Pages

13.3.10

~Portugal dan Spain : Episod 1 - Persediaan dan Transit....~

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga aku menceritakan kisah episod satu ni. Agak lama juga aku menangguhkan episod ni. Huhu, takpe, lepas masuk episod satu ni pun jadilah.

Pada mulanya, kami merancang untuk ke Morocco dan Spain. Tetapi memandangkan proses nak masuk Morocco sangat ketat (katanya memerlukan slip bank ke apa, tak ingat), jadi kami merancang untuk ke Spain sahaja. Namun, dengan pengalaman kakak-kakak senior yang travel ke Spain dan Portugal tahun lepas, kami menambah lagi satu destinasi kami iaitu ke Portugal.

Sebelum exam final, kami dah pun membahagikan tugas2 yang perlu dilakukan oleh kami berenam (Hasanah, Zatil, Aku, Izo, Amy dan Mira). Semua kecuali Amy perlu buat sedikit research berkenaan dengan tempat2 yang hendak dilawati mengikut tempat yang kami pegang. Amy pula dia lebih bertanggungjawab kepada pengurusan tempahan (tiket dan asrama) secara online. Tak sabar gak nak tunggu habis exam masa ni. Hehe.

******

23 Februari 2010

Tibalah hari yang dinantikan. Ahli bait yang stay, Shila dan Alliah sibuk menyediakan bekalan makanan kami (bihun goreng yang sedap ngan sandwich tuna yang enak.....terima kasih banyak2 korang...). Kami bertiga juga ada mendapat 'coklat special' pemberian daripada 2 orang jiran bawah rumah (hehe, thanks Nena dan Aida).

Dalam pukul 8.45 pagi, kami semua mula bertolak ke Mau'af Gadid (stetsen bas dan tramco). Flight yang kami naik ni berlepas dan juga mendarat kat Airport Cairo, jadi memang kena ke sana la. Kami ke Mau'af Gadid dihantar oleh Shila, Alliah dan Nena. Debar gak sebab ni merupakan pertama kalinya aku 'melancong' ke negara orang. Huhu.

Alhamdulillah, tepat pukul 9.30 pagi, bas Super Jet yang membawa kami terus ke airport dah mula bergerak. Kami berenam merupakan yang terakhir masuk ke dalam bas walaupun sebenarnya tak adalah lambat manapun kami sampai. Dalam bas, macam2 karenah ada. Ada antara kami yang tidur. Ada juga yang berjaga tengok jalan sekitar. Dalam bas, aku mengirimkan mesej kepada Abah memaklumkan yang aku dahpun dalam perjalanan ke Cairo. Abah mendoakan agar perjalanan ini selamat dan lancar. Aku baru tahu yang Abah juga pernah ke Spain masa Abah belajar degree dulu (tahun 1980). Dalam perjalanan ni juga kami semua nampak ada sebuah lori rentung di jalan arah bertentangan. Kalau tengok gaya macam baru berlaku sebab bomba semua ada lagi.

Alhamdulillah, dalam pukul 2 petang kami selamat sampai ke Cairo Airport. Kalau ikutkan, sepatutnya kami naik flight dari terminal 2. Tapi memandangkan terminal 2 agak susah untuk solat semua, jadi kami ingat nak singgah terminal 1 dulu untuk solat, sebab bas ni pun memang berhenti kat terminal 1. Masuk terminal 1, tiba kami nampak ada booth untuk Alitalia Airlines (flight kami untuk ke sana). Amy pergi ke booth tersebut untuk bertanyakan kat terminal mana kami bakal berlepas. Rupanya baru2 ni memang dah ditukar ke terminal 1. Jadi, lepas solat ni, dah tak payah nak ke terminal 2. Yeahhhhh!!!!!

Setelah cek in bagasi dan tiket semua, kami menuju ke surau dulu dan kemudian berpecah. Ada yang gi makan kat McD, dan ada juga yang makan bekalan yang dibawa. Lepas tu kami semua berkumpul balik dan berbincang sedikit2 pasal perjalanan kami yang panjang ini. Tak lama lepas tu, kami mula bergerak ke Gate 4 untuk boarding dan naik shuttle bus ke kapal terbang. Wah, dah nak berlepas dah. Hehe, selamat tinggal Mesir. InsyaAllah dua minggu lagi akan jejak balik bumi Mesir ni.

Tepat 5.20 pm, kapal terbang AlItalia mula bergerak ke destinasi transit kami, iaitu di Rome. Kami berenam dapat duduk sebaris dari 31 A sampai F. Dalam flight, perkara biasalah yang kami buat, tidur, dengar lagu, atau apa2 lah. Dalam flight ni ada disediakan makanan tapi kami tak makan semua kerana timbul sedikit ragu2 pada daging yang dihidangkan. Kami hanya sekadar makan salad, telur rebus dan juga udang yang direbus. Lepas makan, kami semua meneruskan aktiviti kami semula (tidur dengan lenanya.....).

Sampai sahaja di Rome, kami sama2 bergerak ke ruang menunggu transit. Kalau diikutkan, sepatutnya kami hanya perlu transit sekejap je. Tapi memandangkan cuaca yang sedikit buruk (hujan lebat), flight kami delay selama hampir 2 jam. Puas gak la tunggu dan tunggu je kat ruang menunggu ni. Aku, Izo, Zatil dan Hasanah jalan2 jap. Kagum gak tengok, awalnya kedai2 dalam airport ni tutup. Hmmm....

Selesai juga penantian kami apabila akhirnya kami semua dipanggil masuk untuk boarding. Kami sampai di Lapangan Terbang Madrid, Spain dalam pukul 2 pagi. Masa tu sejuk dan hujan2. Setelah siap ambil beg, kami semua terus bergerak mencari tempat menyimpan beg. Di Spain, tempat penyimpanan beg dipanggil 'Consigna'. Alhamdulillah, walaupun sudah pukul 2 pagi, tapi 'Consigna' masih lagi buka. Ok, new problem. Security guard tak tahu nak cakap English. Tapi kan, dengan pelbagai cara dan peralatan (pen dan kertas), akhirnya semuanya dapat difahami dengan mudah. Perasan juga yang bunyi bahasa sini ada sedikit persamaan dengan Arab Ammiah, cuma mungkin maksud lain sedikit la. Dan kami sangat kagum dengan Security guard ni yang begitu bersungguh untuk memahamkan kami.

Lepas selamat tinggalkan beg, kami terus bergerak ke bilik air memandangkan kami semua belum solat Maghrib dan juga Isya'. Memandangkan hanya kami sahaja yang 'asing' di sini, jadi kami menghadapi sedikit masalah dalam mencari tempat untuk solat. Sebenarnya ada disediakan surau untuk orang Islam yang nak solat, tapi surau tu hanya akan dibuka selepas pukul 6 atau 7 pagi. Puas juga kami cari tempat yang betul2 terlindung daripada orang2 tempatan sini.

Akhirnya kami jumpa satu spot untuk kami rehat sementara nak tunggu flight ke Portugal. Di situ juga kami tunaikan solat2 kami (jama' qasar untuk Maghrib dan Isya' dan juga Subuh). Walaupun terselindung, tapi ada juga yang nampak. Pada mereka, memang kelihatan pelik, tapi ketika itu kami juga tidak mahu menangguh tangguh waktu solat dah, khuatir jika tak sempat je. Mungkin lepas ni memang kena ambil kelas Fiqh Musafir (InsyaAllah akan diadakan awal bulan 4 nanti).

Lepas Subuh, awal pagi lagi, kami dah mula masuk boarding untuk ke Portugal pula dengan menaiki EasyJet.

Apakah kisah2 yang berlaku di Portugal nanti? Nantikan entri yang akan datang......

Untuk gambar2 kami sepanjang semasa di Cairo, transit di Rome dan berhenti sekejap di Madrid, sila [klik sini].

Akan bersambung di lain waktu InsyaAllah ;) ..........

0 tapak kaki: