Pages

30.3.10

~Rant and Ramble....~

Fatin..... Just keep strong..... Tak lama lagi all of dis will be over.... You will get back your normal life....

Huhu, seriusly, aku terasa penat sampai satu tahap aku terasa seperti nak explode. Terasa nak sangat buat apa yang aku nak tanpa fikirkan hal2 orang lain. Tapi, I won't do that coz it is just not me (seingatnya, tak pernah aku buat gitu, mungkin pernah tapi aku tak ingat, Wallahu'alam). Tak sampai hati untuk menyusahkan orang lain, sebab mereka juga susah payah berusaha untuk yang terbaik. So, why not aku tambahkan effort diriku demi kebaikan semua orang.

But seriusly, I do hope dis will be de last for dis sem. I really want to have my own time. My own activities. I do have my own targets and plans to be fulfilled, but dis type of 'busyness' have restricted me from fulfilling my targets and plans. And de worse thing, I feel like my 'amalan' jadi tunggang langgang. I've tried my best to be istiqamah, but it just come out the other way round. And I really dislike when dis situation happened. T_T

To be positive, I've always think that there will be 'hikmah' behind all dis. Mungkin sibuk sekarang ni, adalah jauh lebih mudah banding sibuk pada masa akan datang. Kita tak tahu apa yang kita akan rasa pada masa akan datang. Mungkin ini semua adalah latihan dan persediaan untuk menghadapi sesuatu yang lebih sukar pada masa akan datang. Wallahu'alam, itupun seandainya usia ini dipanjangkan.

Abah dan Mak kalau baca entri ni, minta jangan risau. Memang betul Tin sibuk, tapi Tin sedang berusaha untuk overcome dis type of situation. Mungkin ni latihan untuk Tin sebelum masuk housemanship nanti. Allah knows de best.

Having dis some time of rest really makes me feel a bit calm, relax, and well prepared. I do have my own limitations coz I'm not a robot. I'm a human being with its own limitation. Not a superwoman or what so ever. I just need some time for myself to regain back my own strength.

Kawan2, kalo korang tengok aku moody semacam je atau benda, bukan bermakna aku tak puas hati, cumanya aku terasa penat. Penat sangat sehinggakan aku rasa aku tak mampu dah. Tapi apabila dapat sedikit ruang waktu untuk diriku, InsyaAllah semuanya ok. Walaubagaimanapun, jutaan terima kasih kerana sentiasa bersama-sama menguatkan semangat masing2. Untuk terus melangkah ke depan, walaupun terasa penat. Untuk sentiasa memahami, dan sering mengingatkan. Bersyukur kerana aku bertemu dengan kalian semua.

Buat ahli keluargaku yang tersayang, maafkan Tin seandainya Tin mengabaikan tanggungjawab Tin. InsyaAllah apabila semua ini berakhir, Tin akan cuba berusaha yang terbaik untuk jalankan tanggungjawab2 Tin. Bukannya bermaksud sekarang ni Tin abaikan terus tanggungjawab Tin, cumanya Tin kurang laksanakan tanggungjawab Tin seperti biasa. Maafkan Tin kalau entri ni buat Abah dan Mak risau. Ini cuma rant dan ramble supaya diri Tin tak explode..... Hehe (I'm ok now).

p/s - maaf sangat2 sebab bahasa yang sangat campur aduk ni. ;)

23.3.10

~Award???~


Thanks to my bestfriend since primary school, Nadia Nadzirah for this award. Haha, terharu kot. First time dapat award ni. (Sori sebab datang ambil award ni lambat)

Arahannya :-

1) copy n paste the badge to you blog.
2)Pick 15 of youf friends that you think they blog are amazing.
3) Go to you friends blog to tell them about the award.
4) State 7 things bout yourself.

Pick 15 friends with awesome blog.....
(Nak pilih siapa ye? Ada idea.... Ha, gotcha.....)

~Nas~
~Hajar~
~Syimah~
~Mek Ti~
~Hanun~
~Nad~
~Aain Fauzi~
~Ena~
~Keynah~
~Wan~
~Wawa~
~El~
~Yuni~
~Ceyha~
~Ai~
~Sesiapa yang nak ambil award ni pun leh gak....~

7 things about yourself (apa ye??)

~Nama diberi Fatin Hamiza binti Mohd Nasir~

~Sedang membela seekor ikan yang sangat comel. Namanya Ryo (InsyaAllah nak cari kawan baru untuk dia nanti)~

~Suka baca novel ataupun surfing internet di kala senggang~

~Like purple~

~Pada mulanya nak jadi Pakar Paedriatrik. Tapi sekarang terasa seperti nak jadi Haematologist. Apa2 pun, May Allah bless~

~Sangat2 sayang insan2 yang hadir dalam hidupku (ahli keluarga yang sangat menyayangi dan memahami, dan kawan2 yang sangat supportive dan juga memahami)~

~Tapi yang paling penting, aku adalah diriku seperti yang semua lihat dan kenal.~

~Tahniah Adikku Arah...~

Semasa aku masih di Spain, kalau tak silap masa tu kami baru sampai di Barcelona, baru dapat rehat kat asrama yang kami duduki. Sedang merehatkan diri, tiba handset berbunyi. Ada mesej masuk. Mesej daripada Arah memaklumkan yang resultnya akan keluar Khamis depan (11 Mac). Katanya dia cuak. Aku katakan padanya, semua orang rasa macam tu dulu.

Tibalah hari yang dinantikan, 11 Mac. Seawal pukul 6 lebih pagi, aku telefon handset Arah. Tapi mungkin kerana keadaan yang agak kecoh, Arah tak angkat telefon dia. Jadi aku telefon Mak. Katanya Arah tengah jumpa guru2 dia dan juga Mak tengah duduk kat kantin memandangkan Adik baru kena chicken pox.

Balik sahaja dari kelas, aku baru dapat mesej daripada Arah memaklumkan result dia. Alhamdulillah, TAHNIAH ARAH atas kejayaan yang Arah gapai. Memang ramai yang mengatakan result SPM adalah penentu masa hadapan,walaupun ada benarnya namun, usaha dan juga pembawaan diri di alam universiti nanti menentukan siapakah kita dewasa kelak.

Sekali lagi, setinggi-tinggi TAHNIAH buatmu Arah. I'm really proud of you sis. Moga urusan permohonan biasiswa dan permohonan nak sambung belajar dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. InsyaAllah kami semua doakan yang terbaik agar impian Arah sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan terlaksana. Just don't stop praying for de best coz Allah knows what is de best for you and your future............

18.3.10

~2 Birthdays in this month....~

Entri yang sudah terlambat untuk dimasukkan. Huhu, macam manapun, SELAMAT HARI LAHIR diucapkan buat dua orang adikku yang menyambut hari lahirnya pada bulan ni.

Buat adik2 ku sayang, maafkan Aca sebab lambat masukkan entri ni. Khas buat Adik, maafkan Aca sebab membuatkan Adik menunggu panggilan telefon daripada Aca. Maafkan Aca juga sebab tak telefon Adik seperti yang Aca cakap kat Adik.

Birthday Boy dan Birthday Girl dengan Mak (nape semua tak pandang kamera ni???)

Buat adikku Hafiz Arif, moga Arip dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian Arip. Dengar kata naik sem ni kat KMS, banyak aktiviti yang Arip join. Dan dalam masa yang sama, jangan lupa pada prioriti Arip di KMS, iaitu belajar. Dan juga jangan lupa pada matlamat sebenar perjuangan Arip di KMS ye.

Buat adik kecilku Anis Azyyati, perjalanan hidup Adik masih lagi jauh. Aca doakan Adik menjadi anak yang solehah dan baik buat Abah dan Mak. Aca doakan agar Adik dipermudahkan urusan dalam proses pembelajaran. Moga Adik sentiasa ceria, sihat dan gembira selalu. Adik, jangan lupa tau, nanti bawa Aca gi Aquaria ye. Hehe. Moga Adik cepat sembuh daripada chicken pox. Ngeeee~~~~~~

~Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir Arip dan Adik,
Selamat Hari Lahir~

(Happy Sweet 19 and 8)

13.3.10

~Portugal dan Spain : Episod 1 - Persediaan dan Transit....~

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga aku menceritakan kisah episod satu ni. Agak lama juga aku menangguhkan episod ni. Huhu, takpe, lepas masuk episod satu ni pun jadilah.

Pada mulanya, kami merancang untuk ke Morocco dan Spain. Tetapi memandangkan proses nak masuk Morocco sangat ketat (katanya memerlukan slip bank ke apa, tak ingat), jadi kami merancang untuk ke Spain sahaja. Namun, dengan pengalaman kakak-kakak senior yang travel ke Spain dan Portugal tahun lepas, kami menambah lagi satu destinasi kami iaitu ke Portugal.

Sebelum exam final, kami dah pun membahagikan tugas2 yang perlu dilakukan oleh kami berenam (Hasanah, Zatil, Aku, Izo, Amy dan Mira). Semua kecuali Amy perlu buat sedikit research berkenaan dengan tempat2 yang hendak dilawati mengikut tempat yang kami pegang. Amy pula dia lebih bertanggungjawab kepada pengurusan tempahan (tiket dan asrama) secara online. Tak sabar gak nak tunggu habis exam masa ni. Hehe.

******

23 Februari 2010

Tibalah hari yang dinantikan. Ahli bait yang stay, Shila dan Alliah sibuk menyediakan bekalan makanan kami (bihun goreng yang sedap ngan sandwich tuna yang enak.....terima kasih banyak2 korang...). Kami bertiga juga ada mendapat 'coklat special' pemberian daripada 2 orang jiran bawah rumah (hehe, thanks Nena dan Aida).

Dalam pukul 8.45 pagi, kami semua mula bertolak ke Mau'af Gadid (stetsen bas dan tramco). Flight yang kami naik ni berlepas dan juga mendarat kat Airport Cairo, jadi memang kena ke sana la. Kami ke Mau'af Gadid dihantar oleh Shila, Alliah dan Nena. Debar gak sebab ni merupakan pertama kalinya aku 'melancong' ke negara orang. Huhu.

Alhamdulillah, tepat pukul 9.30 pagi, bas Super Jet yang membawa kami terus ke airport dah mula bergerak. Kami berenam merupakan yang terakhir masuk ke dalam bas walaupun sebenarnya tak adalah lambat manapun kami sampai. Dalam bas, macam2 karenah ada. Ada antara kami yang tidur. Ada juga yang berjaga tengok jalan sekitar. Dalam bas, aku mengirimkan mesej kepada Abah memaklumkan yang aku dahpun dalam perjalanan ke Cairo. Abah mendoakan agar perjalanan ini selamat dan lancar. Aku baru tahu yang Abah juga pernah ke Spain masa Abah belajar degree dulu (tahun 1980). Dalam perjalanan ni juga kami semua nampak ada sebuah lori rentung di jalan arah bertentangan. Kalau tengok gaya macam baru berlaku sebab bomba semua ada lagi.

Alhamdulillah, dalam pukul 2 petang kami selamat sampai ke Cairo Airport. Kalau ikutkan, sepatutnya kami naik flight dari terminal 2. Tapi memandangkan terminal 2 agak susah untuk solat semua, jadi kami ingat nak singgah terminal 1 dulu untuk solat, sebab bas ni pun memang berhenti kat terminal 1. Masuk terminal 1, tiba kami nampak ada booth untuk Alitalia Airlines (flight kami untuk ke sana). Amy pergi ke booth tersebut untuk bertanyakan kat terminal mana kami bakal berlepas. Rupanya baru2 ni memang dah ditukar ke terminal 1. Jadi, lepas solat ni, dah tak payah nak ke terminal 2. Yeahhhhh!!!!!

Setelah cek in bagasi dan tiket semua, kami menuju ke surau dulu dan kemudian berpecah. Ada yang gi makan kat McD, dan ada juga yang makan bekalan yang dibawa. Lepas tu kami semua berkumpul balik dan berbincang sedikit2 pasal perjalanan kami yang panjang ini. Tak lama lepas tu, kami mula bergerak ke Gate 4 untuk boarding dan naik shuttle bus ke kapal terbang. Wah, dah nak berlepas dah. Hehe, selamat tinggal Mesir. InsyaAllah dua minggu lagi akan jejak balik bumi Mesir ni.

Tepat 5.20 pm, kapal terbang AlItalia mula bergerak ke destinasi transit kami, iaitu di Rome. Kami berenam dapat duduk sebaris dari 31 A sampai F. Dalam flight, perkara biasalah yang kami buat, tidur, dengar lagu, atau apa2 lah. Dalam flight ni ada disediakan makanan tapi kami tak makan semua kerana timbul sedikit ragu2 pada daging yang dihidangkan. Kami hanya sekadar makan salad, telur rebus dan juga udang yang direbus. Lepas makan, kami semua meneruskan aktiviti kami semula (tidur dengan lenanya.....).

Sampai sahaja di Rome, kami sama2 bergerak ke ruang menunggu transit. Kalau diikutkan, sepatutnya kami hanya perlu transit sekejap je. Tapi memandangkan cuaca yang sedikit buruk (hujan lebat), flight kami delay selama hampir 2 jam. Puas gak la tunggu dan tunggu je kat ruang menunggu ni. Aku, Izo, Zatil dan Hasanah jalan2 jap. Kagum gak tengok, awalnya kedai2 dalam airport ni tutup. Hmmm....

Selesai juga penantian kami apabila akhirnya kami semua dipanggil masuk untuk boarding. Kami sampai di Lapangan Terbang Madrid, Spain dalam pukul 2 pagi. Masa tu sejuk dan hujan2. Setelah siap ambil beg, kami semua terus bergerak mencari tempat menyimpan beg. Di Spain, tempat penyimpanan beg dipanggil 'Consigna'. Alhamdulillah, walaupun sudah pukul 2 pagi, tapi 'Consigna' masih lagi buka. Ok, new problem. Security guard tak tahu nak cakap English. Tapi kan, dengan pelbagai cara dan peralatan (pen dan kertas), akhirnya semuanya dapat difahami dengan mudah. Perasan juga yang bunyi bahasa sini ada sedikit persamaan dengan Arab Ammiah, cuma mungkin maksud lain sedikit la. Dan kami sangat kagum dengan Security guard ni yang begitu bersungguh untuk memahamkan kami.

Lepas selamat tinggalkan beg, kami terus bergerak ke bilik air memandangkan kami semua belum solat Maghrib dan juga Isya'. Memandangkan hanya kami sahaja yang 'asing' di sini, jadi kami menghadapi sedikit masalah dalam mencari tempat untuk solat. Sebenarnya ada disediakan surau untuk orang Islam yang nak solat, tapi surau tu hanya akan dibuka selepas pukul 6 atau 7 pagi. Puas juga kami cari tempat yang betul2 terlindung daripada orang2 tempatan sini.

Akhirnya kami jumpa satu spot untuk kami rehat sementara nak tunggu flight ke Portugal. Di situ juga kami tunaikan solat2 kami (jama' qasar untuk Maghrib dan Isya' dan juga Subuh). Walaupun terselindung, tapi ada juga yang nampak. Pada mereka, memang kelihatan pelik, tapi ketika itu kami juga tidak mahu menangguh tangguh waktu solat dah, khuatir jika tak sempat je. Mungkin lepas ni memang kena ambil kelas Fiqh Musafir (InsyaAllah akan diadakan awal bulan 4 nanti).

Lepas Subuh, awal pagi lagi, kami dah mula masuk boarding untuk ke Portugal pula dengan menaiki EasyJet.

Apakah kisah2 yang berlaku di Portugal nanti? Nantikan entri yang akan datang......

Untuk gambar2 kami sepanjang semasa di Cairo, transit di Rome dan berhenti sekejap di Madrid, sila [klik sini].

Akan bersambung di lain waktu InsyaAllah ;) ..........

12.3.10

~Buat yang menanti kisah2 pengembaraan kami...~

"Fatin, bila nak upload gambar??"

"Eh, camne cuti korang kat Spain hari tu??"

"Pe benda best kat sana??".........

Dan macam2 lagilah soalan2 yang diajukan kepada kami berenam pasal pengembaraan kami di Portugal dan Spain. Kebanyakannya aku menjawab...

"Nanti ye. Aku citer dalam blog aku nanti...."

Yep, InsyaAllah aku akan bercerita dalam blog ini. Untuk menceritakan semuanya sekaligus, mungkin mustahil untuk aku lakukan sebabnya begitu banyak peristiwa dan tempat2 yang kami lawati. Namun aku akan menceritakan secara sedikit demi sedikit mengikut tempat yang kami lawati. Kiranya aku akan menulis kisah perjalanan kami mengikut episod.

Pasal gambar pula, terus terang aku katakan, mula2 dulu terasa semangat untuk mengupload gambar2 ni. Tapi apabila tengok balik gambar yang ada dalam kamera aku dan Izo, huhu, pening gak kepala sebab ada 2000++ gambar kesemuanya. Itupun dah puas aku cari dan delete gambar yang rosak (blurr) atau tidak cantik.

Sekarang ni aku sedang upload semua gambar2 ni dalam profile Windows Live aku. Untuk setiap episod pengembaraan ini aku akan linkkan albumnya. Dan untuk setiap episod, paling2 susah pun, setiap Jumaat aku akan masukkan satu episod. Namun kalau aku ada kesempatan lain, aku akan masukkan entrinya memandangkan aku dan yang lain dah mula sibuk untuk menjayakan Kejohanan Sukan PCI.

Kepada yang menantikan kisah ini, mohon maaf sangat2 atas keterlewatan ni. InsyaAllah akan masukkan sedikit demi sedikit ye.

9.3.10

~Selamat Tinggal Ranchuu....~

Sehari sebelum nak bertolak ke Spain, ikan2 ku dua ekor, Ryo dan Ranchuu sangat ligat dalam balang dia. Tengok mereka ni makin lama makin besar. Rasanya balang diorang ni semacam sempit je untuk ikan berdua ni. Terdetik dalam hatiku ingin mencari bekas yang lebih besar untuk ikanku berdua ni. Aku katakan pada mereka berkali-kali yang aku akan tukar bekas mereka sebaik sahaja pulang daripada cutiku nanti.

Sehari sebelum ke sana juga, Ranchuu tidak habis2 pandang ke arahku. Beberapa kali gak aku cakap dengan Ranchuu supaya main kat bahagian lain sementara aku kemas barang2 yang nak dibawa ke sana. Ranchuu yang pandainya, dia ikut kata. Dia pergi berenang ke arah lain, tapi tak lama lepas tu datang balik semula ke arahku dan perhati je setiap gerak geriku. Tingkah laku Ranchuu yang pelik ini sedikit sebanyak membuatkan hatiku rasa berat nak tinggalkan ikan2 ku dua ekor ni.

Tak tahu kenapa aku rasa sangat berat nak tinggalkan ikan2 ni. Mungkin sebab dah sayang sangat, tu yang membuatkan aku rasa berat. Namun dalam hati aku bisikkan, seandainya panjang umur, ada rezeki boleh berjumpa lagi. Seandainya memang itu yang terakhir, aku redha sebab, ikan2 itupun makhluk-Nya. Lambat laun akan 'pulang' jua ke sana.

Masa aku di Sierra Nevada (Gunung Sierra), Granada, aku menerima dua miss call daripada nombor yang aku tak kenal. Aku tak sempat nak angkat. Tak apalah. Aku mesej Abah dan Mak, tapi katanya bukan mereka.

Di Barcelona, aku dapat online sebab hostel yang kami duduki ada internet free. Akhirnya dapat juga aku online dengan housemateku Shila. Shila memaklumkan padaku yang salah seekor ikanku mati. Katanya sakit. Aku agak terkejut dan sedih, tapi aku tak terasa sedih sangat. Mungkin kerana aku dapat menjangka perkara ini akan berlaku. Sedih, tapi dah sampai masa dia, aku tetap tidak dapat berbuat apa2.

Ranchuu merupakan ikanku yang sangat lincah. Dan yang paling kagum, Ranchuu seolah-olah pandai memujuk sekiranya aku dalam keadaan tension belajar, tak ada mood dan macam2 lagilah. Dia akan pujukku dengan aksi2 comelnya yang secara automatik akan membuatku tersenyum dan tergelak. Rindunya aku pada Ranchuu.

Tak apalah, kini aku masih lagi ada Ryo. Tiba aku mula perasan yang Ryo pun dah mula ikut perangai Ranchuu sikit2. Kesian pulak aku tengok dia sorang2. Eh silap, sekor2 dalam bekas tu. InsyaAllah esok atau lusa aku akan ke kedai cari kawan baru untuknya. Sabar ye Ryo sayang.

Setakat itu sahaja. Moga aman bersemadi Ranchuu ku di sana.....

2.3.10

~Untuk 15 minit.....~

Alhamdulilah, sekarang ni aku berada di destinasi kedua terakhir untuk pengembaraanku kali ni. Sekarang ni kat Granada cuaca agak sejuk (9-10 darjah celcius). Sekadar mengkhabarkan yang kami semua Alhamdulillah sihat walafiat. Terus terang banyak pengalaman yang menarik kami dapat di sini. Nantikan jurnal yang akan aku masukkan dalam blog ni setibanya aku di bumi Iskandariah nanti.

Untuk 15 minit guna internet kat bas stesen ni, kena bayar 1 euro. Agak mahallah. Tapi sebab dah rindu yang amat pada blogku ini, apapun tak kisah. Hehe.

Ok, setakat itu sahaja. Selamat menghabiskan cuti yang masih berbaki beberapa hari. Dan selamat menghadapi peperiksaan bagi yang akan periksa kelak. Dan selamat menghadiri kuliah buat yang tengah dan bakal menghadiri kuliah. Hehe.

Doakan pengembaraan kami diberkati dan selamat. (Tiba rasa tak sabar nak balik Alex... :) )