Pages

30.12.10

~Hypoglycaemia..~

P/S : Entri kali ni, entri yang paling panjang aku tulis. Dan ini lebih kepada pengalaman diriku sendiri. 


*******
Hari yang agak lapang hari ni. Cuma ada sesi ILA dan assignment. Tapi, minggu depan ada exam OSCE (Long Case). Terus terang, not well prepared lagi. Tapi, masih belum terlambat. Chaiyok2.


Hypoglycaemia, bukan ke ni tajuk assignment tadi??


Ni lah tajuk untuk assignment tadi, presented by Unit 1 @ Diabetic. Tajuk nampak simple, tapi, banyak gak implikasinya. Dan yang sebenarnya.....


*******
Pertengahan tahun 2005 (form 4).


"Mak, balik bermalam kali ni Tin balik umah Embah......"


"Ha, yelah. Nanti gitau Embah lanang (atuk) atau Paksu minta tolong amikkan nanti..."


Sebenarnya, sejak masuk form 3, kalau balik bermalam pendek, aku stay kat sekolah je. Dengan kawan2 yang tak balik dan masa tu lah nak conquer satu blok aspuri kan (termasuk DeMa aka dewan makan sekali). Tapi, cuti kali ni, aku teringin nak balik.


*******
Jumaat (Hari balik bermalam)


Beg dah siap bawa ke balai menanti. Embah cakap lepas solat Jumaat dia terus ambil. Embah lanang dulu tentera, jadi, punctuality tu sangat penting. Aku awal2 dah siap tunggu. Tak nak 'benda' lain pulak jadi.


Tiba nampak Abah dan Embah datang ambil. Abah??? Bila masa pulak Abah balik kampung? Dalam hati dah ada bunga2 excited. Seronoknya, Mak, Qila dan Adik pun mesti ikut sekali (Arip dan Arah lak masa tu kat asrama). 


Setelah masuk dalam kereta, Abah bagi tahu yang mereka semua dah ada kat kampung sejak semalam. Keadaan Embah wedak (nenek) tak menentu. Sekejap ok dan sekejap tak.


Sampai je umah Embah, semua menyambut kepulanganku. Cuma, Mak je ada kat bilik Embah wedak. Aku ke bilik Embah wedak. Salam dan peluk cium Mak dan Embah. Embah wedak nampak lemah. Mak kata, keadaan semalam lagi teruk berbanding hari ni, sebab semalam Embah tak sedarkan diri untuk beberapa lama jugalah.


*******
Sabtu, 3.00 pagi.


Aku terjaga dari tidur. Dengar suara Mak, Abah dan Embah lanang. Pastu dengar pulak suara Pak Ngah. Aku tengok adik2 ku dua orang, mujur diorang tidur lena. Aku keluar dari bilik, tiba dengar bunyi siren ambulans. Embah wedak tak sedarkan diri lagi. 


Mak dan Embah wedak naik ambulans. Aku lak ikut Pak Ngah. Cayalah Pak Ngah. Speed bawa Kancil entah berapa km/j. Yang pasti memang drift la (mujur tak de polis trafik). Abah dan Embah lanang stay kat umah, memandangkan ada dua orang budak kecil tengah tidur lagi. 


Sampai kat hospital, Embah wedak terus masuk Wad Kecemasan, dan tak lama lepas tu pindah masuk CCU. Masa ni, Mak balik dulu dengan Pak Ngah. Aku jaga Embah wedak. Mula2 duduk sebelah Embah, aku tengok, Embah tengah drip dengan botol label merah tulis 'GLUCOSE'. Mengantuk tetap rasa. Mata pejam celik sampailah ada nurse masuk. Dia nak ambil bacaan gula dalam darah Embah. Muka nurse berubah. Lepas tu dia keluar, masuk balik bawa botol label biru tulis 'INSULIN'. Tukar drip.


Tinggal aku dan Embah berdua semula. Aku dah nak tersengguk, tiba2 aku nampak Embah macam menggigil. Dahi Embah berpeluh. Aku pegang tangan Embah, sejuk, basah dan menggigil. Ni bukan sesuatu yang biasa terjadi. Aku pun keluar dari bilik CCU nak cari nurse. Jalan2 nampak nurse kat tepi..


"Nurse, nenek saya....."


Aku minta nurse ikutku ke bilik CCU. Nurse ambil lagi bacaan gula dalam darah Embah. Pastu, nurse tukar balik, botol 'INSULIN' tadi dengan botol 'GLUCOSE'. Dan lepas tu, nurse pun pesan...


"Adik, nanti kalau ada apa2 tekan butang ni ye. Nanti akan ada nurse datang..."


Haha. Baruku tahu ada butang sebegitu. Aku pun sambung jaga Embah. Nak terlelap lagi, nurse datang ambil bacaan gula dalam darah. Macam tadi, botol 'GLUCOSE' tukar semula kepada 'INSULIN'. Dan ini yang aku kena tengok, takut jadi macam tadi. Dan memang ye, tak lama lepas tu, benda yang sama jadi semula. Kali ni aku panggil nurse dengan tekan butang kat tepi katil tu. 


Untuk beberapa kali botol 'GLUCOSE' dan 'INSULIN' tukar2. Sampailah dekat nak Subuh barulah keadaan Embah mula stabil. Badan Embah dah boleh tolerate dengan 'INSULIN'. Aku pun lelapkan mata sekejap. Mengantuk gak rasa. Tapi, dalam nak terlelap, aku terfikir, apa kesan botol 'GLUCOSE' dengan 'INSULIN' tadi. Kenapa asyik kena tukar je dua botol ni. Kenapa keadaan Embah masih lagi tak sedarkan diri dari tadi. Aku cuma dapat lihat Embah menggigil je.


Dalam pukul 7 lebih pagi, aku baru nak terlelap .Tiba Embah lanang datang dengan Pak Ngah. Mak tak sampai lagi. Mungkin dalam pukul 8 lebih kot. Embah lanang suruh Pak Ngah bawa aku balik. Embah lanang akan jaga Embah wedak sementara Mak datang nanti. Aku ikut Pak Ngah, tapi sebelum tu, Pak Ngah bawa aku sarapan kat kedai tepi hospital.



********
Sabtu, 3.00 petang


Dah tidur semua kat rumah. Baru rasa segar sikit. Kerja sekolah? Memang aku tak tengok pun. Aku melayan adik2 ku. Tidur. Borak dengan Abah. Sampailah tiba giliran aku jaga Embah wedak.


Sampai kat hospital, Embah dah pindah masuk wad biasa. Masuk je wad dia, rasa seronok sangat. Embah dah sedar. Dia tersenyum ke arahku. Aku salam peluk cium semua macam biasa. Pastu macam2 benda yang kami borakkan. Embah tanya pasal kerja sekolah. Aku sekadar senyum je. Fahamlah Embah yang aku tak buat pun kerja sekolahku. Embah pesan...


"Atin nanti belajar rajin2. Jangan malas. Atin contoh untuk adik2 Atin. Nanti Atin belajar rajin2, jaga Mak dan Abah masa diorang dah tua. Jadi orang yang berguna......"


Macam2 lagi yang Embah pesan. Aku angguk dan berjanji dalam hati. Embah kelihatan sangat penat. Aku jaga Embah sampailah Mak datang dengan Pak Long sekeluarga. Lepas tu, aku ikut Pak Long sekeluarga makan, sementara Mak sambung balik jaga Embah.


********
Ahad


Aku dah kena balik asrama. Dengan berbaju batik, aku melawat Embah wedak. Dan siapa sangka, itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya dalam keadaan sihat walafiat.


Embah tersenyum tengok aku pakai baju batik. Setelah salam, aku peluk dan cium Embah. Dan pelukan itu, yang paling lama dan paling erat aku rasakan dalam hidupku.


*******
Hujung bulan September 2005


Penat. Masa kokurikulum tadi, aku rasa rindu lak kat Mak. Aku pun telefon rumah. Tapi pelik. Mak tak angkat. Aku telefon handset Abah. Rupanya semua ada kat kampung. Keadaan Embah wedak tenat. Aku menangis di telefon. Mak mintaku bertenang. Aku cakap kat Mak, aku akan usahakan untuk balik bermalam (walaupun dah tahu yang mungkin takkan dapat).


Aku balik ke dorm. Aku menangis semahu-mahunya. Aku teringat kali terakhir aku peluk Embah. Dalam fikiranku, tak mungkin... Tapi siapa aku yang boleh menolak takdir. Puas juga  kawan sedorm ku memujukku. Kakak2 dorm pun tolong pujuk sekali. Terima kasih Ayuni, Dina, dan Naa sebab tolong tenangkan keadaanku.


Aku jumpa Bonda (HEM) untuk meminta kebenaran balik bermalam. Tapi, Bonda kata, dia hanya boleh bagiku kebenaran outing lepas sekolah hari Jumaat sampai pukul 5 petang. Aku pun terima jelah walaupun hati berat nak balik bermalam juga.


********
Jumaat, 30 September 2005.


Pada mulanya, aku dapat kebenaran sampai pukul 5. Tapi bila terserempak dengan Bonda, aku dapat anjak sampai pukul 6. Alhamdulillah.


Sampai HTAA. Mak terus bawaku dulu naik ke wad Embah. Disebabkan lif sesak, aku nyaris tersepit kat pintu lif. Huhu. Cuak gak.


Sampai je kat wad Embah, aku seperti tak kenal, itulah dia nenekku. Betapa lainnya Embah. Makin cengkung. Makin kurus. Bercakap pun tak faham sebutir apa pun. Bernafas pakai mask. Kat buah pinggangnya disambung mesin haemodialysis. Segala jenis wayar berselirat pada badan dan tangannya. Betapa seksanya aku tengok keadaan Embah masa tu. Air mata dah bertakung.


Aku lari ke tandas sambil tarik Syifa, sepupuku ikut sekali. Aku menangis lagi. Keluar dari tandas, aku tak masuk terus wad. Aku tunggu sampai aku rasa betul2 bersedia.


Masuk semula, aku tahu Embah pelik tengok aku larikan diri macam tu tadi. Aku cuba tersenyum. Embah pegang tanganku. Dia cuba nak cakap atau tanya sesuatu, aku dekatkan telingaku. Tapi aku tak faham. Tapi aku nampak isyarat tangan Embah tunjuk ke arah Adik. Aku rasa macam aku dapat tangkap sesuatu....


"Oh, Arip dan Arah tak dapat balik. Diorang kat asrama. Sekolah lagi. Diorang kirim salam kat Embah. Embah kenalah kuat, nanti Embah boleh jumpa diorang..."


Muka Embah nampak lega. Betullah tekaanku. Embah tanyakan pasal Arip dan Arah. Memang dua orang adikku ni antara yang paling lama tak jumpa Embah.


Dah dekat pukul 5.30. Aku dah kena bergerak balik semula ke sekolah. Aku salam Embah, cium tangannya, cium pipinya, cium dahinya. Aku genggam tangan Embah erat. Aku tak nak berpisah dengannya.


Dalam kereta, aku menangis lagi. Mak dan Abah senyap je. Qila dan Adik pun senyap. Dalam hati, aku akui, daripada Embah terseksa sebegitu sekali, aku lebih rela kalau Embah pergi dengan aman. Aku tak nak Embah sakit sebegitu gaya sekali. Aku tak nak Embah berselirat dengan wayar tube semua. Tapi, itu semua, kuasa ALLAH.


**********
Sabtu, 1 Oktober 2005, Lepas Maghrib (tarikh yang aku takkan lupa)


Ceramah lepas Maghrib setiap hari Sabtu. Tetap diadakan macam biasa. Aku hanya duduk dan mendengar. Perasaan rasa sedikit lain. Aku tidak dapat tumpu dengan apa yang Ustaz sampaikan. Hinggalah ada suara junior panggil......


"Kak Fatin. Ada orang panggil."


Aku pusing belakang. Aku nampak kawan2 ku tunjuk ke arah luar surau.


"Fatin, ayah awak kot kat luar.."


Abah??? Adakah.....


"Tin, Embah dah tak de. Embah pulang petang tadi sebelum Maghrib. Gi ambil barang, minta kebenaran balik."


Tenang Abah tuturkan satu persatu kata2 nya. Embah......


Masa tu, aku rasa macam....Entah, aku pun tak reti nak gambarkan, apa yang aku rasa. Aku terus balik ke dorm, ambil semua yang patut. Aku minta kebenaran daripada warden asrama. Kad balik bermalam ada kat kelas, jadi aku hanya gunakan kertas kosong sahaja. Sampai kat kereta, surat kebenaran tercicir (padahal sebenarnya, ada dalam kereta, tersorok bawah beg). Aku masuk semula ke asrama, minta semula kebenaran. 


Sampai kat rumah Embah, jenazah Embah wedak tak sampai lagi. Bergema surah Yaasin yang dibacakan ketika itu. Aku ambil semula wudhu', solat Isya' dulu, kemudian baru ikut sekali saudara maraku yang lain baca Yaasin.


Dalam dekat pukul 10, baru jenazah Embah sampai. Aku meneruskan bacaanku macam biasa.  Kemudian, Mak mintaku baca al-Quran, mula dari surah al-Baqarah. Dalam keadaan teresak, aku mulakan bacaan al-Quranku. Kemudian, Tok Cik Amir (adik Embah), mintaku bertadarus dengannya. Dan kami bergilir membaca, sampailah pukul berapa, tapi yang pasti, dah lewat malam.


Mak menyuruhku tidur. Tapi, aku rasa macam tak boleh tidur. Mak pujuk juga sebab esoknya macam2 benda nak kena buat. Aku pun bergerak. Aku pandang wajah Embah, rindunya. 


"Biasanya, Atin akan tidur sebelah Embah. Tapi lepas ni, Atin dah tak de lagi peluang untuk tidur sebelah Embah lagi...."


Dan akhirnya, aku tertidur. 


Esoknya, Embah selamat dikebumikan. Satu kawasan dengan kubur Abang, Nyang (moyang), Pak Andak (adik Mak), dan saudara maraku yang lain.


*******
Hypoglycaemia.


Anti-diabetic drugs, one of its long term side effects, is hypoglycaemia. (Embah memang bergantung pada ubat2 ni dari aku sekolah rendah lagi)...


Tingling of the hands, palpitatation, sweating, fainting......some of the signs and symptoms for hypoglycaemia (apa yang berlaku pada Embah, aku takkan lupa sampai bila2)...


People with long-standing severe diabetes are particularly prone to severe hypoglycemia.


********
Khamis, 30 Disember 2010


Kalau 5 tahun dulu, aku tertanya kenapa Embah asyik kena tukar 'GLUCOSE' dan 'INSULIN', kini aku dah tahu sebabnya.


Kalau dulu, aku tertanya, kenapa kaki Embah yang sebelah tu kena potong, kini, aku dah dapat jawapannya.


Kalau dulu aku asyik main picit2 pada kakinya yang bengkak (soft pitting oedema), kini, aku dah tahu apa puncanya.


Kalau dulu, aku rasa, penyakit kencing manis (diabetes) penyakit yang biasa orang kena (sebab biasa dengar), baru kini aku tahu yang penyakit ini sangat kronik, memberi kesan dalam jangka masa yang sangat lama.


Oleh sebab aku dah tahu, jadi kini, aku perlu berperanan untuk mencegah, dan mengawal. Aku tak mahu perkara sebegini berulang lagi. Aku tak sanggup berhadapan dengan situasi ni lagi, terutamanya pada insan yang amat aku sayang. 


*******
Rindu...


Aku rindu pada senyum manisnya.


Aku rindu pada kata2 semangatnya


Aku rindu cara dia mengambil hatiku.


Aku rindu untuk tidur di sebelahnya.


Aku rindu untuk mendengar kisah2 nya.


Aku rindu pada kekuatan semangatnya, dalam meneruskan hidup. Kekentalannya hadapi penyakit ini. Ketabahannya berhadapan dengan situasi ni. 


********


"Ya ALLAH, ku mohon, agar KAU memberi keberkatan pada roh nenekku, dan KAU tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang soleh, beriman dan yang KAU redhai....Amiin.."


*******
p/s - Maaf, tak translate ayat BI tu ke BM. Rasa macam pelik untuk mem 'BM' kan medical terms. Tapi try juga untuk belajar translate nanti.

25.12.10

~Entri express...~

Walaupun dari tadi asyik bunyi cakap nak tidur je, tapi terasa dalam hati ingin meluahkan sesuatu. Cuma kelainan untuk kali ni, aku ingin dedikasikan lirik sebuah lagu khas kepada......


Semua sahabat2 yang sentiasa berada di sekelilingku. 


Buat sahabat2 dan kawan2 sekolah rendah (Sek Keb dan Sek Ren Agama Seksyen 19, Shah Alam). 


Buat sahabat2 SEMSAS, yang sentiasa di sisi, di kala susah senang. Di kala suka dan duka. Semasa belajar bersama-sama. Semasa gotong royong bersama. Semasa bermain bersama. Semasa makan sama2. Semasa semua2 bersama lah. Serius sangat rindu suasana tu semua. Kenangan lima tahun bersama tu, sangat2 bermakna walaupun macam2 jenis ragam keletah.


Buat sahabat2 LORD SAPPHIRE. Terima kasih kerana sentiasa di sisi, memberikan sokongan. Terutama sekali sahabat2 yang terapat, ahli baitku sayang dan juga ahli group. Tapi tak bermakna ahli batch yang lain tak rapat. Semua ada di sisi di kala aku inginkan pertolongan dan sokongan. Semua ada di sisi yang sentiasa mengingatkan dan menasihatiku di kala aku lalai dan leka. Meskipun semua berasal dari latar belakang yang berbeza, tapi kita semua berada di sini untuk merealisasikan cita2 yang sama.


Sahabat semua, 


Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang baik. Maafkan aku sekiranya tutur kata dan tingkah lakuku mengguris perasaan kalian semua. Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat membantu kalian di kala kalian kesusahan. Maafkan aku sekiranya aku tidak dapat menunaikan hak2 kalian sebagai sahabatku.


Ku bersyukur kerana ALLAH telah pertemukan aku dengan sahabat2 semua. Sahabat2 yang di mana, dapat membantu diriku menampung dan memperbaiki kelemahanku. Sahabat2 yang tidak pernah lokek membantu. Sahabat2 yang mampu bertahan dengan ragam dan emosiku. 


Kata2 dan tulisan ini sebenarnya, masih tidak mampu untuk mengungkapkan betapa aku menghargai sahabat semua. Tapi seperti yang aku sudah tuliskan di atas tadi, ingin aku dedikasikan sebuah lirik lagu. Walaupun dah biasa dengar, tapi, setiap bait kata2 dalam lagu ni, sedikit sebanyak, menggambarkan perasaan dan luahan rasa.


Terima kasih, sahabatku semua ;)



Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

UNIC : Sahabat Sejati

24.12.10

~Tahniah Acik.. ;) ~

"Salam. Alhamdulillah. Qila dpt 9A.."

Mesej ringkas yang aku dapat daripada Arip pagi semalam, membuatku tersenyum gembira. Alhamdulillah, dalam cuak2 Qila nak ambil PMR dulu, akhirnya membuahkan hasil.

(Apa agaknya yang Acik, Mak, Abah cakap dalam gambar tu? Reaksi muka semua beza sampaikan tak dapat nak agak apa yang jadi. Hehe.)

To dear Acik Qila (hehe, gabung terus).

Setinggi-tinggi tahniah Aca ucapkan. Aca tahu yang Acik boleh buat, cuma Acik kena yakin pada diri Acik sendiri.

Kejayaan Acik dalam PMR merupakan langkah pertama Acik masuk fasa kedua pula. Belajar masa zaman lower form tak macam upper form. Tapi, pada Aca dulu, Aca lagi suka belajar masa upper form. Sangat mencabar dan best la. Hehe. Aca percaya yang Acik boleh buat yang lagi baik daripada kami semua.

Selamat melangkah ke alam upper form. Moga setiap langkah Acik diiringi dengan keberkatan dari-Nya dalam usaha Acik menuntut ilmu. ;)

p/s - Nape bukan Acik yang mesej Aca semalam??? Hehe ;p

13.12.10

~Terima kasih Mak cik :) ~

SEJUK!!!! Mungkin dengan rasminya, dah masuk musim sejuk. Sejuk sangat sampaikan kena pakai sarung tangan nih. Huhu.

*****
Dulu masa posting Unit Head and Neck, Surgery, round yang sepatutnya habis pukul 4, biasanya habis 3.15 hingga 3.30 ke, jarang la balik pukul 4. Jadi, boleh balik rumah awal. Hehe.

Tapi sejak masuk posting baru, Unit Endocrinology, Internal Medicine, jarang2 dapat balik awal. Habis pun biasanya dalam pukul 3.45 hingga 4. Nak pulak sekarang siang makin pendek, tak sampai pukul 5 dah masuk Maghrib. Jadi, nak elak balik dalam keadaan tergesa-gesa, aku solat dulu kat masjid kuliah.

Sampai2, ada seorang mak cik ni. Duduk sambil tengok gelagat kami beberapa orang student Malaysia yang baru habis kelas masa tu. Tiba mak cik tu panggil tanya2 soalan. Mulanya dia tanya aku belajar apa sekarang. Lepas tu ada berapa tahun lagi kat sini dan semua2 benda sampailah dia tanya, adakah kami semua muslimin?

Soalan yang selalu ditanya walaupun pada zahirnya mereka dah tahu kami semua beragama Islam. Kemudian mak cik ni pun cakap, yang kita semua muslimin adalah satu. Kita semua ada satu Tuhan. Kita semua solat 5 waktu. Kita semua membaca al-Quran. Lepas tu mak cik ni pesan,

"Setiap kali kamu sujud, kamu berdoa, kamu doakanlah semua kaum muslimin. Doakan semua muslimin dari Nabi Adam sampai sekarang. Doakan ibu bapa kamu, adik beradik kamu, ahli keluarga kamu. Doa setiap kali sujud dan juga lepas solat. Doakan semua muslimin, sentiasa berpandukan dengan agama Islam, di dunia dan juga di akhirat."

Ada hikmah aku jumpa mak cik ni. Dapat juga sedikit peringatan, untuk diriku sendiri dan juga aku kongsikan kepada semua yang baca ni. Doakan semua muslimin, kerana semua muslimin adalah SATU. Terima kasih mak cik, dan ALHAMDULILLAH.

********
Ribut, hujan lebat, hujan batu, dan angin kuat, melanda Alex untuk 2 hari (Sabtu dan Ahad) baru2 ni, memang yang paling buruk dalam 4 kali aku merasa musim sejuk kat sini. Bermula dengan angin kuat Jumaat malam Sabtu hari tu, berterusan dengan hujan lebat, hujan batu, angin kuat, dan ribut. Jalan pun rasa cam nak melayang je. Dengan meredah hujannya, melawan anginnya, dalam hati hanya mampu berdoa agar terus sihat dan tak jatuh sakit je.

Cuaca buruk ni, macam2 gak benda berlaku. Pokok tumbang, jalan banjir, papan tanda pun tumbang gak. Ada bangunan yang runtuh, bumbung tercabut dan macam2 lagilah.

Alhamdulillah, hari ni dah mula reda sikit, cumanya, sejuk sangat2. Mungkin memang dah masuk musim sejuknya. Terasa macam lambat sedikit banding sebelum ni.

Macam manapun, tetap ke kelas macam biasa. Tetap ke hospital macam biasa. Tetap juga buat aktiviti2 semua macam biasa. Walaupun ribut teruk. Walaupun kena redah hujan lebat. Walaupun payung terbengkok sebab angin kuat. Walaupun terbasah lencun sampai kelas. Tapi semuanya bergerak macam biasa. Semalam jalan kaki je lepas hantar fotostat dari Gamaah ke Camp Chezar, sebab nak tunggu trump macam lama. Sampai rumah, rasa macam 'hilang' hidung dengan jari.

Rupanya cuaca ribut ni masuk berita kat Malaysia. Pagi tadi dapat mesej Mak. Ada nada risau. Tapi Alhamdulillah, kami semua di sini baik2.

*******
Banyak dan panjang pula ceritanya. Ada banyak lagi nak tulis kat sini, tapi kena stop dulu. Posting Internal Medicine setakat ni, boleh tahanlah. Tapi tak selepak Surgery.

ILA menanti. Kena ulang balik baca Biochem yang dah lama tinggal. :)

4.12.10

~Selendang Mak..~

Apabila bayangan wajah keluarga sentiasa bertandang di minda.....

********
Cuti akhir tahun 3 (masa bulan puasa, dah dekat nak raya).

"Tin, amik bakul tudung2 kat bilik belakang.."

"Ok.."

"Pastu amik plastik yang ada baju raya sekali..."

"Ohh. Kat mana?"

"De kat bilik belakang gak.."

Aku ke bilik belakang, ambil semua yang Mak minta. Dah letak semua ni kat lantai ruang tamu..

"Cuba Tin tengok tudung2 semua. Yang tak elok letak tepi. Pastu kalau ada yang elok lagi, padankan dengan baju raya tu. Tahun ni kita cari tudung untuk baju yang tak padan dengan tudung2 kat sini."

Maka bermulalah eksplorasi tudung2. Mula2 tengok dulu yang elok atau tak. Mana taknya, dalam bakul tu, tudung yang aku dan adik2 pakai masa sekolah rendah dulu ada lagi. Setelah diasingkan, satu2 baju dipadankan dengan tudung2 yang ada. Rezeki Mak, mempunyai 4 orang anak perempuan, yang semuanya nak tudung padan dengan baju (termasuklah Adik). Puas jugalah nak cari. Kami 4 beradik perempuan, semuanya berbeza gaya dan cara pemakaian tudung. Maka, bermacam jenislah warna dan corak tudung yang ada.

Setelah siap diasing, baju yang ada tudungnya diletakkan setempat. Manakala baju yang tak ada tudung lagi masuk balik dalam plastik.

"Tak adalah kita nak cari tudung banyak sangat. Karang nanti banyak sangat tudung yang lebih kurang je warna."

Betul juga kata Mak. Selagi elok lagi, boleh dipakai, pakai sajelah. Tak semestinya kena beli yang baru. Kalau tak membazir je.

Satu2 tudung yang dah dikeluarkan dari bakul dilipat dan disimpan semula. Yang tak elok diletakkan asing. Yang nak dipakai diletakkan sekali dengan baju raya untuk dibasuh. Tengah nak simpan semua tudung2 ni..

"Mak, ni selendang siapa?"

"Oh, ada orang bagi. Tapi Mak tak sesuai la nak guna."

"Tapi ni tak semestinya pakai lilit ni. Kalau pakai untuk sejuk2 ni sesuai. Kain dia tebal. Letak dan balut kat bahu je."

"Malaysia ni mana la sejuk."

"Hehe."

"Tin nak ke?"

"Eh, tak pe ke Mak?"

"Amiklah Tin. Kalau simpan pun tak ada siapa nak guna."

*********
Sekarang ni kalau duduk rumah memang sejuk. Dah mula perubahan musim. Kalau kat luar, tengahari kebiasaannya panas. Tapi kalau dari pagi sampai petang duduk rumah, memang sejuk. Cumanya aku masih lagi boleh tahan sejuknya. Dan aku tak suka guna heater. Mudah rasa terhidrat.

Semalam, masa study untuk exam pagi tadi, sejuk sangat. Tapi, nak balut dengan lihaf, rasa macam tebal sangat. Nanti dari nak study, jadi stydo lak. Hehe. Terpandang birai katil. Ada...selendang Mak. Aku pun balut badanku dengan selendang Mak. Hangat dan selesa. Rasa macam....pelukan Mak yang hangat dan selesa. Dan Alhamdulillah, aku sambung semula study ku tanpa rasa sejuk menggigil.

Selendang Mak yang ku pakai sekarang, terasa seperti ku dipeluk oleh Mak, dan juga oleh ahli keluargaku yang lain. Hangat, selesa, tenang, aman, dan selamat. Seronoknya berada bersama mereka.

Alhamdulillah, Abah dan Mak dah selamat sampai rumah. Berkumpul bersama dengan yang adik2 semua. Sangat jeles sebab tak ada sekali dengan mereka semua. Tadi telefon kejap, kecohnya suasana. Rindu. Sangat2 rindu.

Mungkinkah aku berubah fikiran dan rancangan? Terdetik juga dalam hati untuk berubah fikiran dan rancangan ni. Dan makin lama, terasa makin kuat dan kukuh pula. Tak apa, mungkin ambil masa untuk berfikir dahulu. Tapi rasanya nak minta izin kat Abah dan Mak juga esok (InsyaAllah nak telefon lagi).

Ada lagi dua exam akan datang. Dan, bakal posting ke Internal Medicine untuk dalam sebulan lebih. Teruskan berusaha dan berusaha dan berusaha dan akhirnya sandarkan semua usaha itu pada-Nya. InsyaAllah. Bismillahi tawakkaltu a3l ALLAH. :)