Pages

26.1.11

~Dialysis 'hati'..~

Oh, dialysis bukan untuk buah pinggang ke??? 

Ha, itu nanti saya cerita ye..... :)

**********
"Do you want to study cases, or want to go to haemodialysis unit?"

Soalan Dr Muhammad, membuatkan mata semua orang bulat (segar), hehe. Kemas2 barang dalam wad, terus kami semua ikut Dr Muhammad ke wad Haemodialysis. Tak sahlah kalau belajar dalam unit Nephrology, tapi tak dibawa ke sana.

Sampai je, nampak beberapa katil dihuni oleh pesakit2 yang memerlukan haemodialysis. Ada yang tidur, ada yang membaca surat khabar, ada yang termenung. 

Dalam wad ni, ada beberapa compartment seperti Positive Hep B, Positive Hep C, Virus Negative dan compartment2 lain. Kami dibawa ke compartment Positive Hep B. Kebetulan ada pak cik ni, dia tengah baca surat khabar. Apabila Dr Muhammad tanya keadaan dia semua, pak cik tu menjawab dan membenarkan beliau untuk mengajar kami dan memperkenalkan kami dengan mesin haemodialysis dan fungsinya.

Pesakit2 ni semua kebanyakannya mengalami masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi secara normal. Fungsi utama iaitu menapis darah dan membuang semua toksik dan bahan buangan melalui air kencing telah hilang akibat penyakit pada buah pinggang. Dan akhirnya, memerlukan bantuan mesin haemodialysis untuk membantu 'mencuci darah' mereka daripada berkumpul bahan2 buangan ini dalam badan.

Kebiasaannya, pesakit memerlukan dua atau tiga kali sesi dalam seminggu untuk 4 jam setiap satu sesi ni. Dan salur2 darah akan disambung pada wayar yang bertindak sebagai pembuluh darah. Kemudian darah2 akan dibawa melalui beberapa proses sehinggalah ke penapis yang bertindak seperti buah pinggang. 

Apa yang menarik hati saya, penapis pada mesin haemodialysis, dalam masa tak sampai 4 jam, sudah bertukar warna, dari warna putih bersih, kepada warna merah jambu atau merah. Terbayang, bagaimana ye rupa buah pinggang saya? Bertukar warna ke? Masih mampu berfungsi dengan baik atau tidak? Maha Suci ALLAH, sedangkan penapis ciptaan manusia, mampu bertahan untuk 4 jam, 'penapis' yang dicipta-NYA, mampu bertahan sepanjang hayat kita, selagi mana kita mampu menjaga 'penapis' itu dengan baik.

********
Apa pula kaitan dengan hati? Hati pun kena dialysis ke?

Oh, hati sebenarnya, tiada mesin dialysis yang khas, tak macam buah pinggang. Tapi, dialysis hati ni, special sikit.

Special macam mana ye?

Specialnya, dengan mengingati ALLAH (Zikrullah), membaca al-Quran, menunaikan ibadah dan kewajipan kepada-NYA, semua itu akan membuatkan hati kita tenang.

Bila ye kita kena buat dialysis hati ni? Bila hati kita dah rosak macam buah pinggang tu ke?

Oh, tu takut masuk late stage je. Sebaiknya, kita kena dialysis hati kita, sepanjang masa, setiap waktu. Jangan tunggu sampai hati rosak macam buah pinggang, sebab bila makin banyak rosak, maka makin banyaklah masa yang perlu diambil untuk merawat seketul darah yang bernama hati.

Kenapa kena buat sepanjang masa, setiap waktu dialysis hati ni, tak macam buah pinggang, ada sesi2?

Sebab, kita manusia, ataupun lebih tepat lagi, kita adalah insan (yang mudah lupa). Kita bukan malaikat yang suci daripada dosa. Kita bukan Rasul yang maksum. Tapi kita hanyalah manusia biasa. Manusia yang selalu lupa, yang mudah lalai, jika kurang beri makanan yang cukup kepada hati (iman). Itulah sebabnya dialysis hati, kena buat sentiasa. Kerana adakalanya, kita terbuat silap dan dosa tanpa kita sedar. Mungkin terdetik mengeluh mengutuk dalam hati, yang mungkin meninggalkan noda hitam dalam hati. 

Kalau lupa nak buat dialysis hati, dikhuatiri noda2 hitam tu akan berkumpul, dan akhirnya menjadi satu tompok yang besar. Na'uzubillah.....

Wallahu'alam.......

Ohhhhh, tak kira tua muda la ni??

Tak kira umur, jantina, mahupun latar belakang. :)

********
Mesin haemodialysis yang sedang berfungsi. Nampakkan warna penapis tu? Masa ni pak cik ni ada lagi 2 jam lebih untuk habis sesi haemodialysisnya.
Kalau tak silap, ni compartment untuk Positive Hep C.
Tong air yang untuk mesin haemodialysis. Air yang digunakan adalah air yang dah ditapis daripada garam dan mineral lain (memang air sahaja).
Tong2 untuk mengawal air, gas semua.

********
Inilah sebabnya kita kena sentiasa dialysis hati...

JADI..........
:)

20.1.11

~Nyawa....~


Sedang datangnya nyawa baru turun mengenali apa itu kehidupan di muka bumi ini, akan ada nyawa yang kembali semula, mengakhiri segala apa yang dilalui dalam kehidupannya di muka bumi ini, untuk kekal melalui kehidupan barunya di sana.......

*******
15 Januari 2011, 4.30 petang waktu Mesir

Salam. Syifa dah bersalin petang tadi. Anak perempuan.

Mesej ringkas yang aku terima daripada adikku Arah petang itu, membuatkan aku sangat gembira. Alhamdulillah, sepupuku selamat melahirkan anaknya yang sulung, kebetulan jatuh sama dengan tarikh lahirku mengikut kalendar Hijriyah. 

Aku tumpang gembira atas berita ini. Sepupuku, yang juga teman sepermainan masa kecil, kini dah selamat bergelar seorang ibu buat sang puteri yang sungguh comel. Tahniah Syifa dan suami. Ternyata dengan kehadiran 'si cilik' ini pasti menggembirakan dan mencuit hati semua orang di sekelilingnya, terutama sekali buat kedua-dua ibu bapanya. 

Selamat datang ke dunia barumu, Nur Hanna Damia. Sungguh, Acik kat sini tak sabar nak jumpa dengan anak saudara yang seorang ni. Moga lahirnya dirimu, menjadi permata yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu.

*******
17 Januari 2011, 11.10 pagi waktu Mesir

Lecture yang panjang hari ni. Acute and chronic hepatitis. Perut dah lapar. Pagi tadi cuma sempat bersarapan sedikit je. Aku dan sahabat2 yang lain semua dah siap, kemas2 barang. Dalam kepala masing2 dah ada agenda. 

Selepas pengumuman daripada SR lelaki, sahabatku Sarah Suraya pula turun untuk menyampaikan pengumuman.

"Minta sahabat2 semua sedekahkan surah al-Fatihah buat saudari Nurul Iman, Tahun 3, yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi akibat carbon monoxide poisoning."

Ketika itu, satu dewan kuliah tersenyap. Masing2 menadah tangan membacakan surah al-Fatihah buat arwah. Aku pula, tertanya sendiri, aku tersalah dengar ke?? Pada mulanya, aku ingatkan, ada ahli keluarganya yang meninggal. Tapi apabila sahabat2 yang lain bertanya, yang mana satu ye Iman, aku kembali semula ke alam nyata. Aku tak tersalah dengar, lantas aku pun membacakan surah al-Fatihah buat arwah (terlambat sikit responku). 

Tergamam, terkejut, sedih, semuanya  bercampur aduk dalam benak perasaanku. Terasa sedikit kelainan pada hari yang dilalui ini. Mungkin alam di sekelilingku juga hiba atas pemergian insan yang sangat dikasihi-NYA. Aku mengirimkan mesej buat Abah dan Mak, sekadar menyampaikan berita ini. Padaku, mereka perlu tahu, meskipun berita ini akan membuatkan mereka sedikit risau nanti.

Masa mula mendengar berita ini, aku sendiri tertanya, yang mana satu Iman. Aku sendiri sangat lupa rupa parasnya ketika itu. Kadang2 apabila terkejut, apa2 pun boleh jadi tak ingat. Sehinggalah masa balik, ketika dalam teksi bersama Sarah Sufian, aku terbayang wajah seseorang. Senyumannya, dan ketika itu, hatiku berbisik, "Ya ALLAH, Iman..." Bagaimana aku boleh tak ingat, sedangkan aku pernah menjadi musyrifah (lebih kurang kakak angkatuntuk arasnya ketika arwah tinggal di asrama masa tahun 1 dulu. Walaupun aku jadi musyrifah dalam tempoh masa yang agak pendek, sepanjang mengenalinya, arwah memang seorang yang pendiam, tapi sangat ramah dengan senyuman.

Alhamdulillah, kelmarin, arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Hayyu 'Ashir, Kaherah. Sehingga kini, bayangan wajahnya bertandang di mindaku, meskipun aku tidak rapat dengannya, tapi pemergiannya, sangat dirasai.

Berita mengenai insiden yang menimpa arwah Nurul Iman, dan perjalanan pengebumiannya boleh di baca di sini dan sini.

Berakhir sudah sebuah episod kehidupan buat insan yang bernama Nurul Iman binti Ab Alim. Moga tenang dan aman jasadmu bersemadi di sana dan moga ALLAH menempatkanmu dalam kalangan hamba-NYA yang beriman, soleh dan solehah...

Coretan daripada sahabat beliau klik sini.


Dan juga kronologi insiden tersebut klik sini.

********
Insiden ini, bagaikan mengejutkanku dari lena yang panjang. Menyedarkanku, selama ini, usiaku selama 21 tahun lebih ini, aku habiskan untuk apa sebenarnya. Apa yang aku dah lakukan dalam tempoh ini. Apa yang aku dah sumbangkan untuk agamaku dalam masa ini. 

Insiden ini, menyedarkanku, bila2 masa sahaja, nyawa seseorang itu ditarik semula. Sebab, diri ini, adalah hak milik ALLAH. DIA yang meminjamkan roh ini pada jasad di bumi, dan DIA yang berhak mengambil semula roh ini sekali dengan jasadnya. 

Apabila terdengar tentang insiden ini, terfikir semula, perkara ni, boleh dielakkan, sekiranya  kita cukup berhati-hati untuk mengelakkan ini semua daripada berlaku. Tapi, siapa kita untuk mempertikaikan takdir-NYA. Telah tertulis di Luh Mahfuz, sekian2 semua tentang diri dan juga perjalanan hidup kita. Dan salah satunya, waktu kematian.

Apabila tiba masanya, apapun yang terjadi, itu semua hanyalah asbab untuk suatu kematian. Namun, jika diselami lebih dalam, kematian itu, telah ditetapkan dan TIDAK akan berubah atau ditunda. Itulah sebabnya, kematian itu, adalah sesuatu yang sangat hampir dengan kita. Boleh jadi, bila2 masa sahaja kematian itu datang. Sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, sedekad atau bila2 masa dari sekarang. Wallahu'alam. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI. 

Apa yang lebih penting untuk kita usahakan kini, ialah khatimah (pengakhiran) kita. Bagaimana agaknya? Adakah husnul khatimah, au su' ul khatimah (pengakhiran yang baik, atau pengakhiran yang buruk). Adakah ketika itu kita sempat bertaubat atas segala dosa kita, ataupun kita pergi ketika kita masih dalam kelalaian. Wallahu'alam. Kekadang apabila terfikir sendirian akan hal ni, ternyata, masih banyak lagi yang tidak cukup.


*********
Teringat kata2 ustazah masa sekolah dulu...

"Beruntung mereka yang mati sebelum datangnya dugaan hari kiamat.."

Kami semua berpandangan sesama sendiri....

"Sebabnya hamba yang ALLAH sayang, DIA akan ambil nyawanya, supaya hamba-NYA itu tidak merasai dugaan hari kiamat itu..."

Jadi, mereka yang meninggal dunia, ALLAH ambil nyawanya, kerana ALLAH sayang padanya...(detik hatiku)..

Yep, mereka benar2 beruntung. Kerana sekarang ni, kita sudahpun berada dalam dunia di akhir zamannya. Tanda2 kecil, sedikit sebanyak, dah mula ada. Cuma diri kita sahaja yang sedar atau tidak akan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Wallahu'alam. Apa yang tercoret di sini, yang baik itu datangnya daripada ALLAH s.w.t, dan yang buruk itu, juga datangnya dari ALLAH, yang disandarkan padaku...

"Ya ALLAH, perbaikilah agama kami sehingga terpelihara segala urusan kehidupan kami. Dan perbaikilah hidup kami yang menjadi tempat tinggal kami. Peliharalah urusan akhirat kami kerana itulah tempat kami kembali. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tempat untuk kami menambahkan bekalan yang baik. Dan jadikanlah kematian sebagai tempat kami berehat daripada segala kejahatan.....Amiin....."

nota kaki - Sedikit penghayatan dan nukilan dari sini...

6.1.11

~Things in ur room..~

~Hikmah apabila ber'sikit2'..~

Hari ni mula posting unit baru untuk Internal Medicine, Unit Nephrology (semua yang berkaitan dengan buah pinggang, salur kencing, pundi kencing etc). Walaupun baru lepas exam Long Case OSCE semalam, tapi hari ni kelas tetap diteruskan. Alhamdulillah, exam agak ok walaupun tak berapa lancar bagiku (mungkin dari awal pagi aku dah kena aura nak migrain, jadi tumpuan macam hilang).


Tanpa sedar, dah separuh kedua kami dalam posting Internal Medicine.


Habis kelas Radiology, kami terus ke unit baru. Kali ni unitku turun satu tingkat bawah. Masuk2 je, duduk kejap, dan, doktor resident (MO) dah bawa masuk seorang patient ni. Tak sempat apa2 terus kena ambil history daripada patient ni. Tapi, bukan kami yang tanya dia semua, patient ni sendiri yang beritahu kami semua benda yang patut kami tanya, malah siap ajar lagi kat kami cara nak ambil pulse (denyutan nadi) dan di mana kena ambil pulse ni (mantaplah Ammu Rageb..hehe).


Rupanya, kami sepatutnya ambil history untuk complain diabetesnya, bukan general seperti yang kami belajar 3 minggu lebih sebelum ni. Jadi, memang banyak yang kurang dan silap daripada history ni. 


Ok, berhenti setakat ini dulu. Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi, apa yang aku nak tulis kali ni, ialah analogi yang Dr Hisham bagi tadi, untuk salah satu simptom yang perlu ditanya kepada pesakit kencing manis yang dipanggil "Dumping syndrome".


*******
Dumping syndrome: A group of symptoms that occur when food or liquid enters the small intestine too rapidly. These symptoms include cramps, nausea, diarrhea, and dizziness.


Dr Hisham tanya kami, pernah tak masa Ramadhan (puasa), hari sangat panas, terik. Kamu semua memang lapar sangat la, dahaga sekali. Campur pula, hari tu, ibu kamu masakkan makanan yang sangat sedap.


Tiba masa berbuka puasa, kamu semua memang lapar, dahaga semua. Dah azan, baca doa, tak pandang kiri kanan terus minum air manis dan makan begitu banyak dan laju sekali. Tak lama lepas tu, kamu rasa sangat lemah, mengantuk, pening, dan jari2 semua sejuk semacam.....


Ada antara kami yang jawab ye. Pernah alami situasi ini. Kenapa ye????


Masa puasa, perut dan usus kecil berehat. Dalam erti kata lain, tidak bekerja, dan tiada enzyme atau apa2 cecair yang dirembeskan.


Jadi, apabila kita minum air manis dalam kuantiti yang sangat banyak, ianya akan menyebabkan perut dan usus kecil kita 'terkejut'. Air manis lebih mudah dan cepat untuk dihadam atau diserap berbanding makanan yang pejal atau separa pejal.


Air manis ni, sebab dia 'manis', jadi akan merangsang pankreas untuk merembeskan hormon insulin (hormon yang merendahkan paras gula dalam darah) dengan banyak dan menyebabkan paras gula yang tak sempat nak naik, turun mendadak dengan cepat. Tu yang kita rasa simptom2 hypoglycaemia (kurang gula dalam darah) seperti penat, pening dan lemah.


Dan disebabkan cecair yang kita ambil dulu, dalam kuantiti yang banyak pula, akan merangsang perut dan juga bahagian pertama usus kecil kita untuk kontraksi secara tiba2. Dan kontraksi ni, akan menyebabkan saraf Vagus juga dirangsang. Kesan daripada ini, akan menyebabkan dua keadaan, pertama, bradycardia (degupan jantung perlahan daripada biasa) dan hypotension (tekanan darah rendah). Itu yang menyebabkan kita lemah, pening dan juga rasa sejuk pada jari2 tangan dan kaki.


Bagaimana nak elakkan ni daripada berlaku? Jom kita hayati sunnah Nabi s.a.w...



Dari Anas bin Malik :


 كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء 


Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]


Dari segi perubatan (yang diterangkan oleh Dr Hisham semalam), tamar atau kurma atau ruthob, merupakan buah yang mempunyai kandungan gula kompleks. Bermakna, kandungan gulanya lambat dihadam dan diserap berbanding kandungan gula biasa. Jadi, ini dapat membekalkan tenaga yang telah hilang sepanjang sehari suntuk. Dan juga, kandungan gula dalam kurma dapat merangsang perembesan hormon insulin dalam kuantiti yang diperlukan, dan cukup untuk proses penghadaman masa kita makan kemudian.


Minum air yang sedikit pula, dapat menyediakan perut dan juga usus kecil kita, kontraksi sedikit demi sedikit dan bersedia untuk menerima jumlah makanan dan minuman yang cukup besar. Jadi, sementara nak 'panaskan enjin' dalaman kita, eloklah kita solat Maghrib dahulu, barulah menghadap santapan2 yang enak2 belaka.


Subhanallah, hikmah ber'sikit2' dan bersederhana, rupanya, bukan kerana nak mengikut sunnah Nabi s.a.w atau apa, tapi Allah dah cipta dan aturkan perjalanan penghadaman kita begitu cantik sekali. 


Analogi kedua, tiada kaitan dengan Dumping syndrome, tapi ada persamaannya.


Anda berjalan di tengah padang pasir. Semua sedia maklum, di padang pasir, keadaan sangat panas dan terik. Tiada setitis pun air. Anda berpeluh. Baju anda basah riuk dengan peluh. 


Masa tu, anda mengalami dehidrasi. Dalam masa yang sama, kandungan Natrium dalam badan sangat tinggi. Darah yang mengalir dalam badan juga membawa kandungan Natrium yang tinggi ke seluruh organ, terutama sekali otak.


Tiba2, anda terjumpa sumber air, yang jernih lagi nyaman. Tekak pun dah meronta-ronta minta dibasahkan. Tapi, sebelum tu, anda ada dua pilihan.....


Pertama, minum terus air tu dengan banyaknya atau kedua, minum cukup sekadar untuk membasahkan tekak dahulu, tunggu beberapa minit, baru minum dengan banyak.


Agak2 mana satu pilihan anda????


Jika pilihan anda adalah yang KEDUA, maka, anda masih lagi sayang nyawa anda. Sebenarnya, jika anda memilih pilihan PERTAMA, anda hanya akan menyebabkan nyawa anda dalam bahaya kerana anda mungkin akan mengalami 'Brain oedema'.


Ini kerana, kepekatan air dalam darah meningkat secara mendadak, manakala kandungan Natrium dalam sel otak tinggi. Keadaan ni akan menyebabkan proses osmosis berlaku, di mana air diresap ke dalam sel otak dan terjadilah 'Brain oedema', di mana komplikasinya ialah koma dan mati.


Hikmah minum sikit2, supaya badan kita dapat bersedia, untuk menerima kandungan air yang lebih banyak tanpa membahayakan keadaan kesihatannya. Proses resapan air, garam dalam darah dan sel juga telah diatur dengan teramat baik oleh Pencipta kita. Alhamdulillah.


******
Seriusly, rasa kelakar, apabila bahasa Inggeris terutama sekali term mediks di'melayu'kan. Apa2 pun, dalam setiap apa yang kita buat, setiap apa yang kita ambil, biarlah bersederhana (pesanan buat diri sendiri juga).


Aku rasa, aku lagi suka belajar Internal Medicine dalam separuh kedua ni. Moga perasaan suka ni kekal lama, dengan semangat dan usaha yang bertambah. InsyaAllah :)


Group 5 Akhawat. Masa ni dalam Unit Endocrinology. Last day. ;)