Pages

18.7.10

~Mengimbau....~

Saja terasa seperti nak update blog. Mungkin sebab agak 'tepu' membaca Pathology. Mahu merehatkan fikiran yang dah mula penat (lagipun masa ni tahap cortisol dah mula menurun).

Malam tadi, aku terasa seperti nak baca semula entri2 ku yang terdahulu, sejak dari mula aku bina blog ni sampailah sekarang. Ada masanya aku tergelak sendiri, sebab setelah sekian lama, baru aku tersedar dalam entri tu ada typo error. Dan ada masanya aku tak terjangka aku boleh menaip entri sepanjang itu. Mungkin masa itu idea datang melimpah, sehingga aku tak sedar, yang aku menaip entri panjang2.

Sejak kebelakangan ni, idea untuk entri2 baru ada je dalam kepala, tapi adakalanya dalam tengah2 menaip, hilang sudah ideanya, ataupun kadang2 tak dapat nak fikir ayat yang sesuai. Dan kemudian, ok, tangguh dulu pos entri baru. Dan sampailah sekarang, adalah beberapa entri yang tertangguh. Hmmmm.

Tengah2 study, sudah beberapa kali fikiran 'termelayang' jauh nun di sana. Sana mana lagi kalau bukan Malaysia. Terasa seperti nak buat macam2 je masa balik nanti, moga semuanya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Kepulanganku ke Malaysia bakal disambut dengan pelbagai perubahan. Tak sabar juga rasanya, tapi dalam excited, ada juga rasa cuak. Hmmmm, mungkin mainan perasaan je kot. Takpelah, usah dilayan perasaan sebegini. Fokus untuk lagi 3 PAPERS yang masih tinggal lagi ni. FOKUS!!!!!!

Ok, nak pulang ke mode study semula. Chaiyok!!!!!!!!MyEm0.Com

16.7.10

~Hampir tiba di garisan penamat..~

Alhamdulillah, tanpa sedar, perjuangan exam kami student 3rd year, dah hampir menuju penghujungnya. Hanya tinggal lagi tiga paper, Pathology, PBL dan Behavior.

Apabila dah tiba penghujung ni, perasaan dah mula bertukar. Dah mula rasa semput, penat, tak larat dan macam2 lagi. Serupalah dengan orang yang lumba lari jarak jauh, mula2 semangat je, pastu apabila dah sampai tengah mula slow down sikit, dan apabila nak sampai penghujung, dia mula pancit. Tapi apabila dah dekat sangat dengan garisan penamat, semangat itu akan kembali semula.

Begitulah juga rasanya sepanjang exam untuk 10 subjek dalam masa hampir sebulan ni. Mulanya rasa semangat je untuk exam ni (campur cuak gak). Kemudian apabila dah pertengahan, dah mula rasa penat dan tak larat. Tapi, apabila dah hampir nak habis, semangat itu datang semula. Sebab dah mula nampak garisan penamat kot (cuti, balik Malaysia, jalan, etc). Namun perasan tak, sebenarnya, apabila dah habis exam, semacam tak de perasaan. Mengapakah agaknya?? Ermmmmm.....

Apapun, jangan berhenti berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. Jangan lupa untuk meminta agar segala jawapan yang dicurahkan dalam kertas jawapan kita dilindungi. Mungkin kita tak tahu, besar kemungkinan boleh berlaku sebarang kesilapan dalam menanda kertas jawapan kita, kerana pemeriksa juga adalah manusia @ insan.

Rabbuna Yusahhil, All de best buat semua yang menghadapi peperiksaan dan juga selamat bercuti buat junior 0915. Moga semua dikurniakan kejayaan yang setimpal dengan usaha masing2 InsyaAllah.

12.7.10

~Seems a bit early...and also far too late....~

Pertama sekali. Gomenne!!!! Buat Abah sebab kejut awal2 pagi bagi mesej kat fon Abah. Hehe. Lupa nak tambah 5 jam. Main hantar je ikut waktu sini. Lagipun masa tu excited Spain menang World Cup. Ngeeee~~

Dan Gomenne buat adikku Nurul Aqila. Sebab termungkir 'janji'. Hari tu Qila ada tanya dan Tin pun main jawab je apa yang terlintas. Tapi sebenarnya apabila fikir2 balik, aiyak, it's my mistake. Tak patut buat macam tu kat Qila. Minta maaf ye Qila....(wat muka mengharap..)

Untuk Abah dan Qila, di sini, Atin nak ucapkan.............................................

SELAMAT HARI LAHIR......MOGA USIA DAN REZEKI KALIAN SENTIASA DIBERKATI-NYA.....

Abah penuh bergaya. Main sepak takraw pun pakai smart. Hehe. Abah jangan marah. Atin gurau je. (Ambil kat FB Pak Cik Safril, time sukaneka Taman Mawar 2 BBST).

Buat Abah, selamat menyambut hari kelahiran Abah yang ke-50 hari ni. Dah lama Atin tak sambut birthday Abah sekali (sebenarnya, dah lama tak sambut birthday ahli keluargaku, tapi yang pasti, semua ada untuk sambut birthday Atin tiap2 tahun...). Moga setiap pekerjaan Abah sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya. Moga semua impian yang Abah impikan tercapai. Terima kasih atas segala kasih sayang dan doa restu yang Abah dan Mak sentiasa curahkan buat Atin dan adik2 yang lain. Moga Abah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat seadanya. ;)

Qila dan Adik kat Aquaria. ;)

Buat Qila, selamat menyambut hari kelahiran yang ke-15. Minta maaf sebab tunaikan janji dua bulan lewat. Moga urusan belajar Qila sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Dan moga Qila sentiasa ceria dan happy as usual. Nak tau tak Qila, kadang2 rasa cam tak caya yang Qila dah nak PMR. Sebab dulu masa Atin masuk asrama, Qila baru darjah 1. Dan bila Atin balik cuti sekolah, Qila dah mula besar. Sekejap balik, dah nak masuk darjah dua dan seterusnya sampailah sekarang, Qila dah tingkatan 3. Moga Allah sentiasa merahmati hari2 yang Qila lalui. Dan moga Qila dapat buat yang terbaik dalam periksa PMR nanti.

Ok, setakat ni je dulu ye. Hehe. Buat Abah, nanti Atin tepon umah yep. Dan buat Qila, entri ni je terlambat, tapi Atin wish cepat kan?? Hehe. Nanti Atin balik Atin tolong Qila buat apa yang Qila nak minta ajar tu (well, secret between us right??).

countdown --> 15 hari lagi

9.7.10

~Life lessons...~

Alhamdulillah, hari ni aku berjaya 'memboikot' laptopku dari pagi sampai petang. Biasanya aku akan biarkan buka sedang aku study. Tapi untuk hari ni, aku biarkan laptopku tutup. Bagi dia 'rehat' sikit. Hehe.

Tadi, aku 'tumblr' hopping sekejap, tengok updates tumblr daripada kawan2. Dan, aku terbaca updates tumblr kawan sekolahku tentang life lessons. Biasanya, aku hanya 'reblogged' je dalam tumblr ku, tapi untuk yang ini, aku 'reblogged' dalam blogspot.

Here it goes :-

If you’re smiling right now, you’re doing something right. ;)

It’s not so much what you say that counts, it’ how you make people feel.

The biggest mistake you can make is doing nothing because you’re scared to make a mistake.

No matter how it turns out, it always ends up just the way it should be. Either you succeed or you learn something. Win-Win.

Freedom is the greatest gift. Self-sufficiency is the greatest freedom.

If you catch yourself working hard and loving every minute of it, don’t stop. You’re on to something big. Because hard work ain’t hard when you concentrate on your passions.

It’s not about getting a chance, it’s about taking a chance. You’ll rarely be 100% sure it will work. But you can always be 100% sure doing nothing won’t work. Sometimes you just have to go for it!

Complaining is like slapping yourself for slapping yourself. It doesn’t solve the problem, it just hurts you more.

The one with nothing to hide is always the one left standing tall.

You can press forward long after you can’t. It’s just a matter of wanting it bad enough.

There’s a big difference between knowing and doing. Knowledge is basically useless without action.

In work and business, when they need you more than you need them, you have succeeded.

Everything that happens in life is neither good nor bad. It just depends on your perspective.

We are all weird. And life is weird. And when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we call it love.

True friendship and true love do sustain the tests of distance and time.

You can’t change who you are. You can only change what you know and how you apply this knowledge.

It is okay to be angry. It is never okay to be cruel.

Even when you feel like you have nothing, someone else likely has far less. Find them and help them. You’ll see why.

Having a thousand credentials on the wall will not make you a decent human being. But genuinely helping one person everyday will.

Remember, change happens for a reason. Roll with it. It won’t be easy, but it will be worth it.

Jadi, macam mana? Rasa2 cam betul tak? Pernah tak dapat lessons ni sepanjang hampir 20/21 tahun hidup di muka bumi ni? Jawapan kepada persoalan ni semua, rasanya itu adalah rahsia masing2 kan. Tapi, yang aku highlight tu adalah yang aku suka sekali. Bukan bermakna yang lain aku tak suka, tapi yang kena bold tulah yang paling2 suka. ;D

Ok, tu jelah dulu. Selamat study semua ;)

countdown M'sia --> 18 hari lagi.....

7.7.10

~1st half dah lepas...2nd half pulak lepas ni~

Tajuk entri cam tempoh masa perlawanan bola (nak pulak World Cup dah hampir nak final kan). Aku tak layan pun bola, tapi apabila duduk sekali dengan kawan2 yang layan bola ni, aku pun, ambil tahu gak la. Haha. Aku tak de sokong negara mana2. Sebab aku tak berapa minat. Cumanya, bangga gak la bila dengar Spain lawan sampai tahap ni. Mungkin sebab aku dah pernah jejak kaki kat negara tu kot. Malam ni Spain lawan dengan German, nak gak tahu sape yang bakal menang, sebab dengar kata dua2 ni sama2 terer.

Haha, tercerita pasal bola lak. Sebenarnya tajuk entri ni ditujukan kepada Final Sem 6 Exam Cup. Hehe. Alhamdulillah, dah lepas 5 subjek pertama. Dan sekarang ni, tinggal lagi 5 juga subjek. Dan tak lama lepas tu, balik Malaysia. Ngeeee~~~

Setakat ni Alhamdulillah exam ok. Cumanya ada gak la kes tak cukup masa nak jawab soalan dan soalan yang keluar kompius itu ini semua. Tapi, tulah pun lumrah exam. Akan ada cabarannya. Yang buat diri sentiasa beringat (cek dulu masa untuk jawab soalan kalau takut jadi lagi kes tak cukup masa).

Memandangkan gap antara Para ngan Biochem ada 4 hari, jadi aku pun rasa cam nak jalan gi San Stefano. Ajak housemate, yang nak join Hasanah je. Yang lain semua ada projek masing2. Hehe. So, lepas exam, aku dan Hasanah pun bergerak la ke San. Sampai je kat San, kosong lagi, kedai semua baru nak buka (masa tu pukul 10.30 kot kitorang sampai sana). Mujur Costa Coffee dah buka. Masing2 beli air masing2, pastu jalan2 jap (kedai pun baru nak buka).

Dan lastly, kitorang pun lepak la kat foodcourt sambil minum air yang kitorang beli. Dan kitorang borak dan borak dan borak sampailah pukul 12 lebih. Tu pun sebab nak tunggu KFC ready nak buka. Tapi, sekali sekala lepak kat luar, borak2, best gak. Mungkin ni lah penangan duk kat rumah 24 jam. Keluar rumah pun, sebab nak gi exam je. Sampai satu tahap, memang rasa bosan gak duk dalam rumah je.

Haha, teringat soalan Hasanah dalam teksi semalam, "Rasa release tak?". Jawapannya, release sangat2. Even keluar makan je pun, dah rasa cukup. Dan borak. Hehehe. Best2.

Sebenarnya masa gap untuk exam Para, rasa macam nak update blog, tapi takut nanti amik masa yang lama lak. So mungkin dalam hari ni adalah kot dalam beberapa entri lagi nak pos. Tengoklah nanti. ;)

countdown balik Malaysia --> 20 hari lagi