentang keputusan yang aku dapat. Apa yang aku dapat aku syukuri kerana ku tahu, itulah yang selayaknya untukku. Kalau dahulu aku sibuk nak lawan markah orang tu orang ni, sekarang tidak. Apa yang aku dapat, itulah yang selayaknya. Apabila aku dapat markah yang kurang berbanding biasa, aku hanya dapat mengagak pasti aku ada silap di mana2 samada dengan manusia ataupun dalam hubunganku dengan-Nya. Wallahu’alam. He knows the best.

Terluah juga apa yang terbuku dalam kepalaku ini. Bak kata Nas dalam entrinya baru2, seperti hendak ada device yang boleh taip apa yang ada dalam fikiran kita ke dalam blog ini. Mungkin susunan ayat macam berterabur sedikit. Namun, pertama sekali, terima kasih buat akak2 senior dan juga sahabat2 yang menyedarkanku bahawa study bukan hanya sekadar untuk exam sahaja, tapi sebenarnya lebih daripada itu. Walau macam manapun rasa dalam diri itu, tetapkan diri untuk sentiasa istiqamah dalam study. Dan terima kasih buat ahli keluargaku yang tidak putus2 menghantar kata2 semangat dan juga doa buat diriku yang jauh di sini.

Alhamdulillah………. MyEm0.Com

12.1.10

~Bujang lapuk..~

Hari ni merupakan hari terakhir kuliah untuk sem 5. InsyaAllah esok bermulalah study leave kami. Tapi sebenarnya takde lah leave sangat pun memandangkan kami masih lagi ada kelas praktikal dan juga exam praktikal. InsyaAllah minggu depan saja ada 3 exam praktikal menanti (Anatomy, Pharmacology, dan Microbiology).

Rasanya semua mesti ingat lagikan pada cerita ‘Bujang Lapuk’. Ada Bujang Lapuk, Seniman Bujang Lapuk, Pendekar Bujang Lapuk dan juga Ali Baba Bujang Lapuk. Hehe. Kalau tengok banyak kali pun memang takkan pernah tak tergelak dek lawak jenaka yang ada dalam cerita2 ini. Oh ya, kenapa pula entri ni aku bercerita tentang Bujang Lapuk ni ye???

Sebabnya, masa balik dari membeli sedikit barang untuk puding jagung yang sudah dijanjikan untuk mereka2 ini (siapakah mereka itu??), aku ternampak sekumpulan kucing tengah tidur. Pada mulanya, kumpulan kucing ini tidak menarik perhatianku langsung. Tapi apabila aku makin menghampiri kucing2 ini, aku tergelak dalam hati. Cantiknya la susunan dan gaya kucing2 ni tidur atas kereta orang. Ha, ni antara kelebihan handset ade kamera. Apa lagi, candid camera. Hehe. Comelnya. Walaupun gambarnya blur sikit, tapi nampaklah susunan dan gaya tidurnya. Tapi kan, aku tak tahu la pula kalau kucing2 ni jantan ke betina. Kalau jantan semua, memang bolehlah buat geng 'Bujang Lapuk' versi kucing pula. Kui3.

DSC00128

Ok lah, malam ni nak siapkan pamplet untuk ComMed. Siap awal, boleh tumpu kat yang lain pula. Dan ini first time aku menggunakan Windows Live Writer untuk post entri kali ni. Terima kasih El coz promote WLW. WLW ni macam ‘Words’, tapi masih lagi berfungsi seperti ‘Blogger’ gak. Ok, pamplet sedang menanti. ;D

9.1.10

~Hanya kata2 yang ingin dikongsi~


Di sebalik hujan yang lebat, menanti sebuah pelangi yang cantik,

Di sebalik awan mendung yang menghitam, menanti cahaya mentari yang menyinar,

Di sebalik kabus yang tebal, terdapat sebuah pemdangan yang sangat indah,

Di sebalik titisan air mata, terselit jua sekuntum senyuman,

Di sebalik sesuatu kedukaan itu, pasti ada sinar kegembiraannya,

Di sebalik kesusahan yang dihadapi, akan tiba kesenangan yang tiada taranya,

Di sebalik semua perkara yang berlaku dalam hidup ini, pasti ada makna yang tersirat, di mana hanya diri ini sahaja yang sedar atau tidak apakah makna yang tersirat itu....

p/s-Dapat idea masa dalam perjalanan ke kuliah hari ni..... =). Moga kalian dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.

~Malaysian Day versi HR...~

Alhamdulillah, akhirnya dengan terbentangnya HR (Human Rights) tadi, maka habis dan selesai sudahlah semua assignment2 ku. Minggu depan dan minggu yang akan datang pula, merupakan study leave dan juga waktu untuk exam2 praktikal pula. Lepas ini aku perlu menumpukan masa aku untuk itu semua. Dan pada hujung bulan ni, bermulalah exam final sem 5. Tak sangka dah nak final kan. Terasa macam baru je sampai sini selepas pulang bercuti baru2 ni.

Semasa pembentangan HR tadi, terasa macam 'Malaysian Day' masa 1st year dulu. Semua group diminta bentang pasal topik masing2 yang berkaitan dengan Malaysia. Kebetulan group aku dapat Civil Rights, jadi kitorang semua bentang pasal undang2 di Malaysia. Group lain ada yang politik la, pekerja dan macam2 lagi. Tapi semua pasal Malaysia. Dengar orang present tadi, tiba teringat subjek Sejarah. Antara subjek favourite kot masa sekolah dulu. Sebab ada je antara yang dibentang tadi pernah belajar dalam subjek tu.

Sebelum present tadi, memang kebanyakan dari kami terasa sangat cuak. Mana taknya, kami semua diminta present pasal perkara yang berkaitan dengan Law. Kalau setakat bentang pasal medical law mungkin macam kena kot dengan kami student medik. Tapi bila diminta bentang pasal law secara amnya, pening gak kepala. Alhamdulillah, aku mendapat bantuan dari segi penerangan oleh kawan sekolahku yang ambil Law (thanks Famie). Terus ada idea nak buat assignment ni.

Tak lama lagi, semua akan memulakan usaha untuk final masing2. Jom kita berusaha untuk yang terbaik.

Dan rasanya tak terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pimpinan baru PCI. Moga kalian dapat memengang amanah ini dengan tabah, amanah dan bertanggungjawab.

Rabbuna Yusahhil semua.
MyEm0.Com

2.1.10

~Sekeliling......~

Hari ni aku menghadapi satu hari yang agak memenatkan. Kalau ikutkan, aku tak nak update blog lagi. Ada idea tapi nak simpan dulu, nanti2 aku pos kan. Dan malam ni pun aku nak rehat awal, sebab sekian lama tak stay up, tiba kena stay up malam tadi untuk siapkan dan mencantikkan assignment. Alhamdulillah berbaloi apabila profesor yang menilai berpuas hati dengan hasil kerja group kami semua.

Tiba2 malam ni, terkeluar satu idea untuk pos entri baru. Tiba aku rasa nak upload gambar2. Hehe, gambar apa yang aku nak upload ye?? Silalah scroll ke bawah ye.

My Happy Family...
Semuanya yang ingin diluahkan tak dapat nak diungkapkan dengan kata2. Rasanya Tin hanya mampu mengatakan yang Tin sangat menyayangi Abah, Mak dan adik2 semua.

L.O.R.D's (Legion of Renowned Doctors) akhawat masa trip ke Rasheed..
Moga ukhuwah antara kita sentiasa utuh dan kuat. Dan juga moga impian kita pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah dipermudahkan dan termakbul InsyaAllah

Antara kami yang sambut EQ'09.
Tahniah to team Dikir Barat... ;)

My happening CPR group....
Moga ilmu dan pengalaman yang kita peroleh ini dapat digunakan dengan sebaiknya pada masa akan datang

Qasrun Najihin....
Moga ikatan kasih sayang antara kita sentiasa kuat dan mekar seiring dengan maksud nama rumah kita. Bersyukur kerana mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku di sini

Pre-Medic Egypt KSP'07
Seronok dapat menimba pengalaman bersama kalian semua sepanjang tak sampai 3 bulan kita duduk kat sini. Memang ni lah zaman 'lepak' kita kan??

Akhawat Pre-Medic Egypt KSP....
Masa baru habis BTN (macam team nasyid la pulak aku tengok...kui3)

K4E....
Housemate yang memang sangat2 cheerful selalu.... ;)

My roommates K4E....
Walaupun kita ditakdirkan bertemu dan hidup bersama dalam sebuah bilik yang sangat sempit (bak kata yang lain, bilik orang gaji), tapi itulah yang merapatkan kita kan???

SEMSASIANS 0206 Girlz.....
Every single moment we've shared together for almost 5 years, will be kept in my mind forever...Tak sangka kita dapat melihat masing2 makin dewasa untuk selama 5 tahun ni kan???

5 Aktif'06
Banyak kenangan kita sepanjang setahun ni. Hopefully kita semua dapat menggapai cita2 yang kita semua inginkan.

BKP'06
Dormmates yang sangat2 memahami. I've just remembered that we've always shared our problems n stories together....Miss that so much.....

6 Taubah (A1)'01
Ke mana ye kalian semua. Ada yang dapat jejak balik. Ada yang masih lagi mencari sampai sekarang. Tapi yang aku tahu masing2 dah berubah sangat2 dan ada yang aku tak dapat nak cam.
(p/s untuk L.O.R.D-Dalam ni ada 3 orang ahli L.O.R.D ->aku, Helmi dan Noor Safwan. Hehe.)

Tiba teringat banyak kenangan2 lama. Hehe. Sentimental mode la pulak malam ni. InsyaAllah masa akan datang nanti aku letak gambar2 lain pula ye. Got to go........