Pages

26.4.10

~Berwajah baru lagi...~

Blog ni berwajah baru lagi. Tiba terasa nak tukar wajah blog ni masa study semalam (salah satu syndrom time exam). Tapi ku tahankan diri untuk meukarnya hari ni memandangkan semalam, aku perlu menumpukan perhatianku kat buku2. Alhamdulillah pagi tadi, selesai sudah exam mid term yang menggabungkan 2 blok sekaligus (Endocrine dan Reproductive systems). Pening gak kepala nak jawab 45 soalan untuk 7 subjek (@_@). Tapi Alhamdulillah, dah lepas pun examnya, dan sama2 lah doakan yang terbaik.

Detik demi detik, sedar atau tidak, esok kami bakal masuk blok terakhir untuk tahun pre-clinical (InsyaAllah). Ni bermakna, tak lama lagi, kami akan masuk tahun clinical pula (untuk 3 tahun lagi), di mana kami sudah mula kena berjumpa dengan pesakit2, dan juga diperkenalkan dengan department2 yang ada di hospital2. Terasa macam baru sahaja menjejakkan kaki ke sini, sedar2, hampir separuh jalan dah aku berada di sini.

Teringat kata2 seorang Ukhti terhadapku, katanya pasti akan sedih apabila tiba saat perpisahan. Walaupun ada lagi 3 tahun lebih, tapi perasaan sedih itu sudah mula dapat dibayangkan. Mana tidaknya, muka2 yang samalah tiap2 hari kita akan jumpa. Dari celik mata sampailah pejam dan sampai celik balik. Ahli bait yang tersayang, kawan2 satu section yang ceria, kawan2 satu kuliah yang pelbagai ragam, dan kawan2 satu batch yang sama2 berusaha dalam perjuangan demi segulung ijazah di sini. Terlalu banyak dugaan, cabaran, suka, duka, manis, pahit dan segala benda yang dihadapi dan dikongsi bersama. Ini baru untuk hampir tiga tahun. Untuk tahun yang selebihnya, pasti akan ada banyak lagi yang bakal mendatang kan?

Treasure it. Hargai semua yang ada di sekeliling sementara ada masa berbaki tiga tahun lebih ni. Ciptalah sebanyak mungkin kenangan yang indah, agar apabila tiba saat perpisahan itu, meskipun jauh di mata, tapi kenangan bersama tetap segar dalam ingatan. Dan, doakanlah agar jalinan yang dibina ini, mendapat keberkatan daripada-Nya. Doakanlah jalinan ini kekal sehingga ke syurga InsyaAllah.

Ok, esok dah mula masuk blok untuk Urinary system. Lets strive for de best. We do still have time, use it wisely.

(Nasihat untuk diri sendiri - Belajar untuk tidak melengahkan atau buat something last minute).

May Allah bless..... (^,~)

22.4.10

~Ryo mengajar aku tentang sesuatu semalam..~

Ryo sakit. Dia dah sakit untuk beberapa minggu ni. Bermula dengan sedikit pendarahan dalaman pada bahagian perutnya, mula2 luka dalaman tu nampak makin berkurang, tapi tiba2 sambung merebak pula ke tepi perut dia. Tambah dengan bengkak yang menyebabkan badan dia tak boleh berenang ke dasar.

Sebelum ada pendarahan dalaman ni, gaya berenang Ryo tak macam biasa. Dia selalu sahaja berenang dalam keadaan terbalik (perutnya di hadapkan ke bahagian atas permukaan air). Bukan sesuatu yang normal bagi seekor ikan yang sihat. Kalau nampak sekilas, orang boleh fikir yang ikan ni tak bernyawa. Pada mulanya aku sangkakan yang Ryo ni boring memandangkan pada waktu itu dia tiada kawan. Namun tak lama lepas tu, luka dalamannya mula kelihatan.

Mungkin salahku juga kerana terlebih bagi makan sebab ada masanya aku bagi makan menghampiri kuantiti masa ada Ranchuu dulu. Selepas tu, aku sekat makanan dia untuk beberapa hari. Nampak berkurang, tapi yang pelik ada bengkak pula. Bengkak inilah yang sekarang ni membuatkan Ryo tak boleh berenang ke dasar dan sentiasa terapung di bahagian permukaan air dalam keadaan terbalik.

Beberapa hari lepas, aku bertekad untuk mencari kawan Ryo. Aku terfikir, mana tahu, kalau dia dapat kawan baru, dia akan lebih bersemangat dan kembali sihat seperti sediakala. Dan Alhamdulillah, setelah sekian lama aku berusaha mencari ikan yang sama spesis dengan Ryo, akhirnya dapat juga. Yang lebih membuatkan aku rasa sangat lega, ikan ini merupakan ikan yang terakhir untuk spesisnya yang ada kat kedai ni. Alhamdulillah, dan setelah dibincangkan dengan roommateku Fiza, ikan ni diberi nama Reiji (cam cari nama untuk anak lak...hehe.. ;D )

Pada mulanya, masing2 buat tak tahu kat masing2. Reiji mungkin baru nak sesuaikan diri di rumah barunya, manakala Ryo pula masih lagi dalam keadaan sakit. Sewaktu rutin tukar air dalam bekasnya, aku belek badan Ryo dan aku bandingkan pula dengan badan Reiji. Memang jelas, bengkak pada badan Ryo terasa sedikit berlendir berbanding biasa. Housemateku Zatil pula, cuba untuk meletakkan Ryo di dasar air dengan menolaknya, tapi dengan automatik Ryo akan naik balik dengan sendiri. Beberapa kali buat macam tu, masih lagi tetap sama. Dalam keadaan macam ni, Ryo menghadapi kesukaran untuk makan. Waktu ni aku berusaha menyuapkan secebis makanannya, supaya ada tenaga untuk pulih kembali.

Setelah lihat keadaan Ryo yang masih tiada perubahan kelmarin, aku terfikir untuk asingkan dia dalam bekas lain, memandangkan Reiji dah mula nak main 'kejar2' dengan Ryo. Semalam, habis kelas praktikal, aku terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan aku beli air mineral (ada yang menyarankan untuk meletakkan ikan dalam air mineral). Sampai sahaja rumah, aku terus membersihkan bekas lamanya, keringkan dan isikan dengan air mineral tadi. Dalam air ni, aku tambahkan dua bahan yang padaku, InsyaAllah ada fungsi merawat luka dan juga boleh mengubati sakitnya (dengan izin Allah).

Pagi tadi, kesan lukanya dah mula berkurang, namun bengkaknya masih ada lagi. Harapnya surut la bengak pada badan dia tak lama lagi. Tak sabar nak tengok Ryo sihat semula (Ryo ni, walaupun hanya seekor ikan, tapi sangat disayangi..<3).

Apa yang aku belajar daripada Ryo semalam, selepas diasingkan dengan Reiji, ialah, dia sentiasa berusaha. Dia berusaha untuk kembalikan badannya ke posisi asal. Dia berusaha untuk berenang semula ke dasar. Dia berusaha untuk melawan kesakitannya. Dan, aku rasa malu dengan usaha seekor ikan yang kecil ini. Sedangkan aku sendiri, adakalanya, kalah dengan kesakitan yang aku alami. Dan sekarang ni, Ryo masih lagi berusaha untuk menyelam ke dasar.

Sedangkan seekor ikan yang kecil ni sentiasa berusaha, aku pula bagaimana? Aku juga sepatutnya berusaha lebih lagi dari segala macam segi memandangkan aku adalah insan yang dikurniakan akal fikiran. Yang mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah. Yang juga mempunyai tanggungjawab2 lain yang perlu dilaksanakan selaku anak, pelajar, kawan, dan lain2. Ada hikmah di sebalik kesakitan yang Ryo hadapi. Yep, kita mungkin tidak faham bahasa haiwan, tapi dengan gerak langkah, pergerakan, kelakuan, ada mesej yang cuba untuk disampaikan, yang membuatkan kita berfikir semula dengan akal kita.

Ryo sayang, moga cepat sembuh. Semua tak sampai hati nak tengok Ryo dalam keadaan macam ni. Semua tahu yang Ryo berusaha sungguh2 untuk kembali sihat seperti sediakala. Terima kasih Ryo kerana telah mengajarkan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang ada masanya aku lupa tentangnya, iaitu berusaha.

p/s - Di sini, aku tidak sebutkan apakah dua bahan yang aku masukkan dalam bekas air Ryo. Ni adalah salah satu usahaku dalam merawat Ryo, yang datang dalam mindaku sewaktu kelas semalam. InsyaAllah kalau ada kesan baiknya, akan aku kongsikan dua bahan rahsia ini.

Reiji dalam bekas bersegi. Ryo pula dalam bekas kaca. Letak sebelah menyebelah bagi diorang tau yang kawan masing2 tak hilang... ;)

16.4.10

~No colour but BLUE~

ALHAMDULILLAH...... Yeah!!!!!! Lepas sudah acara kawad kaki, acara yang paling dinanti-nantikan oleh kami semua akhawat. Terpancar kegembiraan dan kelegaan pada wajah kami semua. Dengan lepasnya acara kawad kaki, maka tak perlulah kami semua keluar tiap2 petang mencari tempat nak berlatih, berkejar-kejar dari kelas ke tempat latihan semata-mata tak nak kena marah dengan komander (sori Jee ;D ) dan berlatih kawad lagi (buat apa nak berlatih lagi kan). Hehe. Tapi, ada sesuatu yang berbekas dalam ingatan, iaitu kenangan sama2 menempuhi susah senang nak berlatih kawad kaki ni.

Kronologi latihan kawad kaki ni, pada mulanya, hanya beberapa orang sahaja yang turun untuk kali pertama. Asalnya kami semua berlatih kat trek Istad Gamaah.. Kemudian, kami tidak dibenarkan menggunakan trek Istad Gamaah. Yang ni jadi masalah. Kami tak ada tempat nak berlatih. Akhirnya, kami pun mengebalkan diri untuk berlatih di luar Istad Gamaah, betul2 tepi jalan tempat orang lalu lalang. Terus terang aku katakan, kami sedikit terganggu kerana ada sekali kami berlatih, diganggu oleh orang Arab yang lalu lalang.

Tak lama lepas tu, kami berpindah lokasi ke taman depan HSBC. Selepas keluar emel berkenaan jadual penggunaan rooftop asrama, kami berlatih di sana. Tapi yang susahnya ikut jadual ni, giliran kami banyak pada waktu sebelum Asar sedangkan kami semua lebih suka berlatih lepas Asar sampai Maghrib. Untuk beberapa kali kami berlatih di rooftop, kemudian kami balik semula ke taman depan HSBC kerana kawasan tu lebih luas. Tapi, jalan tak berapa rata dan juga ramai orang yang duduk di situ.

Dalam dua minggu sebelum acara kawad kaki, cadangnya ingat nak berlatih kat Court Shatby pada waktu petang, tapi hanya satu petang je kami berlatih sebab court tu sebenarnya ditempah oleh orang lain pada waktu petang. Nak berlatih malam, tempat tu merupakan tempat latihan senior tahun 4. Huhu. Mana nak pergi ni?

Akhirnya, kami semua mencuba nasib untuk berlatih di gelanggang basketball a.k.a car park berhadapan dengan bangunan Convention Centre, Fakulti Perubatan universiti. Dalam baki beberapa hari lagi, Alhamdulillah, kami dapat menggunakan tempat tu dengan sebaiknya tanpa gangguan, cuma halangannya ialah, kereta2 yang ditinggalkan di situ. Namun ruang masih lagi mencukupi untuk kami semua berlatih formasi. Ni baru cerita masalah tempat. Hal kami nak belajar satu2 step kawad ni, kalau cerita, memang banyak la. Tapi, sekurang-kurangnya ada gak ilmu baru yang kita semua dapat kan (ilmu kawad kaki, hehe)?

Dan, tibalah hari ni. Alhamdulillah, walaupun aku sendiri tidak dapat berkawad dengan baik akibat rasa cuak dan mungkin penat kerana tidur lewat, namun aku lega kerana mereka yang menengok, terutama sekali ahli L.O.R.D's Sapphire senyum kegembiraan dengan persembahan kami terutamanya formasi kami. Setinggi-tinggi tahniah buat Komander Jee dan juga skuad2 lain yang merancang gerak langkah formasi ni. Aku sendiri seronok dengan formasi ni, nak pula ini kali pertama aku buat formasi dalam kawad kerana masa sekolah dulu, aku hanya join kawad kaki biasa je.

Baru beberapa jam berlalu, aku dah mula merindui formasi yang kami sama2 buat. Aku jadi rindu dengan pelbagai gelagat dan karenah kami semua semasa sama2 berlatih kawad ni. Aku jadi teringat dengan kata2 Sarah Su malam tadi, menang atau tidak, tak mengapa, asalkan kita ikhlas dan juga gembira dengan apa yang kita lakukan. Dan juga asalkan ukhuwah yang sudah sedia terbina makin utuh.

Dalam kawad kaki ni, aku dapat mengenali setiap seorang dengan lebih dekat. Umumnya, dalam Kejohanan Sukan PCI yang diadakan sekarang, kami semua dapat kenal sesama kami dengan lebih dekat. Nampak orang ni macam ni, tapi apabila sama2 berlatih sukan or kawad, rupa2 nya orangnya camni. Dan yang lebih terasa, semangat yang ada dalam setiap ahli sangat luar biasa bagiku. Apapun, aku bersyukur kerana diberi peluang kesempatan mengenali kalian semua.

Walaupun KSPCI ni tak habis lagi, aku dah dengar yang ada yang sudah merindui game yang mereka sertai. Ada yang rindu pada netball, futsal, tenis, ping pong dan sebagainya. Aku? Aku rindu pada formasi kawad kaki (macam yang aku cakap tadi) dan juga aku sebenarnya rindu pada permainan yang aku selalu main masa sekolah dulu.

Permainan yang direka oleh ahli batchku masa form 3 or 4 dulu. Nama permainan ni kami panggil 'Bola Bodo2'. Dengan menggunakan bola basket, kami menggabungkan pelbagai jenis mainan, basketball, netball, bola baling, futsal dan gaya bebas. No rules, cuma kena pastikan jangan dapat bola tu ke pihak lawan. Serius kelakar. Ada masanya aku ada extra kelas, tak sempat nak masuk asrama untuk salin baju, aku akan join de group dan main kat tepi dewan makan. Yang penting, kami semua dapat melepaskan tekanan belajar pada bola yang satu ni. Hehe.

Satu lagi permainan yang aku sangat rindu, Rounders ataupun softball. Aku mula belajar main masa sekolah rendah. Dulu aku ingat lagi aku selalu terketinggalan dalam permainan ni, tapi atas kata2 semangat dan tips yang Abah bagi untuk main permainan ni, aku berlatih dan berlatih. Dan akhirnya aku selalu je dapat strike bola, tapi aku tak pernahlah pulak dapat buat homerun. Huhu. Tapi, aku memang suka sangat game ni. Agak2 bila lagi aku dapat merasa main rounders ye??

Opssss, panjang la pulak entri kali ni. Sudah sekian lama tidak diupdate, dan juga idea tiba2 datang. Apapun, all the best untuk peserta2 akhir balapan. Dan last sekali, aku nak chears kat sini pulak.....

2....4.....6.....8.....
Who do you appreciate?
Biru...Biru...
Yeah!!! Yeah!!! Yeah!!!

5.4.10

~Those soothing words..~

Entri ni hanyalah kesinambungan daripada entri sebelum ni.......

Terima kasih atas kata2 yang sedikit sebanyak membuatkan diri ini tersenyum semula.....

Doakan diri ini bertambah rajin, tabah dan diterangkan hati supaya mudah menerima ilmu yang diajar.

Maafkan salah silap seandainya diri ini terlalai mahupun terleka daripada menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan.

Dan akhir sekali, diri ini bersyukur dan berterima kasih kerana kalian sentiasa bersabar melayan karenah yang adakalanya tidak menggambarkan diri ini seperti seorang yang sudah besar dewasa.

Kalian adalah insan yang terhebat yang ALLAH hadiahkan buat diri ini, yang mampu mendidik dan mengasuh diri ini.............

Lots of Love from Tin to both of you, Abah dan Mak.......

4.4.10

~One word~

I've tried,
I'm trying,
I'll try......

Try... One simple word. Simple yet complicated. Why complicated? Because not all the things we try and do are as easy as ABC......

Now, I do feel terrible when I can't perform the best as others. I was just saying that I do feel tired to always be on the top during my school life (maybe I do mean it, because I've a stand on this point). But, it doesn't mean that I played around or did not take my actions seriously. I did try my best. And always try. Even there will be some moments I feel exhausted, but always I try and try to do my best.

I do have dreams in achieving the best in what I'm taking now. But, maybe my time has not arrived yet. But there is one thing, I've always try. Serious.

Last word, forgive me. Please forgive me if I break your heart and dreams apart. I know that all of you are expecting the 'magic' from me. But, I still can't give those kind of 'magic' yet. Please forgive me....... T_T...

Please believe me, that I do always try my best........Always.....