Pages

26.5.10

~Kalaulah buku2 ni mampu berkata-kata..~

Hmmm, aku tengah pening. Mahu study apa dulu ye? Exam dah makin dekat. Tapi, kalau tak exam pun, aku tidak boleh berhenti membaca buku2 ni. Tapi, aku nak mulakan dengan yang mana dulu ye......

*******
Di satu alam yang lain pula, buku2 ni semua mahu dipilih untuk dibaca dulu. Maka, bermulalah sesi 'berebut' di antara mereka.........

Histology mula berkata , "Pilih aku. Aku lebih penting, kerana aku adalah asas yang paling kecil (sangat2 kecil) dalam badan manusia. Pada diriku ada segala jenis zarah yang kau perlu tahu."

Anatomy pula, "Aku dulu. Aku adalah struktur badan manusia yang sempurna. Padaku, kau akan tahu kedudukan tulangmu, sendimu, otot2 mu, perjalanan darah dan sarafmu, dan organ2 dalam anggota badanmu. Tanpa semua ni, kau tak dapat nak hidup dengan mudah."

Physiology, "Pilih aku dulu. Pada diriku, kau akan tahu segala jenis sistem2 yang berfungsi dalam badanmu dan pasti kau akan kagum."

Pathology pun, "Aku. Aku. Pilih aku. Melaluiku, kau akan mengetahui segala jenis penyakit yang berbahaya ataupun tidak. Sekurang-kurangnya kau boleh berusaha elak daripada ditimpa penyakit2 ini ."

Microbiology pun tidak mahu mengalah, "Bacalah aku kerana dalam diriku ini mengandungi segala jenis bakteria, virus, kulat segala jenis bagai, yang baik untuk badan mahupun yang sangat2 berbahaya kepada semua. Semua benda ini tiap2 hari ada di sekitarmu, cuma dirimu sahaja tidak dapat melihat kerana semua ini tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Parasitology pula, "Jangan lupa kat aku. Aku ni, walaupun parasit2 dalam ni adakalanya kelihatan comel (ye ke), tapi, mereka boleh jadi 'mimpi ngeri' buat semua."

Giliran Pharmacology, "Baca aku jangan tak baca. Kalau tak baca, kau bakal 'ter'bagi ubat yang salah untuk pesakit2 mu nanti. Kan susah hidup. Huhu."

Biochemistry pun berkata, "Walaupun ramai yang mengatakan bahawa aku ni kurang penting masa kau belajar untuk klinikal nanti, tapi kau harus tahu, yang aku ni berhubung kait dengan segala jenis proses dalam badanmu. Proses seperti metabolisma karbohidrat, protein, lemak, darah, vitamin, mineral, hormon dan macam2. Kalau ada sesuatu yang tak kena pada proses2 ni, kau akan mudah jatuh sakit nanti."

Tiba2, Anatomy pun mencelah balik, "Jangan lupa kat anak aku, Embryology. Walaupun dia masih bayi lagi, tapi daripada dia kau akan tahu 'rupa' mu juga masa kecil. Kau juga tahu untuk menjadi bayi, daripada asalnya yang segumpal darah, bukan mudah."

******
Hakikatnya, semua buku2 ni, sangat penting dan saling berhubungkait. Jom kita tengok hubungkait semua ni.....

Histology, merangkumi perkara paling asas dalam badan manusia. Dan dalam sel2 yang asas ni pun, fungsinya sangat penting dan kompleks. Apabila sel2 ni bergabung dan berkumpul bersama, maka terhasillah Anatomy, yang merangkumi struktur tulang, otot, organ, salur darah dan juga saraf. Walaupun nampak simple, tapi, sebenarnya, semua benda ni perlu dipelajari dengan lebih mendalam, terutamanya kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi Pakar Bedah berjaya. Walaubagaimanapun, semua pelajar Medik perlu tahu semua ni.

Jika Anatomy lebih kepada struktur normal dalam badan manusia, Physiology pula, dikaitkan dengan fungsi sistem2 dalam badan. Dengan Physiology inilah, apabila ada yang terlebih terkurang, dia akan betulkan semula, selagi mana keadaan badan kita masih lagi normal. Sekiranya tidak normal, maka terjadilah Pathology. Tapi, Pathology ni, bukannya berpunca dari Physiology yang abnormal sahaja, tapi boleh juga berpunca daripada Microbiology yang ada segala jenis bagai.

Ada sesetengah Microbiology ni, memang ada dalam badan kita, dan juga yang 'terbang dan merayap' di sekitar kita. Namun, ada juga, sesetengah Microbiology ni, yang dibawa oleh Parasitology. Dan ada juga Parasitology sendiri yang menyebabkan penyakit terus kepada manusia. Dan adakalanya, Parasitology dan Microbiology memerlukan haiwan di sekeliling kita untuk menyebarkan penyakit.

Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Itulah peranan Pharmacology. Dari Pathology sampai Parasitology tadi, semuanya berpenyakit. Dengan adanya Pharmacology, kebanyakan penyakit boleh diubati. Namun, kena ingat, tak semua ubat ni selamat. Ada juga yang boleh menyebabkan penyakit juga (side effects).

Biochemistry, walaupun agak sedikit lain banding semua ni, tapi prosesnya berkaitan dengan fungsi normal badan manusia, Physiology kita. Seperti Physiology, sekiranya prosesnya ada yang abnormal, maka boleh menyebabkan Pathology. Dan, Biochemistry boleh juga diganggu oleh Pharmacology. Namun, sekiranya kita sudah berhenti ambil ubat, Biochemistry akan kembali normal semula.

Eh, terlupa kat si kecil Embryology. Dari segumpal darah, kepada fetus yang sempurna, banyak peringkat dan proses yang perlu dipelajari daripada Embryology. Sekiranya ada yang tidak kena, akan menyebabkan kecacatan kepada bakal bayi yang dilahirkan.

Hmmm, inilah hubungkait yang dapat aku simpulkan. Tidak kisah mana2, semuanya penting2. Memandangkan ada mid term, aku akan baca buku ikut mid term ni dahulu, baru akan ku baca yang lain.

"Buat semua kawan 3rd year dan juga adik2 junior 1st year, All de best dalam menghadapi exam. Buat yang terbaik dan sehabis mampu kita. Rabbuna Yusahhil wa Yunnajah. Dan ingatlah, Learning the highest creation of Allah is never easy, namun berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan segalanya."

Dalam membaca semua buku2 ni, jangan dilupa pada buku yang satu ini, iaitu Al-Quran. Kerana semua ilmu yang kita pelajari ni, sedikit sebanyak berasal daripada kalam Allah yang agung ni.

21.5.10

~Hilangkan sawang2 ini..~

Sudah seminggu lebih, cukup untuk menghasilkan sawang yang cukup banyak seandainya rumah itu tidak dihuni atau tiada siapa yang ambil kisah dengan sawang yang naik di rumah sendiri. Begitu jugalah dengan blog ini. Meskipun sawang ini tidak kelihatan, tapi rasa, apa gunanya ada blog jika tidak diupdate. Biarlah ada entri walaupun sedikit kan. Sekadar memberitahu situasi dan keadaanku di sini buat mereka yang tersayang yang jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati.

Sekarang ni, kami di sini sudah memasuki era exam praktikal. Setiap minggu akan ada minima satu exam. Untuk minggu lepas, Alhamdulillah subjek Parasitology sudahpun dibereskan. Minggu ni pula subjek Anatomy menanti hari Selasa ni InsyaAllah. Assignment pula, Alhamdulillah tinggal lagi satu subjek je, iaitu Pharmacology dan ini akan dibentang hari esok. Tapi, dengar kata akan ada lagi satu assignment last dan akan dibentang dalam kuliah nanti (bukan section macam selalu). Takpe, yang itu masih lagi dalam perancangan, tapi kalau ada, terima jelah.

Minggu depan nanti, akan ada lagi satu peperiksaan mid semester (padahal dah hampir akhir semester dah pun). Dan kali ni akan ada dua fasa periksa ni, integrated dan non-integrated. Bagi integrated, soalan akan diberi dalam bentuk case problem untuk 4 subjek (Physiology, Histology, Anatomy, Pathology). Bagi non-intergrated lak, akan ditanya dalam bentuk MCQ untuk subjek2 yang selebihnya (Biochemistry, Pharmacology, Microbiology dan Parasitology pula masih lagi tanda tanya). Dan tak lama lepas tu, InsyaAllah akan menghadapi peperiksaan bertulis final semester.

*******

Kisah gambaran exam sudah pun tamat. Alhamdulillah, tadi, setelah sekian lama dirancang, tercapai juga hasrat section kami (section 2 akhawat) untuk membuat sedikit makan2. Memandangkan bilangan kami paling sedikit berbanding student akhawat section lain (12 orang sahaja), namun makanan yang disediakan seolah nak dihidangkan kepada 20+ lebih orang. Alhamdulillah, habis juga makanan itu semua.

Terima kasih buat : Izo atas kuah kacang, acar sayur dan air mata kucing. Ainul Amira dan Liyana atas sate. Ainul Farahin atas kek tiramisu. Farah atas donut (cubaan pertama ni). Fatinah dan Ainulfadila atas laksa. Fairuz atas begedil. Lynna atas pizza burger. Dan juga Lina atas sama2 dalam menyediakan nasi tomato dan ayam masak merah. Tidak tertinggal Jee atas penyediaan tempat. Semua sedap2, ditambah dengan lawak jenaka yang kelakar. Untuk gambar2, hanya gambar makanan je yang kami ambil. Tak sabar nak tunggu mereka yang ambil gambar ni upload gambar2 ni. Hehe.

******

Kalau ikutkan, sepatutnya hari Isnin baru2 ni (17/5/10), result interview MARA dilepaskan. Namun, rupa2 nya result ni terpaksa ditangguhkan memandangkan adanya sedikit masalah. Dan Alhamdulillah, hari ni, pukul 4 petang Malaysia, berakhir penantian mereka apabila, result interview mereka dilepaskan.

Pertama sekali, setinggi TAHNIAH buat adikku Farah Adibah. Tak dijangka yang adikku seorang ni dapat tawaran engineering kat Russia (tak pernah terfikir untuk ke situ). Dan yang lebih mengejutkan, InsyaAllah Arah bakal terbang dahulu mendahului abangnya, Arip yang kini sedang periksa final sem ke year (tak pasti) untuk A-level di KMS. Mak tadi cakap, anak2 Mak semuanya kat tempat lain2, ada yang di utara, ada yang di selatan, dan ada pula yang di tengah. Dan semuanya di benua yang berlainan.

Biarpun berat melepaskan, tapi direlakan jua demi sebuah cita2 anak2. Begitulah agaknya perasaan Abah dan Mak. Minggu ni aku dapat tahu banyak perkara tentang keadaan sebenar yang berlaku kini. Alhamdulillah, aku kini dah mendapat peluang untuk ke sini, di bumi Iskandariah, Mesir, suatu tempat yang tidak pernah terlintas dalam fikiranku. Namun, pasti ada hikmah Allah menolak hatiku untuk memilih tempat ni semasa aku mengisi borang interview MARA suatu ketika dulu. Dan tugasku kini, aku perlu menghargai semua yang aku dapat ni sebaiknya. Dan untuk itu, aku perlu berusaha yang terbaik InsyaAllah.

******

Daripada tiada idea, rupanya, banyak juga yang 'ter'cerita hari ni. Petang tadi, aku membelek senarai entri2 ku yang sebelum ni. Aku terfikir, bagaimana boleh datang ilhamku untuk menaip entri sedemikian. Mungkin buat masa ini, aku tiada idea sangat untuk berkongsi apa2 yang terlintas dalam benak fikiranku. Tapi, aku akan pastikan, yang blog ini, tidak bersawang. InsyaAllah.

Moga kita sentiasa dalam berkat dan rahmat-Nya.....Amiin :)

7.5.10

~Layang-layang itu....~

Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka. Si adik yang berusia dalam lingkungan 5-6 tahun kelihatan sangat gembira, memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, baru dapat pulang bercuti.

Seperti biasa, si adik meminta kakaknya mengayunkan buaiannya. Si kakak menurut sahaja sambil mengayunkan buaian itu dengan penuh berhati-hati tapi laju, agar si adik tidak terjatuh. Sedang si kakak dan si adik sedang bercerita sambil bermain buaian, kelihatan sekumpulan anak muda ingin menaikkan layang-layang mereka di padang bersebelahan dengan taman permainan itu.

Si adik meminta si kakak membawanya tengok layang-layang itu. Dengan penuh sabar melayan keletah adik, dia memimpin tangan adiknya menuju ke sebuah pohon yang rendang di tepi padang. Kelihatan layang-layang itu, terbang tinggi sangat. Lama juga bertahan, namun tak lama lepas tu, terus terjatuh menyembah bumi. Layang-layang yang jatuh itu, dinaikkan semula, dan juga dapat bertahan lebih lama dari sebelumnya.

Adik : Cuba akak tengok layang-layang tu. Cantik kan??

Kakak : Cantik. Tapi kan Dik, walaupun dia terbang tinggi, takkan kekal lama tau. Sebabnya nanti apabila angin dah tak ada, layang-layang ni akan jatuh. Sama juga macam kita.

Adik : Kita?? Akak dan Adik ke? Tak sama pun.

Kakak : Hehe. Bukan camtu Dik. Dia ibarat macam kita manusia yang ada kat atas bumi ni. Dalam hidup ni, ada masanya, apabila kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia ke, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang best2, kita akan rasa kita sentiasa berada di atas. Maknanya, kita rasa kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selesa, dan adakalanya, kita tak terasa yang semua benda ni, satu hari nanti, mungkin bukan lagi akan jadi milik kita.

Adik : Oh, tapi apa kaitannya dengan layang-layang Kak?

Kakak : Layang-layang, kalau tak ada angin bertiup, atau mungkin layang-layang tu tak sesuai untuk terbang, susah nak naik tinggi macam tu (jari menunjuk ke arah layang- layang yang tinggi). Tapi, apabila angin tak ada, ataupun ada bahagian dia yang rosak, akan terjatuh juga. Cuba Adik bayangkan diri Adik, sihat camni, tiba-tiba Adik kena demam, Adik rasa Adik mampu tak nak gi tadika??

Adik : Kalau Adik demam, mestilah tak. Kalau Adik demam nanti takut Adik muntah kat tadika. Nanti kesian kat cikgu kena basuh muntah Adik. Kalau Adik demam, Adik suka duk rumah je. Abah dan Mak boleh jaga Adik. Mak boleh bagi Adik makan ubat. Nanti Adik dah sihat, baru Adik pergi sekolah balik. Hehe.

Kakak : Wah, pandailah Adik akak ni. Layang-layang kan, apabila dia terkoyak, dia akan jatuh. Tapi apabila dah dibaiki, boleh je nak naikkan semula. Apa yang akak nak cerita, dalam hidup ni, dari kecil sampai besar, akan ada susah dan senang. Akan ada jatuh dan bangun. Apabila kita rasa senang dan selesa, kita kena ingat, yang semua itu adalah pinjaman sahaja. Boleh jadi apabila tiba masa dia, pinjaman ni akan ditarik balik. Tapi, dengan keyakinan kita yang kuat terhadap Tuhan kita, InsyaAllah segala benda yang kita rasa susah, akan dipermudahkan. Dalam hidup ni, kita diuji dengan kesusahan bukan kerana Tuhan tak sukakan kita, tapi sebab Tuhan sayangkan kita dan mahu kita lebih kuat untuk meneruskan amalan-amalan kita di dunia, sebagai bekalan di dunia satu lagi nanti. Seperti Mak marahkan Akak dan Adik bila kita buat salah, bukan kerana benci, tapi kerana sayangkan dan nak kita jadi lebih baik.

Si Adik sudah pun terlentok meletakkan kepalanya di lengan kakaknya. Mungkin terlalu asyik mendengar kakaknya bercerita, dan juga mungkin kepenatan bermain. Si kakak hanya tersenyum tatkala melihat adiknya yang manja itu sudah terlena. Dibelainya rambut adik yang nipis itu sambil matanya masih lagi tertumpu pada layang-layang yang masih terbang di langit.

Adik masih terlalu kecil untuk mendengar semua ini. Namun, Akak harap, apa yang Akak cakapkan ni, tersemat dalam ingatan Adik sehingga Adik besar dewasa. Jangan risau, apabila Adik sudah besar nanti, Akak akan ulang kisah ni untuk Adik, meskipun masa tu tiada layang-layang di langit. Akak janji InsyaAllah.

Anak-anak muda yang main layang-layang tadi sudahpun menurunkan layang-layangnya. Si kakak pula mengangkat si Adik yang terlentok itu pulang ke rumah. Si ibu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat si Adik yang manja itu 'mengenakan' kakaknya. Namun, memandangkan Maghrib hampir tiba, Adik dikejutkan dari lenanya. Mata Adik masih lagi terkebil-kebil, tapi di bibirnya terukir senyuman yang sangat manis.

Kakak, nanti kan, Akak cerita lagi ye pasal layang-layang tadi. Adik tidur. Tak dengar habis tadi.

Kakaknya hanya mengangguk tanda setuju. Ibu bertanya tentang layang-layang melalui ekspresi mukanya, dijawab dengan kenyit mata dan senyuman oleh si kakak tadi. Berlalulah sebuah petang yang indah dengan kisah di sebalik layang-layang.

Gambar hanya hiasan semata-mata

p/s - Hanya sebuah kisah yang bermain di benak fikiran. Apa yang ada dalam kisah ni lahir dari minda, fikiran dan pendapat diri sendiri.