Pages

17.11.10

~Di sebalik soalan2 'history taking' daripada pesakit..~

Puas rasa hati, dapat buat 3 entri dalam masa sehari. Sementara diberi kesempatan untuk menulis, baik dimanfaatkan sebaiknya.

*******
Pernah ambil history daripada patient?? Bagi siapa yang tak pernah, cubalah ambil sekali (rasa semuanya pernah ambil kan?). Pernah tak, semasa ambil history daripada patient, mereka doakan kita dengan ucapan doa Rabbuna Yunnagahtu (moga Tuhan berikanmu kejayaan, doa yang paling common aku dengar). Ada banyak lagi ucapan doa, tapi yang ni yang aku paling dapat tangkap.

Orang Mesir, salah satu kebaikannya, mereka sentiasa memberikan ucapan doa. Dengan penjual kat pasar, dalam teksi, (kalau pak cik teksi ajak borak), dengan mak cik yang duduk dekat dengan kita dalam trump, lepas borak, pasti akan bagi ucapan doa. Begitu juga dengan pesakit2 yang kami jumpa. Selepas ambil history, adakalanya dengar ucapan doa daripada mulut mereka.

Pernah sekali, masa aku dan Ainulfadila ambil history daripada seorang mak cik, aku tanyakan soalan,

"a3ndek kem sanah?" (Berapa umur anda?)

"khomseen." (50 tahun)

"Enti metgawwezah?" (Anda sudah berkahwin?)

Dan dengan spontannya mak cik ni tergelak. Err, ni first time aku dapat pesakit yang tergelak apabila aku tanya soalan ni. Wanita dalam usia 20-an yang berada di sebelahnya turut sama tergelak. Barulah aku faham, mak cik ni ada anak, sudah tentulah dia ni dah kahwin (sebab wanita tu anaknya). Kemudian mak cik ni cakap (apa yang aku dapat tangkap),

"Kan umur mak cik dah tua. Ada anak di sebelah mak cik pun. Mestilah mak cik dah kahwin. Manalah ada orang yang umur tua2 yang tak kahwin lagi (khususnya perempuan)."

Aku tersenyum. Malu juga rasanya. Aku pandang Ainul, dia layan aje. Betul juga apa yang mak cik tu cakap. Namun, dengan bahasa Ammi ku yang tunggang langgang, ku harap mak cik ni faham apa yang aku bakal katakan.

"Mak cik, kami tahu yang mak cik dah kahwin. Cumanya, ni soalan yang mesti ditanya kepada pesakit dalam periksa nanti. Ada markah untuk soalan ni." (aku translate terus ke BM)

Dan Alhamdulillah, mak cik tu pun dapat tangkap mesej yang aku ingin sampaikan. Mak cik tu memberikan ucapan doa, membuatkan aku rasa sangat terharu, begitu juga dengan Ainul.

Tapi, ketika itu, aku tak tahu nak bagi ucapan doa apa yang sesuai untuk mak cik ni. Rasa macam tak adil pula, mak cik ni doakan kita, tapi kita tak doakan dia balik, meskipun mak cik ni tak terfikir untuk mengharapkan doa daripada kami.

Alhamdulillah, dalam kelas Arab yang lepas, Mudarrisah (cikgu) Asma' tanya kami, apa soalan yang selalu ditanya kepada pesakit. Dan rupanya di sebalik setiap soalan Personal data, ada ucapan doanya.

Soalan 1 :-

Ismek / Ismik eh ? (Siapa nama kamu?)

Setelah dia beritahu namanya, ucapkanlah semula..

a3shet al-esami (secara kasarnya, membawa maksud, cantiknya nama anda)

Soalan 2 :-

a3ndek / a3ndik kem sanah ? (Berapa umur anda?)

Macam soalan satu, selepas diberitahu umurnya, ucapkanlah semula..

Bagi yang sudah tua --> Rabbuna yeddik / yeddiki sehhah (moga Tuhan memberikanmu kesihatan)

Bagi yang muda --> Rabbuna yeddik / yeddiki tholah al-u3mr (moga Tuhan memberikanmu usia yang panjang)

Soalan 3 :-

Enta sakin / enti saknah fiin? (Anda tinggal di mana?)

Seperti tadi juga, ucapkanlah semula..

Ahsan nas (Sebaik-baik insan). Ucapan ni memang sentiasa di sebut apabila ditanya kamu dari mana. Contoh kalau cakap dari Camp Chezar pun, akan diucap Ahsan nas.

Soalan 4 :-

Enta metgawwez /enti metagawwezah? (Anda sudah berkahwin?)

Bagi yang sudah --> Rabbuna yusallemek (moga Tuhan memberikan kesejahteraan).

Bagi yang belum --> Rabbuna yusahhelek (moga Tuhan permudahkan - dalam urusan cari jodoh)

Soalan 5 :-

a3ndek / a3ndik aulad? (Ada anak?)

Sekiranya dia ada menyebut pasal anaknya yang dah meninggal --> Rabbuna yekhelli (moga Tuhan menjaga mereka untuk kamu)

Ada anak --> Rabbuna yubarek lek fiihim (moga Tuhan memberkati mereka)

Soalan 6 :-

Enta / enti fi mustashfa min emta ? (Sejak bila kamu berada di hospital)

Ada dua ucapan doa --> Rabbuna yeshfik / yeshfiki (moga Tuhan menyembuhkanmu)
--> Rabbuna yu addimek bissalamah (moga Tuhan dirikanmu dengan
kesihatan / kesejahteraan)

Untuk soalan berkenaan pekerjaan mereka, mungkin boleh berikan ucapan doa Rabbuna yubarek lek (moga Tuhan memberkatimu).

Kalau secara umumnya (untuk keseluruhannya), boleh juga kita ucapkan doa Alfun Salamah (secara kasarnya membawa maksud seribu kesejahteraan).

Kalau dahulu, kita belajar dengan cikgu sahaja, sekarang kita sudah ada pesakit. Keberkatan ilmu kita juga terletak pada cara kita melayan pesakit itu. Layanlah mereka sebaiknya dan berikanlah ucapan doa ni semasa anda bertemu dengan mereka, ambil history mereka, ataupun mungkin masa buat OSCE ke ataupun bila2 masa sahaja. InsyaALLAH, dengan ucapan2 doa ini, cukup membuatkan mereka seronok, kerana mereka memang kaya dengan ucapan2 doa dan juga mereka sangat menghargai sekiranya ada yang mendoakan mereka.

~Catatan buat si Ibu yang kehilangan anak ~

Cuti yang seronok (Alhamdulillah). Permulaan cuti dengan Seminar Ibadah Pesakit 2 (Perbidanan dan sakit puan) untuk dua hari berturut (sangat best..). Kemudian ziarah sahabat di Kaherah untuk dua hari satu malam. Hari Selasa pula Hari Raya Aidiladha. Pagi2 dah bergerak ke asrama untuk solat raya dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Ishak.

Lepas tu ada makan2. Dan untuk hari tu, banyak sangat jemputan openhouse sampaikan perut dah "se'eh" (betul ke eja?). Hari ni pun ada jemputan dan juga ada yang dijemput. Dan esok, hehe, jiran bawah pula buat makan2. Alhamdulillah, murah rezeki. Nak pula raya haji kali ni Baba bagi kami nasi dan juga daging kambing yang dah siap dimasak (kalau tahun lepas Baba bagi daging kambing mentah).

********
Dalam cuti ni, aku ambil kesempatan untuk merehatkan mindaku dengan membaca novel. Kali ni aku lepas bawa sebiji novel denganku. Novel ni sangat dekat denganku, sebab dia menceritakan tentang pengalaman seorang houseman. Bagi yang nak baca dan mungkin dah tahu pasal novel ni, tajuknya Denyut Kasih Medik tulisan Dr Farhan Hadi keluaran Telaga Biru.

Setakat yang aku baca, aku dapat membayangkan situasi2 yang bakal aku hadapi kelak (InsyaALLAH). Cabaran, jerih perih, dan karenah pesakit. Dan ada satu bahagian ni, di mana Dr Muslih (watak utama) dihantar posting ke unit Gynaecology. Pesakit dalam wad ni, kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang mengalami keguguran.

Di sini, aku ingin kongsikan sebahagian catatan seorang bakal ibu, yang kali kedua kehilangan permatanya yang disayangi ketika masih dalam kandungan.

"Alhamdulillah, aku mempunyai seorang suami yang amat memahami. Dialah yang banyak memberikan semangat dan harapan kepadaku. Dia menenangkanku dengan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t sangat sayang pada kita dengan memberikan ujian sedemikian rupa. Dia makin menghiburkan aku dengan menyebut satu hadis Nabi s.a.w ;

ALLAH s.w.t berfirman pada hari kiamat kepada anak2 : "Masuklah kalian ke dalam syurga!" Anak2 itu berkata : " Ya RABBI (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk. Lalu mereka mendekati pintu syurga! Tapi tidak masuk ke dalamnya.

ALLAH berfirman lagi : "Mengapa AKU lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!" Mereka menjawab : "Tetapi bagaimana orang tua kami?"

ALLAH berfirman : "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."

(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad daripada Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber daripada sahabat Nabi s.a.w)

Tika ini, pada saat kandunganku keguguran lagi, aku masih mampu tersenyum. Aku seakan-akan dapat mendengar bisikan anakku saban waktu.

Wahai ibu yang kucintai,

Terima kasih kerana bersusah payah cuba melahirkanku. Namun, ALLAH tidak memberikanmu peluang untuk mencurahkan kasih sayangmu untukku. Kau tangisi pemergianku saat aku baru sahaja kau lahirkan. Ketahuilah ibuku, kasih sayang-Nya jauh lebih luas. Anakmu ini sedang bahagia di sisi-Nya. Hapuskanlah air matamu dan ceriakanlah hidupmu.

Ketahuilah duhai ibuku,

Walaupun harapanmu musnah untuk memilikiku di dunia, namun kau akan beruntung di negeri akhirat sana. Tersenyumlah duhai ibuku. Anakmu ini sedang ternanti-nanti kehadiranmu dan juga ayah untuk bertemu di taman syurga.

Ya, aku yakin! Aku yakin bahawa ALLAH s.w.t akan mengalungkan aku dengan mahkota ketabahan di akhirat nanti jika aku terus memilih untuk bersabar dan redha. Di kala ini, aku sedang ternanti-nanti suatu saat. Saat di mana aku akan berkumpul semula bersama anak-anakku yang kurindu. Biarlah mereka pergi dahulu kerana mereka sedang menungguku dan suamiku di pintu syurga."

******
Catatan ni khas bagi yang pernah merasai kehilangan anak (mungkin ibu kita atau saudara mara kita), samada keguguran atau meninggal ketika masih lagi kecil.

Dan aku dedikasikan catatan ini buat Mak dan Abah yang tabah. Mak dan Abah pernah kehilangan Abang tak lama selepas dia dilahirkan. Pasti Mak dan Abah tahu perasaan kehilangan itu. Meskipun ALLAH kurniakan 5 orang permata selepas itu, tapi kehilangan Abang tetap terasa. Walaupun Tin sendiri tak pernah dan tiada kesempatan bertemu dengan Abang, jauh di sudut hati Tin pun adakalanya terasa kehilangannya.

Andai bisikan hati Tin sampai ke Abang, Tin mohon, dengan izin ALLAH, agar Abang tunggu dan tariklah Mak Abah ke syurga. Mereka berdua melaksanakan tanggungjawab sebagai Mak dan Abah dengan sebaiknya. Tin dan adik2 sayang kat Mak Abah. Dan pasti Abang pun begitu juga.

Ya ALLAH, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.

16.11.10

~L.O.V.E = C.I.N.T.A (Part 2) ~

Kalau sebelum ni dah ada Part 1, dalam entri kali ni aku akan sambung untuk Part 2 pula. Mungkin cakap secara random. Main pilih topik untuk dikongsi bersama.

*Kasih sayang anak buat ibu bapa*

Yang lepas, dah sebut daripada ibu bapa terhadap anak. Jadi, untuk yang ini, kita terbalikkan aje. Hehe. Lahir2, orang pertama yang kita lihat sebaik sahaja mata ni celik, ibu bapa kita. Suara pertama yang kita dengar (azan dan iqamah di telinga) ialah bapa kita. Titisan susu pertama yang kita minum pula datangnya daripada ibu kita.

Kebiasaannya kita selalu dengar ayat ini, "Nanti apabila dah besar, saya akan jaga dan balas jasa Mak dan Abah..". Mengapa perlu tunggu sampai ke besar? Sebenarnya dalam tidak sedar, kita boleh membalas jasa mereka. Tidak semestinya tunggu wang ringgit sebagainya. Untuk memudahkan keadaan mereka kelak, mungkin ye, tapi itu semua bukan alasan yang utama. Cara yang paling mudah, berdoalah.

Doakan kesejahteraan mereka. Doakan kesihatan mereka. Doakan agar mereka dikasihi dan berada di bawah rahmat-Nya. Sebab kita sayang mereka, kita nak mereka masuk syurga. InsyaALLAH, doa2 tu semua, akan sentiasa didengari-Nya.

Dan yang penting, ialah jaga diri, tingkah laku, akhlak dan peribadi kita. Jangan kerana kesilapan kita, menjadi penghalang buat mereka untuk masuk ke syurga. Mungkin kita tak sedar, mungkin pada kita itu adalah trend masa kini, dan mungkin juga, ibu bapa kita tidak pernah menegur. Namun, dengan menjaga peribadi diri, adalah salah satu cara untuk kita menyayangi mereka. Wallahu'alam.

Bahagiakanlah ibu bapa kita. Ceriakanlah hidup mereka. Ringankanlah bebanan perasaan mereka kerana tak pernah satu detik pun mereka akan berhenti memikirkan keadaan diri kita (bagi yang berjauhan). Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa. Mudahkanlah urusan mereka jua. Dan rasanya ada banyak lagi cara lain, yang pada aku, bergantung pada indivdu masing2, untuk ekspresikan kasih sayang terhadap ibu bapa masing2.

***********
Ingatkan nak buat dalam 2 atau 3 point untuk satu entri. Tapi rasa nanti akan jadi terlalu panjang pula. Tak pe, biar sikit2 dulu. Buat part yang awal2 ni, rasanya banyak berkisar pasal keluarga. Tapi dari aspek lain juga, akan disebut kemudian. Dan untuk part yang terakhir, nantikanlah suatu masa nanti InsyaALLAH.

p/s - Sekadar pendapat sendiri. Mungkin tidak semua sama situasinya. Tapi, apapun, itu sudah menjadi tanggungjawab semua sebagai anak dan juga sebagai hamba ALLAH kan?

11.11.10

~Its Ur Special Day Arah... ;) ~

Hari ni, bangun2, agak kelam kabut juga. Memandangkan hari ni kelas pukul 8, rushing gak la rasa tadi. Huhu. Dan yang paling teruk, aku tak sempat nak kirimkan SMS buat adikku, Arah. Hari ni hari istimewa dia. Dan sehingga kini, aku tidak kesempatan nak kirimkan satu SMS pun kepadanya, kerana baki kredit aku pun hanya cukup untuk aku buat panggilan di sini. Nak call, takut juga kalau Arah ada kelas, sebab aku faham, yang kelas dia cukup padat.

*******
To my dear sister,

Today is your very special day. Remember that most of the time when we were kids (at that time), we spend our time playing together, the three of us (including Arip). Remember that if you had that toy, I also want one too. If I want this kind of dress, you will ask Mak that you also will have the same as me. And we do have the same dress, but for sure different colour. Remember one day, there were two little sisters, walking in front of us together. We heard that someone called our names. We looked back, we found that nobody called us. Until this men (maybe the two little sister's father), called them in front of us. It was a coincidence that their share the same name as us.

Happy 18th Birthday dear Farah Adibah. May ALLAH always bless and be with you. Hope you will reach your ambition as an aviation engineer one day, and hope that all of your wishes wiil come true. Live your life full of happiness, and in HIS blessings too. Wish you have a strong mind and heart, in overcome your future life. And, Abah, Mak, me, Arip, Qila and Adik (maybe Wuji too..hehe), will always love you, as the way you are, yourself, now and forever.

Have a blast dear :D

p/s- it was the 1st time we experienced winter in UK by the time you were born ;)

May your dreams will come true ;)

7.11.10

~L.O.V.E = C.I.N.T.A (Part 1) ~

Kebiasaanku meng'update' blog makin lama makin pudar. Mungkin perkara lain lebih penting dan perlukan lebih perhatian, jadi aku tolak ke tepi dulu segala hal yang berkaitan dengan blog. Tapi terus terang, dalam hati, meronta-ronta untuk meng'update' blog. Macam2 yang ingin diceritakan. Macam2 yang ingin diluahkan. Tetapi, pendam sajalah dulu. InsyaAllah di lain masa boleh cerita.

LOVE = CINTA = SAYANG = KASIH = sama waktu dengannya. Ni kira tindakan berani mati untuk aku tulis perkara sebegini. Apabila dengar je perkataan ni, macam2 yang timbul di fikiran masing2. Bunga2, happy, indah, perasaan yang dibuai, semua yang best2 lah kiranya. Kalau dulu2, selalu dengar ayat "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah". Semuanya serba tak kena kerana apabila ada perasaan kasih sayang dan cinta, pasti akan disusuli dengan rindu.

Kenapa secara tiba2, kali ni aku ingin menulis tentang ini? Adakah kerana.....jeng3. Tak delah, sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku selalu sangat nampak, link kawan2 di facebook, artikel2 yang berkaitan dengan CINTA. Apabila baca, ada yang menginsafkan, menyentuh hati, dan tak kurang juga yang sweet, comel dan macam2 la. Tapi, apabila banyak sangat, aku terfikir, kenapa dalam banyak2 topik, topik ni paling digemari orang ramai.

Cinta, kasih sayang. Perasaan yang mempunyai seribu satu makna. Dari perasaan ni, kita tahu juga rasa rindu, benci, sedih, gembira, dan sebagainya. Dan di sebalik perasaan yang 'indah' ini, lahir juga tanggungjawab, prihatin, kesungguhan, ketabahan dan kekuatan. Cuba kita renungkan satu persatu aplikasi LOVE = CINTA = KASIH SAYANG dalam kehidupan kita :-

*Kasih sayang ibu bapa buat anaknya*

Gema tangisan si anak yang baru lahir ke dunia barunya, bisa membuatkan perasaan ibu bapa cair. Cair dengan penuh kasih sayang. Kerana sayang, ibu bapa, berusaha sebaik mungkin untuk sentiasa berikan yang terbaik buat anak mereka. Si bapa, gigih membanting tulang empat keratnya dalam mencari rezeki yang halal, pastikan anaknya selesa, mendapat pendidikan yang terbaik, sentiasa sihat dan sebagainya.

Si ibu pula, kalau boleh, sebatang gigi nyamuk pun (err, nyamuk ada gigi ke?) tak akan dibenarkan untuk menghinggap ke kulit mulus anak mereka. Apabila menyediakan hidangan pula, dipastikan hidangan tersebut berkhasiat dan sedap. Sebab, tak nak anak jatuh sakit. Pernah tak jatuh sakit dulu (err, semestinyalah pernahkan). Pernah tak tengok macam mana wajah ibu kita semasa kita sakit? Itu boleh jawab sendiri. Apabila anak jatuh sakit, risaunya tak terkata, apabila melihat anak lemah tidak berdaya. Biasanya ceria bermain, tiba2 senyap lesu. Mana tak terusik hati sang ibu dan juga sang bapa.

Sayangnya mereka pada anak, maka, lahirlah rasa tanggungjawab, kerana anak adalah amanah. Lahirlah kesungguhan, terutamanya dalam menyediakan kelengkapan seharian anak. Lahirlah ketabahan, sebab anak2 ni, macam2 ragamnya. Ada yang susah tidur (ni macam tau je siapa..hehe), ada yang memilih makan, ada yang terlebih 'adventurous' dan etc.

Jadi, kasih sayang ni, bukanlah sesuatu yang main2. Cuba bayangkan kalau perkara ni dibuat main2, macam mana agaknya dengan si anak ni?? Rasanya, boleh difikirkan sendiri akibatnya.

*******
Opppsssss. Esok ada TBL. Ni 1st time aku tulis entri, yang akan ada sambungannya. InsyaAllah di kesempatan waktu lain, aku akan ceritakan CINTA = KASIH SAYANG = etc dari aspek lain pula. Namun, ini semua, hanyalah pendapat kasarku, yang aku dapat melalui pemerhatianku, dan juga mungkin diselitkan dengan pengalamanku sendiri.