Pages

22.2.10

~Jelas terpancar....~

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran, kerana AKHIRnya kami semua selamat menghabiskan final exam untuk semester kali ni. Dengan ini, bermulalah cuti kami selama 2 minggu (lama tu). Ada yang akan mengembara, ada yang akan mendaki, ada yang pulang bertemu keluarga tercinta dan ada juga yang tidak ke mana2. Tapi yang tidak ke mana2 ni tidak bererti mereka tiada rancangan, tapi mungkin ruang ni mereka gunakan untuk membina semangat dan kekuatan dalam menghadapi semester 6 yang akan datang nanti. Dan semester ini merupakan semester yang terakhir untuk pre-clinical year ataupun theorotical. Semester ni jugalah yang merupakan penentuan kelayakan kami untuk naik ke clinical year yang lebih menjurus ke arah kepakaran dan kemahiran.

Selepas habis exam, kami satu batch bergambar beramai-ramai. Cumanya ikhwah dan akhawat lebih selesa mengambil gambar berasingan. Ikhwah di kuliah A manakala akhawat di kuliah B. Tapi bagi akhawat yang istimewanya dah ditetapkan tema warna samada merah, maroon, atau pink. Masih lagi warna warni tapi lebih kurang sama tonanya. Tapi tak semua pun ada dalam gambar ni sebab sudah ada yang keluar awal kerana perlu mengejar masa atas urusan masing2.

Yang pasti, jelas terpancar kegembiraan dan kelegaan di wajah semua orang. Aku sangat senang melihat wajah2 ini. Walaupun ada yang mungkin terkejar-kejar hendak menyiapkan buku praktikal Community Medicine, tapi riang ria habis exam jelas kelihatan dari raut wajah masing2. Namun sekarang ni, apa yang perlu dilakukan ialah berterusan berdoa meminta agar tiada masalah yang timbul dalam menanda kertas jawapan kita dan letakkanlah tawakkal kita pada-Nya kerana hanya Dia yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

L.O.R.D's Ikhwah (kredits to Haris coz bagi izin ambil gambar ni kat FB)

L.O.R.D's Akhawat (Nampak kan kami semua happy? Hehe, dan dalam gambar ni ada sekali Miss Lina [antara yang duduk di row paling depan]. Dialah antara yang menguruskan urusan kuliah pelajar2 International [Integrated] Undergraduate Medical Program)

p/s - tak semua ada dalam gambar ni.

Habis sudah kisah exam semua ni. Sekarang ni aku ingin memaklumkan yang aku tidak dapat meng'update' blog ini kerana InsyaAllah aku dan 5 orang rakanku yang lain akan mengembara ke Portugal dan Spain sepanjang 2 minggu cuti ni. Doakan pengembaraan kami diberkati dan berjalan dengan lancar. Mungkin kalau aku diberi kesempatan untuk online di sana, InsyaAllah aku akan ceritakan progress pengembaraan kami. Dan InsyaAllah sekembalinya kami ke sini, aku akan cuba mengambil ruang waktu untuk menceritakan semula tempat2 yang kami lawati dan pengalaman2 kami sepanjang berada di sana.

Ok lah, ini sahaja untuk kali ni. Terus terang, sebenarnya banyak lagi entri yang ingin aku poskan dalam blog ni, namun aku tidak cukup bahan dan waktu untuk berbuat demikian. Entri ni pun hanya sekadar notis yang blog ni akan 'menyepi' buat seketika. Selamat bercuti dan manfaatkanlah peluang cuti yang diberi ini dengan sebaiknya.

16.2.10

~Kisah hari ini....~

Bak kata Fakhy, habis sudah subjek2 yang ada 'ology' ni. Lepas ni tinggal paper yang kira cam elektif, tapi masih lagi penting. Lusa akan ada dua paper untuk sehari. Jarak yang ada pun sehari je. Tak tau nak study yang mana satu dulu. Ada idea??? Hehe.

Pagi tadi, kedengaran seperti pekerja2 menggali jalan di hadapan rumah kami. Untuk beberapa minggu ni, banyak kerja2 pecah jalan semua ni dibuat. Barang2 dalam rumah pun cepat je berhabuk, nak2 pula pintu balkoni dibuka untuk cahaya dan pengudaraan. Apabila dengar orang gali jalan, terdetik dalam hati, rasanya macam susah je nak jalan keluar daripada lorong rumah ni nanti.

Buka je pintu imarah, jalan yang belum digali lagi hanyalah yang betul2 di depan imarah kami saja. Di kiri (jalan yang menghala ke pasar) dan kanan (jalan yang menghala jalan utama) dah digali. Tapi boleh lagi nak keluar sebab ada lagi ruang nak jalan kat tepi2.

Untuk beberapa minggu ni, cermin mataku sedikit bermasalah. Besi untuk skru dan pemegang kat sebelah kanan sedikit bengkok. Pada aku, selagi skru tidak longgar, aku rasa boleh bertahan lagi. Sampailah beberapa hari yang lepas, apabila aku belek cermin mata ni, baru aku perasan besi yang bengkok ni dah patah, tapi skru masih lagi kuat. Dan malam tadi, nampaknya skru dah mula longgar. Aku cuma boleh berharap yang cermin mata ni dapat bertahan lama sedikit.

Tadi, masa part MCQ, sambil2 semak kertas soalan dan jawapan, aku rasa seperti cermin mataku sedikit kabur. Sebelum keluar rumah aku lupa nak lap cermin mata dulu. Kerana tak selesa, aku tanggal dan lap dengan kain bajuku (bagi pemakai cermin mata, jangan tiru aksi ni, kalau nak lap cermin mata guna kain yang telah dikhaskan..). Aku dapat rasakan yang pemegang cermin mata belah kanan ni pelik semacam je. Skru macam dah sangat2 longgar dan..... pap..... tercabut. WAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku teruskan semak jawapan walaupun terasa macam........ Huhu. Teruskan jelah jawab tanpa bercermin mata.

Sebenarnya aku tidaklah rabun mana. Cumanya aku tak tahan cahaya (silau). Menghadap kertas sahaja pun dalam keadaan yang lama sudah boleh membuatkan mataku pedih dan adakalanya sampai berair. Jadi, apabila menjawab paper exam, menghadap kertas, kat bawah lampu dewan, sedikit sebanyak memedihkan mata. Huhu. Kalau tengok slide presentation, menghadap komputer, lagilah terasa pedih.

Balik daripada exam, aku dan Hasanah singgah ke pasar memandangkan barang2 rumah tak cukup pula untuk minggu ni. Dah habis beli semua benda yang perlu, kami agak terkejut tengok keadaan jalan rumah kami yang bertambah teruk. Tak tahu nak jalan ikut arah mana. Kalau ikut daripada belah jalan utama pun sama je teruknya. Mungkin pekerja2 ni nampak kami macam teragak-agak, diorang panggil kami suruh kami lalu je. Agak sukar memandangkan ada timbunan batu dan pasir. Redah sajalah pasir dan batu ni. Dan masa kami sampai imarah kami, diorang baru nak gali jalan depan imarah kami ni.

Sebenarnya sekarang ni mereka dalam proses nak menanam salur paip gas. Memandangkan bangunan rumah kebanyakannya tinggi, jadi mereka mengambil inisiatif untuk guna salur paip gas berbanding menggunakan tong gas (ambubah dalam Arab ammi). Ada sesetengah imarah yang tiada lif (macam imarahku), jadi agak membebankan jika kena angkat tong gas sampai ke tingkat 3. Dengan salur paip gas, tak perlulah tong gas diangkat ke sampai ke tingkat berapa pun dan tak perlu risau kalau gas habis (nak2 pula kalau tengah masak). Lagipun kat kawasan Azzarita dan Gama'ah dah pasang salur paip gas ni. Camp Chezar sekarang ni dalam progress la kot.

Pasal cermin mata ni, buat sementara ni aku pakai cermin mataku yang lama (sejak dari tingkatan 4 punya). Elok je lagi, cumanya banyak calar (ada rasa kabur dan tak selesa akibat calar ni). Dan sekarang ni, rasanya kerja2 di hadapan rumahku telahpun siap. Intai baru jap ni tadi nampak dia dah tutup bahagian yang digali. Padanlah beberapa hari lepas diorang drill jalan ni. Masa tu nak study pun tak boleh. Equilibrium terganggu akibat gegaran2 kecil kesan daripada kerja drill jalan ni menyebabkan rasa nausea. Sabar jelah.

Ok lah, tengah fikir nak study mana satu dulu. Walaupun dah kira subjek yang elektif, tapi tak boleh dipandang ringan. Selamat study semua. All de best dan Rabbuna Yusahhil......

Pemandangan dari balkoni depan rumah. Ni jalan yang menghala ke pasar (jalan yang menghala ke jalan utama tak dapat nak tangkap gambarnya sebab pokok besar depan imarah ni menghalang pemandangan...)

Pekerja2 sibuk nak memasukkan salur paip dalam tu. Dalam gak parit yang dia gali.

14.2.10

~Growing up is not as easy as you think (maybe)~

Merentas kembali ke zaman usia masih dalam angka sa lagi. Masa tu, apa2 yang kita buat, akan diawasi oleh mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa ataupun cikgu2 kita. Apa2 yang kita buat, pasti kita main buat tanpa fikir apa2 dulu. Tanpa pengawasan mereka, mungkin kita akan tercedera ke, tersesat, atau macam2 lagi kemungkinan yang kita sendiri tak jangka akan berlaku. Aku sendiri masa kecil dulu pernah je buat perkara2 yang membuatkan Abah dan Mak risau (kes jalan sendiri ke kedai semata-mata nakkan ais krim). Memang masa tu, aku tak fikir apa2 kemungkinan yang akan berlaku semasa nak ke kedai, dan juga perasaan Mak yang sangat risaukan aku. Kerana masa tu, aku hanya fikirkan apa yang aku nak. Itulah kita masa kecil. Buat apa2 tanpa fikir panjang. Dan sepanjang kita menempuh alam ni, memang kita sentiasa memerlukan perhatian daripada kedua-dua ibu bapa kita.

Masuk pula ke zaman usia belasan. Ketika ini, kita baru mengenal dunia. Dunia yang sebenar. Sedikit demi sedikit kita dah mula berani melangkah berseorangan tanpa mengharapkan pengawasan ibu bapa kita. Dengan alasan, yang kita dah besar. Dah boleh berdikari sendiri. Namun, sebenarnya ketika ini, kita baru sahaja nak melangkah. Kiranya baru rasa nak berseronok sebab dah ada 'lesen' untuk buat apa yang kita nak. Sedangkan masa ni, padaku, kita masih lagi terumbang-ambing dalam membuat keputusan kita kerana waktu ini, keputusan yang dibuat selalu sahaja dipengaruhi oleh perasaan. Tapi adakalanya perlu juga kita membuat keputusan yang salah. Yelah, kalau asyik betul je, takkan dapat apa2 pengajaran pun. Sekali-sekala buat silap ni perlu agar mata hati kita terbuka luas dalam menilai semua benda dari pelbagai aspek.

Kini, tanpaku sedari, usiaku sudah injak puluhan. Bagi sesetengah orang, dah dewasa rupanya. Yep, dah mula hidup sendiri. Nak2 pula duduk kat negara orang, jauh daripada mata ibu bapa kita, yang ada di sekeliling hanyalah rakan2 yang sama2 berjuang dalam mencapai segulung ijazah kejayaan. Namun, cabaran tetap juga datang. Dewasa itu dah nampak, tapi bagaimana pula dengan kematangan? Adakalanya, ada yang merasakan apabila dah dewasa, bermakna sudah matang. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semestinya dewasa itu adalah matang. Boleh jadi, ada yang matang dahulu baru dewasa. Dan ada saja yang dewasa dulu baru matang. Ada juga yang kedua-dua ini, bergerak seiring.

Matangnya seseorang ni, boleh dilihat daripada luaran dan dalaman. Yang paling penting dalam menilai kematangan ni, adalah dari segi cara mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah, tanpa menyakiti atau mengguris mana2 pihak. Cara menguruskan masa dan hidupnya. Kalau dulu, masa dalam alam sekolah menengah, kita tak sabar nak jadi dewasa. Tapi apabila dah dewasa, kita perlu mencari kematangan di sebalik kedewasaan kita.

Matang tidak bermakna kena serius selalu. Larilah habis orang2 kat sekeliling kalau asyik serius je. Cumanya perlu fleksibel. Serius apabila perlu. Berlawak jenaka pun biarlah pada masanya. Saling memahami keadaan di sekeliling dan juga situasi.

Ramai yang menganggap apabila dah dewasa, semuanya senang. Yelah, dah boleh bawa kereta pergi sana sini. Dah ada duit, boleh belanja beli apa2 yang dikehendaki. Dah ada handset, boleh contact sesiapa yang kita teringat. Pendek kata, boleh buat macam2 lah yang kita nak. Ramai juga yang fikir, apabila dah dewasa, hidup ini senang. Kurang masalah macam masa sekolah dulu. Akan tetapi, sangkaan2 ni hanyalah indah khabar dari rupa (tak sangka aku ingat lagi peribahasa...kui3..)

Namun sebenarnya, apabila dah menginjak dewasa (rasanya semua hadapi perkara ini), iaitu masing2 mula mencari kematangan diri masing2. Dan dalam mencari kematangan ini, pelbagai liku2 yang perlu dilalui. Sebenarnya, liku2 inilah yang membantu mematangkan diri. Cuma bergantung pada diri masing2 saja nak hadapi semua ini macam mana. Dan jangan dilupa, apa2 yang kita buat, jangan terbabas daripada landasan syariat-Nya. Mohonlah bantuan daripada-Nya. InsyaAllah, Dia sentiasa mendengar dan bersama kita dalam senang mahupun susah.

Kesimpulannya, jadi orang besar bukannya senang. Makin besar diri kita, makin besar jugalah masalah dan cabaran yang dihadapi. Kita akan sentiasa diuji dengan apa yang kita mampu sebenarnya. Terimalah setiap ujian dan cabaran ini sebagai latihan dan juga penguat diri. Sekadar tambahan, orang yang dah besar panjang pun ada gak dapat homework a.k.a assignment selalu. Hehe.

Alhamdulillah, keluar juga idea untuk yang tersekat-sekat dalam fikiran untuk beberapa hari ni. Hanya sekadar pandangan sendiri dan juga luahan dari dalam diri.

MyEm0.Com

~Cuak?? Hehe, lepas sudah paper ke-6..~

Entah apa kena dengan paper hari ni, tapi rasanya macam keadaan kelam kabut je. Mana taknya, berderet-deret kedengaran alat2 tulis jatuh ke seat orang depan. Aku yang duduk di row tengah dan belakang sekadar perhati dari arah manalah bunyi2 barang jatuh ni datang.

Dalam fikiranku, hehe, mesti semua kelam kabut sampai tercampak-campak kot barang2 dia. Tapi apabila fikir balik, sebenarnya bukan sengaja pun. Kadang2 tak perasan yang kita letak pen atau pensil kat sudut situ, terlanggar ke apa ke tu yang jatuh. Huhu.

Aku jenis yang mudah 'distracted'. Pantang ada benda yang berbunyi, atau bergerak, atau apa2 yang berlaku, pasti aku toleh. Dan hari ni memang banyak kali kot aku menoleh ke arah bunyi2 ni. Huhu. Tambahan pula aku masa tu tengah mencari ilham untuk menjawab soalan2. Lainlah kalau aku tengah menulis jawapan. Sebab kalau tengah menulis biasanya konsentrasi tinggi kan.

Sedar atau tidak, rupanya dah hampir pertengahan bulan Februari dah sekarang. Terasa cepat je masa berlalu. Cuaca sekarang ni bagiku dah mula nak 'menggila'. Kerana sekarang dah hampir nak masuk spring, dan juga penghujung winter. Adakalanya sejuknya sampai menggigit tulang (hyperbolanya..) dan adakalanya panas sangat2. Terdetik juga rasanya winter kali ni pendek berbanding tahun lepas. Ke mungkin aku yang tak perasan? Entahlah.

Tak sabarnya nak habis exam. Hehe. Walaubagaimanapun, Rabbuna Yusahhil dalam menghabiskan exam yang berbaki 4 paper lagi. Untuk yang dah lepas,teruskan berdoa dan tawakkal kepada-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang akan datang ni pula, teruskan berusaha untuk yang terbaik. All de best.........

Sedapnya kucing ni tidur....Nak tidur cam kucing ni gak.... Hehe....

7.2.10

~Hati suka......~

Suka apakah???? Hehe. Bukannya apa. Suka sebab dah lepas dua paper untuk dua hari berturut-turut menjadikan paper yang dah 'khalas' ada empat semuanya. Tapi tak boleh suka2 terus sebab ada lagi ENAM paper menanti (Pharmacology, Histology, Parasitology, PBL, Human Rights, Community Medicine). Takpe2, you've deserve to get some rest and refreshment for some time, but remember to limit yourself.

Tadi lepas exam aku ke rumah Amy untuk membereskan sedikit 'hal' kami untuk plan lepas exam nanti memandangkan cuti selama 2 minggu. Plan apa ye?? Nantikan entriku dalam masa sebulan lagi ye. Hehe.

Ok lah, sekadar entri yang pendek untuk meng'update' blog ini memandangkan tiada lagi entri untuk bulan Februari. Selamat menghabiskan paper2 exam yang ada.