Pages

15.9.10

~Penangan anak saudara...~

"Aku dapat anak buah lagi...."

"Ni gambar anak saudara aku....."

"Yeahh, aku dapat anak saudara 1st........"

Inilah antara yang selalu aku terdengar daripada mulut kawan2 ku sepanjang belajar di sana. Kebanyakan rakan satu batchku sudahpun bergelar 'pakcik' dan 'makcik'. Kalau dulu masa aku sekolah, kebanyakan rakan2 ku anak pertama atau kedua. Jadi, tak selalu dengar pasal dapat anak saudara. Kalau dapat adik tu banyak la (termasuk aku). Tapi apabila aku masuk uni, baru aku perasan, yang kebanyakan kawan2 ku di sini merupakan anak tengah dan juga kebanyakannya dah pun ada anak saudara (anak abang atau kakak mereka).

Kadang2, aku tengok kawan2 aku excitednya seperti mereka pula yang dapat anak. Hehe. Jangan marah. Maksud aku, mungkin masing2 menunggu kehadiran orang baru dalam family. Siapa tak suka ada baby yang comel dalam family. Apabila besar sikit, boleh dilayan, diagah, bermain bersama. Tapi yelah, aku manalah ada anak saudara. Anak kepada sepupu tu adalah. Tapi mereka tak rapat dengan aku sebab jumpa aku pun sekali tak sekala (dulu lah). Jadi aku pun kurang memahami perasaan ada anak saudara macam mana.

Raya kali ni, semuanya seperti biasa. Solat raya beramai-ramai, berkumpul sama2 dan makan sama2. Anak sepupu pun dah besar sikit. Sepupu yang sebaya pula ada yang bakal jadi ibu dan sorang lagi bakal jadi isteri (aku pula, jangan ditanya..hehehe..). Ingat nak main dengan anak sepupu yang comel2 tu, tapi, alahai, diorang malu2 la pulak. Haha.

Raya kedua, seperti biasa, beraya di rumah Pak Ngah. Kalau ikutkan, mood aku tidak berapa baik pagi tu. Sampai di rumah Pak Ngah, sebelum makan2, aku meletakkan beg di ruang tamu. Tiba2, 'pap'. Ok, siapa punya kerja tepuk belakang aku ni? Pusing belakang, anak sepupu yang semalam malu2, tiba2 ajak main pula. Apa lagi, kejar la balik.

Anak sepupuku yang malu2 semalam ajak aku main. Seronoknya. Tengah2 main dengan diorang ni, aku terfikir, oh, rupanya ni rasanya ada anak saudara. Haha. Padanlah ada kawan2 aku yang sampai 'angau' rindu ke anak saudara.

Betullah jangkaan adikku, raya kali ni ramai anak2 kecil. Ramai sangat sampai tak terlayan. Tapi anak sepupuku (cucu Pak Ngah) yang sangat2 mencuit hati. Rasa cair pulak hati apabila Ilman yang paling omeh mulutnya panggil aku "Acik..Acik...tengoklah Ilman ni...". Cair dengan Adif yang suka gelak apabila digeletek. Cair juga dengan gelagat Damia yang manja. (Ok, aku dah rindu balik dengan diorang).

Aku dengan Adif (si baju biru), adiknya Damia dan sepupu mereka Ilman (Adif dan Ilman sama2 umur 3 tahun, Damia pula umur 2 tahun).

Ok, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Moga sambutan Syawal tahun ni mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. ;)

2 tapak kaki:

nourah said...

wlwpun dah lama post, baru nak komen..ngeee:D

post ni buat sy rndu dgn anak-anak sedara sy pulak..hehe...

sy pun pelik, knp la excited, hepi dan rndu dgn diorg. pdhal sy jmpa dorg sminggu je setahun.huhu!

thn depan insyaAllah bakal dapat yg bru lg.hehe:D

fatin mb anak sdiri dlu la kot b4 ank sedara.haha

faha mieza said...

Kak Syimah!!!!!!
hehe...
br blk kan??

tulah...
kena tunggu ank s'diri dl...
tp xpelah...
ank sepupu pun jd la...
haha...