Pages

25.6.10

~ 1 + 1 + 1 + 1 + 1 = 5 ~

Tajuk tuh cam gaya soklan matematik darjah satu je. Hehe. Tak delah, ni sebenarnya, aku ditag oleh cik Faira. Sedang elok baca update blog dia, tengok2, i've been tag. Dan nak pulak sekarang ni aku rehat jap daripada tengok slide powerpoint Anatomy......

Cik Faira sayang....Here's the answers......

5 brand that you like the most
= Just beli dan pakai apa2 yang selesa....

5 countries that you want to go
= Makkah
= Korea
= Jepun
= UK
= Spain (lagi......)

5 countries that you do not want to go
= De satu negara ni (rasanya semua tahu, seperti yang tertulis di pasport, negara yang tidak dibenarkan masuk)

5 item that you like the most
= Laptop
= Handfon
= Jam tanganku (thanks to my family)
= Dompet (ni pun thanks to my family)
= One precious thing also from my family that I wear all de time...

5 people that you love the most
= My one happy family
= Embah
= Friends (sklh rdh, SEMSAS, KSP, Alex Uni...)
= .....................

5 people that you hate the most
= hmmmm....no reason to hate such people...coz nobody perfect.....

5 color that you like the most
= Ungu violet
= Coklat
= Pink
= Peach
= Warna2 pelangi ;)

5 color that you dislike the most?
= Errrr...

5 things that you dream the most (InsyaALLAH)
= Sijil graduation
= Urusan kerja yang dipermudahkan (even tahu yang doktor ni kerjanya agak hectic)
= An affordable and comfortable house and car
= Another part of happy family (Coz i've already have a wise father, a great mother, wonderful sisters, and a brave brother. So, just hoping for the other part which is a lovable and understanding husband, cheerful and brilliant kids)
= Kehidupan yang diredhai-Nya

5 of your positive character.
= You know me.... ;)

5 of your negative character
= Boring
= Sometime emo
= List the rest....

5 moments that you miss the most
= Childhood moments
= Zaman sekolah2 dulu
= Sebenarnya, semua kenangan2 dan nostalgia masa lalu.....

5 moments that you do not want to remember at all?
= Trapped in .... (ni masa sekolah rendah dulu)
= Sebab tak nak ingat, jadi dah tak ingat pun pe yang pernah berlaku :(

5 positive characters of your best buddy (may I change it to buddies..)
= Sporting n selamba
= Cheerful
= Good listener
= Sentiasa mengingatkan
= Accept me the way I am

5 things that you happy to do the most
= Relax
= Blogging (rambling and ranting)
= Baca novel
= Makan
= ZZZzzZZZzz

5 things that you regret the most
= Tak ambil peluang yang dah de kat depan mata..
= Wasting time..
= Tak berusaha sungguh2..
= Take things for granted
= Regretting for not change.....

Favorite animal?
= Kucing dan anak kucing dan kucing dan semuanya yang berkaitan dengan kucing...

Favorite quote?
= Surah Al-Insyirah 5-6

Favorite actor?
=Layan je...Asal best ok lah...

Favorite actress?
= Sama gak ngan actor tadi

Favorite things that you do when you are alone?
= Thinking and thinking...
= Susun2 dan kemas2 barang...
= Date dengan diary.. ;)

Favorite website?
= FB
= One Piece of Mind (title of my blog)
= Simple yet Meaningful (title of my tumblr)
= Azzariyat...
= Pe2 yang best untuk dibaca (fren's blog, e-novel/cerpen...)

Favorite moment
= Moments that can make me happy :D

Favorite sport?
= Rounders
= Badminton
= Bola 'bodoh2' (SEMSASIANS 0206 girls, aku harap korang tak lupa la game ni)
= Baling selipar (ni leh kira sports tak??)
= Cycling

Favorite vegetable?
= Mushrooms
= Kacang boncis
= Tomato
= Sawi (sedapnya sup sayur Mak...)

Favorite comedies
= Hmmmm.....

Tag this to 10 person (may I reduce it to 5)
= Arah
= Fiza
= Wan
= Wawa
= Nena

19.6.10

~Telinga yang sangat sensitif...~

Dah pukul 12.00 malam. Mata pun dah terasa sangat pedih. Kepala pula dah mula rasa berat. Petanda suruh masuk tidur ni. Ok, berhenti dulu la yep kat Lab Diagnosis HIV, Microb (tak berjaya lepas target sebab kalau ikutkan nak habiskan gak malam tadi..huhu). Dan aku pun ZZzzzZZzzz....

********
"Saya dah siapkan 80% assignment saya. Nanti awak kena present tau part saya ni..."

Apa?? Eh jap, bukan dah tak ada assignment dah ke? Kenapa la pulak aku kena present assignment orang lain. Dahlah group lain pulak tu. Dan...

"Kenapa 80%?? Mana gi lagi 20% tu???"

"Lagi 20% tu ada la..."

"Mananya??Tak nampak pun...."

"Tu yang kena lenyek ngan jentolak kat luar tu. Kan bising bunyinya......."

******
Aku terjaga sebab bunyi jentolak yang bising itu. Rupanya yang pasal assignment tu, hanya sekadar mimpi. Pelik gak, assignment kena lenyek ngan jentolak. Entah papelah mimpi ni. Tapi.....

Kat luar memang tengah bising. Dengan bunyi jentolak dan juga bunyi macam orang buat kerja. Jap, ni pukul berapa ye sekarang??

Handset kat meja dicapai. Dan......

2.35 AM......... @_@

Kira2, aku baru dapat lena dalam 2 jam je. Dengan gegaran jentolak tu, cukup membuatkan aku rasa pening. Aku intai ikut tingkap bilik, gayanya diorang tengah teruskan kerja construction jalan meskipun aku ada mendengar suara2 marah daripada jiran2 Arab imarah lain. Dan tak lama lepas tu, Fiza pula terjaga. Tanya pukul berapa dan apa yang bising2 ni. Dan seterusnya, kami bertahan sajalah dalam keadaan seperti itu.

******
Pukul 7 pagi, bunyi mesin dan gegaran construction bina bangunan di belakang imarah ni pula bermula. Setelah bunyi kerja buat jalan habis, sambung lak dengan bunyi kerja buat bangunan. Dan kami semua, Imarah Baba 'Amru a.k.a Imarah 48, terpaksalah meneruskan study dalam keadaan pencemaran bunyi yang kurang selesa.

Telinga yang sangat sensitif. Kerana telinga boleh mendengar dan juga mengawal keseimbangan badan. Telinga yang mendengar segala jenis bunyi construction yang ada, dan dapat mengesan yang ada gegaran2 kecil di sekeliling, menyebabkan kepala mula rasa pening.

Buat ahli Imarah 48, Fiza, Hasanah, Alliah, Zatil, Shila (housemates), Nena, Mekti, Aain, Aida, Shikin dan Beta (jirans), sama2 lah kita berusaha dan bertahan dalam menghadapi situasi ni sambil study untuk exam final ni.

Entri luahan perasaan. Huhu. Tak tahulah sampai bila boleh bertahan. Tak kisahlah nak wat kerja apa2, cuma harapnya bukan masa malam exam. Kalau ada gak, takutnya aku gi exam cam gaya Zombie je nanti.

Countdown --> 3 hari lagi.......

17.6.10

~Apabila terasa ingin blogging...~

“Lily, tak semestinya orang yang sentiasa senang itu beruntung. Dan yang selalu diuji ini akan terseksa. Sebenarnya dua-dua teruji. Yang senang akan diuji dengan nikmat yang dia perolehi. Mampukah dia bersyukur dan masih mengingati ALLAH dalam kesenangannya. Mampukah dia manfaatkan masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah. Sukar untuk kita terus bersyukur jika terus-terusan diberi nikmat. Kemungkinan untuk kita leka lebih tinggi. Dengan kelapangan waktu itu, kita akan lebih tertarik kepada perkara-perkara lagha. Jadi beruntunglah bagi awak yang kurang punya masa untuk aktiviti lain. Awak perlu menyiapkan tugasan, dan insyaALLAH jika niat awak betul perjalanan awak menuntut ilmu ini akan dianggap sebagai jihad di jalan ALLAH. Mungkin jika diberi masa lapang, awak akan leka dan tak mampu nak menahan diri. Jadi awak beruntung sebenarnya. Awak fahamkan maksud saya?”

Dipetik dari Cerpen Sekuntum Lili untuk Lily [klik sini untuk baca cerpen penuh]

Alhamdulillah, selesai sudah 5 presentation untuk Multiple System Block. Sebenarnya, agak puas gak la, dalam satu hari kena dengar presenter bentang part masing2 dalam hampir 4 jam. Tengok keadaan, ada masanya aku mendengar presentation mereka, dan ada masanya aku baca nota yang aku bawa sambil2 dengar presentation tadi.

Baca dah petikan cerpen di atas ni? Kebiasaan aktivitiku petang2, aku akan ke sana sini, baca entri terbaru rakan2 dan juga entri terbaru certain website yang aku bookmark (yang padaku entrinya sangat memberi makna dan juga memberi kesan pada diri). Petang ni, setelah menelefon Mak mengkhabarkan kisah terkini tiket pulangku ke Malaysia (tiket baru dapat tengahari tadi, Alhamdulillah) dan juga borak2 dengan adik2 bertanyakan pasal kucing2 (Arah panggil anak2 kucing tu 'budak2 kecik'..), aku mula blog walking. Dan aku pun tergerak nak buka website Azzariyat ni memandangkan dah lama juga aku tak baca entri2 terbarunya.

Sekuntum lili untuk Lily. Kisah dua orang gadis yang bertemu dalam masa yang singkat, namun kedua-duanya saling berkongsi cerita seperti sudah lama bersahabat. Namun, apa yang menarik dalam cerpen ni ialah, kata2 semangat yang Afifah tiupkan kepada Lily untuk terus berusaha tanpa rasa putus asa.

Ada masanya, aku juga pernah merasakan yang jurusan aku ambil sekarang ni, sangat susah. Dan pernah sampai satu tahap, aku merasa hampir putus asa. Namun, apabila tiba masanya, kekuatan itu, datang sendiri. Kekuatan untuk terus berusaha, terus berdiri, terus melangkah ke hadapan, dan terus berjuang. Dan Alhamdulillah, dengan kekuatan itulah aku mampu bertahan hingga ke hari ini, dalam jurusan ini. Dan kekuatan ni, datangnya tak lain tak bukan, dari-Nya dan juga dengan izin-Nya.

Dalam menghadapi liku2 hidup sebagai seorang mahasiswi, dan juga sebagai orang yang baru nak mengenali alam kedewasaan, takkan terlepas daripada segala jenis cabaran. Cabaran dalam menuntut ilmu, cabaran dalam menjalani rutin kehidupan seharian, cabaran dalam bersahabat, cabaran dalam mengawal perasaan diri, dan pelbagai lagilah. Dan cabaran ni sebenarnya, baru permulaan dan juga pengenalan, sebelum diri ini melangkah lagi ke hadapan (InsyaAllah seandainya dipanjangkan usia).

Dalam menghadapi fatrah peperiksaan, kerapkali diri ini merasa lemah. Nak pula banyak benda yang perlu cover balik. Dan sebenarnya ketika inilah, semangat dalam diri perlu kuat. Kuat luaran dan dalaman. Luaran dari segi kesihatan, keselamatan, keselesaan untuk mengulangkaji. Dalaman pula dari segi hubungan kita dengan-Nya, hubungan sesama ahli keluarga, hubungan sesama ahli bait, hubungan sesama rakan2. InsyaAllah, jika diri cukup kuat, kita mampu untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang.

Cukuplah sampai di sini dahulu entriku kali ni. Qila ada tegurku tadi, katanya aku banyak meng'update' blogku sejak kebelakangan ni. Aku rasa aku pernah tulis dalam salah satu entriku yang terdahulu, apabila hampir tiba dengan musim peperiksaan, idea untuk meng'update' blog bagai mencurah-curah ke ladang gandum (ingatkah korang iklan apa ni??). Untuk Qila, jangan risau, biasanya Atin update blog ni, waktu petang, masa minda meminta untuk berehat sebentar. Jadi tidaklah mengganggu waktu study Atin.

Ok, selamat menghadapi hari2 yang mendatang. Moga segala urusan seharian kita mendapat keberkatan oleh-Nya InsyaAllah.....

p/s - countdown exam --> 5 hari lagi..(Mampukah aku?? InsyaAllah..teruskan berusaha dan berusaha dan berusaha......)

15.6.10

~Study leave..~

Akhirnya, kami semua dah pun mula masuk fasa study leave selepas exam praktikal Physiology semalam. Tapi, study leave kami ni diselitkan dengan assignment Multiple System Disease (Diabetes, Obesity, Tuberculosis @ TB, Systemic Lupus Erythematous @ SLE dan Amyloidosis). Group aku ditugaskan untuk menyiasat Microbiology of SLE, dan tugasku adalah untuk menyiapkan powerpoint presentation untuk presenter groupku. Namun buat masa ni kena tunda dulu, sebab ada perubahan sedikit. Dalam tengahari nanti baru dapat yang updated nya.

Dalam masa 8 hari lagi, kami semua bakal tempuh exam bertulis untuk semester 6. Ni jadualnya...
Klik gambar untuk lebih jelas

Semalam, habis exam, aku gunakan masa untuk berehat dan juga merancang jadual studyku. Dan petangnya, seperti yang telah disepakati bersama, kami serumah plus Nas keluar makan Seafood kat Balba' dengan bertemakan warna pink(except Nas yang pakai kelabu). :)

'Tok Guru' ngan 'Anak Murid' - Shila ngan Nas
Fiza, Hasanah n Me..
Zatil n Alia
Can't wait to eat!!!!!
Di luar BalBa'

It's been a long time since all of us last hang out together. Kalau nak makan2 lepas habis exam final nanti agak susah sebab ada antara kami yang immediately pulang ke Malaysia ;). Sebab itulah kami semua pakat untuk keluar makan semalam. ~Qasrun Najihin <3~

13.6.10

~Tikus vs Tetikus..~

"Alamak, mouse (tetikus) ni buat hal la pulak. Kena guna touchpad ni balik. Serupa cam tak de mouse pun ada......."

Rungutku pada Fiza, roommateku baru2 ni. Mungkin mouse ni kurang berkualiti agaknya, jadi tu yang cepat dysfunction. Adanya mouse memudahkan kerjaku untuk scroll apa2 kat laptop. Tapi memandangkan mouse dah tak elok, kena guna balik la cara manual, guna touchpad.

"Kenapa kita panggil mouse ni mouse ek (tetikus)??"

Tanyaku pada Fiza sambil membelek tetikus laptopku. Fiza jawab mungkin ada bentuk rupa tikus kot, tu yang panggil tetikus. Apabila belek2, yep, memang ada rupa bentuk sikit2. Bolehlah membayangkan tikus di sebalik tetikus.

Tetikus (mouse)

Tikus (comel la pulak tengok tikus ni)

*******
Sekitar umur 3-4 tahun, masa kat UK

Aku teringat masa kecil dulu. Rumah yang kami duduki masa tu, ada tikus. Tapi, tikus ni tak pernah mengganggu kami sekeluarga. Lagipun masa tu, Abah merancang untuk mencari rumah lain yang lebih selesa untuk kami sekeluarga. Ingat lagi masa tu, kalau tengah2 tengok TV, kadang2 tikus2 ni, dia ke sana sini, di antara almari TV dengan apa entah (tak ingat).

Satu petang yang sangat aman, tengah rehat kat ruang tamu, Abah memintaku buang sampah. Aku pun menurut je permintaan Abah. Bakul sampah di rumah kami masa tu yang kena tekan dengan kaki pastu penutupnya boleh terbuka (faham ke ayat nih, kalau tak faham leh tengok gambar ye).

Gambar hanya sekadar hiasan. Anak panah biru tulah penekan (biasanya guna kaki) dan anak panah ungu tu penutup bakul sampah ni (akan terangkat apabila pijak penekan ni)

Aku pun memijak penekan dengan kakiku. Dan sebaik sahaja penutup bakul sampah ni terbuka, benda pertama yang aku nampak dan yang aku ingat sampai bila2..........

"TIKUSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!"

Bukan setakat aku yang terkejut tengok tikus tu, tikus tu pun lari tak cukup tanah, tambah lagi jeritanku sangat2 kuat. Aku pun tak tau apa jadi dengan sampah yang Abah minta aku buang, tapi yang aku ingat, aku lari sambil menangis. Akhirnya Abah memangkuku, memujukku untuk berhenti menangis (lama giler aku menangis masa tu, terkejut kot).

Dan selepas itu, setiap kali nak buang sampah, aku akan main acah2 dengan penekan bakul sampah tu. Takut2 ada tikus lagi.

Sebenarnya apabila dah besar, apabila teringat balik kisah tikus ni, rasa lawak pun ada gak. Kelakar giler masa aku jerit tuh. Menjerit sekuat hati. Agak2 Abah dan Mak gelak tak kalau baca entri ni?? (^^,)

Tikus vs Tetikus. Dua2 ada kisah yang tersendiri. Hehe. Tapi kisah 'tikus' ni, akan terpahat dalam ingatan, sampai bila2. :D

11.6.10

~Gula-gula...~

Apabila sebut pasal gula2, akan terbayang manisnya, sedapnya, dan juga kanak2?? Hehe, sebabnya, memang kanak2 suka makan gula2. Namun, walaupun aku dah besar, dalam begku, adakalanya ada pelbagai jenis gula2 dan coklat. Sebabnya, gula2 ni antara 'emergency treatment' kalau tiba2 aku hypo. Dan juga boleh menghilangkan ngantuk masa dalam kelas.

Pasal gula2 ni, sebenarnya teringat, masa kecil2 dulu. Masa tu, aku dan Arip baru merasa duduk negara orang (UK). Dan masa kami sampai, masa tu nak masuk musim winter. Bayangkanlah sejuknya masa tu. Huhu. Dan oleh kerana kami ni kanak2 lagi masa tu, tahap immunity badan pun tak kuat lagi, jadi, kami berdua pun demam.

Abah dan Mak bawa kami ke klinik untuk pertama kalinya selepas menjejakkan kaki di sana. Macam biasa, kalau ke klinik, doktor akan cek suhu, degupan jantung, bunyi nafas, cek tekak dan macam2 la yang berkaitan. Aku dan Arip yang kena cek masa tu menurut je doktor cakap (Abah tolong translatekan) dan biar je apa yang doktor nak buat. Masa tu manalah kami faham apa2 kan (sekarang ni faham lah semua2 ni sebabnya belajar..hehe).

Kat atas meja doktor ni, ada satu bekas kaca warnanya dalam coklat gelap. Aku dan Arip tak tahu apa yang ada dalam bekas tu, sehinggalah.....

Doktor tu bukakan bekas tu, dan halakan ke arah aku dan Arip. Kami berdua tengok isinya. Gula2!!! Aku dan Arip pandang doktor, bekas gula2 dan Mak ngan Abah. Dalam hati, nak ambil tapi malu. Hahaha.

Doktor tu senyum ke arah kami adik beradik. Mesti ekspresi muka kami kelakar kot masa tu. Mak dan Abah pun buat isyarat, suruh pilih nak ambil gula2 yang mana. Aku dari kecil, memang suka yang berperisa oren, manakala Arip ambil perisa strawberi. Tengah2 demam, bila dapat gula2, macam orang dah baik dari demam pula.

Begitulah setiap kali kami ke klinik. Tak semestinya masa kami berdua demam, kadang2 Arah (yang baru lahir masa tu) dibawa ke klinik untuk cucuk immunity. Dan memang setiap kali ke kilinik, memang dah mind set, mesti doktor tu bagi gula2. Dan memang setiap kali tulah dapat. Kadang2, ada rasa, nak ke klinik, sebab, nak gula2. Hehe.

Tapi, lepas tu, kalau tak silap, doktor tu tak ada dah (mungkin tukar tempat kerja, ataupun kami yang gi klinik lain, tak ingat). Dan apabila berjumpa doktor lain, dah tak ada gula2. Pergi waktu lain pun, gula2 tu dah tak ada. Dan akhirnya, aku dah tak mengharapkan gula2, bila pergi ke klinik. Huhu.

Apabila aku belajar Medik, aku ada terfikir, apabila aku sudah bergelar doktor nanti InsyaAllah, aku terfikir, rasa nak bagi patient kanak2 ku gula2 setiap kali mereka datang. Mesti lepas tu diorang akan suka kan.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu masukkan entri yang berkaitan dengan past life ku. Mungkin ada certain perkara yang aku belajar di sini, yang membuatkan aku teringat zaman kecilku.

Lectures dah pun habis, praktikal pun tinggal exam je (Biochemistry, Pharmacology dan Physiology) dan assignment Multiple system block pula akan dibentang dalam minggu ni. Ni menandakan, tak lama dah masa yang tinggal sebelum exam final bertulis, semester 6.

Buat semua LORDs, all de best dalam menghadapi exam yang bakal mendatang. Rasanya semua ingat apa yang Walid cakap masa Malam Kembara Ukhuwah baru2 ni kan? Pasal biasiswa kita semua. Moga semua berusaha yang terbaik, memandangkan SR kita pun dah mencari waktu yang terbaik demi exam kita ni.Manfaatkan masa yang diberikan sebaiknya. K, ni ada sedikit gambar2 masa Malam Kembara Ukhuwah baru2 ni.......

Ayah (Ustaz Idris-kiri) dan Walid (Ustaz Ishak-kanan). Pegawai MARA yang menjaga kami di sini

Walid menyampaikan tazkirah dan juga ucapan.

Akhawat di belakang, sedang mendengar tazkirah dan ucapan.

Section 2. Ada yang tiada dan ada pulak la yang 'tersesat'....

Akhawat LORD Sapphire ;)

AJK yang berusaha menjayakan MKU LORD'10