Pages

15.9.10

~Penangan anak saudara...~

"Aku dapat anak buah lagi...."

"Ni gambar anak saudara aku....."

"Yeahh, aku dapat anak saudara 1st........"

Inilah antara yang selalu aku terdengar daripada mulut kawan2 ku sepanjang belajar di sana. Kebanyakan rakan satu batchku sudahpun bergelar 'pakcik' dan 'makcik'. Kalau dulu masa aku sekolah, kebanyakan rakan2 ku anak pertama atau kedua. Jadi, tak selalu dengar pasal dapat anak saudara. Kalau dapat adik tu banyak la (termasuk aku). Tapi apabila aku masuk uni, baru aku perasan, yang kebanyakan kawan2 ku di sini merupakan anak tengah dan juga kebanyakannya dah pun ada anak saudara (anak abang atau kakak mereka).

Kadang2, aku tengok kawan2 aku excitednya seperti mereka pula yang dapat anak. Hehe. Jangan marah. Maksud aku, mungkin masing2 menunggu kehadiran orang baru dalam family. Siapa tak suka ada baby yang comel dalam family. Apabila besar sikit, boleh dilayan, diagah, bermain bersama. Tapi yelah, aku manalah ada anak saudara. Anak kepada sepupu tu adalah. Tapi mereka tak rapat dengan aku sebab jumpa aku pun sekali tak sekala (dulu lah). Jadi aku pun kurang memahami perasaan ada anak saudara macam mana.

Raya kali ni, semuanya seperti biasa. Solat raya beramai-ramai, berkumpul sama2 dan makan sama2. Anak sepupu pun dah besar sikit. Sepupu yang sebaya pula ada yang bakal jadi ibu dan sorang lagi bakal jadi isteri (aku pula, jangan ditanya..hehehe..). Ingat nak main dengan anak sepupu yang comel2 tu, tapi, alahai, diorang malu2 la pulak. Haha.

Raya kedua, seperti biasa, beraya di rumah Pak Ngah. Kalau ikutkan, mood aku tidak berapa baik pagi tu. Sampai di rumah Pak Ngah, sebelum makan2, aku meletakkan beg di ruang tamu. Tiba2, 'pap'. Ok, siapa punya kerja tepuk belakang aku ni? Pusing belakang, anak sepupu yang semalam malu2, tiba2 ajak main pula. Apa lagi, kejar la balik.

Anak sepupuku yang malu2 semalam ajak aku main. Seronoknya. Tengah2 main dengan diorang ni, aku terfikir, oh, rupanya ni rasanya ada anak saudara. Haha. Padanlah ada kawan2 aku yang sampai 'angau' rindu ke anak saudara.

Betullah jangkaan adikku, raya kali ni ramai anak2 kecil. Ramai sangat sampai tak terlayan. Tapi anak sepupuku (cucu Pak Ngah) yang sangat2 mencuit hati. Rasa cair pulak hati apabila Ilman yang paling omeh mulutnya panggil aku "Acik..Acik...tengoklah Ilman ni...". Cair dengan Adif yang suka gelak apabila digeletek. Cair juga dengan gelagat Damia yang manja. (Ok, aku dah rindu balik dengan diorang).

Aku dengan Adif (si baju biru), adiknya Damia dan sepupu mereka Ilman (Adif dan Ilman sama2 umur 3 tahun, Damia pula umur 2 tahun).

Ok, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Moga sambutan Syawal tahun ni mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. ;)

3.9.10

~Kisah seorang Pakcik~

Biasanya familyku menunggu kepulanganku, tapi kali ni aku yang menunggu diorang balik ke rumah. Keseorangan pada mulanya, hinggalah Adik balik dari sekolah. Dan sekarang tunggu dua orang lagi adikku balik dengan Abah dan Mak. Dan dalam menunggu mereka semua, terasa seperti nak update blog.

Rupanya, dah masuk minggu terakhir Ramadhan. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dan ada yang kata, ni merupakan salah satu tanda. Wallahu'alam, ini semua adalah dalam kuasa-Nya. Kita hanya mampu menyediakan diri dengan semua amalan dan keredhaan-Nya.

Masa kat sekolah dulu, apabila tiba bulan Ramadhan, sudah menjadi kebiasaan, dalam 20-30 orang pelajar tingkatan 3 (yang dah habis PMR) atau tingkatan 4 akan diajak berbuka puasa di masjid sebelah sekolah dulu. Dalam sekali dua gak la. Biasanya malam Ahad la kami akan diajak ke sana sebab malam tu tak ada prep malam.

Seronok gak dapat peluang buka puasa kat masjid. Sekali sekala 'lari' dari menu dewan makan. Hehe. Dalam pukul 5.30 petang, semua yang join akan mula kumpul kat dataran asrama. Dah cukup semua, barulah semua jalan kaki sama2 sebab masjid ni memang dekat je.

Sampai kat masjid, kami semua disambut ceria oleh pakcik2 dan makcik2 yang memang dah biasa berbuka di masjid. Memandangkan diorang pun tahu yang kami nak datang, maka hidangan buka puasa dimasak lebih cukup untuk semua. Yang lelaki tolong pakcik2 angkat periuk2 yang berat, kami yang perempuan pula tolong makcik2 sediakan tempat dan juga hidangkan makanan.

Tengah2 menolong nak hidangkan makanan untuk buka atas kain saprah, aku ternampak sesuatu yang menyebabkan aku terhenti seketika. Masa tu aku berdiri di beranda masjid, tepi tiang, tunggu kawanku hulur hidangan. Dan bukan aku seorang sahaja yang terhenti, kawan2 ku beberapa orang juga buat perkara yang sama,

Mata kami terpaku pada seorang pakcik, yang kelihatan agak selekeh, kurang terurus dan juga kurus. Dia seolah sedang solat, tapi solatnya, lain daripada yang lain. Pelik juga dengan pergerakannya. Kami saling tertanya, apa yang pakcik ni buat sampailah.........

"Anak2 tengok pakcik tu ye????"

Opppss terkejut. Huh. Tengah leka tengok pakcik tu, tiba kena tegur dengan seorang makcik ni dari belakang. Kami baru saja nak buka mulut tanya, tiba......

"Pakcik ni dia kurang sihat sikit (masalah mental). Tapi tiap2 petang, memang dia akan ke sini, dan solat cara dia. Mungkin dalam tak sihat, dia teringat tanggungjawab dia. Jangan risau, pakcik ni tak kacau orang, dan kejap lagi pergilah dia dari sini..."

Terjawab persoalan2 kami. Dan kami pun teruskan menghidang dan menyusun hidangan di atas saprah. Tapi ada masanya mata aku tengok lagi pakcik tu sampailah pakcik tu pergi.

Dalam keadaan dia yang kurang sihat, dan juga kurang waras, dia seolah-olah masih lagi ingat tanggungjawabnya. Meskipun sebenarnya dalam keadaan itu, dia tidak diwajibkan untuk melakukan semua ini. Antara yang mendapat pengecualian dan salah satu jenis keuzuran juga. Sedangkan yang waras dan sihat akal fikiran, adakalanya ambil tidak endah dengan suruhan2 yang diwajibkan ke atas kita.

Pengalaman berbuka yang berharga tahun itu. Selain dapat merasa makan ramai2 dengan makcik2 di masjid, dapat juga menyaksikan sesuatu yang memberi pengajaran buat diri dan kawan2. Setelah siap kemas2 masjid selepas terawih malam tu, ada sedikit makanan yang lebih. Alhamdulillah rezeki. Kami diminta bawa pulang makanan yang sudah siap dibungkus ke asrama. Setelah dibahagikan dua untuk lelaki dan perempuan, masuk je aspuri, wat announcement pasal makanan free ni, dalam sekelip mata habis. Mereka yang tak berpeluang ke masjid masing2 berebut nak makanan free. Bukan senang nak dapat. Hehe.

Sekarang ni adik2 dah mula cuti untuk 2 minggu. Seronok apabila semua dapat berkumpul sama2.

Selamat beramal semua... ;)