Pages

27.8.10

~Masih tersimpan lagi...~

Pagi tadi, aku tergerak untuk membelek buku2 contenganku masa sekolah dulu. Semuanya masih tersimpan rapi dalam rak buku. Pada mulanya aku nak cari kata2 yang kawan2 aku conteng dalam salah satu buku ni dulu. Tapi gayanya, buku dah tak ada (sebab baru2 ni bilik kena renovate sikit, ada sesetengah barang yang dialih tempat atau dibuang). Dalam aku mebelek buku2 contengan ni......

Nota Sampingan. Ni adalah salah satu buku contengan yang setia ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Tak kiralah masa tu kelas kat mana, aku akan bawa buku ni sekali. Dan dalam buku ni, ada segala jenis nota yang aku salin dalam kelas. Dan juga format untuk laporan PEKA aku salin dalam ni. Rumus Add Maths, nota Fizik, nota Bio, formula Kimia, semua dalam tu. Bila baca balik, aku tersenyum. Ingat lagikah aku pada semua2 ni (kalau Bio mungkin masih ingat lagi la, tapi lain2, mungkin ingat tak ingat kot).

Buku catatan usrah dan tazkirah. Buku yang akan ku bawa ke Surau ar-Rasyidin setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (minggu giliran usrah Puteri-gelaran student perempuan kat sekolah). Selagi ada daya, aku akan salin yang mana aku mampu. Dan dalam buku tu ada diselingkan dengan kata2 semangat daripada kawan2. Terharu sangat. Kadang2 kawan akan amik buku catatan usrah, dan menulis kata2 semangat. Kata2 ingatan. Kata2 persahabatan. Jujurnya, aku sangat rindu suasana itu. Dan aku rindu kat korang semua.

Buku nota Biologi. Ni, masa pertengahan form 5, aku terpaksa buat satu buku catatan khas untuk subjek ni. Sebabnya, cikgu Bio suka wat test spelling terms Bio yang susah2, supaya kitorang tak buat silap dalam periksa nanti. Dalam tu, ada macam2 spelling error yang kelakar2. Haha. Ada sekali ni, dapat full marks, kawan siap tulis lagi 'yeay2, dapat gula2 hari ni' (masa ni cikgu bagi gula2 as rewards). Gula2 sangat penting untuk hilangkan ngantuk dalam kelas. Hehe.

Ni baru buku2 contengan masa sekolah, belum lagi buka kotak yang ada gambar dari form 1 sampailah form 5. Kebiasaan setiap kali balik cuti, akan membelek semua2 barang kenangan masa sekolah dulu.

5 tahun. Kita belajar bersama, makan bersama, main bersama, solat bersama, puasa bersama, gotong royong bersama, kena marah bersama, tidur bersama, menangis bersama, gelak ketawa bersama, berusaha bersama, kongsi cerita dan masalah bersama. Satu tempoh yang sangat lama. Kenangan dan pengalaman yang dapat tersangatlah banyak.

Dah mula masuk mode, rindu kat kawan2 sekolah. Dan juga rindu kat suasana sekolah. Really miss it.

18.8.10

~Sedarlah...kerana mereka langsung tidak berdosa..~

Mungkin aku tidak layak untuk bercerita tentang hal ini, tapi aku hanya ingin meluahkan apa yang aku terfikir dalam fikiranku sepanjang petang tadi.

Kes buang bayi, kalau dilihat, hampir setiap hari, akan ada lebih kurang satu kes tersiar di berita kat TV. Walaupun dah ada undang2 yang boleh sabitkan si pelaku tu ke tali gantung, tapi nampak cam, tak ada kesan. Makin menjadi-jadi ada. Kelihatannya seperti nak mencabar pun ada gak (Wallahu'alam).

Pada bayi yang dibuang dan masih lagi hidup, Alhamdulillah, Allah sayang lagi padanya dan mungkin belum tiba masanya untuk dia 'pergi'. Tapi bayi yang dibuang dan telah mati, lagilah Allah sayang padanya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap ciptaan-Nya. Tapi yang menyedihkan, keadaan bayi itu mati. Ada yang dibiarkan lemas dalam beg, ada yang dicampak, dan yang paling ngeri yang aku pernah dengar sebelum ni, ada yang dicampak dari tingkat yang agak tinggi jatuh masuk ke dalam longgokan sampah.

Melihatkan keadaan bayi itu, cukup menimbulkan rasa belas dan kasihan. Setiap kali ada berita tentang kes buang bayi, aku akan melihat reaksi Mak. Pada riak wajahnya, tergambar pelbagai maksud yang tersirat.Tengah hari tadi,masa tengok berita tentang kes ni, aku terdengar Mak menyebut "Tergamaknya la". Kemudian aku pun cakap kat Mak, "Sebab Mak adalah Mak. Jadi mesti Mak lebih rasa". Mak jawab balik, "Tak adalah. Sakit nak bersalin tu, Allah je yang tahu. Mak tak faham macam mana boleh tergamak nak buang baby tu sedangkan masa nak bersalin tu sakit yang teramat. Entahlah......"

Aku tidak faham apa sakit yang Mak maksudkan kerana aku bukannya seorang ibu. InsyaAllah sekiranya diberikan usia yang panjang dan rezeki yang murah, mungkin aku berpeluang merasainya. Dan mungkin ketika itulah baru aku boleh fikir, perasaan tergamak atau tidak seorang ibu itu membuang bayinya sendiri.

Aku ada pernah terbaca satu artikel ni, di mana terdapat ramai pasangan suami isteri (yang memang sah dari segi syariat hubungan mereka), amat menantikan kehadiran cahaya mata sehinggakan ada sesetengah bayi yang menjadi rebutan untuk dijadikan anak angkat. Tapi dalam situasi sebaliknya, anak yang lahir dari hubungan yang terlarang sebegitu banyak, dan bagi menyelesaikan masalah tidak mahu menanggung beban malu, anak itu dibuang. Kasihan pada mereka yang begitu menginginkan anak, dan juga kasihan pada bayi yang menjadi mangsa 'malu' ibu mereka sendiri.

Mungkin tidak semua bayi dibuang kerana malu. Mungkin ada sesetengah yang mempunyai alasan sendiri. Mungkin anak itu lahir daripada hubungan yang sah, tapi mungkin bebanan untuk menyara hidup anak tersebut tak dapat nak ditanggung, jadi jalan pintas yang diambil ialah buang bayi tersebut. Namun, pada hemahku, sekiranya bayi itu dibuang di hadapan rumah orang, mungkin ibu atau bapa kepada anak itu ingin melihat anaknya dipelihara sebaiknya oleh keluarga yang menjumpainya. Mungkin dia tidak mahu anaknya menanggung nasib menderita sepertinya kerana sudah menjadi lumrah seorang ibu tidak ingin melihat anaknya dalam kesusahan atau kesakitan walaupun digigit semut atau nyamuk.

Moga terdetik secebis keinsafan pada hati insan2 yang pernah melakukan perkara ini walau apapun jua alasannya. Sedarlah, anak kecil ni sebenarnya langsung tidak berdosa, dan mereka selayaknya dikasihi, disayangi, dibelai, diasuh, dididik, dan dilindungi. Seandainya kita faham setiap maksud di sebalik tangisan dan teriakan anak kecil itu, tergamakkah insan itu untuk membuang atau jauh sekali membunuh bayi itu? Wallahu'alam.

Ini hanyalah sekadar tulisan dan pendapat peribadi. Meluahkan rasa yang dan apa yang timbul dalam fikiran.

Selamat menjalani ibadah2 di bulan Ramadhan Kareem..... ;)

10.8.10

~4th year...Ramadhan...(Alhamdulillah)...~

Alhamdulillah, secara rasminya, aku dan yang lain berjaya menghabiskan fasa pre-clinical kami selama 3 tahun yang pertama ni. Dan InsyaAllah, naik semester bulan Oktober ni, kami semua akan sambung fasa clinical pula untuk lagi 3 tahun. Alhamdulillah, kali ni result exam kami, keluar lebih awal dari yang kami semua jangkakan. Tak sempat nak cuak tunggu result.

Selama 3 tahun pertama ni, terus terang aku katakan, banyak cabaran yang dilalui. Bermula dengan terpisah sangat jauh daripada keluarga. Kemudian nak sesuaikan diri dengan suasana yang baru, yang sangat lain banding dengan zaman sekolah dahulu. Nak kena biasakan diri belajar dalam BI, pastu dengan ascent lecturer yang ada masanya sukar difahami, makanan arab yang tiap2 hari kami dapat kat asrama, trump yang 'luar biasa' sesak, kawan2 sekuliah yang baru nak kenal, dan macam2 lagi. Semua ini mengambil masa yang agak lama untuk adapt. Alhamdulillah, makin naik tahun, makin dapat adapt, dan terasa seperti dah biasa dengan kehidupan di Alex.

Welcome 4th year. Fasa baru, dan juga episod baru dalam hidup. Kerana apa yang akan dipelajari sedikit sebanyak lain daripada sebelum ni. Akan diperkenalkan dengan suasana kerja di hospital, bertemu dengan pesakit. Cuak juga nak hadapi semua ni, tapi itulah hakikat yang perlu dihadapi, dan tak dapat nak lari. Never say no before you try Fatin!!!!

********
Alhamdulillah, kerana dipanjangkan usia, dan diberi nikmat kesihatan untuk menjalani ibadat di bulan Ramadhan ini.

Ku berharap, agar Ramadhan kali ni, lebih bermakna.

Ku inginkan, agar Ramadhan ini tidak sia2.

Ku berdoa, agar dilindungi daripada godaan hawa nafsu sendiri ketika menghadapi bulan rahmat ni.

Tiada kata seindah ZIKIR
Tiada lagu semerdu AZAN
Tiada kitab selengkap AL QURAN
Tiada bulan semulia RAMADHAN

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Moga kalian peroleh rahmat dan berkat oleh-Nya.

2.8.10

~If we can hear their voices...~

Taken from my schoolmate's @ dormmate's Tumblr (thanks Ayuni for sharing). If only we can hear their voices....

*******
Hi, Mommy. I’m your baby. You don’t know me yet, I’m only a few weeks old. You’re going to find out about me soon, though, I promise. Let me tell you some things about me. My name is John, and I’ve got beautiful brown eyes and black hair. Well, I don’t have it yet, but I will when I’m born. I’m going to be your only child, and you’ll call me your one and only. I’m going to grow up without a daddy mostly, but we have each other. We’ll help each other, and love each other. I want to be a doctor when I grow up.

You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn’t wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I know it already.

Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about me! …He wasn’t happy, Mommy. He kind of got angry. I don’t think that you noticed, but he did. He started to talk about something called wedlock, and money, and bills, and stuff I don’t think I understand yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and your hands flying up to protect me. I was okay… but I was very sad for you. You were crying then, Mommy. That’s a sound I don’t like. It doesn’t make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after, and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I’m not sure if I do. It wasn’t right. You say he loves you… why would he hurt you? I don’t like it, Mommy.

Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and you’re so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes, and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I’m happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will make you proud, and I will love you with all of my heart.

I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love you, Mommy.

Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting funny and he wasn’t talking right. He said he didn’t want you. I don’t know why, but that’s what he said. And he hit you again. I got angry, Mommy. When I grow up I promise I won’t let you get hurt! I promise to protect you. Daddy is bad. I don’t care if you think that he is a good person, I think he’s bad. But he hit you, and he said he didn’t want us. He doesn’t like me. Why doesn’t he like me, Mommy?

You didn’t talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?

It’s been three days since you saw Daddy. You haven’t talked to me or touched me or anything since that. Don’t you still love me, Mommy? I still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don’t you do that when you’re awake, any more?

I’m 21 weeks old today, Mommy. Aren’t you proud of me? We’re going somewhere today, and it’s somewhere new. I’m excited. It looks like a hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell you that? I hope you’re as excited as I am. I can’t wait.

…Mommy, I’m getting scared. Your heart is still beating, but I don’t know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think something’s going to happen soon. I’m really, really, really scared, Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love you!

Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! It feels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!

Don’t worry Mommy, I’m safe. I’m in heaven with the angels now. They told me what you did, and they said it’s called an abortion.

Why, Mommy? Why did you do it? Don’t you love me any more? Why did you get rid of me? I’m really, really, really sorry if I did something wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why don’t you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care about me, and not talk to me. Didn’t I love you enough? Please say you’ll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and see your face and grow up and be a doctor. I don’t want to be here, I want you to love me again! I’m really really really sorry if I did something wrong. I love you!

I love you, Mommy.

Every abortion is just…

One more heart that was stopped.
Two more eyes that will never see.
Two more hands that will never touch.
Two more legs that will never run.
One more mouth that will never speak.

******
If you’re against abortion, reblog.

1.8.10

~Berkesempatan..~

1st entri untuk bulan Ogos (sangat cepat masa berlalu). Setelah sekian lama tak update blog, akhirnya petang ni lepas gak hajat untuk membersihkan segala jenis sawang dan habuk yang menghuni blog ini. Minta maaf sekiranya selepas ini aku tidak dapat mengupdate blog selalu. Bukannya apa, cuma kadang2 tidak terasa untuk berblogging.

Sedar atau tidak, sudah hampir seminggu kot aku habis exam final Sem 6. Alhamdulillah, habisnya paper Behavior, maka berakhirlah final exam Sem 6. Moga semua peroleh keputusan yang terbaik InsyaAllah.

Dan sebenarnya, hari ni merupakan hari ke-4 aku jejak pulang ke tanah airku yang tercinta. Alhamdulillah, kali ni dapat la juga cuti untuk 2 bulan 2 hari. Dan sepanjang 4 hari ni banyak gak la benda yang dah dibuat, tapi yang paling best, hari ni kami semua adik beradik dapat berkumpul setelah sekian lamanya semua terpisah. Hehe, mana taknya, semua di asrama dan aku pula jauh. Tinggal Adik la yang menjadi peneman Abah dan Mak di rumah.

Untuk cuti yang seterusnya, setakat ni tak ada lagi sebarang perancangan yang kukuh. Cuma yang ada terancang dalam fikiran, namun sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang perlu diselesaikan. 1st thing 1st.

Setakat itu jelah dulu. Tak tau nak cerita apa lagi. Ni pun sekadar mengupdate blog yang dah agak lama ditinggalkan.

Happy holidays........ MyEm0.Com